
dialoq SULAIMAN DENGAN RATU BALQIS
Setelah menjadi muslim, Ratu Balqis menyedari bahawa kemenangan Sulaiman itu adalah kemenangan Allah yang mengalahkan segala-galanya.
Setelah menjadi muslimat, semakin teguhlah kepercayaan Balqis terhadap kebesaran Allah. la mulai ber-bincang dengan Nabi Sulaiman untuk memperolehi suatu jaminan. la bertanya: "Bagaimana taraf kedudukan Saba terhadap Palestin?" "Apa yang anda maksud-kan? Perlindungan?" tanya Nabi Sulaiman. "Nasib kerajaanku," kata Balqis. . "Kami tidak bermaksud untuk menguasai dan menak-lukkan negara lain," jawab pemimpin Bani Israil itu, lalu menjelaskan: "Kami hanya menghendaki supaya agama Allah tegak dimana-mana. Angkatan bersenjata kami hanya akan dikerahkan terhadap musuh-musuh Allah. Ratu Balqis masih merasa serba salah. Sebenarnya ia sudah memendam hasrat cinta kepada Sulaiman. Hatinya tertawan. Tetapi ia malu untuk menyatakannya atau kalau hanya ia sendirilah yang tertawan. la baru merasa puas kalau Sulaiman pun tertawan olehnya Musuh Allah adalah musuh kami. Kerana tuan-tuan sudah menyerah kepada Allah, sudah menjadi muslim, maka tuan-tuan tetap merdeka, aman dan tenteram. Kami jamin!" Pembesar-pembesar Saba gembira mendengar ketera-ngan tersebut. Seandainya mereka tidak menyatakan keislamannya, menyerah kepada Allah, nescayalah kerajaan mereka akan ter-kubur oleh Pasukan Jihad Fi Sabilillah Nabi Sulaiman. Walaupun sudah menda-pat jaminan mengenai taraf kerajaannya, Ratu Balqis masih merasa serba salah.
Sebenarnya ia sudah memendam hasrat cinta kepada Sulaiman. Hatinya tertawan. Tetapi ia malu untuk menyatakannya atau kalau hanya ia sendirilah yang tertawan. la baru merasa puas kalau Sulaiman pun tertawan olehnya. Kalau beberapa saat yang lalu ia masih musyrik (kafir), memang ia masih ragu-ragu untuk berjaya menawan hati lelaki muslim. kerana ia tahu bahawa kecintaan seorang mukmin kepada agamanya adalah lebih berharga dripada kecantikan seorang wanita. Akan tetapi sekarang, keadaannya sudah lain. Persamaan agama sudah melicinkan jalan baginya untuk memainkan diplomasi senyum. la tahu bahawa Sulaiman memikir-kan kecantikannya, bererti bahawa setidak-tidaknya pemimpin besar itu pun menaruh hati kepadanya. Dengan wajah berseri-seri, sorot mata yang mengandungi maksud,
Balqis bertanya: "Adakah sesuatu yang perlu kulakukan pada saat-saat pertama aku menjalankan pemerintahan Islam?" Sulaiman mengerutkan keningnya. la seolah-olah dapat membaca hati Ratu itu. la pun berkata "Pertanyaan Ratu, tepat." Mendengar itu cahaya mata Balqis semakin bersinar. Hatinya bahagia. "Kerajaan anda makmur sejahtera. Rakyat mereka bahagia dengan Ratunya. Semuanya sudah cukup. Hanya satu yang kurang...," Sulai-man berhenti beberapa nafas, memperhatikan apa yang terkesan di wajah wanita itu. Narapaknya diplomasi tingkat tinggi sudah dilancar-kan. Mata ratu bersinar-sinar, bening, bersih, jernih, berghairah. la mendahului bertanya sebelum Sulaiman menerus-kan: "Apa yang kurang?" "Kehampaan....," tegas Nabi Sulaiman. Ratu tersenyum singkat. Sulaiman meneruskan: "Ratu harus mempunyai pewaris mahkota, yang akan meneruskan daulat di atas seluruh kawasan kerajaan Saba di kemudian hari." Balqis tekun mendengar. la sedar bahawa apa yang dinanti sudah disinggung.
Di dalam kepalanya sudah terba- yang kemenangan. Pembesar-pembesar dari kedua kerajaan yang mengi- kuti perbincangan itu telah dapat menaksir adanya per- cintaan tingkat tinggi yang muncul begitu mendadak dalam tempoh yang demikian singgkat di antara kedua pemimpim bangsa itu.
CINTA MULA BERSEMI
"Yang pertama harus anda lakukan di dalam Islam ialah pernikahan." Ratu bersikap seolah-olah terkejut. "Pernikahan?" tanyanya."Ya, pernikahan!" Sulaiman mempertegas. "Aku hendak menikahkan Ratu.. Orang-orang besar atau negarawan-negarawan ulung memanglah lazim menyembunyikan percintaan peribadi dengan bahasa kiasan, kerana lidah yang mereka pakai adalah lidah negara yang sentiasa mengarah kepada kepentingan umum.
Cara mereka menyatakan cintanya adalah sesuai dengan marta-bat kebesarannya. Dan bagi orang-orang besar, yang menjalin perhubungan cinta sesama mereka, meskipun nampaknya cinta itu adalah urusan peribadi, tetapi tidak terlepas hubungannya dengan kepentingan negara.
Cinta yang paling seni ialah seperti yang terpadu di antara Sulaiman dengan Balqis itulah. Sulaiman memaklumi bahawa penegasannya telah menyudut di kalbu sang Ratu. Beliaupun menyedari bahawa dirinya telah menawan hati Ratu muda itu, lalu menyam-bung: "Yang pertama harus anda lakukan di dalam Islam ialah pernikahan." Ratu bersikap seolah-olah terkejut. "Pernikahan?" tanyanya. "Ya, pernikahan!" Sulaiman mempertegas. "Aku hendak menikahkan Ratu dengan salah seorang laki-laki utama dari kaummu.
Siapa calonnya, kuserahkan kepada pilihan para menteri Saba." Balqis bersuara: "Ya Nabiyullah, seperti aku inikah yang akan dinikahi oleh kaumku? Padahal dari kaum-ku, banyak amir-amir dan sultan-sultan yang ada di bawahku?" Sebenarnya Nabi yang mulia itu sudah tahu bahawa sang Ratu akan menentang bernikah dengan kaumnya, kerana dia adalah bangsawan sejati yang tiada seorang pun sedarjat dengannya di seluruh kerajaan Saba.
Tetapi penegasan itu dilemparkan kepada Balqis sebagai loncatan untuk memancingnya menghampar-kan kad-kad permainan yang masih tersimpan di ta-ngannya. Beliau mahu menyakinkan dirinya sendiri, manusia manakah gerangan yang menjadi pujaan dan sanjungan batin puteri raja Syaraahil itu?
Balqis tidak kurang pula cerdasnya. Pernyataan yang sudah dikemukakannya tadi bukanlah bererti bahawa ia angkuh atau anti berkahwin. Tetapi itu bagai merupakan satu maklumat tentang kualiti dirinya, bahawa permata mutiara tidaklah sesuai diikat dengan cincin yang bukan emas tulen. la sebenarnya memasang tangga untuk me-nentang pemburunya yang mengejarnya terus. Begitulah cara kedua kepala peme-rintahan itu melakonkan asmaranya.
Sulaiman memujuk dengan hujjah yang kuat. "Ratu, benar ucapmu, tetapi di dalam Islam tidak boleh demikian. Janganlah dirimu mengharamkan barang yang di-halalkan Allah. Pernikahan ada-lah sunnah di dalam Islam." "Kalau itu menjadi kewajiban," ujar Balqis, "maka aku hanyalah layak dinikahi oleh orang yang bergelar Maharaja ataupun orang yang se-umpamanya." Nabiyullah menjawab: "Itulah pilihan yang tepat". Nabi Sulaiman mulai memahami bahawa orang yang menjadi sasaran Balqis
Terbayang di dalam benak Ratu Balqis bahawa kecantikannya berhasil memikat kecintaan Sulaiman dan tidak mengurangi ketegasannya sebagai pemimpin agama. Ratu bersyukur, kerana dengan demikian ia bersama rakyatnya telah keluar dari kekafiran yang sesat menuju cahaya agama tauhid yang terang benderang adalah dirinya.
Ketua Negara wanita itu berbuat seolah-olah mahu menghindar dari persoalan itu, seraya berkata: "Marikita berpindah ke persoalan lain. Apakah yang harus dilakukan untuk menjamin keteguhan persahabatan kedua negara kita, hai Pesuruh Allah?" Pertanyaannya mendalam dan sudah menjurus ke titik akhir. Nabi Sulaiman terse-nyum, ia mengerti latar be-lakang pertanyaan itu. Dita-tapnya paras ratu kemudian dengan suara tandas menjawab: "Pertalian keluarga. Dua kerajaan dipertalikan!" Hati Ratu semakin berde-tak hebat. la memandang ke lantai cermin. Air di dalam-nya tenang, bening laksana cermin. Dilihatnya ikan-ikan yang berbagai jenis di dalamnya bermain-main berlari-lari mengejar bayang-bayang ke arah mana ia bergerak. Mereka seolah-olah merupakan umat yang mempamerkan pertalian keluarga yang hidup rukun, damai dan sejahtera.
PERNIKAHAN NABI SULAIMAN DENGAN RATU BALQIS
Terbayang di dalara benak Ratu Balqis bahawa kecantikannya berhasil memi-kat kecintaan Sulaiman dan tidak mengurangi ketega-sannya sebagai pemimpin agama. Ratu bersyukur, kerana dengan demikian ia bersama rakyatnya telah keluar dari kekafiran yang sesat raenuju cahaya agama tauhid yang terang benderang, yang diredhai Tuhan Pencipta Alam. Bukanlah agama merupakan nikmat Ilahi yang paling tinggi?
la terkenang akan titik henti dari rancangan yang harus dicapainya, rancangan yang menjadi rahsia peribadinya sendiri, kini telah menjadi hasil nyata yang gilang gemilang. "Kalah tapi menang!" Dan kalau sudah menang, bukan kalah lagi namanya.
Kemudian Ratu Balqis mengangkat kepalanya, menghadap dengan wajah yang mantap kepada hadirin di sekitarnya seraya berkata: "Terserah kepada kemahuan para pembesar kedua kerajaan. Serentak para negarawan dan pembesar yang meng-hadiri pertemuan puncak itu berkata: "Semua setuju. Syukur Alhamdu Lilian". Mereka mendoakan semoga pertalian kedua pemimpin bangsa itu membawa kemak-muran agama. bangsa dan negara. yakni Palestin dan Saba. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis diadakan pada hari Jumaat.
NABI SULAIMAN MENJENGUK PERMAISURINYA
Nabi Sulaiman membawa isterinya ke Saba. Beliau memerintahkan para jin untuk membina tiga buah benteng yang tinggi megah yang tidak tertandingi oleh karya tangan manusia, sebagai benteng pertahanan negeri Saba. Setiap bulan Nabi Sulaiman bertolak dari Baitul Maqdis menuju Saba, menjenguk permaisurinya dan tinggal di sana selama tiga hari. Dari pernikahan ini beliau dikurnai Tuhan seorang putera yang diberi nama Daud, yang serupa namanya dengan datuknya iaitu Nabi Daud. Putera tersebut meninggal dunia tatkala ayahnya masih hidup. Ketika Nabi Sulaiman wafat bubarlah pasukan jin yang bekerja di ba'wah kekuasaannya. Kemahkotaan Balqis pun berakhir dengan kewafatan Sulaiman alaihis-salam.*
============================================
sumber dari buku: TEMU BUAL DENGAN JIN MUSLIM
sumber gambar: http://gebu36.fotopages.com/
No comments:
Post a Comment