Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Tuesday, January 22

MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI

Bahagian 1
MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI
karya pemikir Islam: AMALUDDIN DARUS

Ulangkaji Sepintas Lalu (Sejarah Rasulullah )

APABILA mahu dibicarakan persoalan umat Islam dan keadaan di bumi sekarang dan kemungkinan-kemungkinanyang akan terjadi di masa akan datang, perlulah diulang kaji keadaan sebelumnya dan asal mulanya.
Sejarah menceritakan, sewaktu pertentangan hebat sebagai konfrontasi yang berlanjutan di antara kerajaan Rum dengan kerajaan Parsi (Iran), satu sebagai kuasa barat, dan yang satu lagi sebagai kuasa timur dewasa itu, masing-masing mem-punyai daerah kekuasaan yang luas, masing-masing mempunyai jajahan, masing-masing mempunyai bala tentera dan kelengkapan tentera dengan pasukan lasak kuda dan gajah, di waktu itulah Muhammad lahir ke dunia.
Muhammad lahir di tengah-tengah masyarakat Arab yang pecah belah, dan di tengah-tengah di antara dua kuasa besar yang.saling, berkonfrontasi dan sal ing berhentam-hentaman.

Muhammad telah berada di tengah masyarakat Arab. Peribadinya diterima oleh masyarakatnya sebagai seorang cerdik, bijak dan tidak pernah berbohong. Muhammad yang dapat dipercayai telah di-beri gelaran AI-Amin. AI-Amin disanjung dan diberi penghormatan. Hingga apabila datang Jibril rnem-bawa wahi pertama dengan kabar perlantikan beliau, maka berlakulah kisah permulaan peribadi Muhammad (s) menjadi Nabi dan Rasul, kesudahan segala Nabi dan Utusan Allah, bukan sahaja untuk kaum bangsanya, tetapi untuk sefuruh manusia dan jin di dunia ini.

Orang-orang Arab telah lama mendengar akan berita bakal datang seorang Nabi. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga telah lama menunggu ke-datangan Nabi ini. Mereka mengenal sifat-sifatnya lebih daripada mengenal anak-anak mereka sendiri. Demikian disebutkan dalam Al-Quran, dan demikian pula pengakuan daripada mereka sendiri yang telah menerima ajaran Muhammad (s).

Apabila Muhammad (s) mengemukakan agama Islam dengan seorang dirinya, dan kemudian peng-ikut-pengikutnya kian bertambah, kabar berita seru-an Islam semakin tersiar dan berkembang, maka bergoncanglah masyarakat Arab, masyarakat feudal dan kapitalis Qurais yang mempunyai bertimbun-timbun harta dan hamba abdi, yang sejak sebelum-nya mereka bebas melakukan segala-galanya.

Ajaran Muhammad (s), tidak sekadar mengajak kepada tauhid dan menghancurkan berhala-berhala sahaja, malahan ajaran Muhammad (s) serentak dengan politik, ekonomi dan sosial. Kedatangan Muhammad (s) dengan ajarannya adalah satu revo-lusi yang besar dalam sejarah. Justeru kerana itu-lah kaum feudalis naik kepanasan dan kaum kapitalis menjadi berang.

Muhammad (s) telah dipujuk dan digoda dengan segala daya, agar supaya menghentikan perjuangan-nya. Beliau mehjawab dengan tegas: 'Sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, tidaklah aku berhenti. . . . '
Pada akhirnya Muhammad (s) berjaya. Negara Islam telah dapat diujudkan dan tegak gagah per-kasa berpusat di Madinah, yaitu setelah melalui kemarahan orang ramai, setelah melalui fitnah-fitnah gembong-gembong feudalis, kapitalis dan ancaman bunuh serta peperangan. '

Dengan wafatnya Muhammad (s), kenabiannya tidak berganti lagi. Tetapi jawatan kepala negara ganti berganti sambung menyambung. Selepas Abu Bakar diganti oleh Omar, wafat Omar berganti. Othman, kemudian Ali menyambung lagi. Semuanya dengan pilihan dan persetujuan. Malangnya sesudah Ali pertentangan politik dari Mu'awiyah mulai ber-laku. Pertentangan berakhir dengan kemenangan Mu'awiyah gobnor daerah Syam mengambil tugas jabatan kepala negara.

Semenjak Mu'awiyah, peraturan pilihan kepala negara dan peraturan republik Islam hancur lebur, dengan tindakan beliau menetapkan anaknya Yazid sebagai Tengku Mahkota, bakal penggantinya menjadi kepala negara.

Daerah negara Islam yang sejak Omar lagi telah meliputi seluruh Semenanjung Arab, termasuk semua jajahan Rum Timur hingga ke Mesir dan juga seluruh Parsi (Iran), sekarang semuanya telah berada di dalam kekuasaan kerajaan keturunan Amuyah.

Beberapa tahun sebelum itu dua kerajaan besar1 di bumi saling berhentam. Masing-masing menyangka mereka terlalu gagah. Seruan Muhammad (s) di-ejek-ejek oleh kuasa timur dan suratnya dikoyak-koyakkan di hadapan mata duta istimewa Rasulullah (s) sendiri.
Demikian pula kuasa barat, sewaktu tiba surat Muhammad Rasulullah (s), Maharaja Heraclius sedang berada di Palastin kerana merayakan ke-menangan mengalahkan tentera Parsi. Beliau mem-baca dengan baik surat itu dan berpeluang membuat soal jawab sebelas perkara dengan Abu Sofian (sebelum Abu Sofian menerima Islam). Beliau akhir-nya mengakui kebenaran ajaran dan kenabianMuhammad (s), malangnya beliau lebih kasih kepada kerajaan dunianya daripada iman dan agamanya. Kerana itu ditolaklah dengan baik ajakan Rasulullah (s) kepada kalimatunsawa bainana wabainakum.

Surat Rasulullah (s) kepada Maharaja Rum ber-maksud: Dengan nama Allah yang 'pemurahlagi Penyayang. Daripada Muhammad hamba Allah dan pesuruhNya, kepada Heraclius pemerintah Rum. Sejahteralah orang yang mengikut petunjuk. Kemu-dian daripada itu, saya menyeru kamu dengan se-ruan Islam, masuklah kumpulan sejahtera, kamu akan mendapat sejahtera. Tuhan akan memberi dua kali ganda balasan pahala. Jika kamu menolak, tertanggunglah di atas kamu dosa rakyat kamu. Wahai ahli kitab, marilah kita kepada \ kalimat yang. sama antara kami dan kamu, supaya kita tidak menyembah selain daripada Allah, dan jangan di-sekutukan denganNya akan sesuatu, dan janganlah kita melantik sesama kita sebagai Tuhan, pada hal bukan Tuhan. Dan jika kamu menolak, maka tolong-lah saksikan, bahwa kami adalah orang Islam.

Demikian maksud dari isi surat Rasulullah (s) kepada Maharaja Rum. Heraclius ingin menyiasat perkara Nabi baru ini, maka diperintah orang-orang-nya menyamar diri sebagai orang berniaga pergi meninjau di pasar adakah orang Arab dari padang pasir datang berniaga. Mereka bertemu dengan Abu Sofian dan kawan-kawannya . seramai tiga puluh orang lelaki.

Apabila Abu Sofian dan kawan-kawan berada di hadapan Maharaja Rum, lalu disuruh hampir kerana mahu ditanya -beberapa soalan. Terlebih dahulu di-tanya siapakah dari kamu yang lebih hampir ke-turunannya dengan lelaki yang mengaku Nabi itu. Abu Sofian memanglah dari suku Quaris dan keluar-ganya hampir dengan Muhammad Rasulullah, beliau-pun mengakui yang beliau lebih hampir dengan lelaki Muhammad itu.

Melalui jurubahasanya, Heraclius menyuruh Abu Sofian datang hampir kepadanya, dan Iain-lain orang Arab disuruh menyatakan dusta, sekiranya Abu Sofian bercerita dusta.

Maharaja Rum membuat beberapa soalan kepada Abu Sofian di dalam majlisnya yang penuh dengan .pembesar-pembesar negara dan padri-padri itu dengan soalan-soalan:
HERACLIUS: Bagaimana keturunannya dengan kamu sekalian?
ABU SOFIAN: Dia dan kami daripada orang-orang kenamaan.
HERACLIUS: Adakah pada masa dahulu telah ada orangrorang yang mengaku sepertipengakuannya? ABU SOFIAN: Tidak.
HERACLIUS: Adakah ibubapanya daripada raja-raja?
ABU SOFIAN: Tidak.
HERACLIUS: Bagaimana dengan pengikut-pengikut-nya, adakah dari golonganorang-orangyangmulia atau dari golongan orang-orang yang lemah?
ABU SOFIAN: Pengikut-pengikutnya daripada orang-orang yang lemah.
HERACLIUS: Adakah pengikut-pengikutnya kian ber-tambah atau kian merosot?
ABU SOFIAN: Pengikut-pengikutnya kian bertambah.
HERACLIUS: Adakah seseorang dari pengikutnya yang telah berputar kembali (murtad) kepada agama asalnya kerana bencikan agama Islam?
ABU SOFIAN: Tidak.
HERAGLIUS: Adakah orang-orang kamu pernah me-ngetahui yang dia seorang pendusta sebelum, dia berkata sebagai dia berkata (mengakui diri Nabi)?
ABU SOFIAN: Tidak.
HERACLIUS: Adakah dia biasa mungkir janji?
ABU SOFIAN: Tidak. Tetapi kami sedang di dalam perjanjian dengannya dan kami tidak tahu apa yang dia lakukan sekarang kerana telah putus beritanya dengan kami.
HERACLIUS: Adakah kamu pernah berperang dengannya?
ABU SOFIAN: Ya.
HERACLIUS: Bagaimana peperangan kamu dengannya?
ABU SOFIAN: Peperangan antara kami dengannya, kadang-kadang dia menang dan kadang-kadang kami menang.
HERACLIUS: Apakah yang disuruh kepada kamu?
ABU SOFIAN: Dia menyuruh kami menyembah Allah, Tuhan yang esa, jangan mengambil sesuatu yang lain menjadi Tuhan. Tinggalkan kekarutan datuk nenek kami, disuruh kami sembahyang, selalu bersikap benar, senantiasa menjaga diri dan menghubung kasih sayang.

Setelah soal jawab ini Heraclius membuat ke-simpulan dari semua soalan beliau dan jawaban-jawaban Abu sofiaTi/ dengan berkata:
'Saya telah bertanya bagaimana keturunan dia, kamu jawab dia orang berketurunan mulia. De-mikianlah semua Rasul-rasul dahulu dibangkitkan mereka daripada keturunan yang baik.

'Saya bertanya adakah pernah seorang dari kamu pernah berkata seperti yang dia berkata. Kamu jawab tidak. Sekiranya ada orang daripada kamu pernah mengatakan demikian, saya akan kata bah-wa dia adalah seorang lelaki yang mengikut orang yang dahulu.

'Saya bertanya adakah dia daripada keturunan raja. •Kamu jawab tidak. Andaikata dia adalah berketurunan raja, tentu dapat saya katakan dia adalah cuba menuntut pangkat bapanya.

'Saya bertanya adakah dia seorang yang suka berdusta. Kamu jawab tidak. Yang demikian setahu saya, dia tidak pernah berdusta kepada manusia sebelum menjadi Rasul, dan tidak sekali-kali akan berdusta kepada Tuhan sesudah menerima kerasul-annya.

'Saya bertanya adakah pengikut-pengikutnya orang-orang yang mulia atau orang-orang yang hina. Kamu jawab pengikut-pengikutnya ialah orang-orang yang hina dan saya bertanya adakah^ perigikutnya semakin bertambah atau berkurang. Kamu jawab semakin bertambah. Yang demikian keimanan mereka itu semakin lama semakin naik, hingga boleh jadi sampai batasnya.
'Saya bertanya adakah sesiapa daripada pengikutnya telah berputar kembali kepada agama asal-nya kerana tidak bersetuju dengan agama Islam. Kamu jawab, tidak. Yang demikian nyatalah iman itu membuka hati dengan kemahuan mereka yang jujur.

'Saya bertanya adakah dia penipu dan mungkir janji. Kamu jawab, tidak. Begitulah Rasul-rasul yang dahulumereka tidakmenipu atau mungkir janji.

'Saya bertanya apakah yang disuruh kepada kamu. Kamu jawab, dia menyuruh menyembah Allah dan jangan disekutui dengannya, dilarang dari menyembah berhala, disuruh sembahyang, bersifat benar dan menjaga diri. Sekiranya benarlah segala jawaban kamu, maka dia akan memiliki bumi yang saya berdiri ini •(Baitulmaqdis). Sesungguhnya saya telah mengetahui bahwa lelaki ini akan lahir. Te-tapi saya tidak menduga kelahirannyadari kumpulan ArabQurais. Sekiranya saya tahu tentulah saya ber-sedia supaya saya dapat bertemu dengannya. Dan kalausaya ada di sisinya nescaya saya basuh ke-dua kakinya.' Kemudian Maharaja Heraclius meminta dibaca surat Nabi Muhammad (s) yang berbunyi seperti telah diterangkan di atas.

Cerita ini dipadankan dari cerita Abu Sofian sebelum beliau memasuki Islam. Dan beliau mene-rangkan suasana dalam majlis penghadapan Raja Rom itu bergemufuh apabiia selesai jurubahasa membaca surat seruan kepada Islam yang dicap dengan cincin perak sebagai mohor kepada negara tertulis: Allah, Rasul, Muhammad.

Suasana majlis menjadi riuh, kerana terperanjat dan marah dari padri-padri dan pembesar-pembesar negara Rum apabiia mereka mendengar soal jawab dan ulasan raja mereka. Abu Sofian dan kawan-kawannya disuruh keluar dari majlis, dan Abu Sofian yang masih musyrik waktu itu, mengatakan alangkah besar perkara Muhammad ini sehingga sangat berkesan kepada raja Rum.

Kemudian daripada itu menurut cerita sejarah, pembesar-pembesar Rum bertanya kepada Heraclius, 'Mengapa tuan kelihatan berlainan dari biasa?' Maka diterangkan oleh Heraclius, bahwa beliau telah melihat dari nujumnya, yaitu raja yang ber-khatan telah lahir. Siapakah dari golongan kita sekarang yang telah berkhatan. Pembesar-pembesar Rum menyatakan tidak ada siapa yang berkhatan selain daripada Yahudi, kalau itulah yang meng-goncangkan perasaan tuan, keluarlah p'erintah membunuh semua Yahudi yang ada di dalam daerah kekuasaan tuan.

Dalam masa perbincangan mereka datanglah laporan dari daerah sempadan gurun pasir berkena-an Nabi Muhammad dan akhirnya mereka menyiasat dan didapati Nabi Muhammad adalah berkhatan dan orang-orang Arab adalah berkhatan. Mendengar cerita ini lalu berkata Heraclius, inilah raja umat sekarang telah lahit.

Kemudian Heraclius menulis surat kepada sa-habatnya di. Itali yang juga ahli nujum yang handal.

Apabila Heraclius berangkat meninggalkan Baitul-maqdis menuju sebuah bandar di dekat sempadan Syria-Turki sekarang, datanglah surat jawaban dari sahabatnya, seorang raja di Itali menerangkan per-samaan pendapatnya bersetuju dengan apa yang dinujumkan oleh Heraclius itu.

Heraclius cukup yakin dengan pengetahuan nujumnya, ditambah dengan pendapat yang sama dari sahabatnya yang juga ahli nujum, lalu beliau mengumpulkan semua kepala-kepala agama Nasrani dan pembesar negara Rum di dalam istana, dan pintu-pintu istana itu diperintah supaya dikunci oleh pengawal-pengawal istana*.

Apabila semuanya telah berkumpul, maka Hera-cliuspun melaporkan semua pengetahuannya ber-kenaan Nabi yang baru dan mengajak mereka me-i nerima dan bersetia dengan Nabi itu jika bangsa Rum ingin pemerintahan mereka kekal.

Sungguh hebat seruan Hefaclius, pembesar-pembesar Nasrani itu bangun dengan marah menyer-bu ke pintu-pintu dan mereka d'apati pintu-pintu semuanya terkunci. Melihat keadaan yang sedemi-kian Heracliuspun fahamlah, yaitu tidak ada harap-an mereka akan beriman. Maka disuruh pengawal-pengawal istana mengumpul mereka semula dan beliaupun berkata: 'Apa yang saya katakan se-bentar tadi hanya dengan tujuan untuk menduga sejauh mana keteguhan kamu semua dengan agama kamu.' inilah cara bijaksana Heraclius untuk me-nentetamkan suasana yang boleh menimbulkan pemberontakan terhadap pemerintahannya.

Demikianlah kerana maksud-maksud politik, maka sekalipun Heraclius mempercayai kerasulan Nabi Muhammad (s), beliau terpaksa menyembunyikan untuk keselamatan takhta kerajaannya.
Andaikata manusia Rum menerima Islam di masa Heraclius itu, tentulah sejarah Islam tidak sampai berperang dengan kerajaan Rum di mana akhirnya kekuasaan bangsa Rum hapus di bumi ini.
Demikianlah yang telah terjadi, Islam berkem-bang terus dan keadaan di bumi dirobahkan. Islam berkembang masuk ke India, ke China, menjalar sampai ke utara Afrika dan me'nyeberang ke Eropah dari Sepanyol dan hampir'lsampai ke selatan Pe-rancis.

Sementara itu berlakulah perubahan di pusat negara Islam, sebenarnya lebin tepat dikatakan berlaku perubahan di pusat negara orang-orang Islam. Damsyik jatuh, dan Bagdad mengambil tem-patnya. Cerakan politik Abasiah menghancurkan Amuyah dan saki baki keturunan Amuyah ini mem-perkuatkan Sepanyol yang terkenal dengan nama Andalus.:

Korthobah (Cordova) ibukota negara umat Islam di Eropah sama agungnya dengan Bagdad. Harun Al Rashid di Bagdad dilakuti dan dimalui oleh ka-wan dan lawan. Demikian pula Abdur Rahman yang ketiga di Korthobah. Kedua pusat negara umat Islam itu merupakan tempat yang paling mengagumkan. Di sana pusat politik bumi di sanalah pusat pe-lajaran dan pengetahuan bumi dan di sana pula pusat tamaddun atau peradaban bumi.

Orang-orang Eropah banyak mendatangi daerah-daerah orang Islam dan mempelajari ilmu pengetahuan dari sana sebanyak-banyaknya terutama di Korthobah.

Obor Islam mereka dapati dan orang Kristen yang hidup di dalam kegelapan di Eropah di bawah pemerasan dan penyembelihan raja-raja dan pen-deta-pendeta gereja mulai celik dan melihat terang sekurang-kurangnya sebelah mata mereka terbuka. Dan semenjak itu gerakan rakyat di negara-negara Eropah terus menerus bergerak dan pertentangan dalam kalangan Kristian (Nasrani) mulai berlaku hingga tercetus peperangan agama sesama mereka. Negara umat Islam berkembang terus, biarpun Bagdad hancur luluh di tangan Timur Lang, tetapi kerajaan Turki sebagai pengetua umat Islam baru muncul menjadi gantinya.

Melalui Turki, Eropah Timur dapat ke tangan umat Islam, yaitu mulai dari jatuhnya kota Constantinople, ibukota kerajaan Rum Timur (sesuai seperti yang telah dijanjikan oleh Muhammad (s) semasa menggali parit pertahanan dalam Perang Khandak, di Madinah), menjalarlah kekuasaan umat Islam sampai ke negara-negara Balkan di Eropah Timur.

Di Andalus (Sepanyol), sesudah kira-kira lapan ratus tahun lamanya negara umat Islam di sana, datanglah banjir besar, yaitu rempuhan orang Kristian menghancurkan kerajaan dan umat Islam dari selatan Eropah dan sekarang hanyalah tinggal se-jarah sahaja lagi.

Demikian sejarah umat Islam sepintas lalu dengan kemaraan yang begitu cepat, akhirnya zaman jatuhnya berlaku pula. Kerajaan umat Islam di Sepanyol habis riwayatnya. Kejatuhan bertimpa-timpa, dan terakhir sekali ialah leburnya daerah kekuasaan Turki yang diikuti dengan penjajahan barat terhadap kebanyakan negeri-negeri umat Islam di mana-mana sahaja.

Kesimpulan dari sejarah naik turun ini, ialah kenaikan dan kejayaan umat Islam semasa mereka berpegang dengan agama Islam, dan umat Kristian berpegang dengan agama Kristian mereka.
Kejatuhan umat Islam bermula dari saat mereka fnenjauhkan diri dan melepaskan ajaran Islam. Seperti halnya dengan 'umat Kristian, yaitu ke-bangkitan mereka sehingga dapat menjajah negeri-negeri umat Islam, bermula daripada saat mereka menjauhkan diri dan melepaskan diri dari kungkungan agama Kristian dan gereja.

Demikian kenyataan yang telah terjadi, umat Islam terjajah di merata-rata bahagian bumi. Obor yang tadinya menyala telah padam, bagaimanapun obor itu masih membara di dalam dada umat ini yang sedang ditimpa kehinaan. Tidurlah mereka di mana-mana lantaran tidak ada yang sanggup mengangkat kepala. Larilah mujahid-mujahid Islam bersembunyi, kerana daya bergerak telah kehabisan. Seperti pemuda-pemuda Ashabulkahfi menyembunyi-kan diri dan tidur di dalam gua mempertahankan keyakinan mereka, demikian pula orang-orang yang beriman menyembunyikan diri di mana-mana sahaja.

Bila mujahid-mujahid telah bersembunyi, umat terbanyak hilang pimpinan. Tinggallah kerajaan-kerajaan dengan para ulama-ulama yang sanggup mendukungnya. Semuanya mengharapkan kasihan belas* kaumulkafirin. Hilanglah pertunjuk Allah dan sunnah Rasulnya, berganti dengan hukum thaghut dan sunnah syaitan. Bergantilah hukum Allah dengan hukum Jahiliah.

Sementara itu ada juga negara-negara umat Islam yang namanya merdeka. Pemimpin-pemimpin mereka bersikap Jeluasa, Islam entah di mana, sedang umat tidak ada yang sanggup membetulkannya. Nabi Muhammad (s) pernah menyatakan seperti yang di-riwayatkan oleh At-Tabrani, yaitu: 'Akan ada raja-raja (ketua-ketua, pemimpin-pemimpin kerajaan) yang memiiiki rezeki kamu, mereka bercerita ke-i pada kamu cerita yang dusta, dan beramal tidak senonoh, mereka tidak redza melainkan kamu me-ngatakan bagus perbuatan mereka yang nyata keji, dan kamu membenarkan kata mereka yang memang tidak benar. (Men itu hendaklah kamu tunaikan apa-apa yang mustahak dan taatkan perintah mereka yang tidak menyalahi syariat, sebaliknya kalau di-lebihkan tuntutan mereka buat menyalahi agama janganlah kamu taatkan, sekalipun terbunuh. Siapa yang terbunuh kerana yang demikian bererti mati syahid.'

Sebenarnya sebahagian besar dari negara-negara umat Islam telah terjajah oleh kuasa-kuasa dari barat. Yang demikian dalam masa penjajah asing ataupun penjajahan oleh pemerintah dari manusia Islam sendiri yang tidak menghiraukan pengajaran Quran dan sunnah Rasulullah (s),,!berundurlahorang-! orang yang benar-benar beriman dari kursi-kursi kuasa dan dari pintu-pintu istana ke kawasan-ka-wasan yang jauh di gurun pasir di Asia dan di Afrika, melahirkan aktiviti-aktiviti sebagai 'tarikat-tarikat' dalam berbagai bentuk, dan lahirlah 'ta-sauuf dalam berbagai-bagai cara di samping itu ada juga ikut campur tujuan-tujuan kotor dari se-tengah dari orang-orang yang bangsa mereka telah dikalahkan oleh Arab muslrmin, melahirkan diri sebagai muslim tetapi meracu/ii fikiran dan rohani umatjslam dengan maksud melumpuhkan kekuatan Islam bagi membolehkan bangsa mereka naik kembali.

Di daerah-daerah baru yang dimasuki Islam seperti di Asia Tenggara kemasukan Islam di daerah ini adalah di masa induk negara-negara Islam yang lama telah kucar kacir. Justeru kerana itu Islam di daerah ini tidak dapat merobah keadaan masyarakat yang tadinya berkebudayaan Hindu dan sedikit campur Buddha kepada masyarakat Islam yang tulen, apatah lagi belum berapa lama dari kemasukan Islam di kawasan ini, maka penjajah baratpun datang pula. Penjajah barat dari umat yang meng-akui Kristian itu, menjajah sambil menekan per-kembangan Islam, sementara itu, me'mbantu kegiat-an perkembangan Kristian dengan cukup licinsekali.

Untuk menjaga hati umat Islam diakuilah yang mereka tidak mencampuri urusan Adat dan Agama anak jajahannya. Adapun yang diakui itu ialah penyatuan Agama Islam dalam batas yarig dibenar-kan oleh politik mereka dengan adat-adat yang bersumber kepada kebudayaan Hindu.
'Ini bukanlah Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s). Tetapi bagi umat yang baru menerima Islam dengan aman secara diplomasi yang bijak dari mubaligh-mubaligh yang datang sambil berniaga itu, hal ini diterima dengan syukur, konon-nya penjajah-penjajah adalah sangat baik budi bahasa- mereka.

Mereka yang benar-benar beriman tidak men-dapat tempat di samping kekuasaan penjajah. Justeru kerana itu di antara mereka telah pergi ke pinggir-pinggir kota, atau ke pedalaman membuka tempat-tempat pengajian yang membicarakan hukum fiqh Islam, yaftu hukum yang tidak dapat dijalan-kan kerana politik negara mereka dikuasai oleh bukan mereka.

Di tengah-tengah gurun pasir di •Semenanjung Arab, bergeraklah Muhammad bin Abdul Wahab mengembalikan keperibadian Islam di dalam jiwa orang-orang Arab Badwi, dan sekalipun beliau di-tumpaskan, namun pengajarannya hidup dalam gerakan apa yang dikatakan 'wahabi' yang kemu-dian memainkan perahan besar membersihkan Semenanjung Arab dari pelbagai khurafat..

Demikian roda sejarah berjalan dan semuanya boleh diperhatikan dan dikaji dengan halus oleh orarig-orang yang berakal.

_____________________________________
Nota: Al - Fatihah buat Allahyarham AMALUDDIN DARUS... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh...serahkanlah pahalanya kepada beliau... hasil tulisannya ini kusambungkan untuk anda muga-muga ilmunya bermanfaat bagi umat islam, ....inilah dakwahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI