VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Monday, December 24

Kisah Nabi Muhammad S.A.W bersoal Jawab Dengan Raja Iblis

RAJA SYURGA BERSOAL-JAWAB
DENGAN RAJA NERAKA IAITU IBLIS

Bismillaahir rahmaanir rahiim
Allah Suhhaanahu Wataala telah memerintahkan seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis syaitan alaihi laknat menyuruhkan dia mengadap hadrat Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam mengkhabarkan se-gala jenis rahasia yang disukainya dan sekalian yang diben-cinya. Ada pun hikmat yang demikian ini ialah kerana mem-besarkan ketinggian darjat Nabi Muhammad sallallaahu-alaihi wasallam dan juga supaya menjadi suatu perisai dan peringatan di atas sekalian kita umat Muhammad sallallaahu alaihi wasallam. Maka Malaikat itu pun datanglah ke hadapan Iblis alaihi laknat katanya: Hai Iblis! Bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Besar menyuruhkan engkau mengadap hadrat Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam hendaklan engkau bukakan segala rahasiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad s. a. w. itu hen-daklah engkau jawab dengan sebenarnya. Jika engkau ber-dusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala suku-suku daripada anggotamu dan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amat keras.

Syahadan demi Iblis mendengar perkataan Malaikat itu sangat dahsyat rasanya dan amat ketakutannya maka segera-lah ianya mengadap hadrat Nabi Muhammad s. a. w. dengan menyerupakan dirinya seperti seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih banyaknya 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu serta ianya memberi salam dengan takzimnya hingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s. a. w. Maka sembah Iblis: Ya Rasulullah! Mengapakah Tuanhamba tiada menjawab akan salam hamba kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Tuhan? Maka jawab Nabi dengan marahnya: Hai adu Millah seteru Tuhan! Kepada akukah engkau menunjuk-kan makarmu! Berpatutanlah muka engkau dengan halmu itu engkau hendak tipu akan daku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam a. s. keluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau dan Nabi Allah Ayub a. s. engkau tiup dengan asap racun pada masa ia sedang sujud di dalam sembahyangnya hingga beberapa lamanya ia menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan kisah Nabi Daud dengan perempuan pahlawan Libya dan Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupakan dirimu seperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya; demikian jua beberapa Anbiya dan pendita-pendita yang telah menanggung sengsara dan aniaya oleh perbuatanmu yang khianat.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan azza wajalla, hanya salam engkau itu sahaja aku tiada hendak menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini kena laknat serta ditentukannya engkau dalam neraka yang sangat keras bagi rnenyiksakan dirimu, maka aku kenal baik-baik bahawa engkaulah Iblis raja segala syaitan yang menyamarkan diri. Apakah kehendak engkau datang mendapatkan aku ini?Maka sembah Iblis: Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Demi sebenarnyalah tuanhamba khatamin nabiyyin walmur-saliin dan kekasih Allah Taala maka dapat tuanhamba kenal akan hamba.

Ya Nabi Allah! Adalah kedatangan hamba ke mari ini ialah dengan izin Tuhan jua telah mendatangkan seorang Malaikat menyuruh hamba mengadap hadrat tuanhamba supaya tuanhamba tanya apa jua sesuatu hal-ehvval umat-umat tuanhamba sedialah hamba khabarkan dengan terusterang daripada segala tipudaya hamba di atas sckalian manusia daripada zaman Nabi Adam hingga kepada zaman yang kemudian daripada tuanhamba iaitu hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya binasa mereka itu dengan tipudaya hamba yang amat halus.

Ya Nabi Allah! Tiap-tiap suatu yang tuanhamba tanya sedialah hamba mengaku menerang-kan segala jenis satu persatu dengan sebenar-benarnya tiada berani hamba sembunyikan. Maka Raja Iblis pun ber-sumpahlah menyebut nama Tuhan, katanya: Ya Nabi Allah! Kiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekali-pun nescaya hancur-leburlah diri hamba terbakar menjadi abu.

Syahadan manakala Nabi Muhammad s. a. w. mende-ngar sembah Raja Iblis dan sumpahnya maka baginda pun tersenyum dengan sukacitanya seraya berkata di hatinya, inilah satu peluang dapat aku menyiasat segala perbuatan-nya supaya didengar oleh sekalian sahabatku yang hadir di majlis ini dan jua supaya menjadi suatu senjata atau perisai kepada sekalian umatku hingga kemudian hari kelak.

Soal Nabi yang ke (1):
Hai Iblis! Siapakah yang se-besar-besar seteru engkau dan betapa aku ini kepada engkau? Maka sembah raja Iblis: Ya Nabi Allah! Tuanhambalah musuh hamba yang terlebih besar daripada segala seteru hamba yang ada di atas muka bumi ini. Maka Nabi pun memandang muka Iblis itu, maka Iblis pun menggeletar seluruh tubuhnya oleh ketakutannya. Katanya: Ya Khatamil Anbiya! Akan hal hamba ini dapat menjadi-kan diri hamba sebarang rupa manusia, binatang dan lain nya hingga suara pun sedikit tiada bersalahan, dikecualikan sifat tuanhamba sahaja yang tiada dapat hamba serupakan, kerana ditegah oleh Tuhan.

Sekiranya hamba menjadikan diri seperti rupa tuannamba, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu. Ya Nabi Allah! Kerana apa hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya mereka itu menjadi kafir ialah dengan sebab tuanhamba bersungguh-sungguh memberi na-sihat memasukkan beberapa pengajaran kepada sekalian rnanusja supaya kuat mereka itu berpeluk kepada ugama Islam, begi-tulah hamba bersungguh-sungguh menarik mereka itu kepada kafir dan murtad dan munafiq. Hamba (arik sckalian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang luius beralih kepada jalan yang salah dan hamba harap supaya mereka itu masuk ke dalam neraka bersama-sama dengan hamba kekal di dalamnya selama-lamanya.

Soal Nabi yang ke (2):
Hai Iblis! Betapa perbuatan-nui kepada makhluk Allah? Maka sembahnya: Ya Nabi Allah! laitu suatu kemajuan bagi perempuan-perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang hukan suaminya dan setengahnya hingga mengeluarkan benih yang bersalah-salahan sifatnya dan hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang dan supaya leka dengan makan-minum dan berbuat durhaka, setengahnya hamba lalaikan dengan harta-bendanya daripada cmas, perak dan rumahnya dan kebun ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan di atas segala pekerjaan yang haram. Sanya telah banyak lelaki dan perempuan yang terpesong imannya lalu hamba kerahkan segala bala tentera hamba daripada jin, iblis, syaitan menarik mereka itu kepada jalan derhaka, demikian juga pada masa bermain temasya yang bercampur lelaki-perempuan, maka di situlah hamba lepas-kan sebesar-besar goda supaya hilang maruah mereka itu hingga meminum arak lagi menarik seorang taulannya dipaksa menyuruh minum maka apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal dan fikirannya serta hilang malu-nya lalu hamba hulurkan tali cinta asyik jadi terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar-besar, maka datang dengki hasad hingga membawa pada pekerjaan berzina. Maka apabila telah jadi kasih antara keduanya, maka ter-paksalah mereka mencari wang dengan jalan tipudaya dan mencuri, dan apabila mereka teringat atas kesalahannya itu lalu hendak bertaubat atau hendak membuat amal ibadat maka hamba galang supaya mereka itu bertangguh dan bertempoh pada sekalian pekerjaan yang kebajikan serta hamba goda bertambah-tambah keras supaya melazimkan maaksiat itu dan mengambil isteri orang.

Maka beberapa banyak umat-umat tuanhamba yang telah hamba sesat-kan dengan jalan ini serta beberapa jin, syaitan, dan Iblis hamba suruhkan menghasut seluruh anggotanya hingga ke-dalam badannya. Apabila kena goda pada hatinya, maka sentiasalah mereka itu riyak dan takabbur, hairan akan dirinya dan melengah-lengahkan amalnya dan sombong. Apabila kena goda pada lidahnya, maka sentiasalah mereka gemar berdusta. mencela, mengumpat-umpat satu sarna lain. Demikianlah hamba menghasut mereka itu siang, malam. pagi dan petang.

Soal Nabi Yang ke (3):
Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-susah dan berpenat-penat pada pekerjaan yang tiada memberi faedah pada dirimu bahkan menambahkan laknat atas dirimu yang akan menimpa atasmu se-besar-besar siksa di dalam neraka yang terkebawah sekali? Maka kata Nabi lagi: Hai kutuk Allah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan umur engkau? Siapakah me-nerangkan mata engkau? Siapakah yang memberi pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberi kuat anggota engkau? Maka sembah Raja Iblis:
Adalah sekalian itu ialah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Be-sar jua. Akan tetapi hawa nafsu dan takabbur khianat itulah yang telah menceburkan diri hamba kepada sebesar-besar kejahatan kerana tuan hamba terlebih tahu bahawa hamba ini telah beribu-ribu tahun menjadi ketua segala Malaikaf berbuat ibadat sujud kepada Tuhan di dalam dunia ini dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit kepada satu langit dengan aman kemudian hamba pun diam di dalam dunia ini berbuat ibadat bersama sekalian Malaikat berkhidmat kepada Tuhan beberapa lamanya. Maka tiba-tiba datang firman Allah Subhaanahu Wataala kepada hamba sekalian hendak dijadikannya seorang khalifah (raja) di dalam dunia ini, maka hamba pun membantah tiada suka berkhalifah atau beraja.

Kemudian Tuhan jadikan seorang lelaki (iaitulah Nabi Adam alaihis salam) maka dititahkan hamba sekalian Malaikat memberi hornat kepada Adam itu, hanya hamba seorang diri yang tiada hendak sujud kepadanya dan hamba ingkar akan hukumNya (Allah), maka hamba pun kena murka Tuhan talu dihalaunya serta dilaknatkan hamba hinggalah Hari Kiamat.
Maka muka hamba yang Dercahaya dan molek itu telah terhapus dan merijadi hodoh dan keji, maka sakitlah hati hamba dan sentiasa hamba menaruh dendam kepadanya Kemudian Adam pun diangkat oleh Tuhan dijadikannya raja di dalam syurga serta dikurniai seorang isteri (iaitu Siti Hawa) dan dijadikannya permaisuri (raja perempuan) yang memerintah sekalian bidadari, maka sentia salahis di dalam kesukaan dan kesenangan. Hamba pun bertambah-tambah hasad dengki kepada keduanya dan menaruh khianat kepadanya. Akhirnya dapat juga hamba tipu kepadanya melalui Siti Hawa yang memberi nasihat ia (Adam) supaya memakan buah khuldi larangan Tuhan. Maka daripada perempuan (Hawa) itulah Adam termakan buah larangan itu lain kena halau keduanya dari syurga turun ke dunia bcrcerai kedua laki-isteri itu beberapa lamanya kemudian dipertemukan oleh Tuhan dengan selamatnya hingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan.

Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya yang bernama Habil hingga mati. Itupun tidak juga hamba berpuashati hingga hamba lakukan berbagai tipu-daya di atas sekalian anak-cucunya hingga Hari Kiamat (tetapi) tuanhamba telah membatalkan dan menggalang sekalian pekerjaan hamba kerana tuanhamba menarik mereka itu supaya berpeluk kepada ugama Islam.

Ada pun sebeIurn tuanhamba lahir ke dalam dunia ini dapatlah hamba serta sekalian bala tentera hamba naik ke langit dengan mudahnya mencuri segala rahasia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat yang akan mendapat balasan pahala dan syurga, demikian jua mereka yang beribadat waktu jauh malam mendapat setinggi-tinggi pahala.

Apakala hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada sekalian mereka itu dengan bersalahan daripada asalnya dengan berbagai-bagai tipudaya hingga tersesat mereka itu dengan memegang kitab-kitab yang bidaah dan karut-karut, tetapi manakala tuanhamba zahir ke alam dunia ini, maka tiadalah dibenarkan oleh Allah akan hamba ini naik ke langit lagi dan tiadalah hamba mendapat apa-apa rahasia umat tuanhamba kerana banyak Malaikat menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit itu dan jika hamba berkeras juga naik ke langit maka melontar oleh Malaikat itu dengan anak panah daripada api yang bernyala-nyala, maka beberapa banyak bala tentera hamba daripada jin syai-tan yang telah kena lontaran Malaikat itu lalu terbakar sekalian badannya menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan bala tentera hamba menjalankan hasutan, tambahan pula beberapa banyak tuanhamba mengeluarkan mukjizat yang besar-besar di hadapan sekalian raja-raja dan di hadapan mata khalayak yang ramai.

Soal Nabi yang ke (4):
Hai Iblis 1 Apa pula yang terlebih dahulu engkau menipu segal? manusia? Maka sembah Iblis: Pertama-tama hamba palingkan imannya supaya berpaling iktikadnya kepada kafir samada pada perkataan atau perbuatannya, kelakuannya, atau hatinya. Maka jika tiada berpaling juga dengan cara begitu, maka hamba tarik pula kepada jalan yang mengurangkan pahala nya supaya lama-kelamaan mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba.

Soal Nabi yang ke (5):
Hai Iblis! Apabila umatku berdiri sembahyang betapa hal engkau? Maka sembah Iblis: Masa itulah sebesar-besar kesusahan bagi diri hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulangsendi hamba, maka pada waktu itu hamba suruhkan sekalian syaitan iblis menggodakan orang hendak sembah-yang pada tiap-tiap seorang manusia itu dengan berpuluh-puluh iblis datang menggodanya setengahnya pada anggota-nya supaya malas sembahyang dan setengahnya masuk pada hatinya supaya waswas di dalam sembahyangnya dan terlupa beberapa bilangan rakaatnya dan berbimbang pada pekerjaan dunia dan hatinya hendak segera-segera keluar dari sembahyangnya, dan setengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak sembahyang supaya ia tiada khusyuk yakni tiada hadir hatinya di dalam sembahyang kerana bahawasanya orang yang berpaling atau menjeling ke kanan dan ke kiri di dalam masa sembahyang itu tiadalah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya. Dan setengah iblis masuk ke dalam telinganya supaya orang sembahyang itu memasang telinga mendengar orang yang bercakap dan mendengar suara bunyi-bunyian dan sebagainya yang sia-sia dan setengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang sembahyang itu tiada kuasa lama-lama duduk di waktu sujudnya atau di waktu tahiyatnya dan di dalam hatinya berkehendakkan segera habis sembahyangnya kerana yang demikian itu adalah membawa kepada kurang dapal pahala sembahyang. Maka sekiranya sekalian iblis itu liada dapat menggoda yang demikian itu nescaya se-kalian mereka itu hamba hukumkan dengan seberat-berat hiikuinan.

Soal Nabi yang ke (6):
Jikalau umatku membaca Quran dengan kerana Allah, apalah rasa engkau? Maka sembah Iblis: Jika mereka membaca Quran kerana Allah Taala maka terbakarlah rasa tubuh hamba dan putus-putus segala urat hamba maka larilah hamba daripadanya.

Soal Nabi yang ke (7):
Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji dengan kerana Allah apalah rasa engkau? Maka sembah Iblis: Telah binasalah diri hamba dan gugurlah segala daging tulang hamba kerana mereka itu mencukupkan rukunnya.

Soal Nabi yang ke (8):

Hai Iblis! Jika umatku puasa dengan kerana Allah apalah rasa engkau? Maka sembah Iblis: Ya Nabi Allah inilab suatu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba kerana apabila masuk malam awal bulan Ramadan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi dan segala Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar kurnia Allah Taala yang mengampuni segala dosa yang telah lain dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa, tambahan lagi yang menghancurkan hati hamba ia-lah segala isi langit, bulan dan bintang dan Malaikat hinggakan burung-burung dan ikan-ikan yang di dalam laut dan ikan air tawar demikian jua tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi semuanya mendoakan siang dan malam memintakan ampun bagi orang yang berpuasa.

Suatu lagi setinggi kemuliaan bagi orang yang berpuasa itu iaitu dimerdekakan oleh Tuhan tiap-tiap hari dalam bulan Ramadan seribu kemerdekaan dari azab neraka, demikian lagi telah ditutup segala pintu neraka dan dibukakan segala pintu syurga yang lapan dan menghembus angin yang dibawah Arasy yang bernama angin syirah yang amat lembut melalui ke dalam syurga. Maka pada hari di-mulai umat tuanhamba berpuasa itu datanglah segala Malaikat dengan garangnya tiada membilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkap-nya segala tentera hamba jin syaitan dan ifrit dipasung kaki dan tangannya dengan besi panas dan dirantai hamba sekalian dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara hamba menunggu hingga selesai umat tuanhamba daripada berpuasa itu baharulah hamba dilepaskan supaya jangan hamba rnengacau mereka itu dan umat tuanhamba sendiri telah merasa kesena- pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata Jibril alaihis-salam, Ada pun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat.
(2) Umat tuanhamba itu seperti tanah iaitu orang sabar, syukui dan rida akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal yang saleh dan tawakat kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan
(3) Umat t^ianhamba Itu keadaan-nya seperti Firaun terlampau sangat tamak dengan harta dunia dihilangkan amal akhirat.
Maka sukacitalah hamba kepadanya lalu hamba masuk ke dalam tubuhnya, hamba putar hatinya menuju ke lautan derhaka.

Apabila telah tetap pada jalan kejahatan hamba hela barang ke mana kehendak hamba, jadi sentiasa ia bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu, dijadikannya dirinya tiada kelapangan pada beramal, tiada mengeluarkan zakat hartanya dan setengah yang miskin hendak beribadat, hamba goda ia minta biar kaya dahulu, maka apabila disampaikan Tujian akan cita-citanya mendapat kesenangan, maka dilupakannya berbuat amal, tiada mahu mengeluarkan zakat harta nya seperti Qarun dengan mahligainya dan dirinya serta harta-bendanya habis terbenam ke dalam bumi kerana ia-nya tiada mahu membelanjakan pada tiap-tiap jalan yang memberi kebajikan dan jika kena sakit tiada sabar, ia sentiasa berbimbang hatinya akan hartanya dan setengahnya yang kaya asyik dengan berebut dunianya, cakap besar kepada sesama Islam dan benci kepada yang miskin dan menghinakan kepada mereka itu dan gemar mengeluarkan hartanya kepada berbagai-bagai jalan yang maksiat dan menaburkan hartanya kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan dansing.

Soal Nabi yang ke (11):
ÒSiapa pula serupa dengsin t-ngkau? Maka sembah Iblis: Iaitu orang yang meringari-kan svariat tuanhamba dan yang membenci orang-orang be^ lajar ugama Islam.

Soal Nabi yang ke (12):
ÒSiapa pula yang mencahaya-kan muka engkau? Maka sembah Iblis: Iaitu orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan saksi bohong dan menyalahi janji.

Soal Nabi yang ke (13):

Apa pula rahasia engkau kepada umatku? Maka sembah Iblis: Jika seorang Islam hendak pergi buang airbesar (ke jamban), jika tiada mem-baca doa pelindung syaitan kepada Allah Taala. nescaya hamba gosokkan najis itu kepada tubuhnya dengan tiada ia sedari sekali-kali.

Jika masuk ke jamban dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar dari jamban dahulukan pula kaki yang kanan. ( doa masuk jamban dan keluar ) Maka jika dibaca doa yang tersebut maka larilah hamba daripadanya.

Soal Nabi yang ke (14):

Hai Iblis! Jika umatku bersatu dengan ahlinya, apa hal engkau? Maka sembahnya:
Jika seorang hendak bersetubuh dengan isterinya, jika ia membaca doa bersetubuh.
Maka larilah hamba daripadanya. Maka jika tiada ia membaca doa yang tersebut hambalah mendahului bersetubuh dengan isterinya, maka bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya dan jika menjadi anak maka gemar anak itu pada pekerjaan maksiat dan malas pada jalan yang kebajikan dengan sebab lalai dan alpa ibu-bapa nya. Demikian lagi jika mereka makan atau minum jika tiada mereka membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim maka hambalah yang mendahului makan dan minum daripadanya, maka makanlah ia padahal tiada kenyang.

Soal Nabi yang ke (15):
Dengan apa jalan yang boleh menolakkan tipudaya engkau? Maka sembahnya: laitu jika seseorang berbuat dosa, maka segera ia kembali ber-taubat kepada Allah Taala dan menangis serta sesal akan perbuatannya dan apabila ia marah segeralah ia mengambil air sembahyang nescaya padamlah marahnya. Barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap lepas sembahyang Jumaat 5 kali akan diampun oleh Tuhan dosanya kerana ianya telah bertaubat.

Soal Nabi yang ke (16):
ÒHai Iblis! Siapa yang ter lebih kesukaan engkau? Maka sembahnya: laitu apabila lelaki dan perempuan yang tiada mencukur atau inen-cabut atau tiada menggunting bulu ari-arinya (bulu yang tumbuh di sisi kemaluannya) yang telah sampai masa 40 hari lamanya maka duduklah hamba mengecilkan diri se-perti pijat-pijat bersarang di situ demikian lagi tempat hamba bergantung dan berbuai iaitu pada bulu ketiak orang yang tiada mencukur atau mencabutnya.

Soal Nabi yang ke (17).
Hai Iblis! Siapa saudara engkau? Sembahnya: laitu orang yang tidur tiarap atau yang tidur matanya celik waktu subuh, maka ia tidur pula tiada segera sembahyang subuh, maka hamba uliti akan dia hingga lena membawa terbit matahari dan demikian juga pada waktu zohor, asar, dan roaghrib hamba beratkan hatinya menjadi malas mengerjakan sembahyang.
Apabila hendak tidur baralah Bismillaahir rahmaanir rahiim 21 kali.

Soal Nabi yang ke (18):

Hai Iblis! Dengan apa jalan yang membinasakan diri engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang membanyakkan menyebut nama Allah dan banyak memberi sedekah dengan tiada diketahui orang, membanyakkan taubat, membanyakkan tedarus Quran dan sembahyang di waktu malam.

Soal Nabi yang ke (19):
Hai Iblis! Apa pula yang memecahkan mata engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang duduk di masjid dengan kerana Allah serta beriktikaf di dalamnya.
Ertinya: Sahaja aku beribadat di dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.

Soal Nabi yang ke (20):
Hai Iblis! Apa lagi yang me mecahkan mata engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang taat kepada ibu-bapanya dan mendengar kata kedua-nya dan membantu makan-pakainya kerana tuanhamba telah bersabda. ÒBermula syurga itu adalah di bawah kaki ibu-bapa.Ó

Soal Nabi yang ke (21):
Hai Iblis! Apa pula yang merantai akan engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang berjual dengan betul timbangannya sukatannya, uku-rannya dan tukarannya.

Soal Nabi yang ke (22):

Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam satu dengan lain, betapa hal engkau? Maka sembahnya: Apabila bertemu antara dua orang di tcngah perjalanan memberi salam dan dijawab oleh saha-batnya, maka pecahlah dada hamba rasanya, maka hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun Ñ ia dan sahabatnya - - yakni apabila berpisah keduanya.

Soal Nabi yang ke (23):
Hai Iblis! Siapa pula sahabat yang hampir kepada engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang meminum arak atau tuak atau candu atau ganja kerana merbahayanya telah zahir membawa pecah-belah dan perkelahian dan penceraian.

Soal Nabi yang ke (24):

Hai Iblis! Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau? Maka sembahnya: laitu apabila bertemu antara lelaki dengan perem-ptian-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu; hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik hati di antaranya dan apabila dipandang belakangnya maka terpandang leher-nya yang halus dengan pinggang dan punggung yang ber-gerak-gerak yang membangkitkan nafsu baginya dan mana kala dipandang hadapannya hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekap pada dadanya lalu hamba panah berbetulan pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Bermula orang yang tiada memelihara hatinya nescaya tiadalah terpelihara ia akan farajnya (kemaluannya) dan apabila tiada memelihara akan farajnya nescaya tiadalah ia akan terpelihara iman-nya.Ó

Soal Nabi yang ke (25):

Hai Iblis! Dimana tempat engkau diam? Maka sembahnya: laitu pada rumah-rumah berhala dan pada mana-mana batu. kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila menyembah mereka itu maka hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah-tambah yakin pada pckerjaannya yang syirik. Beberapa banyak umat tuanhamba yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala Hindu itu menunjukkan sangat tipis imannya.

Soal Nabi yang ke (26):

Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau? Maka sembahnya: laitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat bermain joget dan seumpamanya seperti tempat campur pemuda-pemudi.

Soal Nabi yang ke (27):
Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau buat? Maka sembahnya: Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang sembahyang di situ, tetapi hamba sangat takut kepada seorang yang sedang tidur di situ. Maka kata Nabi: Kerana apa engkau tiada takut kepada orang yang sembahyang padahal ia didalam sembahyang dan munajat kepada Tuhannya? Mengapa engkau takut kepada orang yang tidur di sebelahnya, padahal ia di dalam lalai tiada memandang suatu apa pun?Maka sembah Iblis: Ada pun orang yang sembahyang itu bodoh jahil, hamba merosakkan sembahyangnya itu sangat mudah, tetapi orang yang tidur itu alim. Maka manakala hamba goda dan merosakkan orang yang sembahyang itu hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun daripada tidurnya lalu menegur dan membetulkan sembahyang si jahil itu. Maka sabda Nabi s. a. w.:
Ertinya: Tidur orang yang alim itu terlebih baik daripada ibadat orang yang jahil, seperti 1,000 orang beribadat dengan tiada berpelajaran ugama sangat senang syaitan mengacaunya, tetapi seorang pelajar ilmu fiqeh itu sangat susah syaitan hendak menggodanya.

Soal Nabi yang ke (28):
Hai.Iblis! Apalah puji-pujian engkau? Maka sembah Iblis: laitu suara orang yang menyanyi-nyanyi dan berpantun-seloka dan suara sebagai bunyi-bunyian. kecuali orang yang menyanyi, berpantun, bernazam memuji-muji Tuhan kerana berlagu-lagu membaca nasyid dan selawatkan Nabi.

Soal Nabi vang ke (29):
Hai Iblis! Siapa yang sekaum dengan engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan memakan riba

Soal Nabi yang fce (30):
Hai Iblis! Engkau gelapkan hati manusia itu dengan sebab apa? Maka sembahnya: laitu dengan sebab mereka itu makan dan minum dengan pencarian yang haram Kerana mereka itu gelap mata pada mencari harta yang halal dan mereka yang membanyakkan tidur meninggi hari meninggalkan sembahyang subuh dan yang memenuhkan perutnya sekenyang-kenyangnya.

Soal Nabi yang ke (31):
Hai Iblis! Siapa yang menyukakan hati engkau? Maka sembahnya: Orang kaya yang bakhil dan orang yang tiada mengeluarkan zakat kepada hamba Allah yang daif, tetapi zakatnya dihantar kc-pada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana bahawa-sanya bakhil itu seteru Allah dan orang yang tak ada mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang di bawah bersama-sama hamba

Soal Nabi yang ke (32):

Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang hasad dan dengki dan orang yang tak ada belajar peraturan ugama Islam dan segala perempuan-pe-rempuan jahat dan tiap-tiap perempuan yang mencabulkan dirinya dan menjualkan maruahnya.

Soal Nabi yang ke (33):
Hai Iblis! Jika mati seorang ulama betapa hal engkau? Maka sembahnya: Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba.Maka kata Nabi lagi:Barangsiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah Taala pahala baginya seribu alim dan seribu syahid.Ó Maka sabda Nabi lagi: Akan datang atas umatku yang lari mereka itu daripada ulama atau tiap-tiap yang bencikan orang yang mengajar ugama dibalakan atas mereka itu oleh Allah Taala dengan 3 bala
(1) Diangkatkan berkat daripada pencariannya.
(2) Didatangkan oleh Allah atas mereka itu seorang ketua yang zalim atau pun raja yang zalim, dan
(3)
Dikeluarkan mereka itu daripada dunia dengan tiada beriman - nauzu billaahi min zaalik kita berlindung dengan nama Allah.

Soal Nabi yang ke (34):

Hai Iblis; Jika umatku sembahyang berjemaah betapa hal engkau? Maka sembahnya: Sesungguhnya telah menghuraikan mereka itu akan simpulan tipudaya hamba.Maka sabda Nabi: Hai sahabatku sekalian! Barangsiapa sembahyang 5 waktu, maka akan dapat baginya 5 perkara:
(1) Tiada mengenai akan dia fakir di dalam dunia.
(2) Diangkatkan Allah Taala baginya akan siksa kubur.
(3) Dikurniakan akan dia kitab tnlisan pada pihak kanannya (pihak selamat).
(4) Apabila melalui titian yang di atas neraka itu se-perti kilat yang menyambar, dan
(5) Dimasukkan oleh Allah Taala akan dia ke dalam syurga dengan tiada dihisab dan tiada siksa.
Maka sabda Nabi s. a. w. Adalah sembahyang lelaki Yang berjemaah itu terlebih baik daripada sembahyang 40 tahun di dalam rumahnya seorang diri sahaja dan sembahyang berjemaah itu adalah mendapat 27 darjat, dan se-seorang yang sembahyang di rumahnya dengan anak-isteri-nya mendapat pahala haji dan umrah.

Soal Nabi yang ke (35):
Hai Iblis! Jika umatku mem-baca selawat di atasku betapa kepada engkau? Maka sembahnya: Telah membelah ia akan muka hamba sebab mereka itu sangat ingat kepada tuanhamba.
Maka sabda Nabi s. a. w. Barangsiapa membaca selawat di atasku, telah dimintakan ampun baginya oleh Malaikat dan adalah ianya daripada isi syurga.

Soal Nabi yang ke (36):
Hai Iblis! Jika umatku sembahyang Hariraya ke masjid betapa hal engkau? Kerana Tuhanku Yang Maha Besar telah berfirman demikian: Hai sekalian Malaikat! Saksikan oleh kamu, bahawa se-sungguhnya telah Aku ampunkan seKalian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan, maka apabila telah sclesai daripada sembahyang dan membaca khutbah maka firrnan Allah Taala: "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya telah Aku ampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku gantikan dosa kamu itu dengan kebajikan!. Maka jawab Iblis: Ya Rasulullah! Apabila umat tuanhamba pergi sembahyang Hariraya, maka sangatlah hamba menanggung dukacita dan menyesal. Maka hamba pun bertempik, datanglah sekalian bala tentera hamba sen a kata-nya: Hai raja kami! Siapakah tuanku murkakan? Adakah ia dari langit atau dari bumi! Titahkanlah atas kami sekalian pergi membinasakan barang yang di langit dan barang yang di bumi. Maka sahut hamba Hat bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku ini menanggung dukacita ialah kerana Allah Taala telah mengampuni umat Muhammad pada Hariraya ini Ayuhai sekalian bala tenteraku ! Apakah tiada kamu ketahui bahawa Allah Taala telah mengkabulkan puasa umat Muhammad? Dan Tuhan sangat kasih-sayang atas mereka itu dan dikasihankan mereka itu dengan tilik rahmat dan diperkenankan doanya atas barang yang dipinta dan diampunkan sekalian kesa-lahannya.

Hai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas berbuat amal ibadat dan supaya ber-bimbang dengan jalan ke sana ke mari dan asyik bermain berbagai-bagai judi dan bersuka-sukaan masing-masing memuaskan hawa nafsu dengan mengerjakan pelbagai maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan atas mereka itu supaya diturunkannya bala atas mereka itu kelak kerana dengan yang demikian itu akan membaAva senang hatiku. Maka pergilah sekalian Iblis syaitan mengacau umat Muhammad.

Soal Nabi yang ke (37):

Jika umatku membaca doa akhir tahun betapa hal engkau? Maka sembahnya: Te lah bersusah payah hamba menggoda mereka itu sepanjang-panjang tahun, tiba-tiba mereka itu membacha doa dalam masa yang sedikit maka lemahlah hamba lalu hamba sapu dengan tanah. Hai celaka malang diriku dengan kerugian maka hamba pun berpaling pergi.

Inilah doa akhir tahun dibaca 29 atau 30 haribulan Zulhijjah dibaca beramai-ramai dengan sekalian anak-cucu serta siapa-siapa yang hadir di situ demikian juga tiap tiap masjid dan surau dan madrasah-madrasah, panggil orang-orang kampung supaya hadir ikut baca bersama-sama. Lelaki dan perempuan disekat dengan tabir atau lainnya kerana tersangat besar faedahnya dan menjadi pendinding.

Soal Nabi yang ke (38):
Hai iblis! Jika umatku mem-baca doa awal tahun betapa hal engkau? Maka sembah-nya: Ya Nabi Allah Putuslah harapan hamba, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun ini diperintahkan oleh Tuhan kepada dua Malaikat supaya dibakar buku ke-salahannya dan dituliskan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini.

Tuan-tuan bacakanlah doa ini beramai-ramai di dalam masjid-masjid, surau-surau, dan madrasah-madrasah, ajaklah seisi rumah membaca beramai-ramai, kerana segala dosa kita setahun dihapuskan oleh Tuhan, belum tahu dapatkah ber-jumpa tahun yang akan datang. ( doa akhir tahun dan awal tahun )

Soal Nabi yang ke (39)-
Hai Iblis! Siap.ikaii yang menyokong engkau? Maka sembahnya: laitu orang yang tiada bertaubat daripada dosanya dan sukn kri;iwa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah! Sanya tclah h;unb;i bi nasakan sekalian manusia dengati mengerjakan dosa lari-pada pelbagai maksiaf maka sukalah hamba. tiba-tiba mereka itu mengucap kalimah Laa-ilaahaillallah dan istigh-far. maka binasalah hamba dengan sebab ucapannya itu, dan lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba iaitu orang orang tua dan kanak kanak yang bersiu!-siul itulah anakbuah hamba. kerana pada masa hamba dibuangkan ke dalam dunia. hamba mengembara dengan bcrsiul-siul dan orang-orang yang bersiul itu penghibur Iblis syaitan, tetapi orang yang bang (azan) itu penghambat Iblis syaitan, kerana Malaikat-Malaikat akan hadir sembahyang bersama-sama mereka.

Soal Nabi yang ke (40):

Hai Iblis! Sekavang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku. kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke alam dunia ini bagi menyelamatkan sekalian bani Adam daripada kafir kepada iman. daripada gelap-gelita kepada terang-benderang? Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke hadrat Tuhan katanya: Ya Rabbi Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekalian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan inaksiat selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu hamha jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan, supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya.
Kalakian maka datanglah wahi firman Allah Subhaa-nahu Wataala kataNya: Hai MalaunJ Demi kebesaranKu dan ketinggianKu! Bahawa Aku sentiasa sedia akan meng-ampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu merainta ampun kepadaKu.

Maka kata Nabi: Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan? Maka Iblis berkata: Ya Rasuulullah! Bahawasanya hamba sangat ajaib melihatkan 2 macam hal sekalian hamba Allah.
(1) Mereka itu mengaku kasih akan Tuhan padahalnya mereka itu taat akan hamba dengan berbuat raaksiat.
(2) Mereka itu sangat marah kepada hamba telapi mereka itu menurut hasutan hamba. (Maka datang firman Allah) kataNya: Hai Malaun! Demi ke-muliaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahi atas umat Muhammad 2 (dua) kebahagiaan:
(1) Kasih mereka itu akan daku iaitu Aku jadikan kaparah (penebus dosa) bagi maksiat mereka itu kerana perdayaan engkau, dan
(2) Mereka itu marah kepada engkau itu Aku jadikan kaparah (penebus dosa) bagi mereka itu berbuat maksiat kepadaKu. Maka Iblis pun tercengang-cengang mendengarkan umat Muhammad sangat dikasihi oleh Tuhan al-Ghafuurur Rahiim yang amat mengampuni lagi amat mengasihani akan ham-banya dengan lirnpah rahmatNya:
Syahadan manakala selesai baginda Rasuulullah s. a. w. bersoal-jawab dengan Raja Iblis, maka dihalaunya akan dia dengan katanya: Hai kutuk Allah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini. Maka Iblis pun keluar pergi membawa halnya dengan sangat dukacita hatinya. Maka hairanlah sekalian sahabat yang hadir di dalam majlis itu mendengarkan tipudaya Iblis yang menyelubungi seluruh tubuh manusia. Maka sabda Nabi: Hai sekalian sahabatku! Ketahuilah oleh kamu, bahawa adalah Iblis itu berbuat kesalahan itu atas beberapa sebab:
(1) la ingkar dan membantah akan perintah Tuhan.
(2) la takabbur membesarkan dirinya.
(3) la hasad dengki kepada Nabi Adam a. s.
(4) la meng-hasut dan mendatangkan khianat dari seorang ke seorang seperti yang telah ia mengajari Qabil dengan menipudaya-nya hingga berani ia melakukan pembunuhan atas saudara-nya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam a. s.

Bermula dosa yang datang dengan sebab takabbur itu jauhilah ia daripada mendapat ampun seperti Azazil yang telah kena kutuk Allah dan kena rejam menjadi Iblis alaihil-laknah. Ada pun dosa yang datang dengan sebab suatu keinginan itu ada harapan mendapat ampun seperti bapa kita Adam a. s. dan ibu kita Hawa dan Nabi Allah Baud bin Ishak a. s. dan seumpamanya.
Ada pun dosa yang datang dengan sebab hasad dengki iiu memakan ianya akan sekalian amal kebajikan seperti api yang memakan kayu.

Maka Rasuulullah pun berkata lagi, bahawa pada suatu hari telah datang Iblis kepada Nabi Musa bin Imran katanya: Ya Nabi Allah! Apabila tuanhamba munajat kepada Allah di Bukit Tursina hamba hendak bertaubat kepada Allah adakah diterimanya? Maka Nabi Musa a. s. pun sukacitalah mendengarkan Iblis hendak bertaubat itu lalu disangupnyalah akan permintaannya. Setelah Nabi Musa sampai ke Bukit Tursina, maka berdoalah ia kepada Allah meminta keterangan. Maka firman Allah kepadanya: Hai Musa! Adalah kesalahan Iblis itu boleh Aku ampunkan dengan syarat hendaklah ia sujud kepada kubur Nabi Adam. Maka Nabi Musa pun menyampaikan kepada Folis, maka Iblis pun mengeluh, katanya; Ya Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup lagikan aku tiada sudi menyembah akan dia inikan pula ia telah mati. Lalu Iblis pun lari. membawa halnya.
Maka sabda Nabi: Bermula tiang dunia ini 4 perkara;
(1) Dengan ilmu sekalian ulama.
(2) Dengan adil sekalian raja-raja.
(3) Dengan kemurahan orang-orang kaya.
(4) Dengan doanya sekalian orang-orang fakir. Maka sekiranya di dunia ini tiada ulama nescaya binasa sekalian orang yang jahil dan sekiranya tiada adil sekalian raja-raja nescaya memakan manusia setengah atas setengahnya seperti harimau mengusir dan memakan kambing.
Sekiranya tiada kemurahan orang-orang kaya nescaya binasa sekalian fakir miskin dan sekiranya tiada doa fakir miskin nescaya runtuh-lah langit dan bumi.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI