VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Sunday, June 15

KeArah Kebangkitan (1)

Bahagian 9
KeArah Kebangkitan (1)
MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI
karya pemikir Islam: AMALUDDIN DARUS



DI AKHIR dari bahagian pertama saya telah rnenyebutkan yaitu kerana keadaan-keadaan yang terjadi rnenyebabkan rnujahid-rnujahid Islam rnenyernbunyikan did rnereka di mana-mana. .
· '
Bahagian ini rnernhawa kernbali pernbaca kepada kisah dan perkernbangan dari kesadaran dan kebangkitan kernbali umat-Islam ke dalarn rnedan perjuangan,

Dan apabila rnujahid-rnujahid telah bersernbunyi dan tidur lelap entah di rnana, maka apalah daya umat yang banyak. Bagairnanapun zarnan tidur bukanlah tidak ada batasnya. Batasnya rnenurut ketetapan Allah. Qadha dan qadar sernua padaNya,

Selagi dunia rnasJh berkernbang, cerita Islam dan muslim akan diteruskan jua. Sernua yang telah, yang sedang dan yang akan terjadi tetap terjadi, sebab burni hanya pentas lakonan dan manusia sebagai para peiakonnya, sedang Allah adalah pengarah agungnya.

Sebagai satu contoh, wayang kulit adalah satu tauladan yang menarik sekali. Wayang kulit rnem
perlihatkan sepanjang rnalarn lakonan rnanusia, dari raja-raja, tuan putri, pahlawan, harnba rakyat, jin, bota, raksasa dan berbagai-baga! lagi, masing-rnasing rnernainkan peranan yang hebat menurut jalan ceritanya. Tetapi pada hakikatnya sernuanya itu hanyalah belulang kering yang dirnainkan oleh seorang dalang, dan setelah selesai rnainannya, sernua belulang-belulang itu, balk raja-raja, putri-putri, Itahlawan-pahlawan, dewa-dewa, jin-jin dan mambang-rnarnbang semua dirnasukkan bersusun-susun di dalarn sebuah peri.
Dernikianlah' jika wayang kulit mahu kita jadikan ibarat, rnaka daripadanya dapat disirnpulkan satu kesimpulan bahwa rnanusia ini biar apapun dianya dan peranan apa jua yang dilakonkan olehnya akan terkurnpul di suatu ternpat yang sarna.

Kisah tercatet, lakon berlalan, sejarah terus juga ditulis orang dengan riwayat tirnbulnya putra
dari Afghanistan. Syed Jarnaluddin yang rnernbuka selirnut urnat. Islam di beberapa negeri, telah rnengagumkan kawan dan lawan.

Kawan dan lawan rnengakui, bahwa dengan kedatangan Syed Jarnaluddin al-Afghani, rnenyebabkan bangun rnujahid-mujahid di Mesir dan di lain-lain negeri. Munculnya Putra Afghan ini rnernbangun rnujahid-rnujahid yang tidur, seolah-olah seperti datangnya rnalaikat Jibril kepada Rasulullah (s) sewaktu beliau kernbali.tidur berselirnut di rumah-
nya.

Syed Jarnaluddin berkeliaran di beberapa negeri seorang diri, sebagai singa yang mengernbara tanpa bekalan. Sungguh hebat peribadi putra Afghan keturunan Nabi Muharnnrnad (s) itu. Kerananya kuasa-kuasa penjajah barat rnernbenci beliau, dan ke-hencian itu adalah lahir dari perasaan kebirnbangan dan ketakutan kepada kekuasaan manusia yang berjiwa besar itu.


Sejak itu di mana-manapun bangunlah mujahid-mujahid Islam memainkan peranan masing-masing, Di Mesir oleh murid dan muridnya, Muhammad Abduh dan Syed Rasyid Redha. Di Moroko dengan Abdul Karim Singanya. Di Indonesia dengan Haji Omar Said Tjokroaminotonya. Di India dengan Muhammad Iqbal, pujangganya yang ulung, dan di negeri-negeri lain tidak ketinggalan dengan mujahid-mujahidnya, Dari Mesir dilaungkan suara perjuangan, dan lahirlah muballigh-muballigh bergerakmembukamatai umat, lahir Hasan Albana dengan organisasinya Ikhwanulmuslimin. Dari syair, sajak dan puisi Muhammad Iqbal keluarlah rayuan dari umat Islam dan jawaban dari langit yang menggemparkan umat Islam di India. Dan dad khayalnya iahirlah cita-cita Negara Islam Pakistan.

Semuanya ini adalah genderang yang membangun dan mengajak umat Islam menyusun barisan mara ke medan jihad fisabilillah. Mengajak umat Islam kembali memainkan peranan di dalam pergolakan akhir zaman ini.

Tetapi dapatkah umat Islam yang sekian lama parah, oleh tertindas, terjajah, dipecah-pecah, yang telah hilang persatuan mereka, yang telah rosak jiwanya, lumpuh kekuatannya dan tidak tersusun ekonomi mereka, akan dapat bangun kembali menjadi gagah perkasa seperti gagahnya umat Islam di zaman gemilang dahulu, Inilah' dia soalnya. Umat Islam seperti seorang
yang pernah memanjat naik sepohon kayu dan telah sampai ke puncak yang tinggL Kemudian oleh kerana kecuaian dan kesilapan diri sendiri telah jatuh lalu dipijak-pijak orang pula beberapa ketika.

Keadaan yang sebegitu sudah tentulah teruk benar rasa kesakitan dan penderitaannya, dan kerana itu tentulah mengambil waktu untuk menyembuhkan agar supaya kembali gagah semula.

Kerajaan umat islam tel:besar yang terakhir ialah kerajaan Turki dengan empirenya yang luas. Tetapi kerana kelemahannya, maka orang-orang Eropah mendatanginya dari segenap penjuru untuk menghancur dan meleburkan kerajaan umat Islam Turki itu. Juga termasuk kerajaan Jerman yang berpura-pura bersahabat merupakan kawan yang setia, hingga berjaya menyeret Turki ke dalam peperangan bumi dunia pertama 1914-18 dahulu.

Rasulullah (s) dalam masa hayatnya, sewaktu menggali parit pertahanan di Madinah telah mengatakan, yaitu Istambul atau Constantinople kepala negeri Rum timur akan dapat ke tangan umat Islam melalui satu kerajaan yang baik dan tentera yang baik. Apa yang dikatakan oleh RasulUllah (s) itu telah berlaku di zaman Sultan Muhammad dan tenteranya yang gagah berani.
Kerajaan dan bangsa yang mendapat penghormatan melaksanakan apa yang telah dibayangkan oleh Rasulullah (s) itu, bangsa itulah kemudiannya hancur lebur, kerajaan dan empirenya hancur b erkecai, bahkan selain dari empirenya dicaing-caing oleh kuasa-kuasa Eropah termasuk Rusia, negerinya sendiri diperkosa dan dicabut kuku serta taringnya.

Sekalipun begitu, Allah maha kuasa. Negeri dan bangsa yang pemah berjasa mengembangkan Islam sampai ke Eropah timur dan menjadi benteng pertahanan Islam di barat itu rupanya tidak akan dileburkan begitu sahaja. Maka ditakdirlah tampil Mustafa Kamel membela kemerdekaan negara dan bangsa Turki. Maka lahirlah bapa Turki, Ataturk.



Bangsa-bangsa Eropah yang mengharapkan hancur lebur kekuatan negara dan bangsa Turki,
tidak menduga sama sekali seorang pahlawan bangsa Turki yang meluluskan diri dari kepungan tentera barat dan Arab di Syria akan tampil kehadapan dan dapat menyelamatkan Turki dari kebinasaan dikoyak-koyak oleh kuasa-kuasa penjajah barat seperti yang dilakukan oleh mereka kepada negeri-negeri Arab bekas empire Turki.

Pada tahirnya kebangkitan Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamel Ataturk adalah memberi selamat tinggal kepada timur. Mustafa Kamel roerig-hapuskan berbagai-bagai kebiasaan umat Islam, menghalangi orang-orang membaca quran dan azan dalam bahasa Arab. Memaksa perempuan-perempuan membuka tutup muka, membuang terbus dan menghilangkan pelajaran agama di sekolah-sekolah, Malah lebih dari itu beliau juga melarang ahli-ahli agama Islam berpakaian jubah dan serban di luar kawasan mesjid,
Mustafa Kamel telah mengasingkan agama dari negara, beliau tidak menghiraukan samasekalikepada cacian dan bantahan umat Islam, terutama apabila beliau menghapuskan Sultan Turki. Perbuatan menghapuskan kesultanan Turki yang selama ini dikenal sebagai lambang 'Khalifah' bagi umat Islam, sungguh-sungguh dikesali oleh umat Islam ketika itu, terutama oleh umat Islam di India.

Mustafa Kamel tidak mempedulikan semua bantahan itu, beliau mencoba mengikis setiap yang
ada berbau Arab, beliau mahu membangun Turki muda untuk bangsa dan negara Turki di barat.
Semua kejadfan ini tidak patut dihairan, kerana sejarah mengatakan bahwa Mustafa Kamel bukanlah terdidik dengan agama. Beliau adalah gembala kambing, lbunya ingin dia mempelajari agama, tetapi dia tari memasuki tentera. Justeru kerana itu apa yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamel itu adalah sesuai dengan beliau dan di sana tentu ada sesuatu rahasia yang tersembunyi di sebalik kejayaan beliau itu.



KeArah Kebangkitan (2)

Mari kita buat kajian, mengapa Mustafa Kamel yang ditakdirkan Allah untuk membela dan menyelamatkan negara dan bangsa Turki. Mengapa tidak seorang ulama yang berjubah dan berserban. Itulah dia sunnah Allah.

Sebagai Satu bangsa yang telah lama gagah perkasa, kemudian jatuh tersungkur tentulah ada sebab-sebabnya, ada'penyakit yang berat telah dihadapinya. Penyakit itu ialah penyakit membelakangkan agama, beriman separuh dari ayat-ayat Allah dan ingkar pula dengan setengahnya.

Raja bermaharajarela menggunakan kekuasaan dan memuaskan nafsu. Pembesar-pembesar berebut pangkat dan mengejar benda. Ulama memejamkan mata seolah-olah semuanya tidak mengapa dan boleh dibiarkan, mereka di sekeliling raja dan pembesar-pembesar tetapi tidak lebih dari penjual akhirat dan pembeli dunia dengan harga yang sedikit. Ulama bukan lagi sumber meminta nasihat,
tetapi menjadi sumber untuk diperalat. Ulmma bukan lagi jenderal di medan perang, bukan lagi propagandis membangun umat, tetapi hanya pembaca doa
dan talqin serta bertahlil untuk si mati.

Ulama menyembunyi dan menyorokkan kebenaran dan ayat-ayal Quran, kerana takut mati dan tidak sanggup hidup menderita. Maka rosaklah jiwa dan binasalah umat seluruhnya,

Bila yang demikian telah terjadi, agama hanya topeng untuk mengejar pangkat dan mengekalkan kekuasaan guna menindas rakyat. Agama yang sedernikian tidaklah salah dikatakan menjadi candu melalaikan rakyat. Oleh itu dari satu urnat yang telah demikian rosak, siapapun tidak lagi berdaya untuk menyelamatkan bangsa Turki itu, kerana agama yang ada pada bangsa itu ialah satu agama biarpun dipanggil Islam, tetapi nyata berlainan daripada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s). Agama yang demikian tidak sanggup menyinar dan menyuluh, tidak sanggup menyala dan membakar sesuatu. Justeru kerana itu tidaklah berdaya pula untuk membangun satu urnat, seperti ianya telah tidak berdaya menyelamatkan umat dahulu,

Apa yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamel Ataturk tidaklah di luar kuasa tadbir Allah yang menguasai Alam ini. Sesungguhnya dengan tindakan ,Mustafa Kamel menjalankan kekuasaannya dan kemudian disambung lagi oleh Esrnet Inono kira-kira ,27 tahun lamanya adalah menguntungkan bangsa dan negara Turki Serta Islam jua.

Bangsa Turki telah terkurung harnpir 30 tahun lamanYa. Beberapa perkara yang menjadi kebiasaan mereka dibanteraskan terus, buta huruf dihapuskan,
pelajaran kepada anak-anak Turki diasuh secara baru di sekolah-sekolah. Cara berfikir bangsa Turki di operasi seluruhnya.


Sementara itu, di rumah-rurnah orang Turki, ibubapa yang kasihkan Islam tetap rnengajar dan menceritakan ajaran dan riwayat Islam di zarnan emasnya.
Dengan yang demikian, bangsa ini bangun kernbali dengan jiwa dan semangat baru. Perasaan ke islaman terus hidup di dalarn umat IslamTurki sekalipun rnereka benar-benar dipisahkan dari sesuatu yang berbau Arab.


Di sana telah pernah tirnbul suara-suara menghendaki pemerintahan didasarkan kepada Quran dann Sunnah. Dan satu dari sebab-sebab kejayaan parti
Demokrat dalam pilihan raya pertama di Turki setelah 27 tahun di bawah parti Jurnhuriah yang dibangun oleh Mustafa Kamel, ialah kerana janji pilihan raya parti Demokrat akan rnembenarkan azan dalarn bahasa Arab, dan pelajaran agama Islam
akan diajar kernbali di sekolah-sekolah.

Manusia Turki yang masih menghendaki Islam itu tidaklah lagi seperti manusia Turki di zaman yang membawa keruntuhan Turki dahulu. Parti Dernokrat menang pilihan raya. Malangnya part'i ini tidak lebih dari alat Arnerika. Setelah mereka berkuasa suara rnuslimin Turki tambah nyaring menuntut supaya negara kenbali kepada Quran dan Sunnah.

Jawaban dari parti Demokrat yang berkuasa ialah mengirirn beratus-ratus orang ke penjara. Parti Demokrat akhimya dikalahkan kernbali oleh patti Jumhuriah. Peristiwa ini semua mernperlihatkan kepada kita bahwa Islam rnasih hidup di Turki,
dan Turki jua mempunyai mujahid-mujahid seperti di lain-lain negeri umat Islam.

Peristiwa bangsa Turki ini mengingatkan saya kepada apa yang berlaku kepada Bani Israel di bawah pimpinan Nabi Musa. Seperti diketahui Bani Israel hidup di Mesir di bawah kekuasaan bangsa Qibti dengan Firaunnya yang sangat keras menindas mereka.

Musa dan Harun telah ditakdirkan untuk menyelamatkan mereka. Mereka telah dibawa keluar dari Mesir menyeberang Laut Merah dan diperintahkan
memasuki Jerusalem atau ,Baitulmaqdis. Tetapi Bani' Israel yang telah tama diperbudak, telah lama diperhambakan di Mesir terUs berjiwa hamba dan
pengecut. Justeru kerana itu bangsa yang berjiwa hamba dan pengecut ini tidak berani masuk ke negeri yang diperintah oleh Allah supaya mereka masuki. Kerana itu mereka terpenjara di padang Sinai (Teh) selama 40 tahun lamanya.


Terpenjaranya Bani Israel selama 40 tahun, bermakna memberi peluang kepada Nabi Musa melatih dan mendidik bangsa ini supaya kembali bersemangat dan sanggup hidup dengan jiwa besar.

Sementara itu dalam tempoh 40 tahun, mana-mana yang tua di Mesir banyak yang meninggal dunia, yang muda-muda dan anak-anak yang dilahirkan dalam kawasan penjara terus membesar dan dididik oleh Musa menjadi satu umat yang berdaya, dan kemudian merekapun berjaya memasuki negeri yang 40 tahun dahulu mereka takut hendak memasukinya, Bani Israel terpenjara selama 40 tahun.

Bangsa Turki juga seolah-olah terpenjara selama berpuluh-puluh tahun, guna jiwa yang mati itu dapat dihidupkan kembali. Demikianlah Sunnah Allah. Sesungguh-
nya tidaklah akan didapati Sunnah Allah itu betubah-ubah.

Kedudukan Turki di barat sekali dari negara-negara umat Isam adalah bersempadan dengan negara-negara blok barat dan blok timur Turki dan umat Islam yang ada di sana merupakan tenaga simpanan untuk Islam di masa hadapan. Kedudukan negeri Turki terlalu penting dari segi apapun jua, apatah lagi Seiat Darclaniel yang memisahkan Eropah dan Asia adalah jalan keluar dari Laut Hitam yang terpaksa ditembusi oleh Rusia.

Usaha-usaha Mustafa gamel membangunkan Turki sangat menakjubkan. Kematiannya diratapi oleh bangsa Turki dan kanak-kanak hingga kepada
orang-orang dewaSa, terutama kaum wanita, kerana mereka merasai benar-benar satu kehilangan.

Di samping kebangkitan Turki, perlu jua dibuat berkenaan dengan perjuangan Ibni Saud yang berjaya merampas Najed dan Hejaz dan mendirikan kerajaan Saudi Arabia. Ini juga satu daripada rahasia yang diaturoleh Allah.

Keberanian yang luar biasa dan kekuatan jiwa Arab Badewi yang telah dihidupkan jiwa mereka oleh pengajaran Muhammad bin Abdul Wahab adalah juga satu kejadian yang mengejutkan penjajah Inggeris. Dan telah mengejutkan umat islam seluruh dunia kerana pengikut-pengikut faham yang dikatakan WAHABI itu telah menentang berbagai-bagai bid'ah dan khurafat yang ada di dalam batas negara mereka. Ini adalah satu kebangkitan yang langsung dad akidah dad ajaran Islam.

Negara Saudi Arabia yang dikatakan negara gurun pasir, rupanya adalah gudang simpanan minyak yang terkaya. Amerika telah mendekati Saudi Arabia. Bangsa Inggeris tidak dapat berbuat begitu kerana Ibni Saud mengenali politik Inggeris
dan cukup sedar kelicinan permainan Lawrence of Arabia. Justeru kerana itu syarikat-syarikat minyak Amerika dapat bertapak di Saudi Arabia.

Kejayaan Ibni Saud yang keluar dari pendalaman padang pasir diSemenanjung Arab itu, adalah tepat pada waktunya. Andaikata bukanlah begitu kejadiannya, maka Inggeris sudah tentu terus menunggangi Malik Abdullah yang menjadi bonekanya. (Malik Abdullah adalah datuk kepada Malik Husain raja Jordan sekarang.)

Kerana kemenangan Ibni Saud, maka terusirlah pengaruh keluarga Malik Abdullah dari Semenanjung Arab yang kaya dengan minyak itu.

Kekayaan minyak yang tersembunyi dalam perut padang pasir itu dipergunakan oleh Amerika dengan sebaik-baiknya. Diplomasi minyak menyebabkan Amerika berhati-hati dengan Saudi Arabia. Dan kerana diplomasi minyak juga Saudi Arabia berhati-hati dalam gerak dan tindakannya. Tetapi sesuatu itu sedang berlaku dengan menarik sekali. Dalam masa buku ini sedang ditulis, Saudi Arabia dan negara-
negara kecil pengeluar minyak di padang pasir Semenanjung Arab telah memutuskan perkara pengambilan alih seluruh perusahaan-perusahaan minyak
di sana.

Ini adalah satu perkembangan yang sungguh menggembirakan dan jelas membayangkan betapa perkembangan-perkembangan yang akan berlaku
lagi di maSa hadapan. Pengambilan alih kekayaan ini bermakna sirih pulang ke gagang Satu lagi contoh yang agak menarik, ialah Semenanjung Tanah Melayu, juga dikenal dengan nama Malaya. Ini adalah satu dari tempat-tempat kediaman bangsa keturunan Melayu di Tenggara Asia, yang merupakan sempadan dan benteng yang luas sekali.

Bangsa-bangsa Ipengungsi dari utara telah mengusir bangsa Melayu dari Semenanjung Asia Tenggara.

Seribu tahun yang lalu sempadan kerajaan Sri Wijaya masih menunjukkan sampai di Segenting Kera. Tetapi sekarang hanya di Padang Besar, Kroh dan Sungai Golok dikatakan sempadan yang diakui.

Sebenarnya andaikata bangsa-bangsa seperti Portugis, Belanda dan Inggeris tidak datang ratusan tahun dahulu dipercayai seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah dikuasai oleh Siam. Mereka telahpun menyerang dan beberapa kali mencoba menyerang lagi hingga ke Melaka.

Semenanjung Tanah Melayu adalah daerah terakhir dikuasai oleh Melayu di hujung tanah besar Asia. Bagaimanapun dengan kerjasama Inggeris sebahagian Semenanjung ini kekal dikuasai oleh Siam hingga sekarang.

Permainan catur politik Inggeris terlalu licin, ditambah dengan keadaan negeri-negeri yang ada di Malaya telah menyenangkan penjajah Inggeris menguasai pentadbiran sambil mengangkut kekayaan dari basil bumi dan kesuburan bumi Malaya.

Setelah selesai perang bumi dunia kedua, maka bermulalah pula konfrontasi antara Rusia dan Amerika serta sekutu-sekutu mereka. Kepulauan Inggeris adalah pangkalan Amerika yang terpenting di pinggir tanah besar Eropah, dan dijangka akan menerima akibat dari serangan-serangan Rusia yang sudah tentu akan lehih menghancurkan tanahair bangsa British dari apa yang teiah dideritai oleh mereka
dari serangan-serangan bom-bom dan roket-roket Jerman.

Kerana kebimbangan akan kemusnahan bangsa British, timbullah fikiran-fikiran supaya diusahakan segera perpindahan orang-orang British kira-kira 20 juta jiwa ke negeri-negeri Afrika di selatan, ke negeri Australia dan New Zealand dan untuk keselamatan keturunan kulit putih di selatan bumi, maka difikirkan perlu berjuta-juta orang British dipindahkan ke Malaya, dan British North Borneo,

Sabah, Se rawak dan Brunai, dengan membentuk sebuah negara baru bernama Dominion of South East Asia.

Oi antara langkah awal ialah menjadikan Malayan Union dengan hak mendiami dan hak mengundi untuk.rakyat British Komanwel. Ini bermakna orang-orang Inggeris terutamanya akan berpusu-pusu datang dan tinggal di daerah ini, daerah yang pen-
ting terutama daft segi pertahanan mempertahankan Australia dan New Zealand.

Orang-orang Melayu bangun membantah, dan Datuk Onn telah dipilih sebagai pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay
National Organisation, UMNO. Hasil dari bantahan ini Malayan Union diganti dengan nama Federation of Malaya.

Gema dari perjuangan kemerdekaan Indonesia, sebahagian orangMelayu berjuang menuntut kemerdekaan dengan matalmat bersatu dengan Indonesia Merdeka. Bagi Datuk Onn dan UMNO, perjuangan mereka lanya untuk mengembalikan status sebelum Malayan Union dan bertujuan mencapai taraf pemerintahan sendiri berangsur-angsur menuju kemerdekaan.

Langkah awal dari percobaan Datuk Onn ialah menghendaki supaya Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British di Federation of Malaya ditetapkan seorang
Melayu. Rancangan yang akan meletakkan seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British bermakna akan ada seorang Melayu di atas, yang tentu sukar diterima oleh Raja-raja Melayu yang berada di atas di masing-masing negeri.

Politik dan p impinan Datuk Onn sehingga tahun 1951 mulai dicabar. Dan Datuk Onn tetap dengan pandangan-pandangan politiknya yang memang sangat susah untuk dimengerti oleh kebanyakan rakyat Melayu.

Apabila Datuk Onn meninggalkan UMNO, maka tampillah seorang anak raja daft negeri Kedah, yaitu Tengku Abdul Rahman Putra, yang meletakkan jawatannya dari kerajean untuk memimpin UMNO.

Orang-ot;ang Melayu adalah bersifat masyarakat feudal, kerana itu mesti seorang dari golongan feudal juga yang dapat memainkan peranan dengan rakyat melalui tingkah laku, dan dengan golongan feudal melalui perhubungan darah dan perasaan.
Tengku Abdul Rahman berjaya menyatukan pendapat sebahagian besar rakyat dan juga golongan feudal. Malaya mencapai kemerdekaan melalui Tengku Abdul Rahman dan bukan ~elalui Datuk Onn yang dikatakan oleh sebahagian orang sebagai
tokoh yang berkalibar besar. Tengku Abdul Rahman telah memimpin hingga lahir. Malaysia di Tenggara Asia.


Demikianlah Allah telah mentakdirkan sesuatu itu berlaku. Dan di sana ada banyak perkara yang tersembunyi sebagai rahasia dan ilmuTuhan sendiri, Di antaranya telah gagal projek Dominion of. South .East Asia, yang dirancangkan oleh Inggeris untuk faedah mereka, Seorang boleh naik dan jatuh dalam arena perjuangan atau sandiwara di bumi dunia ini kerana semuanya sebagai pelakon-pelakon dengan peranan masing-masing dan di dalam batas waktu masing masing yang tertentu.

Dalam perjuangan naik dan jatuh itu ada juga sokongan dan aktiviti-aktiviti kaum yang juga berjuang dengan harapan, yaitu cita-cita dan keyakinan mereka akan dapat dilaksanakan segera, bukan berselogan untuk meninggikan Syiar islam, tetapi
untuk melaksanakan ajaran Islam di dalam negara.

Satu perjuangan yang sama dengan cita-cita kebangkitan umat Islam di mana-manapun di bumi ini. Tetapi sayang, mereka belum matang.

Semua kejadian yang telah dan yang akan beriaku, ketentuannya ialah pada Allah sahaja. Yang demikian perjuangan Islam balk di Turki atau di Malaysia atau di mana-manapun jua semuanya sedang bergerak ke matlamat yang serupa, yaitu
kembali kepada Allah dan Sunnah Rasulullah jua.

Ruh isiam telah mulai menggelegak kembali.' Apinya mulai menyala semula, sebab baranya tidak~pernah dapat diPadamkan. Kegiatan umat Islam dari percobaan! demi percobaan seperti yang berlaku biar di manapun, apabila didasarkan kepada per-
hitungan sejarah dan proses perkembangannya, nyatalah ianya masih baru di peringkat permulaan.

Tunggulah dengan sabar, sejarah akan berUlang~lagi. Peranan manusia beriman yang sedang terjadi, berangsur-angsur membangkitkan umat Islam di bumi ini dan sejarah bumi dunia 'akan kembali berkesudahan seperti dahulu jua, yaitu sehingga.
hancur dan runtuh segala kekuasaan dan fahamanbaik di barat atau di timur.


Sedekahkan Al Fatihah... buat ALLAHYARHAM...
USTAZ AMALUDDIN DARUS
---------------------------------------------------------



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI