VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Tuesday, September 18

DAJJAL bertemu IBLIS..

DAJJAL - PERTEMUAN KEDUA DENGAN SEORANG NABI ......
Setelah diusir oleh Nabi Musa, Samiri (Dajjal) mula mengembara sendirian melalui jalan-jalan di Sina 'menjauhi Nabi Musa dan kaumnya. Lalu satu ketika dia duduk-duduk di puncak suatu gunung tinggi memerhati orang-orang yang sedang berangkat pergi menaiki perahu di lautan. Dia berharap sangat dapat menumpang sama dalam perahu mereka untuk pergi ke negeri mana saja yang dapat dikunjunginya.

Pertama sekali, dia pun pergi ke sebuah negeri yang dikenali dengan nama Bilad al-Ghal yang bermakna negeri makmur. Dia tinggal disitu buat seketika. Kemudian dia pergi menuju kabilah-kabilah al-Bulghar. Kemudian dia tinggal agak lama dengan penduduk-penduduk al-Awral........


Dajjal bertemu Iblis


Sebenarnya sebelum Christopher Columbus sampai diAmerika Utara. Dajjal sudah pun sampai terlebih dahulu , tujuh abad lebih terdahulu daripada nya. Dajjal berada di Amerika Selatan dan sedang melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya bertempat di Puerto Rico. Dajjal bercadang mahu menjadikan antara Puerto Rico dan Pulau Bermuda sebagai bentuk piramid sebagaimana piramid Fir'aun. Dia mahu piramidnya lebih besar pengaruhnya daripada piramid Fir'aun. Dajjal mahu puncak bagi piramidnya itu terletak di dirinya sendiri, iaitu sebagai "kota bomoh yang ditunggu-tunggu".

Dia pun mula mengirim orang-orangnya sebagai pedagang ke beberapa negara di dunia. Sebenarnya pedagang-pedagang itu adalah pengintipnya yang mengumpul segala maklumat, mengumpul segala gambar dan mengutip berita dan maklumat untuk Dajjal.

Pada abad ke 8 M bersamaan dengan abad ke 2 Hijrah, Dajjal belayar menggunakan kapal yang menggunakan tenaga matahari di Segitiga Bermuda, dia bercadang untuk mengunjungi Pantai Florida. Tetapi ditengah malam yang gelap gelita itu dia ternampak pula cahaya dari arah jauh. Cahaya itu semakin •dekat. Dari pancaran cahaya itu terlihat bayangan istana dari kaca seolah-olah istana kristal. Pengawal-pengawal Dajjal pula ternampak seperti makhluk berkepala anjing dan keldai dari kilauan cahaya itu. Mereka bercaMp dalam bahasa yang dia bertemu tidak faham.Dajjal pun berkata kepada pengawalnya,"Apa yang aku nampak ini?"

Mereka menjawab," Wahai tuhan kami, kami hanya nampak cahaya dan mendengar bisikan. Cuba tuhan kabarkan kepada kami apa yang engkau nampak kerana kami tidak dapat melihatnya. Engkau adalah tuhan kami dan melihat apa yang kami tidak lihat." Dajjal menjawab,"Baiklah, itu adalah tugas aku."

Kemudian dia pun mengeluarkan beberapa jenis bahan dari biliknya di atas kapaf itu dan mencampurkan bahan-bahan itu. Setelah itu semua orang boleh nampak seolah-olah ada gunung bercahaya atau binatang liar berbadan besar yang bersinar-sinar. Dia juga nampak seluruh makhluk yang mengelilingi istana itu dalam keadaan berjaga-jaga dan kelihatan mereka berjalan tergesa-gesa masuk ke dalam istana itu. Ada sesetengahnya pula terbang menjauhi istana itu dan mejauhkan diri dari kapal Dajjal yang semakin dekat dengan istana itu. Bertambah pelik lagi. sebaik saja kapal Dajjal rapat, pengawal-pengawal Dajjal mula menguap dan tertidur seolah-olah mereka dibius dengan ubat pelali. Dajjal pun turut menguap dan secara tidak dia sedari, dia pun menutup hidung dan mulut dengan tangan dan bersiap-siap untuk masuk ke dalam istana yang membingungkan dia itu.

Apabila masuk ke dalam, dia amat terkejut melihat beratus-ratus makhluk mirip seperti anjing, keldai, kucing dan ular mengelilinginya sambil tunduk sebagai tanda hormat. Salah satu makhluk di antara mereka mahu mara ke depan untuk menghulurkan tangan. Mereka semuanya berwarna hitam. Bulu-bulu mereka hitam. Makhluk itu bercakap dalam bahasa yang dia tidak pernah dengar tetapi dia faham, sepertimana manusia bercakap dengan manusia lain dengan bahasa masing-masing. Antara makna percakapan makhluk itu ialah." Raja agung menantimu. Dia adalah tuhan alam ini. Malam ini engkau menjadi tetamunya untuk mengikat ikatan cinta dan menjalin satu kerja sama. Engkau menjadi raja yang boleh dilihat sementara dia. menjadi raja yang tidak boleh dilihat, yakni tersembunyi."

Dajjal faham dengan seluruh perkataan itu, lalu dia melalui celah-celah makhluk yang sedang berkumpul itu, Sementara itu syaitan-syaitan dengan jumlah yang banyak sekali cuba hendak mendekatinya. Bukan sikit-sikit jumlah syaitan itu, hampir berjuta-juta, dalam berbagai bentuk, dari sekecil sebesar semut sehingga sebesar lebah, sebesar jari, selebar tapak tangan dan ada yang panjang satna saiz dengan manusia.Mereka menari-nari dan menyanyi lagu yang dia sendiri tidak faham.

Tetapi Dajjal tahu. mereka semua sedang bergembira, kegembiraan mereka itu amat luarbiasa seperti sangat seronok mendapat sesuatu . Dajjal terus mara dan terus mara ke mimbar yang besar. Di situ tertampal gambar-gambar syaitan yang berbagai saiz dan bentuk. Ada gambar binatang yang dikenali oleh manusia ada yang tidak dikenali. Paling ganjil sekali gambar seekor monyet yang tertulis kata-kata yang khusus untuk manusia dan jin..

Memang jin ada kemampuan untuk mendirikan bangunan dan merupa seperti manusia. Dalam firman Allah SWT (Saba1, 34: 12 -13) Dan kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di anmtara mereka dari perintah Kami, maka Kami rasakan kepada azab neraka yang 'apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarjga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.

Tiba-tiba mereka menyuruh Dajjal berhenti di hadapan salah satu makhluk yang sedang tunduk dan meminta yang lain pun tunduk sama sambil masuk menghadap tuan besarnya. Dajjal tidak mahu tunduk walaupun yang lain semuanya tunduk, mereka pun berbisik kepadanya/'Tunduklah, kerana ini adalah etika untuk masuk berjumpa raja yang menjadi tuhan." Dajjal menjawab,"Aku adalah raja yang menjadi tuhan."

Lalu yang lain itu pun terus tunduk dan meninggalkan dia sendirian. Akhirnya Dajjal masuk sambil tunduk. Dia mendapati dirinya berada dalam satu ruang yang luas dan gelap. Kemudian ada cahaya jingga tua bersinar dari sisinya. Selepas itu, tiba-tiba saja dia dapati ruang itu diterangi oleh cahaya seperti api. Kemudian dia dapati dia berhadapan dengan satu makhluk yang buruk rupanya dan boleh menyeramkan apabila dipandang. Iblis itu pun mendekatkan-diri kepada Dajjal, dan mereka berjabat tangan. Iblis berkata,"Wahai manusia (tanda) kiamat, aku telah menantimu sejak jutaan tahun. Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kami. Permusuhan antara kita dan mereka tidak akan hilang. Entah mereka yang menang atau kita yang menang. Kalau kita menang, kita telah mengalahkan Allah.

Kalau kita mengalahkan Allah, kita menjadi tuhan bersama-Nya, yang tidak ada sekutu bagi kita. Itulah saatnya kita mencipta sebagaimana Dia mencipta. Jika tidak, katakanlah padaku dari mana Allah mendatangkan akhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun? Pasti Dia belajar dari tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahsia-rahsianya, kemudian mengkhianatinya dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuiNya dari rahsia-rahsia itu. Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapaiNya hanya dengan memusnahkan umat ini. Allah telah mengampunkan Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, member! mereka malam al-qadar yang lebih baik daripada seribu bulan, member! mereka tempat wukuf di Arafah. Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya, member! mereka istighfar (permohonan ampun) dan lalu Dia pun menerima ampunan mereka dan member! mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sekerat. Dia telah memuliakan mereka. Lantas mengapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan rendah dan cubaan hidup berupa harta, anak, wanita, emas, hukum, kekuasaan dan kedudukan? Kita kirim pada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan, jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta mengoyak AIQuran yang ada dalam dada mereka sehingga mereka menjadi Islam hanya pada nama saja. Kita jadikan orang-orang Yahudi, bangsamu itu, sebagai pemegang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga mereka menetapkan pajakdan memperoleh apa yang dijanjikan pada mereka untuk menguasai Palestin. Dengan begitu mererka menjadi penguasa seluruh dunia. Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas 'arsy dan kekuasaan.

TURUNNYA LAILATULQODAR


Turunnya Lailatulqodar

Jika puasanya hari ISNIN Lailatulqodarnya 21 Romadhan

Jika puasanya hari SELASA/JUMAAT Lailatulqodarnya 27 Romadhan

Jika puasanya hari KHAMIS Lailatulqodarnya 25 Romadhan

Jika puasanya hari SABTU Lailatulqodar 23 Romadhan

Jika puasanya hati AHAD/RABU Lailatulqodarnya 29 Romadhan

Monday, September 17

add




Saturday, September 15

Cerita Nabi Yusuf...

Kisah Nabi Yusuf yang wajib kita tahu... sebagai iktibar

Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (12:4-6)


Friday, September 14

gempa bumi dan kaitannya dengan manusia



KETERANGAN TENTANG ALAMAT GEMPA BUMI.

1. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Muharam, maka alamat akan banyak orang yang prihatin.
Jika malam, alamat bah an makanan mahal dan banyak timbul huru hara.

2. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Safar waktu siang hari, maka alamat banyak penduduk Desa(kampung) sama pindah dan banyak penyakit Jika malam hari terjadinya, maka alamat banyak orang selamat pada tahun itu.

3. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Rabi'ul awal waktu siang hari, maka alamat banyak orang yang mendapatkan derajat/pangkat dan banyak penyakit/pagering. Jika malam hari terjadinya, maka alamat banyak hujan, angin dan ombak.

4. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Rabi'ul ahir waktu siang hari, maka alamatnya banyak manusia, kerbau dan sapi mati. Jika malam hari terjadinya, maka alamat bagus, banyak hujan, murah sandang pangan dan tumbuh-tumbuhan bagus dan selamat dari penyakit.

5. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Jumadil Awal waktu siang hari, maka alamat banyak musuh. Jika malam hari terjadinya, maka alamatnya Rahayu.

6. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Jumadil ahir, maka alamat musim kemaraunya panjang dan banyak kerbau dan sapi kurus pada tahun ini. Jika malam hari terjadinya, maka alamatnya banyak penyakit dan paceklik.

7. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Rajab waktu siang hari, maka alamat banyak penyakit pada tahun itu. Jika malam hari terjadinya, alamat akan timbul peperangan besar dalam Negara itu.

8. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Sya"ban waktu siang hari, maka alamat banyak orang meninggal dunia dan segala kebutuhan mahal.

9. Jika ada Gempa bumi pada bulan Romadhon waktu siang hari, maka alamat banyak orang bertengkar. Jika malam hari terjadinya, banyak orang berpindah.

10. Jika ada Gempa bumi pada bulan Syawal waktu siang hari, maka alamat banyak penyakit dan kerusakan kerusakan. Jika malam hari terjadinya, alamat akan timbul peperangan besar dan banyak orangyang berselisih.

11. Jika ada Gempa bumi pada Bulan Dzul Qo'dah, maka alamat banyak orang desa sama berebutan, jika malam hari terjadinya, alamat banyak orang pindah.

12. Jika ada Gempa Bumi pada Bulan Dzul Hijjah siang hari, maka alamat banyak orang marah dan peceklik pada tahun itu serta disana sini terjadi permusuhan. Jika malam hari terjadinya maka alamat banyak terjadi desa rusak dan banyak hujan, harga padi murah, banyak orang yang berbuat kebajikan.

"Wallaahu a'lamu = ALLAH yang lebih mengetahui".

Thursday, September 13

bernama..ABUYA.


SHAH ALAM, 13 Sept -- Buku setebal 92 muka surat bertajuk "Abuya Hj Ashaari Muhammad Adalah Putera Bani Tamim" yang ditulis oleh Mohd Nizamuddin Ashaari dan Laila Ahmad, jelas cuba mencabar undang-undang negara. Kumpulan Al-Arqam yang difatwakan haram pada 1994 kerana menyelewengkan agama Islam kini dikesan menerbitkan sebuah lagi buku mengenai keagungan bekas pemimpinnya Ashaari Muhammad dan mengedarkannya secara percuma kepada orang ramai di negeri ini. Antara kandungan buku tersebut termasuklah kupasan mengenai umat Islam di akhir zaman, mendakwa Ashaari umpama sebuah tafsiran Al-Quran dan bahawa Ashaari kerap bertemu dengan Rasulullah dan Imam Mahadi dalam keadaan sedar, mendapat ilham dan syarat ghaib termasuk mimpi benar.

Tuesday, September 11

Selamat Berpuasa




Selamat Menyambut bulan Romadhon, Bulan Umat Nabi Muhamad S.A.W mengerjakan puasa...moga-moga mendapat barokah yang sempurna....lakukan dengan Ikhlas, redho dan bertawakkal...

bacalah..



Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada
Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan
sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat
(kdebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan mendapat keampunan
dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang
terawih serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru MaJaikat di bawah 'Arasy supaya kami
meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahaJa ia sebagaimana pahala
orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang
sembahyang di Masjidilharam. Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-
malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan
tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan
dosa-dosa orang yang mengcr jakan sembahyang
terawih pada malam ini

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi
Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang
musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah
Ibrahim ' AJaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya
kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hariQiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,
serta Allah tiada menyesatkannya pada bari Qiamat.

Malam IS
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy,Kursi,
berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allahsubhanahuwata'ala uliskan baginya terlepas
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sungguhnya Allah
telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam
Shurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang
mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-
hara di Padang Mahsyar).


Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah
bandar di dalam Syurga dahpada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada
malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini
ketangkasan mclintas alas titiaii Sirotolmusqim seperti
kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya
1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala
1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala bcri penghormatan kepada
orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berflrman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan
yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga,
dan man-dilah engkau daripada air syurga yang
bemama Salsabila, serta minumlah air daripada
teiaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
yang bemama "'Al-Kauthar"

MUTIARA (Benteng Diri)

Benteng Diri ( MUTIARA)
1. Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara
racun yang mem bunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

2. Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

3. Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka
terbahagilah dia kepada limabahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

4. Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari
langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau
dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau
dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia
bunuhkan engkau?
5. Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari
langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat
mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah
bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah
jadi mulia rakan engkau?

6. Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara
dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh
dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau
kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada
engkau kenderai selama-lamanya?
dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

VII Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka
menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu
menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu
jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika
sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah
(celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan
maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu
lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

IX Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi
setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali
ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan
kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam
perut ku (kubur).

Sunday, September 9

Bagaimana orang zaman sekarang tahu cerita Dajjal

Bagairnana orang zaman sekarang tahu cerita Dajjal

Kebanyakan bahan manuskrip yang ditulis ini adalah dari manuskrip peninggalan orang-orang dahulu yang didapati berada dibawah tanah milik petani Palestin. Manuskrip-manuskrip itu tertulis dengan huruf Arab lama yang berusia sekitar empat abad sebelum Nabi Musa diutus.

Nabi Ibrahim pernah menegaskan perkara ini ketika di iembah Quds (Palestin) yang sebahagian besarnya merupakan oahagian dari apa yang diwahyukan oleh Allah, Tuhan semesta alam Kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa betkenaan dengan kehidupan akhirat dan dunia. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Di samping itu manuskrip itu menyatakan tentang fitnah yang sangat besar.

Manuskrip ini ditulis oleh Azad bin Harim bin Shafur di atas daun seperti daun kurma atau seperti iembaran papirus yang dibuat sebagai kertas. Azad sendiri pernah bertemu dengan Nabi Ibrahim, bahkan bertanya tentang hal mengenai seorang lelaki yang disebut sebagai Dajjal yang sangat membahayakan itu. Semua nabi diperintahkan Allah untuk memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal.

Menurut pengakuannya, dia adalah orang yang paling ibanyak bergaul dengan beliau ketika berada di negerinya. Manuskrip ini diwariskan secara turun-temurun oleh anak cucunya. Mereka pun memperbaharui tulisannya dengan bahasa Aram hingga masa kenabian Nabi Isa al Masih. Kemudian manuskrip-manuskrip itu disembunyikan oleh cicit-cicit dari cucu Azad.

Ketika mereka bertanya kepada Nabi Isa al Masih mengenai apa yang diberitakan Nabi Ibrahim, Nabi Isa pun menguatkan kenyataan itu. Allah juga mewahyukan kepada Nabi Isa untuk memperingatkan kaumnya dari bahaya Dajjal yang mengaku sebagai tuhan dan minta disembah.

Dengan kehendak Allah, ada petani Palestin yang bertemu dengan manuskrip-manuskrip dan surat-surat mengenai hal itu. Kemudian ia diserahkan kepada seorang alim yang saleh di Quds (Palestin) Dia memang ahli dalam bahasa dan tulisan Aram dahulu. Dia menjaga manuskrip itu di dalam bangunan bawah tanah rumahnya yang sudah tua di Quds (Palestin) nama samaran orang tua itu ialah Abu Basil Izzuddin Bur. Nabi Nuh yang sangat jauh dari masa kenabian dengan Nabi Ibrahim juga pernah mengingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal.

Dalam Sahih Bukhari disebut: bahawa Ibn Umar r.a. berkata: "Rasulullah saw. berdiri dihadapan orang ramai lalu memuji dan menyanjung Allah sebagaimana biasanya. Kemudian beliau menyebut-nyebut Dajjal. "Sungguh aku memperingatkan kamu sekalian agar berhati-hati pada Dajjal. Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. Akan tetapi akan kuberitahu kepada kamu tentang Dajjal yang belum pernah diberitahu oleh seorang nabipun kepada kaumnya. Kamu harus tahu bahawa Dajjal buta sebelah matanya dan bahawa Allah tidak buta sebelah mata Nya."

lihat cerita seterusnya di sini

Thursday, September 6

Malaysia


pagi...di Trengganu MALAYSIA

Wasiat anak cucu-cicit

WASIAT ANAK CUCU -CICIT
1. AYAT - Kita ini ayat
2. DOA - Doa kepada 2 ibu/bapa
3. WASIAT - Kepada anak cucu



NOTA 9

MAN HA BATDUNYA YUKRIBULMAUT
WAMAN AHABAL AKHIRA YA INDAL MAUT
Barang siapa yang mengejar dunia menghampiri mati
Barang siapa yang mengejar akhirat menjauhkan mati.

ATABASOM MINALLAH WAAZALATOL MINNANNAS

ASSAMTURAHM WAL BAHSUBALAK

Lebih baik diam daripada bercakap

WALA TAMSIL EL ARQI MARHA
Awas aku lubang gelap

INNALLAHA MAASSOBIRIN
Bersabar itu separuh daripada iman.

SUKRUL ALHAMDULLILLAH

QULLUL INSANANDAEPON
Sesungguhnya sifat manusia lemah dan kekurangan.
Perkara yang baik-baik itu sedekah

WAMAN SIBABOLMUSLIMIN FASIKUN
Barang siapa memaki orang islam fasik.

ARRAHMAN ALA ARSIS TAWA. ARHAHIM ALA EBADILLAH.
Orang yang di bawah ibadah kepada ALLAH Orang yang di atas
menurun rahmah dapa yang di bawah.

WAKU LUL HAKU LAUMURUN
Kata olehmu walau pahit sekalipun

MANUWASALWA KU LU MINQALIBATI MARA DATNAKUM.
( doa cincin )

AT TAHURUN NIS FUL IMAN
Bersih itu setenggah dari iman.

HUT BULWATAN MINAL IMAN
Kasihkan tanah air setengah dari iman.

WAK MURBIL MAQRUP FAHAN HAUNA ANIL MUNKAR
Disuruh buat kebajikan dan dilarangkan orang membuat
kejahatan.

INNA SOLATA KAN TANHA ANILFAKSA ANIL WALMUNGKAR
Sembahyang itu menjauhkan kejahatan dan kemunkaran.

ANNIASA LIBAS SURIZAL
Wanita itu pakaian lelaki

ANNISAQ ABAUSSYAiTON
Wanita pukat (jerat) lelaki

ATTOHURON NISBUL IMAN
Berseh itu daripada iman

Wednesday, September 5

Tuesday, September 4

GERHANA

GERHANA BULAN



Bila ada peristiwa gerhana bulan dibulan Muharam,
bermakna akan terjadi wabah penyakit yang sama,
harga semua keperluan manusia akan meningkat
dan akan ada raja/pemimpin negeri yang meninggal

Bila kejadian gerhana buulan terjadi pada bulan Syafar,
bermakna selama tiga bulan tidak akan turun hujan,
yang diselingi oleh angin kencang

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Rabiulawwal,
bermakna sang raja/pemimpin negeri sedang bersusah
hati tanpa diketahui oleh rakyat yang sedang berbahagia

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Rabiulakhir,
bermakna akan ada wabah penyakit yang menimpa orang miskin

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Jumadilawwal,
bermakna akan ada kebaikan yang seperti harga barang keperluan akan turun.

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Jumadilakhir,
bermakna akan datang hujan dan banyak haiwan
peliharaan yang akan mati

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Rajab,
bermakna keperluan hidup akan mudah dan murah.
Namun banyak manusia yang berselisih faham

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Syaban,
bermakna akan datang wabak penyakit menular (merebak).
Tapi harga makanan akan turun dan mudah didapati

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Ramadhan,
bermakna akan datang musim hujan yang berpanjangan
disertai kilat dan gemuruh guntur



Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Syawal,
bermakna semua harga kebutuhan bahan pokok akan naik

Bila gerhana bulan terjadi pada bulan Zulkaedah,
bermakna banyak rakyat yang akan menderita akibat
kerusuhan di dalam negeri.

Sunday, September 2

NOTA 8

KAMUS
AZMALI - sempurnaan
MUKALAB - cukup umur ( menerima hukum )
IKTIKAB - Niat hati
KIFIAT - Niat hati
SIFAT QADIM - Sifat kekal
MENDERUS - Mengamal ( membaca )
NISBAT - Tetap
AMAR - Suruhan tuhan ( pada wajip )
MASROT - Syarat.
ZAZAM - Putus hakikat memegang keyakinan
MENENOK -MANIK - ada sebab dalang ( tenggah )
LAZIM - tidak dikehendaki (harus)
PASIT - Orang yang kotor ( minum arak )
WADAK - menetapkan sesuatu
NATRI - berhajat
KADIM - kekal ( WAL MUNTAHILU MALAA YATASAUWARU FIL AKLI. )
DARURI - Barang yang tidak berhajat
NAZRI - Barang yang berhajat
ARDI - Bumi
DIKAUL - Puak-puak
KAMALAT - sifat kesempurnaan ( sifat tuhan )
KASAT - meniat ( menyengaja Niat )
SEKUTU - Menduakannya
RIAK - Bangga diri
SEMAAH - Keji dalam hati
UJUB - Hairan
AKMA - Ikhlas sempurna
ISTILAH - Pakatan orang ulama setuju
HASRAT - Kehendak

Saturday, September 1

santai kat sini..


Pulau Pangkor

Friday, August 31

he..he... aku kaya dunia ana yang punya..


Apalah ertinya bagi sibuta jika ia disuruh mandi di besin emas ini...
begitu juga dunia ini .. bagi sicelik dunia adalah bidadari yang cantik.. bagi si buta ia sekadar bau dan rasa..... pejam dan rabalah tubuh kita apa yang kita rasa... yang ada bersama kita adalah hati yang sedang berkata-kata sebab ia dekat pada kita... dan itulah yang kita bawa untuk menemui tuhan kita Allah.

Thursday, August 30

NOTA 7



NOTA 7
ORANG NYANYUK
Apabila orang telah telah lewat usianya dan nyanyuk maka
tiada insaf pada dirinya dengan segala perbuatan - ibarat
orang tiada sioman hukumnya. (Tidak bersalahan)

SEDEKAH
Memberi sedekah pada orang miskin merapatkan ( rapatan )
surga ( makanan surga )

Orang muda yang diajak oleh ibubapanya di ampunkan
dosa semasa yang telah lepas ( dosa yang lepas dan kemudian )

LIMHASaTON HUFITBIHA HAROLWABA.....(ada sambung lagi)
Orang yang ingin meninggal dunia mengamalkan ini masuk surga.


GEN- GENJIK
Orang yang pergi haji di senggiti oleh Rasullullah kerana di hatinya
mempunyai kirik kecil- genjik dan belum tentu punyai bersih iman

IMAN - Tidak punyai iman yang tidak dipakai
BURAK - BAR - maknanya kilat.

MENGIRIM KELUHURAN
Kepada para Rasul para Ambiak para Wali-wali, Mujahidin, Syuhadak. meminta safaat.

MUJAHADAH
- Orang yang beramal mujahadah
( duduk menghadap kiblat membaza zhikir ) umpama.....

RASULLULLAH
Mendapat tiga titik air di Mihraj
1. Ilmu untuk Rasul
2. Ilmu untuk para Wali
3. Ilmu untuk para Ulamak
IBADAH
Amal perbuatan yang di sukai ALLAH taala

SEMBAHYANG SUNAT SAAKBAN
12 rakaat- (sembayang sunat ) boleh digunakan mana-mana
tempat tahyat awal boleh di mulai dengan rakaat kedua,
ketiga, ketujuh juga boleh.
Nota: Jangan menyalah-nyalahkan...

MENGHALAU GANGUAN SYAITON DI RUMAH
(hantu GEBELUK ayam sakit ) (petua)
Menurut cerita ( daripada manusia yang mati atau sakit......)
lebih baik binatang ternakannya yang sakit atau mati.
Baca ayat Qursi bawa garam tabur setiap penjuru 3 kali
( baca ulang-ulang ) syarat telanjang di waktu tengah
malam keliling rumah. ...Petua wabak ...
Lihamsaton hupfifiha..... (sampai habis baca)

TERANG HATI ANAK-ANAK

TAZLI SIFATTULLAH SIFAT MENJADI KALAM MULLAH
TERANGKAN HATI HAMBA ALLAH BIL BARKATI RASULLILLAH.

PESANAN EMBAH AGONG
SAHADAT - SEMBAHYANG - PUASA
dipegang kuat-kuat jangan di tinggal

SEMBAHYANG TAZJUZ
Orang yang sembahyang tahjuz rumahnya berkelip-kelip
macam lintang duri.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN Ke 50 tahun .... MERDEKA... MERDEKA...MERDEKA....

merdekakan nafsu untuk menjadi baik... berkatalah yang baik-baik ikhlas, redho dan bertawakkal... fikirkan kita malaungkan merdeka seorang diri tidak menampakkan gah tetapi bila kita malaungkan dengan kuat beramai-ramai ianya menjadi satu kuasa... segala mahkluk akan mendegarnya...

bagaimana pula jika kita bersalawat seorang diri?... ianya tidak menampakkan Nabi Muhamad s.a.w itu besar... jika kita melaungkan Selawat beramai-ramai ianya menjadi besar dan menampakkan Nabi Muhamad itu lebih besar.. dari sudut lahirliah kita tidak nampak yang malaikat juga bersalawat ke atas nabi.. jadi kita berselawat beramai-ramai dengan kuat...

Wednesday, August 29

rehat mata..syukur..


Enjoy sea adventures in Koh Samui.

Tuesday, August 28

Nota 6

nota 6

MANDI TOLAK BALAK
NAWAITU HISLALLIDAT LIL BALAKI LILLAHITAALAH.

SEMBAHYANG TOLAK BALAK
Sembahyang tolak balak di akhir tanggal bulan
Safar minggu akhir Rabu ( yang jatuh pada akhir bulan Safar ).
Empat rakaat dua salam

Bacaan rakaat pertama: - Alhamdullillah
- Qulyaaiyuhalkafirun 17 kali
Rekaat kedua: - Alhamdullilllah
- Qulhuwallahuahad.

Mohon kebaikan jauh dari bencana.

AIR SEMBAHYANG
BISMILLAHIROHMANNIRROHIM
Makrifat. hakikat iklas ( air sembahyang ) asma Allah mencuci hati dan
bermula dengan mambaca Bismillah.... sebelum mengambil wuduk air
sembahyang kerana ianya mencuci jiwa hati nurani di dalam merangkumi
segala anggota bersih.

MANDI
Segala apa yang dipandang dan mengairahkan menaikan sahwat adalah
di dalam lingkungan zunup... kena zunuf. ( tasauf )

SEMBAHYANG SUNAT
1. Sembahyang Tahjut
2. Sembahyang Witir
3. Sembahyang Tasbih
4. Sembahyang Muqlak ( bersih diri )

NIAT
USULLI SUANATHAN MUKLAK RAKAATAINI LILLAHITAALA

DOA TAYAMUM ( UNTUK SEMBAHYANG )

TAYAMUM
Dua pukulan muka dan tangan

NAWAITU TAHAMUMA LISTIBAHATIS SOLAATI LILLAHITAALA
( hanya boleh digunakan satu fardu sembahyang sahaja )

ORANG MATI BERIMAN
Apabila orang beriman mati itu menandakan Allah memberi rehat buat selama-lamanya.
1. Rehat dari Sembahyangnya
2. Rehat dari Puasanya.
3. Rehat dari segalanya
4. Rehat dari penyakitnya.

Mawlid and Hadrah with Shaykh Abd al-R...

Last Days of Pompeii dan Kisah Nabi Musa







Monday, August 27

kenang jasa Mat Kilau dan Tok Janggut al Fatihah...

200 waris Mat Kilau berhimpun

KIRA-KIRA 200 keluarga waris dan keturunan dua pahlawan terbilang Pahang, Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau menga-dakan perjumpaan di sebuah hotel di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

Serentak itu juga, mesyua-rat agung kali pertama Persatuan Waris Tok Gajah-Mat Kilau diadakan bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan kedua-dua pahlawan itu.
Pengerusi penaja persatuan, Datuk Zulkifly Mohamad, berharap kerajaan negeri membuat pengisytiharan terbuka dalam tempoh terdekat bagi membuktikan Tok Gajah dan Mat Kilau pahlawan Pahang dan bukan penderhaka.

Menurutnya, pertemuan itu untuk membetulkan fakta supaya generasi akan datangtidak menerima yang bercanggah daripada apa yangdipelajari dalam buku teks.

Selain itu, salasilah kedua-dua pahlawan itu turut dipamerkan bagi mendapat gambaran lebih jelas men-genai kedudukan mereka dalam susur gaiur keturunan pahlawan berkenaan.

Pada majlis itu, satu usul penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti salinan satu perjanjian bertulis antara Bendahara Wan Ahmad atau Sultan Ahmad dengan Toto Gajah menge-nai pemberian hak milik Budu dan Pulau Tawar turut dibentangkan.




kenang jasa Haji Hassan bin Panglima Mat Munas
yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mengam bil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.

tempat tok Janggut gugur..


__________________________________________
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. (ikuti kesahnya)


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.




Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’.

Saturday, August 25

Cintai Allah


Doa Nabi Diajar pada sahabatnya
Ya Allah kurniakan kepadaku cinta terhadapMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mambawa aku hampir kepadaMu, dan jadikanlah cintaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga.


Friday, August 24

NOTA 5

HAMPIR KIAMAT
Satu perkara yang belum terjadi orang yang berada
di dalam masjid (menjolot) melompat ke luar.(kiasan)
70 Orang malafaskan kalimah mendapat
pertolongan kecil dari ALLAH dan 70 000 kali lafas
Laillahhaillallah 1400 ( setahun ) di kira kalau
umur 50 tahun berapa ribu sampaikah ke 70 000 kali?
(Setiap orang yang tahu mengucap Laiillahailllah
yang tahu sepenuhnya Lam hingga Ha illahailallah ...)

MALAIKAT mempunyai 70 000 muka tidak hadir
kerumah manusia yang mempunyai gambar-gambar
di rumahnya ( Malaikat Mekail ). Malaikat setiap
hari bertanya ... "Hai manusia gedungmu di akhirat kosong"
di suruh mengerjakan ibadat untuk mengisi gedung
di akhirat. Orang yang tidak sabar dengan cabaranku,
orang itu tidak redo dengan cobaanku



SEMBAHYANG SUNAT MUTLAQ
Sembahyang taubat ( Mutlaq maknya bersih ) sembahyang
sunah Mutlaq dibuat tenggah malam, maupun taubat mengahapuskan dosa.
USULLI SUANATHAN MUKLAK RAKAATAINI LIL
LAHITAALA Ayat yang di baca:
1. Qulya aiyuhal qafirun
2. Qulhuwallah huahad

SEMBAHYANG MAYET
Sembahyang mayet 4 takbir Usulli hazal mayaitati arbaa
takbiratin fardu kapiati makmunan lillahitaala ... Lelaki
1. Allahuma Firlahu waafini wafuanhu.
2. Allahuma Firlahu warhamhuma waafiniwafuanha.
1. niat 2. selawat 3. doa
Susunan:
1. Allah
2. Fatihah
3. Allah- selawat - Allahumasouliala Syaidina
Muhamad waalaalihi waasohbihi wasallam.
Kama solaita............ala ibrohim waala ibrohim....
4. Allah huakbar.
5. Allahuma Firlahu warhamhu waafini, wafu anhu.

Monday, August 20

Namanya didalam al kitab (bahagian 2)

NAMANYA DI DALAM al-KITAB (bahagian 2)

Dari segi keugamaan global, penantian akan seorang yang Super Paranormal memang sudah ditunggu sejak berzaman lamanya. Dari ugama Islam ke Kristian ke Hindu maupun Buddha, kesemuanya menyebut akan hadir seorang insan yang akan menyatukan manusia. Beliau yang datang penuh kesaktian ini akan mempunyai ramai pengikut. Orang yang dimaksud kan ini mempunyai pelbagai gelaran-gelaran yang diantaranya dari Jawa ialah Ratu Adil atau Satrio Peninggit, dari Islam ialah Imam Mahdi, dari Kristian ialah Nabi Isa atau anak tuhan, dari Hindu ialah Avatar manakala ajaran Buddha pula menunggu penjelmaan Buddha. Tidakkah ini menunjukkan satu corak persamaan yang jelas bahwasanya setiap perjalanan ugama di dunia ini menanti akan orang yang sama? Tidak kah kalian terfikir bahwa di dalam setiap perkara yang berlaku, dari setiap pergerakkan yang diambil, dari setiap sejarah yang tercipta, Allah lah yang menentukan segalanya?

Yang menjadi persoalan ialah jika Ratu Adil, Imam Mahdi, Satrio Peninggit dan yang lain-lain itu hanyalah gelaran, maka apakah pula nama figur tersebut yang sebenarnya ?
Dari Al Quran jusuk 29 Surah Al Muzammil ayat 9 yang bermaksud:
(Dia-lah) Tuhan(Raja) Timur dan Barat, tiada (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai wakil untuk menjalankan segala urusan.

Bukan kah Robb itu tuhan dan Robbul itu Raja?
Bukan kah Timur itu Masyrik?
Bukan kah Masyrik itu Cahaya?
Bukankah Cahaya itu Nur?

Dari Injil - Yesaya 41
41:2 Siapa sudah membangkitkan dia dari Masyrik, yang bertemu dengan kebenaran pada segala langkahnya? siapa menyerahkan segala orang kafir di hadapan hadiratnya dan memberi kuasa kepadanya atas raja-raja dan menyerahkan mereka itu kepada pedangnya seperti duli kepada busurnya seperti jerami yang diterbangkan,

Dari Injil Yesaya 43
43:5 Janganlah engkau takut, karena Aku adalah sertamu; dari pada Masyrik akan Kudatangkan anak cucumu dan dari pada Maghrib akan Kuhimpunkan dikau
Dari kitab-kitab hindu Arharva Veda, Bhavishya Puran, Mahabharat
juga membuka rahasia figur yang mistirius ini dengan gelaran-gelaran Awwal ul Khalki, Khair il Khailki, Awf al Khalki dan Akram al Khalki sebagai Avatar yang terakhir. Avatar atau penjelmaan tuhan yang kesepuluh ini akan turun ke dunia ini ketika ugama sudah dilupakan dan kejahatan bermaharajalela.

Dan dari Gautama Buddha pula sewaktu di tanya oleh pengikut-pengikutnya telah berkata;Ê
"Jangan difikirkan bahwa Aku lah sesatu-satunya Buddha. Sudah ada ramai yang sebelum ku dan juga ramai selepas ku. Apabila tiba waktunya akan hadir seorang Maha Buddha. Kelahirannya dari negara sebelah barat (Negara Arab terletak di sebelah barat India), lalu berpindah dari negara asalnya. Dia memandang seluruh Alam semesta (Mi'raj) dan tiada siapa yang dapat membetulkan manusia kecuali Dia"

Justeru, namaNya serta ciri-ciri figur tersebut sudah dijelaskan di dalam kitab-kitab keugamaan. Apakah kalian masih belum nampak namaNya?
Dari Surah Al An’aam ayat 104 yang bermaksud ,
Ê“Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfa'atnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatanNya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).


SILSILAH
Sila rujuk Silsilah Bani Hasyim dari Nabi Muhammad SAW sehingga lah keturunan ke 23.
KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SILSILAH BANI HASYIM
Silsilah Bani Hasyim ini jelas menunjukkan bahwa sejak selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, keturunan Bani Hasyim sudah bergerak dari Timur Tengah ke Asia Tenggara untuk mengembangkan Islam. Dari kota ke kota Islam dikembangkan. Dan dari silsilah ini jelas bahwa keluarga Bani Hasyim sudah bertapak di di Kepulauan Jawa sejak dari dahulu lagi. Kemudian tiba sewaktu zaman Majapahit memerintah di mana masyarakat umum ketika itu menjadi penganut hindu. Walaupun kawasan sekitaran sudah mula memeluk Islam, namun tiada siapa pun yang mampu menawan Majapahit, baik dari segi ekonomi, kekuatan maupun keugamaan khususnya. Adakah Islam lemah ketika itu sedangkan Sumatera sudah giat dengan pendakwah Islamiah nya yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mengembangkan Islam? Negara China yang kuat ketika itu juga gagal menembusi kubu Majapahit? Apakah rahasia di Tanah Jawa sehingga terlalu kebal dinding pertahananNya?

RahasiaNya - hanya para-para auliyak dari kalangan Wali Songo lah yang mengetahui akan rahasia sebenar Tanah Jawa sehingga mereka sajalah yang mampu untuk mengembangkan Islam di sini sedikit demi sedikit. Mereka lah golongan yang amat disegani oleh seluruh masyarakat Jawa atau Indonesia secara amnya karena berjaya menundukkan Majapahit untuk menerima Islam. Justeru sehingga kini, kepercayaan ini kuat bahwasanya dari kalangan Sembilan Wali inilah yang diiktirafkan untuk menyebarkan Islam di Tanah Jawa. Bukankah Wali-wali Allah ini berketurunan dari Bani Hasyim?
Tidakkah benar bahwa semua hadith-hadith Rasulullah SAW menyatakan bahwa bangkitnya Imam itu dari keluarga Baginda? Bukankah Imam Mahdi itu lahir dari Bani Hasyim?

SUDUT SPIRITUAL

Seperti yang sudah kutekankan di dalam siri-siri yang lepas bahwasanya figur Ratu Adil ini sudah memerintah di alam ghaib. Mungkin ramai yang sukar menerima keadaan ini karena kurang yakin atau kurang faham akan maksud alam ghaib. Di dalam Al Quran jelas menyatakan bahwa salah satu ciri orang yang bertaqwa adalah mereka yang beriman kepada yang ghaib. Ini selaras dengan maksud ayat 2 dan 3 dari surah Al Baqarah iaituÊ :
Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padaNya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Bukankah Nabi Muhammad SAW itu disanjungi di alam nyata maupun di alam ghaib? Bukankah para-para jin datang mengadap kepada Baginda Rasulullah SAW? Seperti Nabi Muhammad SAW, figur dasar ini juga berhadapan dengan alam nyata maupun yang ghaib malahan memerintah alam yang ghaib ketika ini.Ê Bagi yang ma'rifat dan kasyaf, bertanyalah akan kalian ke alam yang ghaib sama ada benar atau tidak kebenaran yang kusampaikan ini kepada kalian. Benarkah bahwasanya dia figur dasar Ratu Adil atau Satrio Peninggit atau Imam Mahdi ini sebenarnya sedang memerintah di alam ghaib?

Yang pastinya jika dia sudah memerintah di alam ghaib, pasti ada panji kerajaanNya. Berhubunglah dengan yang ghaib sama ada benar atau tidak bahwa panji Kerajaan Nya berwarna Merah, Putih dan Hijau? Bahwa kerajaanNya itu besar, kerajaan Nya itu lengkap, kerajaan itu lah kerajaan Allah Ta’ala?
Jika kalian perlu kan bantuan, hubungilah Ratu Pantai Selatan sendiri. Saksikanlah, pastikanlah. Ulamak-ulamak yang bijaksana yang merujuk kepada Al Quran atau kitab-kitab sebagai panduan, yang sampai ma'rifat itulah yang dikatakan sebagai guru mursyid. Guru mursyid bagaimanapun harus merujuk kepada mereka yang kasyaf karena Orang yang kasyaf adalah orang yang boleh menjelaskan sesuatu perkara dengan jelasÊ iaitu orang-orang yang mendapat petunjuk yang sebenar-benarnya.

SUDUT NYATA
Seperti Nabi Muhammad SAW, figur dasar Ratu Adil ini juga berkeluarga. Beliau mempunyai seorang isteri dan beberapa orang cahaya mata. Jika ini kalian rasa pelik, mungkin ayat Al Quran ini juga pelik bagi kalian :- Dari Surah Al Isra’ ayat yang bermaksud “Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?". Bukankah jelas bahwa figur yang kalian nanti-nantikan itu sebenarnya sudah lama berada di sekeliling kita. Dia juga dilahirkan seperti manusia yang lain-lain. Maka jika kalian mengatakan bahwa akan turunnya Imam Mahdi itu dari langit, maka penyataan itu tidak tepat karena, figur dasar sudah lama bertapak di alam nyata ini, Cuma anugerah Ratu Adil atau Imam Mahdi atau Satrio Peninggit diberikan oleh Allah SWT kepada figur tersebut apabila tiba waktunya. Ini selaras dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang hanya dianugerahkan kenabian Nya dan kerasullan nNya apabila sudah dewasa dan bukan ketika kanak-kanak walaupun pada hakikatnya beliau lahir semulajadi sudah ditabalkan.

Keturunan Ratu Adil ini yang berteraskan Raja-Raja Jawa menyebabkan beliau sukar diterima sebagai Imam Mahdi karena beliau bukan berhidung mancung atau berbadan tegap bagaikan orang Arab. Malahan beliau berkulit hitam manis serta berbadan sederhana saja. Jikalau lah benar bahwa ciri-ciri Al Mahdi itu berhidung mancung, maka sudah pasti semua yang berhidung mancung itu, yang bertahi lalat itu, yang berbadan tegap itu akan menjadi mangsa pembunuhan musuh-musuh Islam. Dan yang pastinya orang Islam pula akan berlumba-lumba mencari orang yang bermata satu supaya dapat kalian pancung kepalanya karena dia itulah Dajjal. Berapa ramai saudara Islam mu yang mempunyai mata sebelah saja? Sanggup kah kalian memancung kepala mereka? Fikirkanlah bersama.

Seperti Nabi Muhammad SAW, Ratu Adil juga menyampaikan di pasar-pasar. Dia lah juga yang mengetahui rahasia Islam yang sebenarnya. Setiap penyampaianNya itu menutup setiap persoalan yang timbul di dalam diri manusia ini. Ratu Adil meminta manusia jangan menjuruskan pengetahuan Islam Nya hanya kepada satu aliran saja. Ratu Adil ataupun Imam Mahdi ini menekankan kepada keempat-empat aliran atau unsur di dalam Islam agar disatukan – iaitu dari aliran syariat, tarikat, hakikat dan ma'rifat. Namun sejak akhir-akhir ini sudah timbulnya tarikat-tarikat sehingga berjumlah 73 aliran atau golongan atau mazhab-mazhab kesemuanya yang membawa kelebihan masing-masing.

Tarikat Naqsyabandiah contohnya yang sangat popular baik di Indonesia maupun di Malaysia maupun di mana-mana negara. Tarikat yang mempunyai ahli yang ramai ini mampu menarik ahli-ahli yang ramai karena kelebihan-kelebihan yang mereka tonjolkan. Sehingga mampu memadamkan gunung berapi dengan biji tasbih mahupun untuk menerbangkan ahli-ahli keluar dari terowong yang runtuh di Mina. Namun tidakkah ketahui oleh ahli-ahli tarikat Naqsyabandiah bahwa tarikat yang mereka amal tersebut berasal dari Yaman. Ketika yang punya tarekat meninggal dunia, anak muridnya hanya belajar separuh jalan, lalu dengan ilmu yang separuh itu telah dikembangkan sehingga lah ke hari ini. Justerum, bagaimanakah hendak di dapatkan sepenuhnya pengertian Islam? Mengapakan ahli-ahli tarikat Naqsyabandiah ini tidak mengkaji sebenar-benarnya isi kandungan Al Quran sehingga tertutup bagi mereka rahasia-rahasia ini?


KESIMPULAN
Ratu Adil, Imam Mahdi, Satrio Peninggit adalah orang yang satu. NamaNya sudah tercatit di dalam Al Quran serta kitab-kitab Allah yang lain. Beliau berketurunan dari Baginda Rasulullah SAW. Beliau berketurunan Bani Hasyim dan berketurunan dari Raja-Raja Jawa sama seperti Nabi Muhammad SAW berketurunan dari Raja Sulaiman A.S. Figur dasar Ratu Adil ini memerintah di alam ghaib ketika ini dan beliaulah yang mengetahui rahasia alam nyata dan alam ghaib ini.
Kerajaan beliau ialah Kerajaan

Taba Rokal Lazi Biya Dihil Mulku Wa Huwa Ala Kuli Syai In Qadir
Maha Suci Allah di Tangan Nya Seluruh Kekuasaan Atas Setiap Sesuatu
Asia Tullah Huwal Quran Nil Hakim Fisabillillah
Di Asia Allah itu Al Quran itu menjadi hakim untuk mensabilkan diri kita zahir dan batin kemudian barulah disabilkan yang lain.
Rohbul Masyrikki Wal Maghribbi La Ila Ha Ila Huwa Patta Hidzu Wakilan
Di situlah tuhan Timur dan Barat Êtiada tuhan melainkan dia, ambillah dia sebagai wakil untuk diserahkan segala urusan kepadaNya.

Mengapakah tiada ulamak-ulamak yang bijak-pandai yang ma'rifat atau yang kasyafÊ memberitahu manusia bahwa figur ini sedang menjalankan tugasNya di dalamÊ Kerajaan Allah Ta’ala? Mengapa kita disuruh mengambil dia sebagai wakil? Bukankah wakil itu manusia sepertimana Nabi Muhammad yang menjadi pesuruh Nya? Mengapa dia mengajak manusia bertugas di dalam Kerajaan Allah Ta’ala setelah Tanah, Api, Air dan Angin turut bertugas?

Dia lah yang Nabi Muhammad SAW gelarkan sebagai Imam Keluarga ku dan dialah figur yang dinanti-nantikan oleh semua umat manusia di dunia ini. Kini beliau menyampaikan di pasar-pasar seperti juga Nabi Muhammad di zamanNya. Hanya setelah diketahui umum bahwa Nabi Muhammad itulah Rasul Allah,Ê maka barulah dia menyampaikan di masjid-masjid. Demikian juga lah dengan Ratu Adil iaitu setelah beliau duduk di takhta yang sebenarnya , barulah dia mampu untuk menyampaikan dengan nyata dan dengan sempurna. Selagi dia belum menduduki takhta, maka orang ramai sukar untuk mengenali diriNya serta sukar bagi nya untuk menyampaikan kepada semua orang.Ê Sekiranya dia menyampai kepada manusia biasa hanya di pasar-pasar, kemungkinan manusia biasa tidak akan mempercayai.Kemungkinan orang ramai akan menbuat tohmahan yang bukan-bukan. Kesemua ini telah diceritakan di dalam Al Quran. Mengapa Al Quran kini tidak dipandang berat?

Mengapakah setelah kebangkitan semula Bani Hasyim, kesemuanya akan diserahkan semula kepada Bani Masyrik seperti yang tercatit di dalam kitab Injil? Kenapa dari Injil mengetahui rahasia ini juga? Mengapakah perkara yang sama tercatit di dalam Al Quran sepertimana di dalam Injil? ÊBagi Alim ulamak dan paranormal, kajilah dengan sebaik-baiknya. Karena cerita ini akan terbongkar juga di Indonesia.

Dari Al Quran Surah Saba ayat 43 dan 44 yang bermaksud,
ÊÒDan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, mereka berkata: "Orang ini tiada lain hanyalah seorang laki-laki yang ingin menghalangi kamu dari apa yang disembah oleh bapak-bapakmu", dan mereka berkata: "(Al Qur'an) ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan saja". Dan orang-orang kafir berkata terhadap kebenaran tatkala kebenaran itu datang kepada mereka: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".
Dan Kami tidak pernah memberikan kepada mereka kitab-kitab yang mereka baca dan sekali-kali tidak pernah (pula) mengutus kepada mereka sebelum kalian seorang pemberi peringatanpun.

Dan yang pastinya dari 73 golongan yang ada, cuma satu saja yang menerima kebenaran ini. Dan tetangan pasti dating dari 72 golongan yang lain karena sifat keduniaan yang tidak dapat dipisahkan dari diri mereka. Bukankah ianya sudah dijelaskan di dalam Al Quran dengan jelas dan nyata?

Dari Surah Al Isra’ ayat 62 yang bermaksud, Dia (iblis) berkata:Ê
"Terangkanlah kepadaku inikah orangNya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".
Siapakah Sebahagian Kecil itu ?



Nota;
Banyak lagi yang perlu kita bongkar dari wujudnya Dajjal dan Imam Mahdi semuga kita sama-sama mengalinya dan mencari jawapannya.... kisah ini mungkin ada kesamaan

Namanya didalam al kitab (bahagian 1)

NAMANYA DI DALAM
AL KITAB (bahagian 1)

Sudah sekian lama Siri 1 dan Siri 2 disiarkan, permintaan demi permintaan diterima untuk disambung akan kisah Raja Adil. Siapakah itu Raja Adil dan mengapa dia masih belum muncul sedangkan tanahair digegar dengan pelbagai situasi, digegar dengan jerit tangis umat manusia, digegar dengan kepimpinanan yang goyang. Tidakkah dia mengasihani kita?
Soedara-soedara ku. Mungkin inilah yang diungkap oleh Paranormal Permadi SH sebagai zaman goro-goro. Dari kitab Joyoboyo yang berbunyi :

TANAH JOWO BANJIR GETIH
WONG JOWO TINGGAL SEPARO
WONG CINO TINGGAL SEPASANG


RATU ADIL
Munculnya Negarawan Bijak yang Akan Memimpin Indonesia ke Zaman Keemasan
Dari Ungkapan itu juga sudah jelas bahwa Tanah Jawa ini pasti dilanda goro-goro. Cuma yang sukar hendak dipastikan ialah sejauh mana kekuatan atau kehebatan goro-goro ini. Sejauh mana manusia akan diheret untuk bergelumang di dalam kasus goro-goro ini, sukar hendak dipastikan. Namun yang jelasnya, Raja Adil akan muncul ditengah-tengah kasus goro-goro. Dia lah yang mampu mengatasi goro-goro dan membawa manusia ke zaman yang gemilang.
Mengapa tidak muncul sebelum kasus goro-goro?
Tidakkah benar jika Raja Adil muncul terlebih awal, sudah pasti dia akan dicari oleh semua musuh-musuhnya lalu akan cuba dibunuhnya. Jika tidak dapat dibunuh nya Raja Adil, sudah pasti rakyat yang membutuhkan akan dijadikan tawanan, lalu diseksa, supaya Raja Adil menyerahkan tampuk kekuasaan nya kepada musuh-musuhnya. Dan musuhnya akan menjadi lebih berkuasa dan rakyat akan tambah menderita. Mahukah kalian perkara seperti ini yang berlaku? Bukankah sejarah sudah membuktikan bahwa setiap pemimpin yang memimpin negara besar Indonesia ini, semua nya mempunyai kelemahan-kelemahan yang jelas, walaupun mereka bijak, walaupun mereka kaya, walaupun mereka berugama. Namun sukar bagi mereka untuk menyatukan Indonesia seperti mana di zaman Majapahit dahulu.
Dan juga dari sejarah, sudah nyata bahwa kemunculan sa-orang pemimpin yang dihormati lagi disanjungi bukannya mudah. Liku-liku hidupnya amat perit sekali dan pasti sukar untuk sesiapapun untuk menjejakinya. Seperti oyangnya Raden Mas Said, Raja Adil juga mempunyai sejarah hidup yang amat perit sekali. Dia selalu dihina, selalu dipermainkan, selalu dipandang jelek oleh masyarakat sekeliling karena dia sa-orang yang miskin. Pakaian nya yang lusuh yang kotor membuatkan kalian memikirkan bahwa dia ini orang bodoh, orang hina, orang tolol. Sedangkan sebenar-benarnya dia itulah sa-orang Raja yang berjiwa rakyat, yang sanggup berpakaian sedemikian semata-mata mahu melihat sendiri penderitaan rakyat, susah payah rakyat, kesedihan rakyat. Dialah Raja yang berhati mulia walaupun di herdik, dihina dan dicaci oleh masyara kat sekeliling. Saban hari di berjalan ke hulu dan ke hilir tanpa satu jiwa pun yang dapat mengenali dia, sentiasa dia di dalam keadaan menyamar.
Mungkin kah kalian sudah berjumpa dia sedangkan kalian tidak mengenali dia?
Atau
Mungkinkah kalian pernah menghina dia apabila dia hampir dengan kalian karena pakaian nya kotor?
Atau
Mungkinkah kalian pernah mencaci dia ketika dia hadir meminta segelas air karena dia sa-orang yang miskin?

Di dalam mengenali jasadnya Raja Adil, sudah ku katakan bahwa yang kasyaf, yang ma'rifat, yang waskito bisa mengenali dirinya. Merekalah yang bisa mendapat petunjuk-petunjuk spiritual yang menjuruskan mereka kepada jasadnya Raja Adil. Sudah ramai yang pergi ke Lembah Kelang dan berjumpa dengan dia. Ada yang mengenali dan ada juga yang tidak. Namun ada juga yang mengenali jasadnya Raja Adil, namun tetap beliau menafikannya. Bukanlah sifatnya suka meninggi-ninggi kan diri, hanya suka merendahkan dirinya apabila ketemu dengan tetamu. Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya apakah petunjuk-petunjuk yang bisa dipraktis untuk mengenali jasadnya Raja Adil ini. Maka demi kebenaran, aku bukakan beberapa rahsia kepada kalian semua. Moga-moga kalian akan ketemu dengan dia.

JASADNYA
Ciri jasadnya Raja Adil yang paling ketara berada di belakang badannya, di mana terdapat satu tanda keputihan seakan-akan peta dunia. Bagi mereka yang sudah menyaksikan nya, sudah yakin benar bahwa inilah orang yang di cari-cari selama ini. Dan petanda seperti inilah yang digunakan oleh banyak orang sebagai pedoman di dalam pencarian mereka terhadap sesa-orang yang mereka kehendaki. Namun kebenaran akan petunjuk ini hanya diketahui oleh mereka yang kasyaf ataupun ma'rifat. Mereka lah yang diberi amanah untuk mencari orang yang dimaksudkan ini. Dan diantara mereka termasuklah dari golongan Al-Arqam dan Tabligh yang selama ini sebenarnya mencari orang yang berhak.

Jadi persoalannya timbul, bagaimana hendak kita mengetahui jasad yang mana satu itu Raja Adil? Perlu kah kita membuka baju semua orang untuk mencari tanda ini? Atau mungkinkah akan ada orang yang akan pula cuba menipu rakyat dengan membuat tanda yang serupa di belakang badannya? Jawapannya sudah kuberi. Hanya mereka yang kasyaf maupun yang ma'rifat atau waskito yang mengetahui rahsia ini. Mereka lah yang mampu membuka rahsia ini. Apa yang tercatit pada surah Muzammil ayat 9 sudah jelas bahwa dialah orang yang berselimut, orang yang disamarkan, orang yang disembunyikan. Dan sekiranya selimut itu tidak dibuka, bagaimana rahsia orang yang berselimut itu kita hendak ketahui? Bukankah perlu bagi kita untuk membuka selimutnya?
Dan dari silsilah keturunan keluarganya, Raja Adil adalah sebenarnya berketurunan dari Raja Jawa yang mempunyai titisan dari Raja Majapahit. Apabila ditanya, pasti beliau akan berpura-pura, tidak mahu mengaku. Yang pastinya, silsilah keturunan ini bukanlah menjadi rahsia lagi di kalangan yang kasyaf. Perkara ini sudah menjadi rahsia di antara mereka sudah sekian lama dan kini telah terbuka. Dan orang-orang seperti ni juga tahu bahwa sebenar- benarnya Raja Adil itulah yang memegang silsilah keturunan dari Nabi Muhammad SAW yang sebenarnya. Bermula dari Bani Quraisy

Dan dari silsilah inilah maka lahirlah dari Bani Quraisy ( keturunan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali ), satu keturunan keluarga seterusnya yang digelarkan sebagai Keluarga Bani Hasyim. Dan Dari Bani Hasyim sehinggalah kepada keturunan yang seterusnya inilah bakal lahir sa-orang pemimpin yang telah dijanjikan oleh Allah SWT sebagai pemimpin umat manusia pada satu masa kelak.

Dari Injil Yehezkiel 25:4
sebab itu sesungguhnya Aku memberikan kalian kepada bani Masyrik akan miliknya, supaya dibangunkannya kota bentengnya di dalammu dan didirikannyalah rumah-rumahnya di dalammu dan mereka itu akan makan buah-buahmu dan minum air susumu.
Dari Al Quran Surah Muzammil Ayat 9
Dia lah Tuhan Masyrik dan Maghrib, tiada (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai wakil.
Mengapakah akhirnya segala-galanya akan diserahkan kepada Bani Masyrik? Bukankah orang inilah yang telah disebutkan di dalam injil dan yang pastinya juga disebut di dalam Al Quran akan menjadi pemimpin kepada keluarga seterusnya selepas Bani Hasyim. Tidak percayakah kalian kepada kitab-kitab? Bersama-sama kita fikirkan.Adakah ini benar, sama difikirkan bersama. Sememangnya pandangan pihak kami adalah jelas, maka terpulanglah kepada yang kasyaf dan yang ma'rifat untuk mencari kebenarannya. Bagi Raja Adil, beliau mempunyai pandangannya yang tersendiri. Itulah sebabnya mengapa beliau mengusulkan kepada manusia untuk bersama-sama beliau bertugas di dalam Kerajaan Allah Ta'ala. Di dalam Kerajaan Allah Ta'ala inilah semua unsur-unsur disekeliling kita turut bertugas. Maka tanah turut bertugas, begitu juga dengan api, juga air dan angin. Malahan burung-burung juga turut mengikut bertugas di dalam Kerajaan Allah Ta'ala. Dan Kerajaan Allah Ta'ala ini bukanlah omong-omong kosong sahaja. Itulah nama Kerajaan yang tersebut yang tersurat di dalam kitab Al Quran dan Injil. Di dalam Kerajaan Allah Ta'ala ini jugalah Raja Adil memerintah seluruh alam ghaib di waktu ini. Rujuklah kepada yang bijak pandai, artikan kebenaran ini.
Dari seluruh pelusuk tanah air, ramai yang sebenarnya sudah mengetahui rahsia ini, namun hanya mendiamkan diri sahaja, tidak mahu melakukan apa-apa. Sedangkan kebenaran inilah yang paling jelas berada di hadapan kalian . Dan di sinilah juga ramai yang membuat pengakuan, sama ada Islam, Kristian, Hindu maupun Buddha sekalipun, bahwa apa yang terkandung di dalam Injil dan Al Quran itu adalah benar semata-mata. Raja Adil lah yang sebenar-benarnya tahu akan rahsia Islam, dia yang mampu menyampaikan kepada manusia akan kebenaran yang sebenarnya. Dan apabila Raja Adil menyampaikan, maka manusia kan akan datang kepadanya bagai kalkatu untuk ikut bersama nya.

Namun masih ada juga manusia akan menentang. Dan kisah seperti ini sudah wujud di dalam sejarah-sejarah atau mitos-mitos lama. Ini juga sejarah yang nyata di dalam Injil maupun Al Quran. Orang-orang seperti ini tidak akan mahu mengaku bahwa kebenaran yang dibawakan Raja Adil itu adalah benar. Mungkin karena pangkat, mungkin karena kedudukan, mereka enggan mengalah. Raja Adil pernah menyampaikan kepada beberapa orang yang bijak pandai bahwa Allah itu bersifat. Rata-rata ulamak akan menafikan kebenaran ini. Menurut mereka jika Allah itu bersifat, maka sifat itu dipanggil sifat baru. Mereka-mereka ini ialah orang-orang terpelajar dari tanah Arab, dari golongan tarikat, dari golongan tasawuf atau sufi dan ada juga yang mengaku sudah me ncapai tahap Laduni.
Dan untuk menjelaskan persoalan ini, Raja Adil memohon kepada ulamak-ulamak untuk menjelaskan maksud ayat dari surah Al Mulk yang berbunyi
"Tabarokal lazi biya dihil mulku wahuwa a'la kuli syai in qodir" (rujuk Siri 2)
Dan mengapakah di dalam pengertian ayat ini disuratkan bahwa Allah mempunyai Tangan? Adakah tangan di dalam Al Quran ini dikatakan sebagai sifat baru? Adakah Al Quran juga dikatakan sebagai sifat baru? Bukankah disebut tangan di dalam ayat itu, mengapa bukannya kepak?
Dan sesungguhnya, tugas siapakah yang hendak menceritakan kepada manusia. Marilah kita renungkan bersama, fikirkan bersama, artikan bersama.
Walaupun ramai di seluruh dunia ini mengaku-ngaku, namun ternyata semua itu gagal, tidak dapat mengotakan janji-ja nji mereka. Sedangkan yang punya hak sendiri tidak mahu mengaku. Menurut Raja Adil juga, dia sememangnya orang miskin dan menyamar. Dan kesempatan ini digunakan oleh Raja Adil untuk merapatkan dirinya dengan golongan - golongan yang berpangkat, yang terp elajar yang bijak pandai di mana beliau kerap memerhatikan tingkah laku golongan-golongan ini. Menurut Raja Adil, golongan-golongan ini adalah dari mereka-mereka yang tidak mahu bertanggung jawab di atas tindakan mereka, segala jawapan mereka mengenai ugama akan berakhir dengan jawapan "Allah Hu Aklam " dan mereka tidak mahu mempraktikkan yang nyata. Bukankah apa yang terkandung di dalam Al Quran itu sudah nyata? Mengapa manusia mahu berdolak dalih dan tidak bersyukur dengan pemberian yang telah Allah kurniakan kepada manusia? Sepatutnya, sekiranya diketahui rahsia yang terkandung di dalam Al Quran, ianya harus disampaikan kepada yang lain. Ada beberapa orang yang mengaku sampai ke tahap laduni menyangkal pendapat Raja Adil ini, sedangkan menurut Raja Adil, Laduni itulah sebenar-benarnya wahyu yang membawa petunjuk. Bukankah Nabi Muhammad itu yang telah menyampaikan?

Yang sebenarnya Nabi Muhammad SAW berada di dalam lingkungan laduni dan wahyu. Itulah sebabnya mengapa Nabi Muhammad boleh menyampaikan, karena beliaulah yang sebenar-benarnya yang kasyaf.

Pada permulaannya Nabi Muhammad menyampaikan di pasar-pasar di waktu orang ramai masih belum boleh mengesani dia, cuma sebilangan yang sedikit sahaja yang mengetahui bahwa dia itulah Nabi Muhammad SAW. Dan di situlah juga dia bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling ketika beliau menyampaikan. Maka setelah di ketahui oleh orang ramai akan kedudukan sebenarnya Nabi Muhammad, maka barulah dia menyampaikan di masjid-masjid.
Dan begitulah juga kisahnya dengan Raja Adil yang kita cari-cari kan selama ini. Perjalanan nya adalah serupa seperti perjalanan Nabi Muhammad, iaitu mula menyampaikan di pasar-pasar dan di tempat orang-orang awam. Raja Adil juga bercampur gaul dengan masyarakat, melihat keadaan sekeliling, menyampaikan kebenaran. Dan di dalam menyampaikan kebenaran inilah, Raja Adil selalu di perkecilkan oleh orang-orang yang bijak pandai, termasuklah mereka-mereka dari golongan yang bergelar professor. Namun yang peliknya, apabila ditanya kepada professor-professor akan beberapa persoalan, jawapan mereka tidak lain ialah "Allah Hu Aklam".
Memang sukar untuk manusia mengesani beliau, karena manusia hanya membaca sahaja, iaitu pengetahuan teori sahaja sedangkan praktikal nya diketepikan langsung. Arti kata, Syariatnya atau Kadariahnya sahaja yang di jalankan sedangkan di dalam perjalanan Islam yang sebenar-benarnya ianya mengandungi empat inti utama iaitu Syariat, Tarikat, Hakikat dan ma'rifat. Raja Adil membawa keempat-empat inti utama ini dan dijadikan satu, iaitu satu perjalanan yang sebenar-benarnya. Dia tidak membawa Usuluddin, maupun Tasawuf atau Sufi atau Laduni semata-mata.

Apa yang dibawa nya itulah rahsia yang diselimuti. Itulah rahsia yang perlu kita cari, Itulah rahsia yang perlu diungkapi. Dan rahsia-rahsia ini hanya boleh dipastikan oleh orang-orang yang kasyaf, yang ma'rifat. Maka fikirkan lah kebenaran yang kubawakan ini. Adakah ianya benar, atau ianya masih mitos Jawa buaian anak-anak ketika lena? Aku serahkan ini kepada kalian untuk difikirkan dan diartikan.

Semua pembaca-pembaca harus faham bahwa figur digelarkan sebagai Ratu Adil itulah juga Imam Mahdi dan dia lah juga Satrio Peninggit. Begitulah Satrio Peninggit itu jugalah yang bergelar Ratu Adil. Ratu Adil, Imam Mahdi maupun Satrio Peninggit adalah gelaran nya saja yang telah digembar-gemburkan oleh masyarakat Indonesia. Hakikatnya, figur yang dimaksudkan itu adalah orang yang sama karena namanya sudah tercatit jelas di dalam Al Quran.

Demikian juga apabila kita berdiskusi pandangan setiap ugama di dunia ini yang ternanti-nanti akan satu figur yang hebat, yang sakti, yang Super Paranormal, di mana tiada satu pun manusia dapat menandingi kehebatan beliau. Orang ini bakal membawa kebahagiaan dan kedamaian kepada semua masyarakat. Dialah yang bakal menyatukan masyarakat, tidak kira ugama, pangkat, darjat, status. Dialah yang terhebat, dialah yang berkuasa.

Namun ramai yang gagal memahami bahwa sesiapa saja yang bergelar Ratu Adil, Imam Mahdi atau Satrio Peninggit, atau apa saja gelaran samada dari Islam, Kristian, Hindu maupun Buddha sekalipun, pasti orang inilah yang mengetahui rahasia segala-gala ugama sehingga boleh menyatukan masyarakat. Dia lah juga yang mampu membuka rahasia alam nyata dan alam ghaib yang selama ini menjadi tanda tanya kepada semua umat manusia. Jadi kehebatan-kehebatan seperti ini tidak mungkin dapat dicari dengan berguru ke hulu maupun ke hilir, dari Subuh hingga ke Maghrib dari Timur maupun Barat sekalipun tidak mungkin sebuah kapal boleh ada dua nakhoda. Jika satu berguru, yang lain juga mahu berguru, jika satu menjadi ketua, yang lain juga mahu menjadi ketua.

Inilah yang menjadi ketentuan Allah yang telah dijanjikan sejak dari dahulu lagi. Manusia gagal memahami isi kandungan Al Quran, gagal memahami sunnah-sunnah Rasulullah SAW sehingga apabila tiba hari kemunculannya, manusia masih di dalam keadaan terkapai-kapai mencari yang hak.

Tidak kah benar bahwa Rasulullah itu tidak berguru? Bukankah dia buta huruf? Bukankah dia diasuh oleh Allah melalui malaikat Jibrail A.S? Bukankah dia dari keturunan raja-raja? Bukankah dia menyampaikan di pasar-pasar? Adakah ini semua dusta?
Sudah ku katakan sejak dari awal lagi bahwa Ratu Adil yang sebenarnya nggak mahu ngaku bahwa dialah orang yang dimaksudkan itu sedangkan :

Dia berketurunan dari Bani Hasyim
Dia berketurunan Raja-raja
Dia berketurunan Wali-wali Allah
Namanya sudah disebut di dalam Al Quran


Nota:
Ini adalah posting yang saya temui dalam satu laman web yang saya temui tidak lama dulu, ada kesamaan posting yang saya buat ... semoga dapat membantu anda..

sudah hampir... Ratu Adil ( Imam Mahdi)




Ratu Adil (Imam Mahdi)

Pada hari Jumaat mendirikan sembahyang tiga Kutbah
1. Sembahyang gerhana Matahari

2. Sembahyang sunat Hari Raya
3. Sembahyang Jumaat.


Apabila dilakukan pada satu waktu dan hari yang sama,
tanda hampir kedatangan ratu adil (Mahdi) Gelap gelita tiga hari, tiga malam, suasana kacau bilau manusia masing-masing dalam ketakutan dan kebingungan hujan lebat dengan ribut kilat sabung-menyabung. Masing-masing mencari arah.... orang yang mempunyai Thariq lebih berjaga-jaga dan beramal menjaga bacaan dan amalan masing-masing di waktu kegelapan tersebut..... satu pemilihan panglima sedang berlangsung.... panglima perang untuk berasama-sama ratu adil (imam mahdi)


Sesiapa yang mempunyai thariq dan lengkap dengan cukup teratur akan terpilih untuk turut serta dalam panglima perang Imam Mahdi.( jihat) Yang terpilih akan dihisap sekali lagi untuk bersama-sama dengan ratu adil. Ini dilakukan oleh golongan lahirliah dan batiniah di segi batiniah di hisap oleh golongan wali-wali Ahlul gaib dan mereka lihat pada isihati kebersihan jiwa semasa mengamal thariq tersebut dimasa lalu.

Satu pesanan "Jangan sampai tidak terpilih"

Ayat Kursi

Bacaan surah Ayat Qursi hendaklah di baca dengan betul dan tepat kerana
dengan yang akhir membawa maksud syaiton akan marasuk pada tubuh bukan malaikat tetapi syaiton memperdaya sahingga mengangap yang kita telah masuk syeik dari malaikat tapi sebaliknya syaiton yang masuk.


===========================
Almarhum Ustaz Taha Suhaimi mengenai Imam Mahdi & Pemuda Bani Tamim




 
USTAZ TAHA SUHAIMI by USTAZTAHASUHAIMI



Kunci Dunia
Kunci dunia ini diserahkan pada umat muhamad tentera Mahdi (pemegang thariq) Panglima perang tentera Mahdi buat masa ini selekeh-selekih tetapi tekun mengerjakan ibadah sambil berkerja. Apabila sampai kena seru dan dipanggil untuk bersama-sama berjuang akan di beri kuasa sepenuhnya dan tenaga muda, yang tua dan tidak berdaya akan menjadi muda semula setelah mandi ditelaga Wonosobo ditanah Jawa Indonesia tempat jauh terpencil... menuruti lurah dan gunung..( illusi)

illusi
Wak mas telah sampai ke sana dengan memejam mata sahaja disana masing-masing
orang membawa hal sendiri-sendiri.semasa sampai orang-orang di sana sedang membina bangsal...

petua Puasa dan beramal jaga
Minuman Kopi buatan sendiri makan kentang rebus supaya perut santiasa lapar dan senang beramal ibadah. Santiasa puasa untuk latihan dan tidak terpedaya dengan dajjal membawa air Semasa dajjal membawa air untuk menipu dan menarik orang islam di masa haus sepanjang 40 tahun kemarau, dan santiasa haus dimasa inilah peranan dajjal untuk menyesatkan orang islam supaya menyembah mereka, setelah meminum air dari dajjal muka terpancar kapir di dahi..

 


Thariqat Embah Agung

Thariq.......... telah disahkan dan dipersetujui oleh para wali dan malaikat
semasa penyusunan langkah demi langkah bacaan yang harus di baca. Embah mengesahkan kepada para wali-wali ahlul bait "Bolehkah anak cucu mengamalkan Thariq tersebut dan di amalkan oleh anak cucu? Pengesahan telah dibuat oleh para wali dan disetujui, untuk di amal oleh anak cucu dengan lengkap, pendinding silat, sunah rasul, menjadi tentera ratu jagat (mahdi) Memanglah semasa membuat amal tidak nampak apa-apa kerana kegunaan untuk masa seru baru timbul, segala bacaan dan kegunaan dimasa bersama-sama ratu jagat (mahdi) nanti. Bila perkara-perkara tadi tidak diberitahu dan dipenjelasan nanti anak murid embah agung tidak akan gah dan mendabik dada wah aku ini hero (riak) cukup hanya diberi tahu amalkan dengan tekun...

Nota: saya tidak mahu anda mempercayai tetapi sekadar illusi atau panduan,, ini semua adalah bersangkutan perkara-perkara yang kita belum ketahuai. cukup sekadar tahu atau menacari jawapannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI