VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Tuesday, April 8

Muslimin di Asia Tenggara (2)

Bahagian 7
Muslimin di Asia Tenggara (2)
MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI
karya pemikir Islam: AMALUDDIN DARUS

Dari segi agama, orang-orang Melayu telah menganut agama Hindu. Ini menunjukkan betapa rapat mereka dengan orang-orang Hindu. Di samping itu juga orang-orang Welayu telah ada yang menganut agama Buddha.

Agama Hindu lebih tua dari agama Buddha. Perkembangan agama Hindu kepada orang-orang Melayu telah lama sekali, dan pengaruh Hindu telah bertapak hingga ke Pulau Jawa. Dan kerajaan Melayu Campa atau Gembayat Negara (menurut Hikayat Siti Zubaidah), telah menerima Islam sewaktu dalam beragama Hindu.

Dengan perkembangan ajaran Buddha (mungkin jua Buddha sendiri dari orang Melayu), berangsur-angsur orang Melayu mengambiI ajaran Buddha, dan kerajaan Melayu Sri Wijaya adalah kerajaan Melayu Buddha.

Saya katakan mungkin jua Buddha itu seorang Melayu kerana zaman kelahiran Buddha itu masih merupakan zaman orang-orang Melayu mendiami Tanah Semenanjung Tenggara Asia. Dan Buddha adalah anak dari seorang raja satu suku bangsa yang mendiami kawasan pergunungan selatan Himalaya, di mana di sekitar daerah itulah dipercayai tempat kediaman bangsa Melayu ribuan tahun da-hulu. Seorang India sahabat saya pernah menyata-kan Himalaya atau HiMalai bererti gunung Melayu.- Jika itu benar, maka sudah tentu Buddha seorang dari keturunan Melayu kerana masa lahirnya sesuai dengan pendapat saya tentang asal usul Sejarah Melayu.

Bangsa Melayu telah terdesak dan terpaksa 98 turun ke selatan. Bangsa-bangsa yang mendesak ialah bangsa Burma yang asafnya tinggal dekat Chung King, sekarang dalam negeri China, termasuk suku-suku Syan, Lau dan Khmer yang sekarang berada di Laos dan Kemboja, adalah bangsa-bangsa mendatang dari kawasan-kawasan China tengah sekarang ke Semenanjung Tenggara Asia. Begitu. jua dengan bangsa Siam sendiri. Bangsa Siam atau Thai ini adalah berasal dari Lembah Sungai Yangtze di China.

Mereka itu semua telah terdesak oleh tekanan China, kerana China sendiri terdesak olah tekanan-tekanan dari orang-orang Monggol dan Tatar. Disebabkan oleh tekanan-tekanan inilah menyebabkan berlaku perpindahan beramai-ramai atau tenggelam bercampur gaul dengan bangsa-bangsa yang mendatang.

Orang-orang Melayu lebih banyak beragama Hindu dari beragama Buddha yang baru datang. Umumnya orang-orang Melayu telah berpindah dari agama Hindu kepada agama Islam. Kita tidak mendengar ada kerajaan Melayu yang lain dari Sri Wijaya sebagai kerajaan Melayu Buddha.

Berdasarkan teori ini hubungan orang-orang Melayu dengan Hindu dan Buddha adalah terlalu lama, kerana perpindahan Siam dari lembah Yangtze berlaku kira-kira 2,000 tahun dahulu, dan kerajaan Melayu Islam Campa berakhir riwayatnya kira-kira 1,000 tahun dahulu, di tangan bangsa Anam atau Vietnam dan Khmer atau Kemboja.

Apabila hubungan Melayu lebih lama dan lebih rapat dengan Hindu, maka ini bermakna hubungan yang rapat dengan orang-orang India di selatan telah ujud sama ada kerana perpindahan orang- orang Asyiria menerusi India Selatan ke Semenanjung Tenggara Asia atau kerana peperangan dan penaklukan yang telah berlaku mengikut cerita-cerita Hindu di antara mereka dengan bangsa yang mereka gelar Raksasa. Mungkin bangsa ini ialah bangsa Melayu, yang mendiami kawasan Asia Tenggara termasuk Langkapuri 'Ceylon'.

Di samping itu, menurut Hikayat Sri Kama-satu daripada cerita-cerita Hindu-bahwa Sri Rama ada-lah keturunan Adam. Tetapi Maharaja Rawana ada-lah makhluk raksasa yang bertapa songsang di bukit Serindip, Langkapuri. Di mana menurut jalan ceritanya, Rawana adalah makhluk dari keturunan yang telah ada sebelum Adam datang ke bumi. Rawana adalah anak raja sebuah rtegeri yang ber-nama negeri Indera Puri atau Puri Negara. Rawana telah dibuang negeri oleh bapanya kerana dia ter-lalu nakal, dan tempat buangannya Itu ialah di Bukit Serindip, di Ceylon. Di maria Rawana men-dirikan pusat kerajaannya dJ sana dan dinamakan negeri itu Langkapuri.

Pada masa Rawana mula-mula dibuang di tempat itu, iapun mulai ; bertapa dan kebetulan semasa pertapaan songsangnya itulah Nabi Adam diturun-kan ke bumi dari jannah. Pada suatu hari Adam menemui Rawana sedang bertapa kepala ke ba-wah dan kaki ke atas. Maka Adampun bertanya, 'Hai Rawana, mengapa engkau melakukan dirimu begini?' Lalu dijawab oleh Rawana: 'Ya Tuanku Nabi Allah, hamba sekarang baru dua belas tahun bertapa.' Maka kata Adam, 'Apakah yang engkau pohon kepada Tuhan, maka engkau menghalalkan dirimu sampai begini?' Maka kata Rawana, 'Jika dapat hamba pohonkan kepada Tuhan supaya menguasai satu kerajaan di empat tempat, yaitu satu kerajaan dalam dunia, kedua kerajaan pada keinderaan, ketiga di dalam bumi dan keempat kerajaandidalam laut.'

Apabila Rawana menyatakan hasrat hatinya, maka. Nabi Adampun berkata, 'Hai Rawana, sekira-nya engkau mahu befjanji, akan kupohon kepada Tuhan supaya diberi kepadamu apa yang kamu ke-hendaki.' Maka Rawanapun berjanjilah dengan Nabi Adam akan memerintah dengan adil. Tetapi kemudian Maharaja Rawana telah menyalahi janji-nya, lalu akhirnya dibunuh oleh Sri Rama kerana Maharaja Rawana mencuri isterinya Sita Dewi. Sri Rama adalah keturunan Adam.

Saya sengaja memetik sedikit dari cerita Sri Rama dan Maharaja Rawana, yang mana ini mem-bayang cerita-cerita manusia" purbakala menurut agama Hindu. Saya tidak dapat mengulas cerita-cerita ini, yang biarpun ada terdapat dongeng, tetapi ianya dipercayai mempunyai asas yang boleh dikaji sekiranya saya mempunyai cukup pengetahu-an tentang agama Hindu.

Saya percaya yang dikatakan agama itu hanya satu jua dari Allah dan para Nabi-nabi yang kita tahu sejak dari Nabi Adam adalah membawa satu tugas sahaja dari Allah. Cerita-cerita yang kelihatan dongeng baik dari orang-orang Hindu atau dari orang-orang Melayu yang penuh dengan kisah-kisah dewa-dewa, keinderaan, dan sebagainya, tidaklah terdaya saya hendak memikirkan. Tetapi saya" harap ahli-ahli sejarah boleh mengkajinya^ dertgan tekun dan saba cerita-cerita asal mula mengenai sejarah manusia di bumi, juga dalam hubungan sejarah bangsa Melayu ini sendiri.

Untuk membicarakan asal usul dan perkembang-an keturunan Melayu di daerah bumi sebelah sini adalah memerlukan kajian sejarah manusia yang sungguh-sungguh mendalam. Perkembangan kebuda-yaan Hindu, dan juga rupa paras sebahagian dari orang-orang Tamil, sekalipun kulit mereka rntam, tetapi ada di antara mereka kelihatan mirip seperti Melayu dan hidungnya rendah.

Saya tidak mahu membicarakan. sesuatu yang tidak dapat saya fikirkan, kerana kurang pengeta-huan saya mengenainya. Yang demikian jika saya berkemampuan pada suatu masa kelak akan saya tulis lagi persoalan ini.

Bagaimanapun memang tidak dapat dinafikan ada campuran darah dari orang-orang India yang ber-kulit hi tarn dan dari orang-orang yang berkulit kuning dengan orang-orang asal keturunan Melayu hasil dari lama masa pengaruh agama-agama yang dikatakan agama Hindu dan Buddha itu, di mana sampai sekarang masih terdapat kesan-kesan dari pengaruh kebudayaan Hindu dan juga Buddha di dalam masyarakat Melayu di seluruh kepulauan Melayu.

Sesungguhnya, demikianlah manusia ini ber-tebaran di muka bumhAllah yang luas ini.

Bangsa-bangsa keturunan Melayu di kepulauan Melayu telah menerima Islam mungkin dari dua sumber-pertama dari barat, yaitu India Selatan, Parsi dan Arab, dan kedua dari Timur, yaitu dari Campa dan dari Yunan.
___________________________________________

Nota: Al - Fatihah buat Allahyarham AMALUDDIN DARUS... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh...serahkanlah pahalanya kepada beliau... hasil tulisannya ini kusambungkan untuk anda muga-muga ilmunya bermanfaat bagi umat islam, ....inilah dakwahnya. ditulis pada tahun 1996

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI