VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Monday, December 24

Perkahwinam antara Jin dan Manusia

Perkahwinam antara Jin dan Manusia

Mungkinkah manusia berkahwin dengan jin?
Inilah soalan yang perlu dijawab mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Pembicaraan dalam tajuk ini meliputi:

1. Kemungkinan terjadinya perkahwinan antara jin dan manusia.
2 Apakah perkahwinan tersebut dibenarkan oleh syariat Islam.

PERKAHWINAN ANTARA JIN DAN MANUSIA
Terjadi khilafiah di kalangan ulama mengenai perkahwinan antara manusia dengan jin. Imam Ats-Tsa'alibiy berkata:
"Sebahagian ulama ber-pendapat bahawa perkahwinan antara jin dengan manusia termasuk mengembangkan keturunannya kadangkala terjadi."
Ulama yang berpendapat demikian menurunkan dalil, iaitu firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan bersekutulah dengan mereka pada isteri dan anak-anak." (Al-Isra1: 64).
Dan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila seorang laki-laki melakukan jimak dengan isterinya dengan tidak menyebut (nama Allah) terlebih dahulu, maka syaitan akan bersembunyi pada zakar laki-laki itu dan ikut herjimak bersamanya^'
Al-Hafiz Ibnu Katsir pernah meriwayatkan penda-pat Ibnu Abbas yang menga-takan:
"Bila seseorang mengga-uli isterinya yang sedang haid, maka pasti didahului oleh syaitan, sehingga dari pergaulan itu, wanita berke-naan hamil, maka anak yang lahir biasanya jadi pondan."
Masalahnya ialah mung-kinkah terjadi perkahwinan antara manusia dengan jin, sedangkan manusia dicipta-kan dari empat unsur (api, air, tanah dan udara) manakala kejadian jin dari api yang da-pat mencegah mani (sperma) manusia masuk ke dalam rahim jin wanita, sebab terlalu panas sehingga mani tersebut tidak kuat dan terus mati.

Berikut adalah jawapan atas masalah tersebut:

1. Walaupun jin dijadikan daripada api tetapi mereka telah berubah bentuk dari bentuk asalnya (api) dengan makan, minum dan berke-turunan, sebagaimana manusia telah berubah dari bentuk asalnya (tanah). Yang dicip-takan dari api ialah jin pertama (iblis) sebagaimana yang dijadikan dari tanah adalah manusia pertama iaitu Adam. Adapun keturunan jin berkembang melalui per-kahwinan dan tidak lagi be-rasal dari api sebagaimana manusia juga berkembang melalui perkahwinan dan tidak lagi berasal dari tanah.
Pendapat ini disokong pula oleh sebuah hadis Ra-sulullah s.a.w. yang mene-rangkan bahawa air liur jin adalah sejuk:
"Bahawa Nabi s.a.w. merasakan sejuk lidah syaitan yang menampakkan

"Aku tidak suka kalau ada wanita hamil, sedang bila ditanya siapa suaminya, maka jawabnya adalah jin. Kalau keadaan ini dibiarkan maka rosaklah masyarakat Islam"


dirinya kepada baginda ketika solat, iaitu ketika baginda sedang mencekik syaitan itu."
Dalam riwayat lain dise-butkan bahawa Rasulullah terus mencekik syaitan itu sehingga air liurnya menjadi sejuk.

Sejuknya lidah syaitan dan adanya air liur adalah menjadi bukti bahawa jin itu telah berubah dari unsurnya yang asal, iaitu api.-Sebab bila jin itu masih tetap dalam keadaannya yang asal, bukan rasa sejuk yang dirasakan oleh Nabi melainkan justeru sebaliknya, iaitu panas.
Imam Malik r.a. ketika disoal mengenai seorang jin laki-laki yang melamar wa-nita manusia, beliau menja-wab, "Tidak mengapa (boleh), tetapi aku tidak suka kalau ada wanita hamil, bila ditanya siapa suaminya, maka jawabnya adalah jin. Kalau keadaan ini dibiarkan maka rosaklah masyarakat Islam."

2. Para ulama telah s e p a k a t bahawa perkahwinan antara jin dengan manusia tidak akan menyebab-kan keha-milan di-sebabkan unsur keja-diannya yang sangat berbeza. Ulama yang melarang perkahwinan antara jin dengan manusia adalah berdasarkan:

* Kerana lain jenisnya
* Kerana tidak dap at menghasilkan keturunan
* Kerana tidak ada dalil di dalam Al-Qur'an yang membolehkan perkahwinan tersebut.

TIDAK DIBENARKAN OLEH SYARIAT
Allah s.w.t. telah mem-berikan nikmat kepada kita sehubungan dengan isteri kita, yakni memberi kete-nangan dan kasih sayang. Yang lebih penting lagi ialah isteri kita diciptakan dari jenis kita sendiri (manusia).
Firman Allah s.w.t.:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cende-rung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (Ar-Rum: 21).

"(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan." (Asy-Syura: 11;.
Firman Allah tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa isteri-isteri kita diciptakan dari jenis kita sendiri. Sedangkan jin itu bukan dari jenis kita sama ada laki-laki mahupun perem-puan. Oleh itu Allah tidak menjadikan kita berpasangan dengan jin kerana kita tidak akan beroleh ketenangan apabila kahwin dengan jin di samping tidak akan mempe-rolehi keturunan.
Motivasi terjadinya perkahwinan antara jin dengan manusia hanyalah kerana adanya kepentingan-kepen-tingan tertentu. Ada juga kemungkinan perkahwinan tersebut terpaksa dilakukan kerana takut terhadap gangguan jin. Padahal antara manusia dan jin tidak akan terjadi persekutuan dan saling cinta mencintai.

BERMUSUHAN
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada diceritakan bahawa syaitan atau jin selamanya bermu-suhan dengan manusia untuk menyesatkan kita dengan berbagai cara sama ada secara halus mahupun kasar.

Pada suatu hari di Madinah terjadi kebakaran besar. Berita itu didengar oleh Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya api itu adalah musuhmu, maka bila kamu akan tidur, matikan padamkan) dahulu api itu. " Bila api itu musuh kita, maka makhluk yang dicipta-kan daripadanya pasti mengi-kuti api itu, kerana cabang dan ranting itu pasti berasal dari pokoknya.

Dengan itu maka syara' tidak membolehkan perkahwinan antara manusia dengan jin walaupun kes-kes seumpa-ma ini mungkin masih ber-laku terutama di kala-ngan orang-orang jahil ataupun tukang-tukang sihir yang mengamalkan ilmu hitam.

SEJARAH PERKAHWINAN ANTARA MANUSIA DENGAN JIN

Abu Said Usman bin Said Ad-Darami menjelaskan di dalam kitabnya Ittiba'us Sunan wal Akhbar:
"Ada satu riwayat yang menjelaskan bahawa ada jin laki-laki yang tertarik pada seorang gadis. Jin itu pergi ke rumah orang tua gadis itu untuk melamarnya. Selepas pernikahan, pada suatu hari jin menam-pakkan diri dan berca-kap-cakap dengan ke-luarga wanita itu:
Manusia'. Siapakah kamu sebenar-nya?
Jin: Saya adalah umat seperti kamu juga.
Manusia: Apakah kamu juga bermazhab?
Jin: Ya, di antaranya Qa-dariyah, Syi'ah dan Murji'ah.
Manusia: Dari golongan mana kamu?
Jin: Kami dari mazhab Murji'ah.

Ada riwayat lain daripada Abu Mu'awiyah dari Al-A'masy katanya:
"Ada jin laki-laki yang menikah dengan seorang wanita di kalangan keluarga saya. Pada suatu hari saya bertanya kepada jin itu, "Makanan apakah yang kamu suka?" Jawabnya, "Nasi." Saya pun menghidangkan beserta lauknya. Saya merasa hairan kerana nasi itu sedikit demi sedikit bergerak ke atas tanpa ada sesiapa pun yang mengangkatnya. Kemudian saya bertanya kepada jin itu, "Apakah di kalangan kamu juga ada mazhab-mazhab?" Jawabnya, "Ya, ada juga." Saya bertanya lagi, "Menurut pendapat kamu Rafidhah itu kaum yang bagaimana?" Ja-wab jin itu, "Kaum Rafidhah adalah kaum yang paling buruk di kalangan kami."

Kisah-kisah tersebut menunjukkan bahawa jin ada yang berkahwin dengan manusia, makan dan minum bersama-sama manusia.


Syara' tidak membolehkan perkahwinan antara manusia dengan jin walaupun kes-kes seumpama ini mungkin masih berlaku terutama di kalangan orang-orang jahil ataupun tukang-tukang sihir yang mengamalkan ilmu hitam


Di samping banyak yang meriwayatkan perkahwinan antara jin dengan manusia, ada pula ulama yang mengingkari perkahwinan tersebut dengan alasan, jin adalah makhluk halus manakala manusia adalah makhluk kasar.

Ada seorang laki-laki pergi dengan mengharung lautan, tetapi tiba-tiba perahunya pecah dan tenggelam sedangkan dia diselamatkan oleh jin wanita sehingga dia terus kahwin dengan jin itu

Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah Abu Bakar bin Arabi. Anehnya, pada suatu hari ulama itu bercerita mengenai pengalamannya sendiri yang pernah berkahwin dengan jin wanita. Jin itu tinggal bersa-ma beliau selama beberapa waktu. Tetapi pada suatu hari jin wanita yang menjadi isteririya itu memukulnya dengan tulang unta pada wajahnya sehingga menim-bulkan luka yang dalam.

Imam Al-Hakam, Qata-dah dan Hasan ketika ditanya mengenai perkahwinan antara jin dengan manusia, maka mereka menjawab dengan jawaban yang menunjukkan tidak senang. Para tabi'in pun tidak menyukai perkahwinan antara jin dengan manusia.
Uqbah bin Abdullah meriwayatkan ada seorang laki-laki datang ke tempat Al-Hasan Basri dengan berkata, "Hai Abu Said, sungguh ada seorang laki-laki dari golo-ngan jin yang melamar seorang gadis dari golongan manusia."

Maka Al-Hasan menjawab, "Jangan engkau nikah-kan dan janganlah engkau menghormatinya."
Kemudian laki-laki itu datang kepada Qatadah sambil bertanya dengan pertanyaan serupa yang telah diajukannya kepada Hasan Basri. Jawab Qatadah:

"Janganlah engkau kah-winkan dia, tetapi apabila jin j itu datang katakan kepada-nya, "kami akan keluar ; menghadapi kamu (jin), bila. kamu benar-benar Muslim, kamu pasti tidak akan me-ninggalkan kami dan tidak akan mengganggu kami."
Apabila hari telah malam, datanglah jin yang ingin melamar gadis tadi sambil berkata, "Hai keluarga gadis j manis, kamu telah datang kepada Al-Hasan dan kamu tanyakan masalah pernikahan dengan wanitamu, kamu datang pula kepada Qatadah
bertanya masalah yang sama."

Keluarga gadis itu terus cepat menjawabnya sebagai-mana yang diajarkan Qatadah. Maka jin itu segera pergi dan tidak mengganggu keluarga gadis itu lagi.

Seorang ulama bernama Harb bertanya kepada Ishak, "Ada seorang laki-laki pergi dengan mengharung lautan, tetapi tiba-tiba perahunya pecah dan tenggelam sedangkan dia diselamatkan oleh jin wanita sehingga dia terus kahwin dengan jin itu."
Maka Ishak menjawab, "Nikah dengan jin hukumnya adalah makruh."
Syeikh Jamaluddin As-Sajastani, seorang ulama mazhab Hanafi berpendapat di dalam kitabnya Munyatul Mufti: "Pernikahan antara manusia dengan jin hukumnya tidak boleh, sebab jenisnya berlainan."
Pernikahan antara jin dengan manusia nampaknya sudah raenjadi realiti melalui beberapa kisah benar. Bagaimanapun terdapat dua pendapat mengenai pernikahan antara jin dan manusia.

1. Tidak Boleh
Pendapat ini berdasarkan dua ayat berikut:
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. " (An-Nahl: 72).
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri." (Ar-Rum: 21).
Para ahli tafsir (mufas-sirin), mengertikan ayat tersebut dengan mengatakan bahawa isteri-isteri kita dijadikan dari jenis yang sama iaitu manusia. Ayat ini sama dengan ayat yang menjelaskan bahawa Rasu-lullah dijadikan dari kalangan kamu iaitu manusia sebagai-mana ayat berikut:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri. " (At-Taubah: 128).

2. Boleh
Pendapat ini bersumber-kan ulama besar yang ber-nama Al-A'masy. Diriwayat-kan bahawa beliau pernah menghadiri pernikahan antara jin dan manusia di Kantsa. Kalau pernikahan antara jin Jan manusia di mana beliau dijemput untuk menghadiri-nya dihukum sebagai tidak boleh, beliau pasti tidak datang untuk ikut memberi doa restu kepada kedua. pengantin.

Ada satu riwayat dari Zaid Al-A'masy bahawa beliau pernah berdoa kepada Allah untuk diberi seorang isteri dari kalangan jin. Doanya adalah:
"Ya Allah, berilah kami seorang wanita jin untuk kami Setelah beliau berdoa demikian. ada seorang yang bertanya kepadanya, "Untuk jin wanita itu hai Abu Hawari?" Beliau menjawab, "Untuk menemaniku pada waktu aku pergi, sehingga di mana saja aku berada jin itu sentiasa bersamaku."

APAKAH JIMAK DENGAN JIN MEWAJIBKAN MANDI?
Disebutkan di dalam kitab Al-Fatawa Dhahirah bahawa ada seorang wanita yang mendakwa disetubuhi oleh jin beberapa kali. Wanita itu juga mengakui merasakan-nya sebagaimana yang ia rasakan semasa melakukan hubungan jimak dengan suaminya. Maka segolongan ulama ada yang mengatakan, "Wanita itu tidak wajib mandi."
Abul Ma'ali juga pernah bercerita di dalam kitab Syarah Al-Hidayah karangan Ibnul Khattab Al-Hambali, iaitu satu soalan yang dita-nyakan oleh seorang wanita kepadanya. Wanita itu ber-tanya, "Ada jin laki-laki yang bersetubuh dengan saya dan saya- merasakannya sebagaimana melakukannya dengan suami saya. Apakah yang demikian juga mewajibkan mandi?"

Disebutkan di dalam kitab Al-Fatawa Dhahirah bahawa ada seorang wanita yang mendakwa disetubuhi oleh jin beberapa kali. Wanita itu juga mengakui merasakannya sebagaimana yang ia rasakan semasa melakukan hubungan jimak dengan suaminya

Abul Ma'ali menjawab, "Sebahagian ulama Hana-fiyah berpendapat hubungan jimak antara manusia dan jin tidak mewajibkan mandi."
Abul Ma'ali memberi alasan, kerana tidak ada sebab yang mewajibkan mandi. Sebab tidak ada "ilaj" (memasukkan zakar ke dalam vagina), ia hanya serupa mimpi saja.
Syeikh Badruddin bin Abdullah Asy-Syibli pula berpendapat bahawa alasan yang dikemukakan oleh Abul Ma'ali masih perlu mendapat penjelasan lebih lanjut. Kerana, apabila wanita tersebut benar-benar didatangi oleh jin dalam keadaan menyerupai suatu makhluk dan dengan cara memasukkan zakar ke dalam vaginanya (bukan mimpi) maka, menurut Asy-Syibli, telah terjadi hubungan jimak antara manusia dan jin, maka yang lebih dekat kepada kebenaran adalah "wajib mandi." *

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI