VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Tuesday, January 1

CARA BERSAHABAT DENGAN JIN

BAB2
BERSAHABAT DENGAN DENGAN JIN
CARA BERSAHABAT DENGAN JIN
Bagaimanakah cara yang sebaik-baiknya untuk bersa-habat dengan jin? Ada orang yang mengatakan, cara untuk bersahabat dengan jin ialah melalui pertapaan 40 hari 40 malam tidak makan dan tidak minum. Sebahagian lagi ada yang mengatakan naik ke puncak bukit ataupun masuk ke tengah hutan seorang diri sambil menyebut-nyebut nama jin. Ada pula yang mengatakan dengan cara mem-bakar kemenyan dan melalui upacara jampi serapah. Ke-semua cara ini ada dilakukan orang sama ada berjaya ataupun tidak.

Lagi pun, jin itu sebenarnya yang lebih takut kepada manusia berbanding takutnya manusia kepada jin

Bagaimanapun Islam tidak membenarkan cara-cara tersebut, kerana ia justeru akan memesongkan akal fikiran manusia di samping tidak ada manfaatnya sedikit pun. Lagi pun, jin itu sebenarnya yang lebih takut kepada manusia berbanding takutnya manusia kepada jin sebagai-mana yang dijelas-kan oleh Imam Mujahid:
"Sesungguhnya jin-jin itu sama takut kepada manusia seba-gaimana manusia itu takut kepada jin." Imam Harun bin Abdullah Al-Bazar pernah meriwayatkan suatu kisah yang dialami Abu Syura'ah, katanya:
"Pada suatu malam Syeikh Yahya bin Al-Jazzat melihat aku sedang ketakutan, sehingga aku tidak berani memasuki lorong. Maka beliau berkata, "Sesungguhnya sesuatu yang kamu takuti itu lebih takut kepadamu." Ada riwayat lain oleh Ishak bin Ibrahim dari Muhammad bin Jabir dan Hamad dari Mujahid, kata-nya:

"Jin itu lebih takut kepada manusia berbanding takutmu kepada jin. Oleh itu bila kamu diganggu jin, maka janganlah kamu lari. Sebab bila engkau lari ketakutan, maka jin itu akan menjadikan dirimu sebagai kenderaan-nya."

Oleh itu jelaslah bahawa jin sebenarnya takut kepada manusia. Untuk lebih jelasnya berikut adalah beberapa kete-rangan Al-Qur'an berhubung dengan tunduknya jin kepada manusia.
"Dan Kami telah tunduk-kan (kepada Sulaiman) sego-longan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dasar laut) untuk mengerjakan perintahnya; dan adalah Kami meme-lihara mereka iiu. " (Al-Anbiya': 82).

"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenterany a dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu berbaris dengan tertib." (An-Naml: 7).

"Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di bawah kekuasaan (Sulaiman) dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin-jin itu membuat untuk Sulaiman apa \ang dikehendakinya dari bangunan-bangunan yang tinggi danpatung-patung dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk ber-svukur." (Saba: 12-13).

Setelah dibuka, ternyata isinya adalah jin yang terus menyatakan taubatnya kepada Nabi Sulaiman yang menghukumnya

Imam Syakir menulis di dalam kitab Al-Ajaib yang bersumber dari Sufyan bin Abdullah bahawasanya Umar bin Abdul Aziz bertanya kepada Musa bin Nashir mengenai suatu kisah ganjil yang terjadi di lautan. Kisah tersebut adalah sebagai berikut:

"Kami pernah dilantik sebagai panglima perang ke suatu pulau. Di sana terdapat sebuah rumah yang di dalaranya terdapat tujuh belas bejana besar yang tertutup dan ada cap yang dapat dipastikan cap Nabi Sulaiman. Aku perintahkan emf»at buah bejana yang dibawa manakala yang satu dilubangi untuk mengetahui benda apa yang berada di dalamnya. Setelah dibuka, ternyata isinya adalah jin yang terus menyatakan taubatnya kepada Nabi Sulaiman yang menghukum-nya. Jadi jin itu belum tahu kalau yang berada di luar itu bukan Nabi Sulaiman melainkan Musa bin Nashir.

Setelah jin itu keluar dan melihat bahawa Nabi Sulaiman berserta kera-jaan dan istananya sudah musnah, maka dengan gembira sekali jin itu pergi me-ninggalkan tempat itu. Ke-mudian bejana yang lain ku-perintahkan agar dikemba-likan semula ke tempat asalnya."

Berdasarkan keterangan tersebut jelaslah bahawa dalam sejarah, manusia bukan saja telah bersahabat dengan jin malahan berjaya menun-dukkan jin malahan syaitan, dengan izin Allah. Bersahabat dengan jin bukan hanya terhad di kalangan Nabi saja, melainkan di kalangan orang-orang biasa juga berlaku persahabatan antara dua makhluk yang berlainan jenisnya ini.

Pengarang kitab Al-Hawatif menceritakan yang bersumber dari Muhammad bin c Amr bin Al-Hakam, katanya: "Pada suatu hari saya berada di sebuah kolam bersama Amr bin Malik dan anak gadisnya. Lelaki itu berkata kepada anaknya, "Hai anakku, ambilkanlah aku air dari dalam kolam itu." Gadis itu segera melaksanakan perintah ayahnya tetapi di tengah jalan dia bertemu dengan jin dan segera melarikan gadis itu. Ayah si gadis bersama penduduk kampung mencari ke lereng-lereng gunung tetapi tidak berjaya menemukan jejak gadis itu. Semasa Umar bin Khattab menjadi khalifah, gadis yang hilang itu muncul semula. Setelah disoal oleh ayahnya, gadis itu menjelas-kan bahawa jin telah me-nangkapnya dan membawa-nya pergi ke perkampungan jin dan tinggal di situ dalam tempoh yang agak lama. Sebelum ia dibebaskan oleh jin, makhluk halus itu me-ninggalkan pesan kepadanya agar menghubungi-nya bila memerlukan bantuan. Akhirnya ayah gadis itu meni-kahkan anaknya ke-pada seorang pemuda di kampung itu. Tetapi pada suatu hari terjadi pertengkaran antara kedua suami isten itu. Maka wa-nita itu segera me-manggil jin yang per-nah menjadi sahabat-nya itu. Terdengarlah suara tanpa rupa:

Suara: Hai golongan Bani al-Haris, jadilah kamu ke-luarga yang rukun dan damai.
Pemuda: Hai, kami mendengar suara tetapi kami tidak melihat rupa. Suara: Saya adalah jin dan pernah bersama-sama tinggal dengan isterimu. Demi Allah, aku sama sekali tidak pernah berbuat haram kepadanya. Jika engkau mcnyakitinya, pasti akan kutusuk matamu.

Gadis itu menjelaskan bahawa jin telah menangkapnya .dan membawanya pergi ke perkampungan jih dan tinggal di situ dalam tempoh yang agak lama

Pemuda: Cuba nampak Nabi Sulaiman boleh menunkan wujudmu kepada kami supaya kami dapat membalas budi baikmu itu. Suara: Nenek moyang kami dahulu pernah berdoa kepada Allah agar kami dapat melihat tetapi tidak dapat dilihat, dapat berjalan dan terbang di bumi, dan yang terakhir agar orang-orang tua dari kalangan kami dikemba-likan muda semula.

Dengan itu jelaslah bahawa gadis itu telah bersahabat dengan jin dalam masa yang cukup lama dan dapat meminta bantuan kepada jin bila-bila masa yang diperlukan. Cuma tidak diceritakan bagaimana cara-nya gadis itu bersahabat dengan jin.

DOA MENUNDUKKAN JIN

Sayid Abdullah al-Husain menjelaskan di dalam kitabnya Al-Hijab bahawa Nabi Sulaiman boleh menundukkan jin berkat doanya:

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi." (Shaad: 35).
Ayat inilah yang dikata-kan sebagai ayat untuk menaklukkan ataupun bersahabat dengan jin sebagaimana ianya digunakan oleh Nabi Sulaiman. Malahan ada ulama yang mengatakan bahawa ayat mi apabila diamalkan dengan betul tanpa tujuan-tujuan tertentu, akan dapat menjadikan jin mengikuti arahan kita.

Masalahnya ialah ada sesetenngah jin yang bersifat degil kerana menganggap taraf ataupun tingkat ketakwaan kita kepada Allah masih berada di bawah mereka. Sedangkan bagi jin-jin yang bodoh. mereka mudah di-arahkan mengikuti selera dan kemahuan "tuan'nya. Maka kejadiam-kejadian pelik dan luar biasa seperti ilmu kebal, ilmu pengasih mengubati orang dengan jampi serapah dan Lain-lain keanihan adalah disokong oleh makhluk halus dan kalang jin
Bagaimanapun bodoh jin itu, mereka tetap dapat menyesatkan manusia walaupun dengan kadar pe-nyesatan yang kecil. Seku-rang-kurangnya di kalangan tukang-tukang sihir dan bo-moh yang jahil serta mereka yang mempercayai jalan ini. Begitu pula mereka yang lemah iman dan cetek ilmu agama, akan mudah terkena pengaruh sihir dan akan menanggung sakit yang berpunca daripada perbuatan sihir dan gangguan jin.


"Kami ditangkap oleh jin dan dijadikan seolah-olah barang mainan. Tetapi setelah engkau membaca ayat Al-Qur'an dengan keras tadi, mereka segera melepaskan kami dan lari"

AYAT-AYAT AL-QUR'AN MELAWAN JIN

Diriwayatkan sebuah peristiwa yang dialami oleh Abu Khalid Al-Walidy bersumberkan Ishak bin Ismail dan Malik bin Al-Haris, kata-nya: "Aku pernah di-utus oleh kaumku untuk mengadap Sayidina Umar di Madinah. Pada waktu itu isteri dan anak-anakku turut bersamaku.'Di tengah jalan kami berehat manakala isteri dan anak-anakku berada di sebuah rumah di belakangku. Tiba-tiba aku mendengar jeritan kanak-kanak yang disertai dengan suara gemuruh yang aneh. Aku segera membaca beberapa ayat Al-Qur'an dengan suara keras. Setelah itu aku mendengar ada beberapa benda yang jatuh.

Maka kutanyakan kepada isteriku apa yang telah berlaku. Jawabnya, "kami ditangkap oleh jin dan dijadikan seolah-olah barang mainan. Tetapi setelah engkau membaca ayat Al-Qur'an dengan keras tadi, mereka segera melepaskan kami dan lari."

Dalam kitab Al-Funun diceritakan, ada sebuah rumah di Iraq yang sangat misteri di mana orang yang tinggal di rumah itu akan mati pada pagi harinya. Pada suatu hari ada. seorang lelaki alim yang setiap hari membaca Al-Qur'an, menyewa rumah itu. Para jiran mulai meramalkan kematian lelaki itu. Tetapi apa yang terjadi? Keesokan harinya lelaki itu tenyata masih hidup. Maka bertanyalah para jiran kepada lelaki berkenaan gerangan ilmu apa yang dimilikinya. Lelaki itu menjawab:
"Pada waktu malam aku sentiasa solat dan membaca Al-Qur'an. Tiba-tiba ada seorang pemuda yang muncul dari dalam perigi sambil mengucapkan salam kepadaku. Aku pun segera menjawab salamnya dengan agak ketakutan. Pemuda itu berkata, "Hai laki-laki, engkau jangan takut kepadaku. Tolonglah aku, dan ajarilah aku sesuatu dari Al-Qur'an." Lalu dengan segera aku mengajarkannya dan bertanya kepada pemuda itu mengenai kejadian-kejadian pelik di rumah itu. Dia menjawab, "Kami adalah golongan jin Muslim. Kami sering membaca Al-Qur'an dan solat. Tetapi rumah ini justeru didiami oleh orang-orang fasik yang gemar minum arak dan mabuk-mabukan. Maka kami cekik para penghuninya yang fasik itu, dan pada pagi harinya didapati oleh para jiran telah mati."
Kisah-kisah di atas menunjukkan kehandalan ayat-ayat Al-Qur'an dalam menundukkan dan melawan jin. Ayat-ayat Al-Qur'an yang biasanya digunakan untuk menundukkan jin adalah sebagai berikut:

"Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekat."

1. Ayat Kursi

Abul Qasim meriwa-yatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka'ab, bahawa ayahnya ada bercerita mengenai stor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Setiap hari stor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi stor itu dan menjumpai seekor haiwan yang kecil dan aneh bentuk-nya. la bertanya kepada haiwan itu, "Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanyanya lagi, "Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Jawabnya, "Telah sampai berita kepa-daku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah.
Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu." Maka ditanyanya lagi, "Apakah yang dapat menyela-matkan kami dari gangguanmu?" Jawab jin itu, "Ayat Kursi yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 255." Pada pagi harinya Ka'ab datang ke rumah Nabi s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah membenarkan ucapan jin itu. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya "Al-Mustadrak."

2. Bismillah
Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis yang ber-sumberkan Malik bin Hamzah bin Abi Usaid, katanya: "Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebun-nya dan disimpannya di suatu tempat. Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencuri-nya, lalu Abu Usaid melapor-kan kejadian itu kepada Rasulullah. Jawab Nabi, "Itu adalah jin jahat yang selalu keluar malam untuk meng-ganggu manusia. Oleh itu dengarkanlah gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedata-ngannya, maka bacalah "Bismillahir Rahmaanir Rahim."
Ternyata apa yang di-ajarkan Rasulullah kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga jin itu lari tonggang-langgang.

3. Ta'awuz
Allah s.w.t. berfirman: "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-A'raf: 200). Dalam hadis-hadis dise-butkan. memohon perlindu-ngan Allah dan pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca "A'uzu billahi minas syaithaanir rajim."

4. Surah Al-Falaq dan An-Nas
Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said al-Khudn. katar. "Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dan godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nds."

5. Surah Al-Baqarah
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka
tan pasti tidak berani mendekat."

6. Akhir Surah Al-Baqarah

Membaca akhir Surah Al-Baqarah adalah meringan-kan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keselu-ruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut.
Daripada Ibnu Mas'ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir Surah Al-Baqarah pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupinya." Dalam hadis lain yang diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada di bawah 'Arasy, maka pelajarilah dua ayat itu dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan rahmat."

7. Ayat "Hamim" Al-Mukmin
At-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Hamim Al-Mukmin sehingga kalimat "Ilaihi Mashir" dan ayat Kursi pada waktu pagi, maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi."

8. Zikir
Hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca "Laa Illaaha Illallaahu Wahdahu Laa syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa 'Alaa Kulli Syai'in Qadir" sebanyak seratus kali, 'maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya seratus keburukan serta bacaan itu sebagai perisai bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang.


9. Mengambil Air Sembahyang dan Solat
Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi penga-ruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:
"Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang."
Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan dicip-akan daripada api, sedang api )ila disiram air akan mati, terutama air sembahyang. *

Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia

sumber majalah Temubual dengan Jin Muslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI