Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Saturday, February 16

Yakjuj dan Makjuj... Bahagian 3

Bahagian 3
Yakjuj dan Makjuj

SESUNGGUHNYA dalam sejarah kebangkitan bangsa-hangsa di Eropah, yaitu apa yang dikatakan liberal demokrasi, yang menjadi kapitalis dan imperialis, tidak sunyi daripada campur tangan orang-orang Yahudi yang bertaburan di negara-negara Eropah.

Orang-orang Yahudi yang bertaburan itu tidak linggal diam biar di mana saja mereka berada. Pemeras-pemeras Yahudi dalam perniagaan dan riba mempunyai saham yang besar dalam usaha menjadikan orang-orang Nasrani di Eropah bangun seperti yang telah terjadi.

Peranan orang-orang Yahudi di mana-manapun adalah untuk kepentingan orang-orang Yahudi dan cita-cita Yahudi yang sangat tinggi sekali.

Orang-orang Yahudi tidak akan sampai kepada cita-citanya selama mereka itu lemah. Dan selagi orang lain kuat, mereka tentu tidak akan menjadi kuat. Orang-orang Nasrani itu bukanlah sahabat-sahabat orang Yahudi. Di negara-negara barat itu, Yahudi juga terhina tetapi mereka terpaksa hidup dan untuk terus hidup mereka memasuki semua lapangan sehingga ke bidang perniagaan yang besar dengan memodalkan pinjam meminjam dengan riba menjadikan mereka itu menguasai suasana di mana mereka itu berada.

Bangsa-bangsa barat yang bersatu tidak akan menolong Yahudi, mereka mesti berpecah belah dan dengan jalan itu Yahudi dapat mempergunakan mereka untuk cita-cita Yahudi.

Demikianlah yang telah terjadi, sebagai satu cara yang teratur sesudah kejayaan menjadikan orang-orang Nasrani barat manusia liberal demokrasi, maka datang lagi permainan Yahudi dalam satu bentuk ideoloji baru untuk orang-orang barat yang akan melemahkan lagi mereka setelah mereka tersasul dalam keadaan mengakui Tuhan tetapi tidak mempedulikan hukum-hukum Tuhan.

Pertumbuhan kilang-kilang dalam aneka rupa oleh kemajuan sains dan teknoloji di barat telah melahirkan satu keadaan baru, yaitu masyarakat buruh dan majikan di samping yang sudah ada, yaitu masyarakat tani dan tuan-tuan tanah. Pertumbuhan yang baru dalam masyarakat ini member! jalan kepada orang Yahudi tampil ke hadapan sebagai pejuang untuk membela nasib kaum buruh dalam perjuangan mereka dengan kaum kapitalis. Karl Marx seorang Yahudi dari Jerman mengambil peranan ini sebagai juara pembela kaum buruh untuk memperjuangkan cita-cita sosialis dan beliau menggelarkan dirinya komunis.

Orang-orang Yahudi yang licin untuk cita-cita Yahudi itu menjadi bapak komunis, menghasut kaum buruh dan tani bangun memberontak dan menegakkan negara sosialis yang akan menuju kepada masyarakat komunis akhirnya.

Beliau bersama sahabatnya Fredrick Engels telah menyusun Manifesto Komunis, dan beliau sendiri telah mengarang sebuah buku dinamakan 'Modal' (Das Kapital).

Dihentam sehebat-hebatnya faham kapitalis dan imperialis, ditegaskan pula olehnya bahwa Tuhan sebenarnya tidak ada, hanya sengaja diada-adakan, kerana itu dihentam pula seluruh agama dituduh menjadi candu kepada rakyat.

Sekalipun perjuangan beliau gagal di zaman itu, semenjak dari Jerman hingga ke Perancis dan ke l upland yang berakhir dengan kematiannya di sana, namun perjuangannya itu diteruskan oleh pengikut-pegikutnya dengan berpandu kepada buku karangannya yang bernama 'Modal' itu.

Kaum sosialis komunis bergerak terusmenerus. Kerana gerakan mereka dimusuhi di setengah-tengah negara, maka mereka bergerak di bawah i.m.ih. Pemimpin-pemimpin parti komunis itu me-ny.imar dengan berbagai-bagai cara dan rupa nama, Iwijuang di dalam berbagai rupa parti dan tidak licniama komunis.

Di negeri Perancis telah pernah mereka cetuskan pemberontakan tetapi gagal. Rupanya bumi Perancis, Jerman dan England dan masyarakat di sana belum bersedia menerimanya lagi. Benih itu telah disemai di lanah yang tidak subur baginya.

Kegagalan itu semua dipelajari oleh pengikut-pengiikut komunis di Rusia. Mereka merancangkan dengan berbagai cara supaya tidak akan gagal lagi. rrniimpin-pemimpin komunis di Rusia juga berjuang dengan menyeludup dalam berbagai-bagai parti yang berlainan nama. Sementara itu parti komunis yang menggerakkan semua kegiatan bergerak di bawah tanah terus menyusun plan perjuangan untuk membangun satu pemberontakan. Demikianlah sejarah menceritakan betapa Lenin, Trotsky dan Stalin bekerja di negara Rusia, semasa pengaruh padri Rasputin begitu besar di dalam istana maha-raja Rusia.

Dalam kebangkitan bangsa-bangsa di Eropah, bangsa dan negara Rusia yang separuh Eropah dan separuh Asia telah tidak ikut sama. Maka masyara-kat Rusia yang diperintah oleh maharaja dan pen-deta-pendeta dengan sendirinya menjadi tempat yang pal ing subur dan sesuai bagi faham dan ajaran komunis Karl Marx, manusia Yahudi itu.

Parti komunis Rusia dengan segala tipu daya dan ganasnya telah berjaya merampas kekuasaan dan menegakkan sebuah kerajaan diktator kaum pekerja dengan nama Union of Soviet Socialist Republic.

Ajaran Karl Marx menggesa supaya diteruskan perjuangan menghancur semua faham termasuk kepercayaan kepada Tuhan. Karl Marx mahu supaya dihasut kaum buruh sebumi bangun memberontak. Lebih cepat ini terjadi, lebih banyak kekacauan berlaku, lebih menguntungkan orang-orang Yahudi yang bersiap untuk memancing di air keruh.



Alangkah bijaknya Karl Marx, manusia Yahudi ini. Kebijaksanaan Karl Marx walau bagaimanapun, dia adalah hamba Allah yang tertakluk di bawah kebijaksanaan Allah.

Allah mahu menjadikan sesuatu yang telah dib beritahuapa-apa yang akan terjadi. Sekarangsemua-nya sedang terjadi menurut prosesnya.

Rusia telah menjadi negara komunis, dan komunis Rusia menjadi pelopor perjuangan ke arah cita-cita Yahudi Karl Marx. Komunis Rusia meletakkan kodudukan mereka sebagai ketua gerakan komunis .nilara bangsa.

Bagi mencapai cita-cita komunis, hasutan mesti tltbuat, sabotaj mesti dilakukan di mana-mana sahaja. Pemberontakan mesti digalakkan dan komunis Kusia mesti menjajah dan menakluk bumi. Maka komunis ini juga adalah pengacau, perompak dan Imperialis.

Banyak daerah-daerah umat Islam yang dulunya dikenal di dalam sejarah telah menjadi bahagian ilm negara komunis Rusia.

Berjuta-juta manusia ternasuk umat Islam telah dikorbankan demi untuk cita-cita menegakkan negara dan masyarakat komunis.
Sementara itu, mana-mana negeri yang berjaya dikuasai oleh pengikut-pengikut komunis adalah liciada di dalam blok komunis Rusia sebagai pemimpin atau dengan lain perkataan sebagai saudara ini yang menjajah secara baru.

Faham sosialis yang menuju kepada komunis sedang berkembang, seperti jua faham liberal ka-piialis hasil ciptaan otak dan nafsu manusia telah .....tatai pada bangsa-bangsa manusia di bumi ini.

Bumi pun terbahagi kepada dua blok, satu menyebelahi kaum kapitalis dan satu lagi menyebelahi k.iuiii komunis. Ini adalah satu ulangan sejarah bumi, di mana bumi telah pernah terbahagi dua pada in.is.i dahulu, satu di bawah kekuasaan Rum dan s.ilu lagi di bawah kekuasaan Parsi (Iran). Perbedaannya hanyalah dulu disebut empire, tetapi sekarang dipanggil blok.

Saya telah menerangkan kisah Dajjal, dan sekarang saya membawa satu gambaran mengenai Yakjuj dan Makjuj pula.

Ulama-ulama Islam telah membicarakan dan mengkaji hal-hal mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al Quran dan Nabi Muhammad (s) juga telah menerangkan perkara ini.

Pernah dikatakan bahwa daripada keturunan seorang anak Nabi Nuh akan menurun manusia berkulit kuning dan itulah Yakjuj dan Makjuj. Dikatakan juga bahwa Yakjuj dan Makjuj itu dua kumpulan manusia yang banyaknya seperti semut melata. Mereka sedang terpenjara, mereka akan keluar dari timur negeri Islam, mereka akan turun dari tempat yang tinggi, Yakjuj dan Makjuj akan keluar merosakkan dan memakan segala-gala yang ada di muka bumi ini.

Bangsa Tatar dan Monggol, telah pernah menyerbu dan menakluk negeri-negeri hingga ke Eropah. Mereka digelar Barbarian dan mereka telah bercampur aduk dengan manusia, termasuklah manusia di Eropah.

Dikatakan Yakjuj dan Makjuj akan memakan manusia seperti ulat memakan daun kayu, berlubang di sana dan berlubang di sini. Pada pendapat saya, bukanlah memakan itu bermakna meratah daging manusia, mematah tulangnya atau menghirup darah-nya. Tetapi bolehlah difahamkan sebagai memakan ruh hati manusia sehingga rusak keyakinan yang telah ada pada manusia itu seolah-olah telah tembus berlubang di sana sini.

Manusia pada hakikatnya ialah ruh. Manusia tanpa ruh adalah bangkai, akan hancur, busuk dan kembali menjadi tanah. Adapun ruh itu tidak, dia akan dipanggil kembali oleh Tuhan. 'Wahai ruh yang senang menyerah, kembalilah kamu kepada Tuhanmu, redza dan diredzai masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuklah ke syurgaKu. (Al-Quran). AI-Quran telah menerangkan perihal Yakjuj dan Makjuj, yaitu apabila dibukakan Yakjuj dan Makjuj .Akan turun dari tempat yang tinggi— Al-Anbia, 96. Di dalam surah Al-Kahf ada lagi dihuraikan mengenai ceritanya yang berhubung dengan Zulqarnain. Zulqarnain telah berjumpa dengan satu bangsa yangg meminta pertolongan beliau supaya membuat dinding yang boleh menyekat di antara mereka dengan Yakjuj dan Makjuj yang sentiasa keluar mengacau dan merusakkan negeri mereka.

Permintaan mereka diperkenankan oleh Zulqarnain dengan membuat dinding untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj dari keluar melakukan kebinasaan di bumi mereka. Apabila siap dilakukan dengan menuang tembaga menutup jalan yang diikuti oleh Yakjuj dan Makjuj, lalu berkatalah Zulqarnain seperti yang disebut di daiam Al-Quran: 'Ini adalah rahmat daripada Tuhanku, apabila datang perjanjian Tuhanku dirobohkan dinding itu menjadi datar. Adalah perjanjian Tuhanku itu benar-A/-Kahf, 98.
Dinding yang diperbuat oleh Zulqarnain itu para ulama bersalahan dalam memahaminya, sama ada tentang keadaannya, adakah di antara dua gunung dan di mana letaknya.

Siapakah Zulqarnain dan di mana letaknya dinding atau tembok atau pintu itu hingga sekarang masih tidak jelas dan masih lagi dibicarakan orang. Umumnya telah dipercayai bahwa Zulqarnain yang bermakna dua tanduk ialah seorang raja yang masyhur, raja yang menguasai barat dan timur, yaitu Alexander the Great. Beliau berasal dari Mecedonia, Greek, dan menguasai negeri-negeri di barat dan hingga ke Asia barat, Asia Tengah, Afghanistan dan Punjab di India.

Beliau yang membina kota Iskandariah di Mesir, dan beliau yang mengeluarkan matawang, di mana wajah beliau dengan bertanduk dua di atas matawang syiling. Nama beliau hidup berabad-abad dari dahulu. Beliau meninggal dunia dalam usia 35 tahun.

Sungguhpun telah lama diakui oleh sejarah bumi, termasuk umat Islam, yaitu Alexander the Great itulah Zulqarnain. Tetapi ada juga Iain-lain pendapat yang mengatakan Zulqarnain ialah seorang raja sezaman dengan Ibrahim. Satu pendapat lagi, yaitu Zulqarnain adalah seorang dari raja Parsi (Iran) yang dikenal sebagai 'Ram'-biri-biri atau domba yang mempunyai dua tanduk. Ini adalah didasarkan kepada cerita di dalam buku Perjanjian Lama yaitu 'buku Daniel'. Raja ini adalah raja Parsi, dan menguasai hingga ke Laut Hitam di dalam Rusia sekarang. Adapun Alexander the Great ialah raja yang telah sampai di India, di mana tidak jauh dari ka-w.isan penyerangan Monggol dan Tatar di zaman purbakala.

Orang-orang yang menolak Alexander the Great sebagai Zulqarnain yang dimaksudkan oleh Al-Quran, kerana Zulqarnain itu .hamba Allah yang soleh. Sedangkan Alexander dari Greek dikatakan iniirid Aristotles, seorang guru dan ahli falsafah. Dan orang-orang Greek adalah penyembah bintang-limiang di langit, bukan penyembah Allah. Saya dipaksa mengakui, yaitu memang sukar untuk ditentukan cerita-cerita yang terlalu lama, kecuali telah disebut dengan jelas di dalam Al-Quran. Manakah satu yang lebih benar? Adakah Alexander the Great itu Zulqarnain, atau seorang lain daripadanya adalah sebenarnya Zulqarnain? Adapun Alexander the Great, menurut cerita-cerita tradisi Ethiopia (tlhiopic), adalah juga dianggap sebagai seorang Nabi.

Berhubung dengan kepercayaan dan cara hidup manusia, Allah telah membangkitkan seratus dua puluh empat ribu Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Jumlah Ini yang besar-besar dan yang kecil-kecil meratai tiap-tiap bangsa-bangsa manusia. Di antara mereka 313 yang besar, dari 313 itu 25 pula yang terbesar dan dari 25 itu 6 yang terutama, yaitu Nabi-nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (s). Nabi-nabi dan Rasul-rasul itu juga diberi kitab-kitab dari langit sebanyak seratus empat buah, yang terkemuka ialah empat sahaja, yaitu Taurat, Zabur, Injil dan Quran (Furqan).

Siapakah Nabi-nabi lain yang tidak kita ketahui dari mereka yang dimulai oleh Adam, dan yang di-akhiri oleh Muhammad? Dan apakah jenis kitab-ki-tab yangtelah diturunkan kepada mereka, dan bagai-mana cara datangnya kepada Nabi-nabi itu tidak juga kita ketahui semuanya. Sungguhpun kita tidak mengetahui, tetapi adalah mesti semuanya mempunyai tugas yang sama dalam penyampaian asas agama, yaitu menyerah diri kepada Tuhan yang satu jua.

Allah adalah terlalu adil, dan Allah tidaklah akan menyiksa hamba-hambanya melainkan setelah dikirimkan atau didatangkan utusannya memberi pengetahuan dan peringatan yang jelas. Justeru kerana itu pasti ada nabi-nabi pada bangsa-bangsa manusia yang memberi nasihat dan kabar berita. Cuma pengeliruan yang dibuat oleh pengikut-pengi-kut mereka setelah beliau-beliau meninggal dunia telah melahirkan perbedaan kepercayaan, malah sehingga manusia-manusia terhormat itu sendiri dibuat dan dijadikan patung-patung disembah oleh manusia. Dalam hal ini manusia juga mungkin sam-pai menyembah matahari, bulan dan bintang-bintang kerana semuanya itu di langit.

Patung-patung se-bagai perantaraan. Yang di langit pula secara terus menurut sangkaan. Bagaimanapun mereka mesti telah mengetahui bahwa adanya Tuhan dan kuasa Tuhan yang bersemayam di arasy (di langit).

Ada manusia yang menyembah berhala, percaya pula kekuasaan Tuhan di langit. Dan manusia sering mendongak ke langit kerana percaya kekuasaan dari langit, cerita-cerita lama yang disampaikan dari mulut ke mulut mungkin berlainan dari yang se-benarnya. Mungkin juga ditambah oleh orang-orang yang terpesong pegangannya dari kebenaran asal, sehingga menjadikan cerita-cerita itu sesuai dengan pegangan mereka yang sedang dipercayai.

Apabila saya membaca buku-buku yang dikatakan falsafah, baik dari Greek atau dari India atau China, dan setelah mengenepikan hal-hal yang kelihatan syirik daripadanya, maka berat sangka saya bahwa manusia-manusia seperti Buddha, Kong Foo Tse dan Iain-lain adalah di antara golongan para Nabi. Kerana asas dari pengajaran mereka tidak lain dari kebaikan yang merupakan nasihat-nasihat yang berguna kepada manusia. Plato dari Creek mengatakan, 'Dialah yang mutlak, dialah yang Maha Kuasa.'Dan berkata pula Lau Tze, dari negeri China, 'Dialah "Tao" yang tak dapat diberi nama.' Hingga datanglah Quran menjelaskan: Qulhuallahuahad.... Quran menerangkan nama Tuhan yang dicari-cari itu ialah Allah. Maka yang mutlak, yang Maha kuasa, yang tidak dapat diberi nama, apakah dia dengan sondirinya jelas, yaitu apabila diturunkan surah Al-lkhlas kepada Nabi Muhammad (s), Nabi yang terakhirdan tidak ada lagi Nabi-nabi kemudian daripadanya.

Saya percaya bahwa sesuatu yang benar itu se-kalipun telah dikotorkan, apabila dibersihkan ke-kotorannya, maka apa yang tinggal daripadanya dan kelihatan bersih adalah tidak dapattidak dari Allah, Tuhan manusia semua. Allah tidak pernah menza-limkan manusia dengan ancaman azab, keCuali setelah dikirim Nabi dan Rasul kepada bangsa-bangsa manusia daripada mereka juga. Al-Quran menerang-kan: ' . . . dan tidaklah Kami akan mengazab (me-nyiksa) melainkan hingga Kami utuskan seorang Rasul,'-Bani Israel, 15.

Di dalam surah An-Nisak (perempuan) dijelaskan: 'Dan (Kami telah utus) beberapa Rasul yang Kami telah ceritakan (hal ehwal) mereka kepadamu (Muhammad) lebih dahulu, dan beberapa Rasul yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Dan Allah telah bercakap dengan Musa dengan percakapan yang terang -An-Nisak/ 764.
'Yaitu Rasul-rasul yang menggemarkan dan mengancam, supaya tidak ada bagi manusia alasan untuk (menyalahkan) Allah sesudah (datang) Rasul-rasul-Nya,'-An-Nisak, 765.

Demikian ayat-ayat dari Al-Quran yang cukup jelas perkabarannya. Tetapi memanglah terlalu sukar bagi kita untuk menentukan semuanya ini. Begitulah tentang Zulqarnain yang disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang saleh yang diberi pe-tunjuk dan kekuasaan itu tidak mustahil Alexander the Great.

Bagaimanapun Zulqarnain telahmembuatdinding untuk menghalang kemasukan Yakjuj dan Makjuj. Perbuatannya ialah sebagai menyahut permintaan manusia yang sentiasa diancam oleh Yakjuj dan Makjuj itu. Beliau menaruh besi-besi dan menuang tembaga padanya supaya menjadi kuat dan kukuh. Di samping cerita berkenaan Zulqarnain, maka cerita berkenaan dinding besi itu ada berbagai-bagai pula. Sejarah yang d itu Us orang tidak menye-but dinding, tetapi ada menyebut pintu besi. Se-kurang-kurangnya ada dua cerita mengenai pintu besii yang diketahui. Pertama terletak di bandar Dorbend di pantai barat laut Kaspia. Bandar pelabuhan ini terletak di kawasan Daghistan yang dulunya di dalam kekuasaan Parsi, tetapi telah dirampas oleh Rusia dalam tahun 1813. Di sinilah terletak banjaran gunung Kaukasus. Dinding yang dikatakan pintu besi itu tingginya lebih kurang 29 kaki dan panjangnya kira-kira 50 kaki.

Yang kedua ialah di Asia Tengah terdapat satu Iereng bukit di antara Turkistan dan India, dulunya dipanggil pintu besi. Menurut ceritanya lebar atau panjang dinding atau pintu besi itu 450 kaki. Pintu besi ini telah lama tidak ada lagi di sana yang ada hanyalah ceritanya sahaja.

Kalau di sinilah yang sebenarnya dinding atau pintu besi itu, maka tempat ini adalah tempat orang turki dan sekarang di dalam negara China. Maka orang yang dijangka dikatakan Yakjuj dan Makjuj ialah bangsa Monggol dan Tatar yang liar, yang juga ditakuti oleh China sehingga mereka mendirikan lombok 'The Great Wall' di utara negeri China.

Bangsa Monggol telahpun menyerbu keluar dari daerah mereka, masuk ke China, ke India, ke Asia Tengah, Asia barat hingga ke Eropah, ratusan i.ihun yang lalu, dan mereka telah bercampur gaul dengan manusia di mana sahaja di tempat-tempat moreka menyerbu dan .menakluk.

Cerita-cerita yang berbagai-bagai ini adalah (cerita-cerita lama, dan biar bagaimanapun adalah Idas memang ada kisah Zulqarnain yang mendirikan dinding atau pintu besi itu.

Zulqarnain bersama tenteranya telah mara dari Mecodenia di Gerik menakluki sepanjang negeri-negeri di perjalanannya sehingga ke India. Dalam perjalanan atau kemaraannya inilah beliau bertemu dengan satu bangsa yang telah meminta beliau menolongnya menghalang dari angkara Yakjuj dan Makjuj. Yang demikian berdasar dari cerita kemaraan Zulqarnain ialah menurut jalan daratan, maka tentulah perjalanannya menempuh pesisir pergunungan di Asia Tengah, yaitu sepanjang banjaran gunung Kaukasus hingga ke Himalaya. Yakjuj dan Makjuj yang sentiasa keluar merusakkan di muka bumi ini tidak syak lagi dari bangsa manusia jua. Jika tempatnya terletak di sekitar banjaran gunung .Kaukasus, maka mereka adalah di dalam kawasan negeri Rusia sekarang. Jika tempatnya di banjaran Himalaya di antara Pakistan atau India sekarang dengan China, maka mereka adalah di dalam kawasan negeri China sekarang.

Biar di mana juga tempatnya, bahwa cerita itu adalah benar. Adapun yang tentunya bagaimana perjanjian Tuhan, dinding itu akan roboh juga akhir-nya. Adakah dinding itu telah lama roboh oleh keadaan alam, atau oleh rempuhan Monggol dan Tatar, atau adakah kerobohannya itu baru terjadi oleh kekuatan dan usaha tangan manusia, seperti berita yang disiarkan dari Moskow pada 6 hari bulan Julai, 1961, yaitu Rusia telah dapat meleburkan gunung Kaukasus dengan satu tenaga letupan yang digunakan untuk damai, adalah satu perkara yang tidak perlu dibahaskan. Bagi Muslimin, bahwa dinding itu pastilah roboh, di mana Yakjuj dan Makjuj pasti keluar bercampur gaul dengan manusia yang lain
di bumi ini.

Allah mengatakan: 'Dan Kami (Allah) akan tinggalkan (biarkan) sebahagian dari mereka pada hari (masa) itu beradu (bertempur atau berperang) dengan sebahagian yang lain. Dan akan ditiup sangkakala (atau serunai yang menandakan perubahan babak), lalu Kami (Allah) kumpulkan mereka semuanya beramai-ramai',-Al-Kahf, 99.

Dari keterangan Quran ini, nyata dan jelas se-kali siapakah Yakjuj dan Makjuj itu. Mereka adalah manusia keturunan Adam, yang bersifat pembuat kacau di bumi, dan merusak"kan iman manusia ke-sada Allah dan akhirat.

Dari Bible, buku perjanjian lama, juga didapati cerita Yakjuj dan Makjuj dengan pengenalan se-bagai Gog dan Mogog, yaitu tersebut di dalam Je-hezkiel, fasal 38 dan 39, yang menerangkan bahwa Yakjuj dan Makjuj atau Gog dan Magog itu adalah raja besar, bangsa besar, mempunyai kekuatan besar dan banyak bangsa-bangsa lain sebagai pe-ngikutnya. Mereka akan memerangi dan merompak (menguasai ekonomi) dan akhirnya akan dibinasaan Tuhan sehancur-hancurnya. Dalam perjanjian
lama fasal 38 dan 39, sebanyak 50 ayat dari kisah Jehezkiel adalah menceritakan Gog Magog atau Makjuj dan Makjuj. Saya tidaklah hendak menulis semua ayat-ayat itu, tetapi supaya jadi bertambah terang ada baik juga disebutkandi sini antaranya, 'Hai anak Adam, tujukkanlah mukamu kepada Yakjuj tanah Makjuj, raja Rus, Meshech dan Tobal dan bernobatlah akannya-,Jehezkie, 38-2.

Keterangan Bible perjanjian lama berhubung Jengan raja Rus, nyatalah pemerintah Rusia. Me-shech adalatrMoskow. Moskow adalah ibukota negara Rusia dan di sana terdapat dua sungai di Rusia, satu dipanggil Moskva di mana letaknya Moskow dan satu lagi bernama Tobal di mana terletaknya Tobolsk.

Nyatalah Moskow telah ditentukan bakal menjadi ibukota negara Yakjuj dan Makjuj. Mereka ber-ada di utara bumi, didinding oleh tempat-tempat dan gunung-gunung yang tinggi.

Al-Quran menerangkan, 'Mereka akan turun dari tempat yang tinggi.' Dalam Bible, perjanjian lama pula ditemui: 'Maka pada masa itu engkau akan datang naik seperti guruh yang membinasakan dan seperti awan-awan yang menudungi bumi. Engkau dengan segala bala tenteramu dan beberapa bangsa-pun sertamu ; -Jehezkie38-9.
'Bahkan engkau akan datang dari tempatmu dari sebelah utara sekali, baik engkau, baik beberapa bangsapun sertamu semuanya mengendarai kendaraan, satu perhimpunan orang banyak, satutentera yang amat besar,'-Jehezkie, 38-15
Dari keterangan-keterangan di atas, jelaslah Yakjuj dan Makjuj itu adalah bangsa R»siasekarang. Mereka akan menyerang dengan tentera, mereka akan naik seperti guruh yang membinasakan dan seperti awan-awan yang menudungi bumi. Ini dapat difahami sebagai angkatan dan deruman kapal-terbang serta roket-roket di -angkasa. Mereka akan datang dengan berbagai jenis kendaraan dan ber-sama-sama mereka ialah berbagai-bagai bangsa yang termasuk di dalam blok.mereka, yaitu kaum komunis.

Sementara itu perlu jua disebutkan, bahwa bangsa Yahudi yang bertaburan di merata-rata negeri orang, juga terdapat di dalam Rusia. Di Rusia juga mereka ikut memainkan peranan komunis sambil memainkan peranan cita-cita Yahudi.

Bangsa komunis Rusia telah menyertai Inggeris dan Amerika di Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui ujud dan melahirkan negara Israel, dan sekarang di samping mereka membantu Arab sosialis dengan senjata-senjata kerana mencari tapak pengaruh mereka, maka secara berangsur-angsur mereka jua sedang mengusahakan pengembalian orang Yahud4 dari daerah-daerah Negara Komunis ke Israel.

Pembaca hendaklah mengikuti pendapat-pendapat dan huraian saya dengan hati-hati. Pada bahagian kedua dan ketiga ini saya membayangkan Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj. Fikiran saya terus bekerja untuk memecahkan rahasia isi pemberitahuan Quran mengenai ayat 99 surah AI-Kahf ini. Saya percaya dengan pembaca mengikuti sedikit demi sedikit, akan sampailah kita kepada memahami secara lebih luas kelak, apabila sampai kepada bahagian-bahagian selepas membicarakan kedatangan Mahdi dan di mana Nabi Isa berada, yang akan turun kembali ke bumi ini.
-------------------------------------------
Karya: Amaluddin Darus

2 comments:

  1. Large website! Wonderful occupation! :D
    my website is Bass Guitar Tabs .Also welcome you!

    ReplyDelete
  2. Massive website! Wonderful job! :D
    my website is Learn to Speak Korean .Also welcome you!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI