VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Thursday, May 15

Muslimin di Asia Tenggara

Bahagian 7
Muslimin di Asia Tenggara (3)
MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI
karya pemikir Islam: AMALUDDIN DARUS


Sungguhpun keturunan bangsa Melayu ini telah terpecah-pecah sejak daripada kemasukan penjajah-. penjajah barat, tetapi keturunanMelayu yang ber-
ada di Malaysia dan Indonesia yang lebih daripada 100,000,000 manusia adalah: satu jumlah kekayaan tenaga manusia kepada umat Islam. sumber-sumber alam yang tersembunyi di bumi yang didiami oleh keturunan bangsa Melayu ini adalah sangat banyak dalam berbagai-bagai jenis dan rupa yang mampu menjadikan keturunan bangsa bernama Melayu balk Indonesia atau Malaysia satu kuasa di bumi yang gagah dan kaya raya. Sesungguhnya semua kekayaan tenaga manusia dan harta benda itu adalah milik Allah dan miLik umat islam seluruhnya.
Manusia di daerah ini adalah juga manusia IsLam.
Allah menerangkan bahwa kekuasaan di bumi ini akan digilir-gilirkan di antara manusia, syarat-nya mereka balk dan bijaksana. Walau apa sekali-pun perkembangan yang berlaku di masa hadapan, manusia keturunan Melayu sebagai sebahagian daripada umat Islam akan turut memainkan peranan di dalam pergolakan bumi dunia dan kebangkitan Islam.
Umat islam di daerah ini telah memainkan peranan yang sangat besar dalam perjuangan mencapai kernerdekaan dari penjajahan barat. Mereka telah berkorban dengan darah, nyawa, dan harta benda, mereka menggembelengkan jiwa umat di seluruh pelosok negara dengan seruan Allahu akbar.
Sungguhpun saharn mereka terlalu besar dalam perjuangan kemerdekaan, tetapi mereka telah terpukul mundur oleh bangsa, sendiri sehingga se-
bahagian mereka kelihatan seolah-olah telah putus asa, kerana tekanan-tekanan yang terus menerus terhadap perjuangan-lslam dan pemirnpin-pemimpin-nya.
Sebahagian mereka yang kelihatan seperti benar-benar putus asa di dalam perjuangan dan pertarungan telah menjadi pemimpin-pemimpin muzik dengan lagu-lagu dan nyanyian yang merayu-rayu seperti orang-orang Arab yang telah hilang taring mereka beberapa ratus tahun dahulu leka clengan nyanyian dan qasidah di sepanjang gurun pasir.
Sementara itu sebahagiannya pula meneruskan kegiatan-kegiatan semula jadi dari perjuangan Islam, yaitu dengan cara tabligh dan pidato. Keglatan-kegiatan ini adalah (Zikr)yang dikehendaki. Sem0ga usaha-usaha dan kegiatan-kegiatan yang di-lakukan oleh umat Islam ini balk dengan muzik dan lagu-lagunya atau dengan tabligh dan khutbahnya akan diberkati oleh Allah jua. Ini adalah merupa-kan proses ulangan dari .perjuangan yang silam yang mungkin belurn cukup matang untuk menang, kerana sesuatu itu sekalipun hak dan benar masih boleh.dikalahkan oleh yang batil dan salah, andai-kata mereka lebih teratur dan tersusun dalam program dan operasinya.

Alangkah hebatnya kepungan dan tekanan yang dikenakan kepada umat Islam di dalam negeri mereka sendiri. Tetapi Allah menyatakan,'Jangan kamu merasa dukacita, kamulah yang paling tinggi andaikata kamu beriman.' Rasulullah (s) telah ber-kata kepada sahabatnya Abu Bakar sewaktu terdesak, ' Jangan merasa takut dan jangan merasa dukacita, sesungguhnya Allah ada bersama kita.'
Biar bagaimana beratnya tekanan yang dirasakan oleh umat Islam, mereka harus regis seperti yang dimaksudkan oleh AI-Quran dalam surat Ash-Syura, ayat 15: 'Oleh yang demikian, maka ajaklah dan berdirilah lurus tegap sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau turut kehendak-kehendak nafsu mereka, dan katakanlah: Aku beriman dengan kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintah melakukan keadilan diantara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan k amu. Bagi kamilah amalan-amalan kami dan bagi kamulah amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah akan kumpulkan antara kita semua, dan kepadaNyalah (Allah) tempatikem-bali.'
Yang demikian itulah sikap yang mesti diambil oleh umat Islam di daerah ini dan diseluruh bumi dalam kead'aan dan suasana yang mengungkung kegiatan dan aktiviti mujahid-mujahid muslimin. Nanti Allah menyempurnakan janji, sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.

Janji Allah akan berlaku kepada semua bangsa-bangsa manusia. Allah adalah Tuhan bagi seluruh Alam. Nabi Muhammad adalah Nabi bagi seluruh manusia di dunia, tidak sahaja untuk Arab.

Dalam masa seribu tahun dari sekarang adalah perjuangan umat Islam sama seperti perjuangan umat Islam dahulu di zaman Madinah. Nabi Muhammad berjaya menegakkan Negara Islam yang merdeka dan mengisinya, sedikit demi sedikit dengan pimpinan Allah melalui Quran sehingga sempurna sebelum beliau wafat.
Sekarang ini sebahagian besar negara-negara umat Islam telah merdeka dari penjajahan asing. 'Dan kewajiban mereka ialah memerangi benih-benih kejahatan yang telah dan sedang disemai oleh pengaruh-pengaruh asing dan mengisi kemerdekaan mereka dengan pengajaran Quran sedikit demi sedikit sehingga akhirnya sampai kepada matlamatnya. '

Seribu tahun di hadapan kepada umat Islam, sama seperti 10 tahun kepada Nabi Muhammad di Medinah. Dalam tempoh, itu peperangan Uhud, Khandak, pembukaan Mekah, Hunain dan lain-lain akan berulang kepada umat Islam dalam cara yang berbeda tetapi sama sahaja hakikatnya.

Nanti akan berlaku lagi bukan kamu yang menembak tetapi kami yang menembak, bukan kamu yang melancar roket, tetapi kami yang melancar roket itu, bukan kamu yang mengalahkan musuh, sesungguhnya Kamilah yang mengalahkan musuh, kerana Kami yang paling gagah Mahasuci Aliah yang tidak ada tuhan atau tuhan-tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya segala-gala dari Allah adalah benar belaka.

Umat Islam Indonesia, Malaysia dan di beberapa negeri di bumi sebelah sini, terpaksa bersabar dan menunggu pertolongan Allah. Sementara akan sam-pal masa dan waktu untuk membolehkan mereka kembali bergerak cergas atau membolehkan mereka .itu ikut sama :bergiat dalam pusingan perjuangan Islam kali yang kedua di dunia ini.

Sesungguhnya arus perkembangan politik di Tenggara Asia adalah satu arus yang sangat hebat dan bila-bila sahaja boleh berlaku kedatangan banjir dari utara.

Di Indonesia, umat Islamlah penduduk yang terbanyak di sana, tetapi kekuasaan politik di tangan mereka yang cenderung ke lain dan ke-kuasaan tentera beberapa kali berada di tangan orang yang beragama Kristian.

Haji Omar Said Tjokroaminoto telah menimbul-kan kesedaran politik Islam yang bermula daripada perjuangan Haji Sumanhudi di kalangan pedagang-pedagang batik di Jawa dengan lahirnya Syarikat Islam. Kesedaran politik dengan Islam ini telah menjadikan Belanda berasa kebimbangan oleh kerana adanya perubahan-perubahan di Semenanjung Arab oleh kegiatan-kegiatan golongan Wahabi yang dimulakan dan pengajaran pembetulan 'akidah oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Gerakan Wahabi ini menyedarkan orang-orang Indonesia yang pergi ke Mekah, ditambah pula dengan kesedaran politik yang ditimbulkan oleh Syed Jamaluddin Al Afghani di Mesir, semuanya itu ikut mempengaruhi jiwa umat Islam di Indonesia.


Bagi Inggeris apabila timbul pemberontakan di Mesir pada akhir abad yang kesembilan belas ber-katalah Perdana Menteri Inggeris Encik Gladstone di Parlimen Inggeris, sambil tangannya memegang dan menunjuk-nunjuk Al-quran. 'Selagi mereka itu (orang-orang Mesir) membaca kitab ini, kita akan terusir dari Mesir, bukan sahaja kita akan terusir daft Mesir di mana pengaruh kita di Timur Tengah akan lulut, dan Terusan Suez akan tertutup kepada kita/akhirnya India akan hilang daripada kita dan kepentingan kita di timur akan terancam. Kerana itu Inggeris mengambil sikap tegas dengan menggempur Mesii' dan membunuh semahu-mahunya. Demi kepentingan penjajahan Inggeris, umat Islam mesti ditindas habis-habis.'

Bagi Belanda apabila melihat kesedaran dan kegiatan umat Islam bermula di Indonesia, mereka lantas memasukkan dua orang komunis dari Belanda ke Indonesia, mendekati kegiatan umat Islam yang baru sedar di mana berakhir dengan lahirnya Syarikat Islam hijau dan Syarikat Islam merah. Kegiatan Syarikat Islam merah telah ikut melahirkan pemberontakan di Indonesia pada tahun 1927.

Belanda gembira dengan-pecahnya kekuatan dan perpaduan umat Islam melalui benih komunis yang mereka bawa sen diri ke ├║Indonesia.

Dasar penjajah barat Kristian tidak mahu melihat umat Islam bangun, kerana itu mereka usahakan supaya umat Islam menjadi komunis .yang kepada mereka lebih balk daripada kekal menjadi musli'min.

Pejuang-pejuang Syarikat Islam merah banyak yang melarikan diri ke Malaya dan Thailand. Diantara mereka yang terus diburu oleh Belanda pergi ke China dan ke Rusia seperti Muso, Aiimin dan lain-lain.

Ajaran Karl Marx tumbuh subur di Jawa. Nasionails Indonesia seperti Sukarno adalah terbelenggu dengan alam ,pikiran Marx. Dengan keadaan yang seperti inilah perjuangan nasional Indonesia yang didukung bersama oleh golongan Islam telah di
tunggangi oleh kaum komunis Indonesia.

Komunis Indonesia mulanya berkiblat ke Moskow kemudian bertukar, kiblat ke Peking. Hasilnya lahirlah revoiusi 30 September 1965, di Indonesia yang telah mengorbankari banYak jiwa manusia termasuk beberapa orang Jenderal tentera nasional Indonesia.

Pemberontakan komunis itu telah gagal dan Suharto tampil ke muka sebagai orang kuat Indonesia di mana berangsur-angsur dicabut kekuasaan Soekarno, maka jadilah Suharto Presiden Republik Indonesia yang kedua dalam sejarah.

Pemerintah Indonesia di tangan sosio-nasional demokrat dan beratus ribu orang-orang komunis dibunuh atau ditahan di seluruh Indonesia. Ada kabar yang menyatakan hampir dua juta korban jiwa manusia setelah pemberontakan komunis yang gagal itu..Jumlah yang hampir dua juta ini masih terlalu sedikit lagi, sekiranya dibandingkan jika komunis berjaya dalam pemberontakan itu entah berapa kali ganda banyaknya yang telah tercungkil mata dan yang telah terbunuh di seluruh Indonesia.

Sementara ratusan ribu orang-orang komunis yang ditahan di merata-rata tempat, keluarga mereka didatangi oleh orang-orang Kristian yang menghulurkan bantuan sambil menanam .benih-benih bencikan orang-orang Islam sebagai pembunuh orang-orang komunis, sekalipun orang-orang Islam itu ada yang Islam tulen dan ada pula Islam keturunan yang beriman kepada sosialis merah muda.

Kegiatan golongan Kristian Indonesia begitu lancar dengan bantuan kewangan yang banyak dan gerakan Kristian df Amerika dan, lain-lain. Saki baki golongan komunis terus juga bergerak di bawah tanah dengan cara dan taktik kaum komunis antara bangsa yang sentiasa licin.

Golongan komunis mengambil kesempatan dari penderitaan dan kemiskinan rakyat, dan golongan Kristian juga mengambil kesempatan dad keadaan yang sama. Sebagai satu contoh, sebuah pertubuhan, pengembang'Kristian di Australia telah mengeluarkan kenyataan sewaktu meletusnya pertentangan politik antara Pakistan Timur dan Pakistan Barat, yang berakhir dengan'lahirnya Bangla Desh dengan
katanya:

'Sekarang adalah peluang keemasan untuk menyampaikan ajaran Bible kepada penganut-penganut islam, kerana keadaan mereka yang genting pada masa ini, dengan adanya kemahuan untuk membebaskan diri dari pelukan Islam dan oleh kerana orang-orang islam di Pakistan Barat mempermain-mainkan kelslaman orang-orang di Pakistan Timur.

Belia-belia Kristian adalah sentiasa bersedia untuk periuangan pembebasan, dan gereia Kristian telah menjalankan daya utama di dalam operasi-operasi memberi bantuan. Marilah kita .gunakan kesempatan ini dan menggembeleng segenap kesanggupan meterial untuk meninggikan nama Jesus Christ.'

Kenyataan dari Australia itu dapat dirasakan betapa benamya firman Allah di dalam surah AI-Baqarah, ayat 120 yang bermaksud' 'Mereka itu Nasrani dan ahudi tidak akan redha akan engkau (Muhammad dan Muslimin) kecuali mereka beriaya menarik engkau ke dalam agama mereka.'
pengembang-pengembang Kristian sedang giat sekaii di negara-negara Jenggara Asia. Sementara mereka bebag.bergiat, umat Islam tertahan seperti .yang teriadi di indonesia banyak dad nama pemim- pim-pemimpin islam dimasukkan dalam senarai orang-orang yang tidak lagi diizinkan ikut ber- -politik.

Kelihatan sekarang seolah-olah masa depan umat islam dan Islam sendiri telalu gelap di negara-negara Tenggara Asia ini. Ancaman komunis bukan- lah suatu hal yang kecil dan ringan.

Kaum nasionalis mempergunakan agama sekadar yang menguntungkan politik mereka, dan mereka adalah menentang komunis.

Dalam keadaan sepert[ ini kaum muslimin yang mencintai Islam dengan sungguh-sungguh, benci kepada kepura-puraan, anti pemimpin-pemimpin yang korupsi yang menimbun harta bagi diri, keuar- ga dan komplot sendiri adalah sentiasa terancam, dan mereka jika berani bertindak pasti akan menerima rfasib seperti Abu Zar Alghifari di zaman Muawiyah, sekalipun beliau benar, sekalipun
beliau telah dikatakan oleh Rasulullah (s) sebagai seorang bakal penghani syurga, tetapi beliau telah dikutuk dan diusir mati beragan di gurun pasir.

Burma, kebanyakannya adalah orang-orang Buddha, tetapi nasionalis Burma memilih jalan sosialis. Pemberontakan Suku Karen yang beragama Islam mereka leburkan. Bagaimanapun mereka berkecuali dalam 'politik antara bangsa. Dan sebagai satu bangsa,:mereka juga bimbang kemungkinan komunis China mengorak langkah.

Ki ta mengetahui apa yang telah pernah dikatakan oleh Napoleon, yaitu andaikata China bangun dari tidur, dunia (bumi) akan sakit kepala. Laos, Kemboja (Kllmer) dan Vietnam sedang berada dalam kekacaua0 yang tak kunjung habis. Thailand sedang menghadapi desakan komunis dari utara dan timur laut, dan di selatan, di samping adanya kegiatan Thai Muslim dari keturunan Melayu mernperjuangkan hak kebebasan mereka yang telah hilang lama dahulu.

Bila membicarakan Thailand, saya terkenang pertemuan dan pertukaran pikiran antara saya dengan bekas seorang Menteri dari Thailand pada tahun 1950 dahulu, geliau menerangkan akan .bahaya komunis di Thailand yang akan menyebabkan kemusnahan sampai ke daerah-daerah kepulauan selatan.

Menurut beliau, seiak beberapa lama sebelum tahun 1950, angkatan muda Thai sudah mulai ter-: tarik kepada free thinker dan sedang berangsur menuiu komunis. Apa yang kelihatan di luar sebagai orang-orang keturunan Buddha yang telah diaiar patuh kepada ibubapa, maka anak-anak muda kerana
meniaga hati orang tua pergi ke kuil, tetapi sebahagiannya pergi ke kuil kerana mencafi ilmu sihir.

S ekarang telah dua puluh lima tahun daft tahun 1950. Thailand telah dapat bertahan kerana pemerintahan tentera yang keras seiama puluhan tahun. Tetapi kekerasan tekanan tentera itu tidak bererti semuanya sudah heres. Pemerintah tentera atau siapa sahaia, iika pemimpinnya korup, mereka tidak mendapat cinta kasih sayang dad rakyat, tetapi sebaliknya mereka dengan perbuatan mereka memba)ai kesuburan rasa benci dan dengan yang demikian rakyat sentiasa terdedah kepada tipu 'helah dan keiicinan polifik komuni s. kndaikata Thailand -dan iain-lain negara di
Semenanjung Tengga'fa Asia termasuk dalam blok yakjuj dan Makjuj, maka daerah seiatan yang ramai umat Islam akan ikut terancam jua.

Di sinilah terletaknya tandatarya kepada mujahid-mujahid Islaml Apa kah mereka akan menyokong nasionalis untuk mengekaikan kedudukan, nasionalis, sementara muslimin tidak lebih dad aiat untuk cita-cita kaum nasionalis itu sendiri, 'atau mereka akan mendiamkan cliri hingga kaum komunis mengibarkan bendera mereka?

Carilah jawabannya dari AI-Quran. Kemaskan organisasi, pelajari dari kesilapan-kesilapan yang lalu dan teruskan 'Zikr'. Dirikan sembahyang dan percayalah barang siapa menolong menegakkan agama Allah, maka Allah pasti menolong mereka..Umat Islam mesti berusaha menyelamatkan diri dari keadaan yang tersepit oleh pertarungan 'akedah-akedah yang lain, dan mereka mesti mempersiapkan diri menunggu pertolongan Allah yang bakal datang untuk mengembalikan kekuatan mereka agar supaya dapat ikut kembali memainkan peranan di dalam pergolakan akhir zaman ini.
________________________________________________

Nota: Al - Fatihah buat Allahyarham AMALUDDIN DARUS... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh...serahkanlah pahalanya kepada beliau... hasil tulisannya ini kusambungkan untuk anda muga-muga ilmunya bermanfaat bagi umat islam, ....inilah dakwahnya. ditulis pada tahun 1996

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI