VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Friday, February 29

Tanda-tanda Akhir Zaman

Bahagian 4
MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI
karya pemikir Islam: AMALUDDIN DARUS

Tanda-tanda Akhir Zaman

MAHASUCI Allah yang telah menjadikan alam seluruhnya, yang menguasainya dan yang mengatur perjalanannya.

Tiap-tiap suatu tidak berlaku melainkan dengan kudrat dan iradatNya, Dan tiap-tiap satu yang sedang berlaku di dalam zaman ini adalah sesuai dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Pergolakan di bumi sekarang ialah di antara Dajjal-Dajjal di satu pihak dan Yakjuj dan Makjuj di satu pihak lagi. Pergolakan ini seperti yang dapat dimengerti ialah di antara orang-orang Eropah keturunan Kristian, dan di sana orang-orang Yahudi telah dan sedangmemainkan peranan mereka dengan sangat licin untuk cita-cita Yahudi sendiri.

Dalam pergolakan yang hebat sekarang, kuasa barat dan kuasa timur sedang berlumba-lumba mem-perkuatkan persenjataan mereka, berlumba-lumba menanam pengaruh dan berlumba-lumba meluaskan daerah kekuasaan mereka:
Manusia yang tidak percayakan Tuhan dan manusia yang tidak mempedulikan Tuhan sedang berlumba-lumba bukan sahaja di bumi, malah hingga dalam percubaan menakluk angkasa.

Memang kepada mereka yang tidak mahu meng-indahkan Tuhan dan kekuasaannya telah dicabar oleh Al-Quran supaya cuba menembusi bahagian bumi dan langit: 'Hai Jin dan manusia, jika kamu dapat keluar dari bahagian-bahagian langit dan bumi mi, cubalah keluar, kamu tidak boleh, kecuali dengan kekuatan.-Al-Rahman, 33.

Percubaan demi percubaan telah dilakukan oleh Kusia dan Amerika dengan melepaskan roket-roket soperti anak panah melancar ke langit kerana hendak menguasai bulan dan Iain-lain planet.

Rusia telah mendahului dengan melancarkan panah roket mereka, di mana Yuri Gagarin dan ke-mudiannya Tetub telah menerawang di angkasa lepas.

Dalam perlumbaan ini Amerika telah berjaya mendaratkan angkasawan-angkasawannya di bulan. Perlumbaan melancar roket-roket menuju ke beberapa planet di sekitar matahari, sedang berjalan terus antara Rusia dan Amerika dan ini mungkin akan diikuti oleh beberapa bangsa lagi pada suatu masa kelak.

Di dalam bahagian ini saya belum mahu mengulas tentang planet-planet dan alam bintang-bintang di langit, di mana ada berbagai-bagai lagi di sana yang berupa makhluk-makhluk Tuhan. Persoalan sekarang ialah mengenai makhluk yang bernama manusia di bumi dunia ini.

Al-Quran, seperti diterangkan, memang telah mencabar kepada setiap manusia dan jin yang ingkar kepada Allah dan kekuasaanNya. Manusia memang boleh menembusi langit, kerana Rasulullah (s) sebagai manusia telah menembusinya apabila Allah memberi kekuatan yang lengkap yang diperlukan untuk sampai ke sana. Allah menjelaskan hal ini dengan cukup jelas seperti ayat 33 surah Ar-Rahman yang telah diterangkan tadi.

Rasulullah (s) pernah menyatakan seperti yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, 'Bahwa Yakjuj dan Makjuj akan mendapat kekuasaan yang luas di bumi, sehingga umat Islam'mengundurkan diri atau menyingkirkan diri buat sementara waktu. Pada waktu itu Yakjuj dan Makjuj nanti berkata, "Kita telah memerangi penghuni bumi ini, sekarang mari kita perangi penghuni langit". Lalu merekapun melepaskan anakpanah-anakpanah mereka menuju hal a ke langit.

Anak panah-anak panah itu kembali lagi berlumuran darah. Maka merekapun berkata, "Kita telah dapat menguasai penghuni bumi dan telah 'dapat pula menguasai atau mengatasi penghuni langit".'

Yakjuj dan Makjuj adalah lebih dari Namrud dan Firaun di zaman dahulu. Anak panah mereka ialah roket-roket yang sedang dilancarkan ke angkasa lepas. Hingga ini mereka baru menerawang di sekitar bulan bumi kita, dan planet-planet lain seperti bumi kita yang juga menjadi keluarga mata-hari.

Nampaknya mereka akan terus mencuba ke bahagian-bahagian langit lain yang dijangka ada penduduk. Nanti akan saya bicarakan dalam bahagian lain mengenai langit dan bintang-bintangnya.

Saya mengatakan Rusia dan blok komunis se-bagai Yakjuj dan Makjuj. Tetapi dalam perlumbaan roket sebagai anakpanah-anakpanah ke angkasa lepas, perlumbaan itu diikuti sama oleh Amerika yang saya katakan Dajjal yang sekarang mengetuai blok liberal demokrasi di bum] ini. Pembaca boleh mendapat keterangan-keterangan selanjutnya apa-bila sampai kepada satu bahagian lain di dalam buku ini kelak, di mana akan dapat dipikirkan kesimpulannya.

Buat masa ini kita perkatakan dulu apa-apa yang sedang berlaku menurut lakonannya di waktu ini. Lakonan dalam tahun-tahun sekarang ialah Rusia sedang meluaskan pengaruh dan kekuasaan penak-lukan terhadap negara-negara dan bangsa-bangsa lain di bumi dalam bentuk moden. Sementara itu Amerika sedang cuba mempertahankan sedapat-dapatnya kejayaan Rusia. Bagaimanapun Rusia dapat tembuskan pertahanan Amerika itu hingga hampir ke pantai negara Amerika Syarikat sendiri. Kiuba (atau 'Cuba' ejaan Bahasa Inggeris) adalah pulau yang terlalu hampir ke pantai Amerika, sekarang di dalam tangan komunis. Alangkah sakitnya rasa Amerika Syarikat bila Kiuba merupakan duri dalam dagingnya di benua Amerika. Peristiwa ini merupakan balasan Allah terhadap Amerika supaya dirasainya apa yang dirasai oleh Arab dengan per-buatannya mendiri menyokong negara Israel di icngah-tengah negara-negara dan bangsa Arab.

Oleh kerana adanya dua kuasa besar, maka tidak syak lagi timbul pertentangan kerana masing-masing mahu menjadi yang terbesar dan yang mesti menang. Hasil dari pertentangan ini dikatakan perang dingin yang bermula sejak selesai perang bumi dunia yang kedua.

Atom, hidrogen dan segala jenis senjata ber-pandu telah disediakan. Semuanya siap sedia, semuanya dihadapkan kearah musuh masing-masing. Roket-roket dan peluru berpandu itu semuaadalah alat penghancur, pembakar, pelebur yang boleh mengembalikan segala yang keras menjadi cair, yang besar menjadi kecil hingga menjadi debu, menjadi atom semula, menjadi zarrah kembali.

Manusia blok barat dan blok timur telah mendapati benda-benda yang tersembunyi di dalam bumi dan berbagai-bagai lagi yang dulu manusia belum mengetahui dan belum dapat menciptakan apa-apa benda yang sebenarnya telah lama disediakan oleh Allah.

Semua logam-logam dan bahan-bahan itu disediakan oleh Allah, baik yang telah ditemui atau yang belum ditemui. Semuanya untuk dipergunakan oleh manusia dengan akal mereka untuk kebaikan atau kejahatan, untuk keamanan atau peperangan.

Manusia telah menemui zarrah, atom, uranium, zat air, hidrogen dan berbagai-bagai lagi yang halus dan seni, tetapi mempunyai tenaga yang sangat besar dan kuat.

Pada tenaga kekuatan ini mengandungi api. Api berasal dari neraka, dan api yang terkumpul dengan usaha tangan manusia itu sedang berada di hadapan manusia blok timur dihadapkan oleh manusia blok barat, dan sedang berada di hadapan manusia blok barat,dihadapkan oleh manusia blok timur.

AI-Quran menerangkan, sesudah bercampur gaul Yakjuj dan Makjuj dengan manusia lain: 'Pada hari itu kami hadapkan api neraka jahanam di hadapan orang-orang kafir seterang-terangnya.-Alkahf, 100. Atom, hidrogen dan segala senjata moden yang saling hadap dan dihadapkan antara satu sama lain, adalah api neraka yang Tuhan hadapkan di hadapan mereka itu melalui usaha tangani mereka sendiri yang mengumpul api itu. Pada hakikatnya apa yang mereka usaha dan ciptakan adalah hak kepunyaan Allah, bahkan diri-diri mereka sendiripun dijadikan oleh Allah jua.

Neraka yang dihadapkan itu ialah senjata-senjata moden, kerana dalam ayat 100 itu disebutkan 'Wa-aradzna-dan kami hadapkan' sedang di lain ayat yaitu ayat 102 surah Al-Kaht terdapat perkataan 'Inna a'atadna-sesungguhnya kami sediakan', yang demikian ayat 100 bermaksud neraka di bumi dunia, dan ayat 102 pula bermaksud neraka di akhirat kelak.
Dalam surah Ar-Rum, ayat 41, Allah menerangkan: 'Tersiarlah bencana di daratan dan di lautan oleh kerana usaha tangan manusia, supaya mereka merasa sebahagian dari balasan perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka akan kembali kepada kebenaran.' Kelihatan oleh manusia sekarang, betapa kuasa barat dan kuasa timur, masing-masing mengatur plan dan rancangan. Ketahuilah bahwa Allahpun mengatur plan dan rancangan jua. Mahasuci Allah, sesungguhnya plan dan rancangan Allah jualah yang akan berjaya.

Dalam keadaan yang telah berlaku itu, orang-orang Yahudi sedang memajukan diri mereka, tetapi orang-orang Islam seolah-olah terhindar dari per-golakan ini buat sementara waktu.

Semasa hidup Nabi Muhammad (s) pernah beliau mengatakan, bahwa pada masanya diibaratkan seperti waktu 'asar, yang bermakna perjalanan hari telahpun petang dan atau dengan lain perkataan semenjak zaman beliau hingga ke zaman ini dan seterusnya adalah di akhir zaman.

Berbagai fitnah akan datang dan sekarang telah lahir sebahagian daripadanya. Sepotong hadis Nabi Muhammad (s) seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas mengenai perkara-perkara yang akan berlaku pada masa akhir zaman bermaksud: 'Sembahyang tidak dihiraukan. Nafsu syaitan bermaharajaiela. Yang tidak beriman akan menjadi pemimpin-pemimpin. Terlalu susah hendak membedakan yang benar dengan yang salah. Bercakap bohong menjadi-jadi. Membayar zakat dianggap sangat membebankan. Orang-orang yang beriman akan merasa sedih melihat maksiat dilakukan di sekelilingnya, tetapi mereka tidak berdaya untuk membuat atau berkata apa-apa. Laki-laki akan berzina dengan laki-laki, dan wanita dengan wanita. Kaum wanita akan me-nguasai dunia. Anak-anak tidak mendengar perintah orang tua mereka. Sahabat akan melayan sahabat dengan sikap tidak jujur. Maksiat tidak diambil berat. Mesjid-mesjid akan dihiasai dengan berbagai-bagai hiasan dan binaan yang cantik molek, sung-guhpun masih ada orang-orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi tidak ada kejujuran di dalam hati mereka. Orang-orang dari barat akan menguasai umatku yang lemah. Manusia akan mencetak Quran dengan dakwat emas, tetapi tidak menurut ajaran-nya. Darah manusia tidak ada harga. Agama tidak ;mendapat penolong-penolong untuk memperkuatkannya. Penyanyi-penyanyi wanita akan bertambah banyak. Yang kaya akan mengerjakan haji semata-mata untuk berehat. Orang-orang pertengahan mengerjakannya untuk mendapat peluang berniaga dan yang miskin untuk meminta sedekah.'

Sungguh hebat perkara-perkara yang berlaku di masa akhir zaman. Nabi Muhammad (s) menganjurkan kepada umatnya supaya memberi perhatian kepada 10 ayat yang terakhir dari surat Al-Kahi, sebagai panduan untuk keselamatan dari aneka fitnah itu. Keseluruhan dari surah Al-Kahf yang tersebut di dalam Al-Quran mengandungi tiga cerita yang sangat penting, yaitu kisah pemuda di dalam gua, kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir dan akhirnya kisah Zulqarnain.

Tiga kisah yang penting itu, mengenai keyakin-an kepada ideoloji keTuhanan, kebijaksanaan dan kekuatan tenaga serta panduan yang tegas. Itu-lah ayat-ayat yang di akhir sekali setelah disebutkan tentang Yakjuj dan Makjuj.

Cerita pertama menggambarkan betapa kegiatan seorang raja yang ingin memaksa rakyatnya menukar kepercayaan daripada beriman kepada Allah dan agamaNya kepada menyekutukan atau mensyarikat-kan Allah, yaitu mengambil sesuatu menjadikan Tuhan selain daripada Allah.

Tujuh orang pemuda yang beriman teguh telah menunjukkan betapa mereka tidak sanggup menye-rah kepada paksaan pihak yang berkuasa yang memaksa rakyat mengikut apa yang dipercayai oleh pihak yang berkuasa di zaman mereka. Kerana Keteguhan dan kerana mahu terus mempertahankan keimanan mereka, tujuh orang pemuda itu bersama seekor anjing mereka telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua batu.

Raja mencari mereka, bapa-bapa mereka telah diugut oleh Raja. Bapa-bapa mereka dengan cara terus terang menyatakan, mengapakah kami disiksa sebab anak-anak kami. Pergilah can mereka itu di gua-gua batu di pergunungan sana. Bapa-bapa mereka itu tidak sanggup dan tidak dapat menahan ujian, kerana itu telah menerangkan arah tempat persem-bunyian anak-anak muda yang melarikan diri itu. Raja bersama tenteranya terus mencari mereka, akhirnya didapatilah pemuda-pemuda itu dan anjing mereka sedang tidur di sebuah gua. Melihat yang demikian, maka Rajapun memerintah supaya ditutup lubang gua itu sebagai hukuman mati kepada pemuda-pemuda yang teguh beriman kepada Tuhan itu. Kejadian ini menunjukkan bagaimana mestinya dipertahankan keimanan dan keyakinan kepada ajaran Allah. Orang-orang yang sanggup menerima tawaran Raja mendapat syurga raja. Dan orang-orang yang tidak sanggup menerima tawaran syurga Raja telah melarikan diri ke dalam gua, bererti sanggup menanggung kepahitan dan penderitaan kerana iman kepada Allah, yang mana bererti sanggup dan redza menerima neraka Raja, kerana meng-harapkan keredzaan Allah dan syurgaNya.

Kira-kira 309 tahun kemudian, negeri itu diperintah oleh seorang Raja yang lain. Raja menghadapi satu persoalan yang berat, yaitu Raja beriman kepada Allah dan hari kemudian, tetapi di antara rakyatnya sedang berkembang faham tidak percaya akan Tuhan dan adanya hari kemudian atau hari dibangkitkan semula.

Raja yang beriman itu berdoa memohon per-tolongan Allah semoga Allah membuktikan kebenaran adanya kekuasaan Allah dan hari di mana ma-nusia dihidupkan kembali. Doa Raja dimakbulkan Allah. Seorang gembala kambing telah mencungkil-cungkil batu-batu di gua itu bagi maksud tempat perlindurjgan kambing-kambingnya.

Tujuh orang pemuda yang tadinya masuk ke sana dan tidur telah bangun dan bertanya-tanya dengan perasaan kehairanan. Mereka bertanya sama sendiri tentang peristiwa mereka-berapa lama mereka tidur kerana lubang gua itu telah kelihatan berubah dan anjing mereka yang menunggu di lubang gua itu hanya kelihatan tumpukan tulang reput sahaja lagi.

Kerana terasa lapar, seorang dari mereka di-suruh keluar mencari makanan. Dengan perasaan bimbang terhadap kekerasan raja, Tamalikha keluar ke kota untuk membeli makanan. Wang yang dibawa untuk membeli makanan ialah wang yang berumur 309 tahun. Kerana wang lama itu pemuda Tamalikha ditangkap dengan tuduhan menemui harta peninggal-an purbakala.

Cerita Tamalikha, pemuda memiliki wang lama itu sampai ke pengetahuan Raja yang beriman. Raja berangkat melawat gua batu tempat persembunyian pemuda itu. Ketibaan angkatan Raja telah sangat menakutkan enam orang pemuda yang menunggu Tamalikha kembali membawa makanan. Bagaimana-pun Tamalikha menerangkan kepada teman-temannya cerita yang berlaku. Sementara itu orang-orang Raja membongkar batu-batu di muka gua itu dan bertemu dengan sekeping tembaga yang tertulis cerita mereka oleh seorang dari tentera raja purbakala yang menyembunyikan imannya sebagai tanda ingatan kepada kejadian yang berlaku ke atas tujuh pemuda yang mempertahankan iman mereka beratus tahun dahulu.

Apabila cerita ketujuh-tujuh pemuda itu jelas diketahui, merekapun tidur kembali dan mati kembali bagi kali keduanya. Raja yang beriman merasa syukur, kerana kejadian itu menjadikan rakyatnya teguh dengan kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan dan satu bukti betapa manusia akan hidup kembali seperti yang diterangkan oleh Allah melalui Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Demikianlah cerita Ashabulkahfi yang ringkas-annya terdapat di dalam Quran. Cerita ini adalah untuk umat Islam supaya sentiasa mengambil tauladan daripadanya dalam berpegang kepada 'akidah atau Ideoloji Islam, terutama di waktu berhadapan dengan aneka rupa fitnah dunia akhir zaman.

Kisah kedua, ialah mengenai Nabi Musa dan Nabi Khaidir dalam soal ilmu pengetahuan, ilmu pertadbiran, kebijaksanaan dan kesabaran. Contoh-contoh dari dua orang Nabi itu adalah sangat pen-ting bagi satu umat yang beriman kepada Allah dan ajaranNya. Kisah yang ketiga ialah mengenai Iskandar Zulqarnain. SeorangRaja yang muda sebagai pemimpin, taat berbakti kepada Allah, gagah perkasa dengan kekuatan yang ada padanya telah dapat menakluk barat dan timur dan melaksanakan keadilan.

Dari tiga cerita ini menjadi satu pelajaran kepada uamt Islam, yaitu untuk mencapai tujuan dan perintah Allah agar supaya orang-orang beriman menjadi penguasa di muka bumi ini, ialah dengan punya keyakinan yang kuat terhadap ajaran Allah, dengan punya pengetahuan yang berbagai-baga.serta sabar dan punya kekuatan manusia dengan tentera yang sanggup ke timur dan ke barat. Ini semuanya syarat-syarat yang langsung ditunjukkan oleh Allah kepada manusia yang beriman. Dan se-sungguhnya Quran adalah sumber mengambiI pelajaran bagi mereka yang percaya kepadanya, dan yang percaya akan bertemu dengan Tuhan mereka.

Jika umat Islam memiliki seperti yang digaris-kan berdasar tiga cerita yang diabadikan di dalam AI-Quran, maka mereka akan menguasai timur dan barat. Mereka boleh menguasainya, dan mereka boleh menjadi pemerintah di bumi, sebab timur dan barat dan semua alam ini adalah kepunyaan Allah belaka.

Saya telah menerangkan kisah-kisah yang di-ceritakan di dalam Quran mengenai Zulqarnain mem-buat dinding untuk menahan Yakjuj dan Makjuj dan bagaimana keterangan-keterangan Allah seterusnya, yaitu Yakjuj dan Makjuj akan keluar bercampur gaul dengan manusia, dari ayat-ayat 98 hingga ayat 100 surah Al-Kahf.

Keterangan-keterangan yang dibentangkan itu, walaupun secara ringkas, adalah sangat jelas dan siapa yang dibuka hatinya oleh Allah tentu akan dapat mengetahui dan mengenaii dengan yakin akan sifat Dajjal-Dajjal yang telah lama mundar mandir mengandar syurga neraka mereka. Juga Yakjuj dan Makjuj dengan kumpulannya yang sekarang telah bercampur gaul dengan manusia di seluruh bumi ini. Kerana adanya mereka itu, maka Allah menghadap-kan api neraka di hadapan mereka semuanya.

Akan ada dari umat Islam, bahkan telah ada se-benarnya di antara kita umat Islam, terikut-ikut kepada salah satu dari dua kumpulan manusia itu, dan ada pula yang hanyut terumbang ambing oleh arus dua fahaman yang mengacau keamanan dan peradaban manusia.
Siapakah mereka yang dikatakan terikut-ikut itu? Allah menerangkan di dalam surah A/-Kafif dengan sejelas-jelasnya dari ayat 101 hingga ayat 110. Sesungguhnya 10 ayat yang terakhir ini diperingati benar-benar oleh Nabi 'Muhammad (s) supaya umatnya mengingatkan dengan mengambil perhatian yang berat.

Apa-apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya tetap akan terjadi. Dan kerana itu bumi dan seluruh manusia diancam oleh bahaya pepe-rangan. Bom-bom pembakar dan roket-roket telah tersedia dengan usaha tangan manusia, hadap meng-hadapkan, masing-masing adalah degil, ingkar dan tidak mahu menerima kebenaran daripada Allah. Bagaimanapun pada hakikatnya,semua mereka sama-sama di dalam ketakutan kepada bahaya dan bencana dari benda-benda yang dibuat oleh tangan
mereka sendiri.

Dikecualikan orang-orang yang beriman. Mereka manusia Islam yang beriman itu, sedar dan yakin bahwa atom dan sebagainya yang ditakuti oleh manusia kafir itu adalah benda-benda halus yang baru ditemui dari khazanah Allah. Benda-benda itu mempunyai kekuatan dan kekuasaan, tetapi bagai-manapun benda-benda itu masih bersifat makhluk
jua.

Mukmin yang sebenar tidak akan merasa ketakutan kepada benda-benda itu, malah yang ditakuti ialah Allah yang lebih gagah perkasa dari atom yang tidak dapat ditemui berupa benda seperti atom dan sebagainya. Justeru kerana'itu takut kepada Allah yang menjadikan atom dan yang terkandung di dalam atom adalah lebih baik dan kena pada tempatnya.

Takutlah siapa-siapa yang takut menghadapinya. Matilah siapa-siapa yang ditentukan akan mati bila tiba masanya. Tetapi mukminin akan terus meletak-kan keyakinan kepada Allah di saat mana juapun, apatah lagi di saat mereka tidak berdaya membuat perlawanan. Yang hidup akan terus berjuang sam-bung menyambung kerana perjuangan adalah suatu perjalanan yang panjang bagi manusia selamadunia masih berkembang.

Mati adalah satu kejadian yang mesti bagi setiap yang bernyawa. Tiap-tiap yang bernyawa iiu Vidup dan tiap-tiap yang hidup mesti menemui ajal kematiannya. Kematian adalah kiamat bagi satu peribadi. Kematian seseorang manusia itu tidaklah bermakna kematian bagi seorang mukmin yang berjuang pada jalan Allah.

Quran menyatakan: 'Janganlah kamu menyangka bahwa orang-orang yang terbunuti pada jalan Allah itu mati.^Sebenarnya mereka itu hidup di si si Tuhan mereka dan diberi rezeki. Mereka bergembiradengan apa yang dikurniakan ;Allah daripada; kelebitian kurniaanNya. Dan mereka menyatakan kesenangan-.nya untuk orang yang belum mengikuti mereka dari. belakang, bahwa tidak usah takut dan tidak usah bendukacita'.-AMmran, 169-170. \

Demikian fnaksud dari dua ayat Tuhan di dalam Quran. Sesungguhnya apa yang dikatakan mati itu ialah sebenarnya saUi zaman peralihan dari zaman 'dunia' ke zaman 'akhirat'. Dari zaman 'fana' ke zaman 'baqa'. Justeru kerana itu bagi mereka yang beriman dan mengharapkan akan berjumpa dengan Tuhannya, tidak ada suatupun yang akan menimbul-kan kegelisahan di jiwa mereka.

Oleh kerana kematian itu adalah satu kepastian dan oleh kerana kematian itu tidak lain dari satu peralihan sahaja, maka tidak ada sebab bagi ma-nusia yang beriman patut merasai bimbang dan dukacita menghadapinya.

Ancaman pembunuhan, peperangan, atom, hidrogen dan apapun jua tidak mesti dibimbangkan, kerana semuanya yang telah, dan yang sedang atau yang akan terjadi adalah menurut rencana Allah yang teratur hasil dari perbuatan nafsu manusia dan hasil dari perbuatan tangan manusia sendiri.

Apa yang paling mustahak ialah memberi perhatian kepada petunjuk Tuhan. Adapun petunjuk Tuhan itu terdapat di dalam Al-Quran sebagai pe-doman dan panduan yang sangat jelas sekali. Dan yang paling perlu bagi mukminin ialah membuat persiapan untuk memainkan peranan mereka di dalam dunia ini.

Allah menjelaskan siapakah mereka itu yang diancam oleh Allah dengan dihadapkan neraka di hadapan mereka. Mereka itu adalah manusia, sekalipun dari keturunan Muslimin.

'Yaitu orang-orang yang mata mereka tertutup buat melihat peringatanKu (Allah), sedang mereka tidak • sanggup mendengar petunjuk itu'.—A/-Kahf, 101.

'Manusia yang tidak mahu melihat peringatan Allah telah banyak saya temui, bahkan dari kalangan orang-orang kita sendiri. Kepada mereka, bukan Allah, bukan Quran, .bukan Rasul, dan bukan hadis, tetapi lain daripada itu yang menjadi perhatian mereka. Kepada mereka yang seperti itu Allah membuat pertanyaan:

'Adakah orang-orang yang ingkar itu menduga hendak mengangkat hamba-hambaKu menjadi Tuhan selain daripada Aku? Sesungguhnya kami sediakan neraka jahanam untuk tempat orang-orang yang ingkar itu'.-A/-Kahf, 102.

'Katakanlah, ya;Muhammad tidakkah kamiikabat-kan kepada kamu tentang orang-orang yang rugi perbuatan mereka'.-A/-Kahf, 103.

'Yaitu orang-orang yang telah sesat usahanya di dunia ini, sedang mereka menduga bahwa usaha mereka itulah yang paling'baik.'-A/-Kahf, 104.

Ayat-ayat di atas bertanya dan menjelaskan, kerana Tuhan telah menerangkan dengan banyaknya di dalam Quran kisah-kisah orang-orang rugi lagi sesat dan menzalimkan diri meraka sendiri. Mereka membuat perkara-perkara yang djlarang oleh Allah, tetapi mereka mendakwa dan beroeri-peri mengata-kan bahwa apa yang mereka perbtiat itulah yang baik dan paling bagus.

Tuhan membuka tembelang gojongan ini, supaya orang-orang yang beriman menget^hui dengan jelas-nya dan tidak akan tertipu: 'Itulah mereka yang ingkar dengan ayat-ayat Tuhan mereka dan menemui-Nya. Maka hapuslah pahala perbuatan mereka dan tidaklah kami timbang usaha mereka pada hari qiamat.'-A/-Ka/7f, 105.
'Yang demikian itulah balasan mereka, yaitu neraka jahanam, disebabkan mereka ingkar dan menjadikan ayat-ayatKu dan RasulKu sebagai olok-olok.'-Al-Kahf, 106.

Tuhan menerangkan di dalam Quran tentangtkata-kata Yahudi dan Nasrani, bahwa mereka adalah ke-kasih dan anak-anak Allah, kerana itu mereka tidak disiksa, kalau disiksapun sekejapisahaja.

Sesungguhnya itulah(penyakit umat Yahudi dan Nasrani pemegang kitab Taurat dan injil. Mereka mengolok-olokkan Allah;dan RasulNya. Dan umat Islam jua sebagai pemegang kitab Quran telah ada dihinggapi penyakit ini.

Umat Islam berbangga mengatakan merekalafl umat pilihan, mereka bakal ahli syurga, dan yang Iain-lain semuanya kafir belaka bakal menjadi kayu api neraka. Tetapi manusia keturunan Islam ini banyak yang lupa, bahwa Allah mahu bukti.

'Sestingguhnya orang-orang yang beriman dan berbakti, mereka masuk syurga Firdaus menjadi tetamu, mereka tinggal tetap di dalamnya, tidaklah mereka pindah ke tempat lain.'-AI-Kahf, 107-108. 'Katakanlah, ya Muhammad, sekiranya air lautan raenjadi dakwat untuk menu!is (mengkaji, meng-hurai dan menganalisakan) perkataan Tuhanku nis-caya keringlah air laut itu belum habis tertulis perkataan Tuhan, sekalipun Kami datangkan tam-bahannya sebanyak itu pula.'-Al-Kahf, 109.

'Katakanlah, ya Muhammad, sesungguhnya saya seorang manusia seumpama kamu, yang diwahikan kepada saya bahwa Tuhan kamu Tuhan yang satu. Barangsiapa yang hendak berjumpa dengan Tuhan-nya hendaklah beramal yang baik dan janganlah dia mempersekutukan Tuhan dengan seseorang atau sesuatu juapun.'-AI-Kahf, 110.

Demikianlah 10 ayat-ayat yang terakhir dari surah Al-Kahf, yang merupakan peringatan yang tegas dari Tuhan. Di mana Nabi Muhammad (s) pula memesan supaya 10 ayat yang terakhir ini diberi perhatian sebagai pedoman untuk keselamatan se-waktu akhir zaman.

Semoga mereka yang beriman mengambil Quran sebagai pegangan dan pedoman dalam hidup di dunia ini. Quran adalah kitab dari Allah yang se-nantiasa sesuai untuk semua masa dan zaman. Rahasia yang terkandung di dalam Quran ialah rahasia alam ini sendiri, oleh itu buatlah kajian menerusi Quran akan ditemuikebenarannya di dalam alam ini, dan buatlah kajian menerusi alam akan ditemui kebenarannya di dalam Quran pula.

----------------------------------------------------------
Nota: Al - Fatihah buat Allahyarham AMALUDDIN DARUS... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh...serahkanlah pahalanya kepada beliau... hasil tulisannya ini kusambungkan untuk anda muga-muga ilmunya bermanfaat bagi umat islam, ....inilah dakwahnya.
ditulis pada tahun 1996

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI