Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Tuesday, July 1

Giliran Zaman Cemerlang

Gahagian 10
Giliran Zaman CemerlangMANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI
karya pemikir Islam: AMALUDDIN DARUS


BAHWA di dalam sejarah bumi dan manusianya sentiasa berlaku pertukaran kekuasaan di dalam bangsa dan di antara bangsa:bangsa. Demikian juga sentiasa berlaku perubahan kepercayaan dan keyakinan pada bangsa dan bangsa-bangsa manusia, Perhatikanlah kepada sejarah bangsa-bangsa di bumi balk yang Islam atau bukan Islam. Contohnya seperti perubahan yang sedang berlaku kepada orang-orang British yang mendiami pulau-pulau di Benua Eropah. Mereka dari berpecah-pecah menjadi satu, kemudian menjadi kuasa penjajah terbesar, merekalah kuasa di bumi nombor satu yang menguasai semua lautan, hingga kerana itu mereka menggelarkan diri mereka Great Britain.

Perkembangan-perkembangan yang berlaku mereperlihatkan dengan jelas Great Britain yang telah kehilangan sebahagian besar jajahannya, mulai mengalami keretakan dan perpecahan sesama penduduk kepulauari itu.

Adakah Orang-orang Inggeris dari England, orang-orang Scottish dari Scotland dan orang-orang Irish dari Ireland akan kekal di dalam Great Britain adalah satu perkara yang boleh diperbincangkan,

Kepulauan British didiami oleh manusia dan bangsa-bangsa yang asal usulnya dari tanah besar Eropah. Mereka adalah campuran darah dari aneka keturunan dan sebahagiannya adalah dari Eropah timur yang dulunya masih liar dan digelar Viking, dan manusia itu pula adalah campuran dari bangsa? bangsa Asia tengah, di mana bangsa-bangsa itu juga bercampur dengan manusia dari Asia timur yang dulunya digelar Barbarian.

Bangsa-bangsa manusia telah banyak bercampur gaul sejak lama dahulu. Darah Orang-orang Asia timur dan Asia tengah telah ada bercampur dengan orang-orang Eropah. Justeru kerana itu mungkin suatu hari Perancis dan British akan menjadi komunis, terjumlahlah dalam golongan Yakjuj dan Makjuj. Semuanya boleh berlaku kerana kerusakan moral orang-orang Eropah telah cukup parah, misalnya di Sweden dan England homosex dihalalkan oleh undang-undang. Homosex adalah amalan kaum Nabi Lut yang telah dibinasakan oleh Tuhan. Yang
demikian soal mengekalkan kepercayaan kepada Tuhan adalah sukar dipertahankan.

Atau kalau Sweden, Perancis menjadi komunis dan England tidak, mungkin England terpaksa menyatukan diri dengan Amerika Syarikat yang manusianya berasal dari Eropah, memiliki asas kebudayaan yang sama dan menggunakan bahasa Inggeris jua. J ika ini terjadi, maka Great Britain hilang dan British yang dulunya begitu gagah mungkin menjadi sebahagian dari Amerika dan tetap di dalam kumpulan Dajjal.

Biar bagaimanapun kemungkinan-kemungkinan yang akan ber[aku di dalam pergolakan di bumi ini,

Islam.akan bangun kembali, kerana Allah telah berjanji, dan Allah tidak pernah memungkiri janji, 'Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman daripada kamu dan beramal saleh, bahwa mereka akan dijadikan khalifah (pemerintah) sebagaimana telah dijadikan orang-orang yang sebelum mereka, la akan menghidupkan agama mereka dan akar~ditukarperasaan ketakuta-n mereka menjadl keamanan. Mereka menyembah Aku, mereka tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku. Dan barang-'siapa yang ingkar jua sesudah itu, maka mereka
itulah orang-orang yang fasik'-An-nur, 55.

Janji Allah ini telah berlaku dan akan berlaku lagi. Tetapi setiap kali kekuasaan diberi kepada
satu bangsa itu, apabila bangsa itu, baik Araf atau Turki atau siapa sahaja mulai berpaling dari garis ketentuan Allah, maka kemusnahan akan mengikuti mereka. Demikianlah sunnah Allah.

Allah telah menjanjikan, Allah telah membuat penegasan, Allah telah menerangkan berbagai-bagai di dalam Quran. Kitab Allah Al-Quran itu kitab panduan untuk mereka yang beriman dengan perkara-perkara yang dapat dilihat dengan mata, dan dengan perkara-perkara ghaib yang juga diberitahu dan tidak dapat dilihat dengan mata.
Al-Quran akan selamanya terpelihara, dan pan duannya akan selamanya berguna bagi mereka yang tidak mengetepikan perkara-perkara' yang ghaib, Manusia telah merasa begitu bijaksana, hingga hal-hal seperti Iblis dan Syaitan sebagai musuh utama manu~ia tidak dihiraukan' lagi. Kisah dan amaran bahaya makhluk yang diterangkan oleh Allah dianggap satu dongeng dan seolah-olah telah ditiadakan lagi dalam kamus.hiduP manusia sekarang. Seolah-olah tidak ada lagi kegiatan makhluk yang bernama Iblis dan Syaitan dan tidak ada apa-apa yang perlu diawasi dad peringatan Allah yang bermaksud sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang seterang-terangnya.

Manusia yang Sebenar beriman mesti terus memperhitungkan segala sesuatu yang diterangkan di dalam Quran. Kerana Quran sendiri adalah satu daripada perkara-perkara yang dikehendaki supaya diimankan oleh mereka yang mahu beriman dan yang mengatakan diri mereka beriman.

Perjuangan dan perjalanan hidup Nabi Muhammad (s) adalah satu perjuangan gerak kilat seperti tayangan gambar ~terela. Dari terela' yang pendek itu membayangkan tayangan gambar yang lebih panjang.

Kehidupan Rasulullah yang terakhir sekali adalah mengandungi rahasia pimpinan dan perjuangan' untuk umat manusia sepanjang za. man. Justeru kerana tiu setiap gerak langkah yang telah dilakukan oleh Muhammad RasUlullah hendaklah diberi perhatian dan kajian dad segala sudut.

Nabi Muhammad lahir di Mekah dan memulakan gerakan seruannya di Mekah. Tetapi perjuangan beliau di Mekah tidak lebih dari seruan.' Beliau belum boleh bertindak lebih dari itu. Sehingga berlaku hijrah ke Madinah, di mana dali Madinah dan dari zaman Madinah beliau bertindak melahirkan negara Islam, dan melancarkan operasi dan revolusi Islam yang mengagumkan manusia Yang mengkaji sejarah.

Umat Islam jua adalah umat hijrah. Nabinya iaiah Nabi yang menang setelah hijrah. Tahun umat
Islam ialah tahun hijrah. Hijrah Nabi Muhammad tidak berlaku pada satu Muharram. Gerakan ke arah hijrah Nabi mulai dari akhir bulan Safar di mana Nabi Muhammad telah terkepung di rumahnya.

Rasulullah (s) tiba di Madinah pada hari Jumaat 13 haribulan.Rabiulawal, sebelum itu bersembunyi di gua Thur selama tiga malam, dalam perjalanan ke Quba, selama beberapa hari, dan berhenti di Quba beberapa hari pula. Nabi meninggalkan rumahnya pada hari Rabu 27 Safar. Rabu terakhir di bulan Safar adalah hari RasulUllah terkepung dan diselamatkan oleh Allah dari musuh-musuhnya. Rabu akhir Safar setiap tahun diingati oleh orang lslam sebagai hari nahas, di mana ada orang-orangyang mandi atau minum air minta keselamatan,

Rabu akhir Safar itulah permulaan cerita hijrah dan dari sinilah permulaan kemenangan Rasulullah setelah kira-kira 13 tahun 9 bulan di Mekah sekadar menerangkan dan menyampaikan seruan Islam.


Guru-guru darl satu kumpulan tarekat telah menerangkan bahwa waktu zaman Rasulullah itu ada hubungan dengan waktu zaman umatnya. Menurut mereka tiap-tiap satu tahun waktu zaman Rasulullah (s) hendaklah dikira sama dengan 100 tahun bagi. umatnya,

Ini bermakna tahun 1374 atau 1375 hijrah adalah tahun yang menyamai 13 tahun 9 bulan zaman Nabi di Mekah. Tahun-tahun ini atau dimulai dari tahun-tahun ini adalah ulangan sejarah kepada umat Islam memulai sejarah 27 Safar di mana Nabi terkepung dan hijrah mulai berlaku.
(Sekarang adalah tahun 1394 hijrah bersamaan tahun 1974Masehi.)


Nabi terkepung satu hari sama dengan umatnya 100 bari. Nabi bersembunyi dalam gua Thur selama tiga malam sama dengan 300 hari kepada umatnya.

Nabi dalam perjalanan mengikut jalan yang tidak biasa digunakan orang menuju Madinah selama lapan hari, sama dengan 800 hari bagi umatnya, Nabi berada di Quba selama lima hari sama dengan 500 hari bagi umatnya, dan kemudian Rasulullah memasuki Madinah dan mendirikan negara di sana hingga wafatnya selama 10 tahun sama dengan seribu tahun bagi umatnya.


Jika perhitungan ini dicampur semuanya, sekarang adalah permulaan dari ulangan hijrah itu, di
mana seribu tahun di hadapan adalah hari-hari bagi umat Islam. Hari-hari yang gernilang mengulangi sejarah gemilangnya yang silam.

Sesungguhyna di antara tahun-tahun 1374 hingga tahun 1394 hijrah bermacam-macam telah dan sedang berlaku dibumi ini yang berhubungan dengan umat Islam di merata negeri. Sepatutnya umat Islam menyedari kejadian-kejadian  itu dan hendaknya seluruh umat Islam mengikuti kejadian itu dengan teliti.

Telah berlaku kepungan-kepungan langsung atau secara tidak langsung terhadap pejuang-pejuang umat Islam dari utara Afrika hingga ke Indonesia, telah berlaku persembunyian dan pelarian pemimpin- pemimpin !slam, telah berlaku sidang-~tdang dan
kongres-kongres umat Islam dalam tempoh tahun-tahun yang tertentu.

Dunia sedang melihat kebangkitan Islam. Satu kebangkitan kembali seperti dahulu, yaitu di antara dua kuasa bumi yang besar, Rum dan Parsi, dan sekarang juga di antara dua kuasa bumi yang besar Amerika dan Rusia.

Peperangan demi peperangan akan belaku. Tetapi Israel bukanlah persoalan besar apabila umat islam bersatu di bawah satu pimpinan. Ujudnya Israel menjadi sebab untuk umat Istam bergerak kepada persatuannya. Kembalinya Israel di Jerusalem adalah jua janji Allah di dalam kitab Taurat, yaitu mereka Yahudi akan kembali ke jerusalem dari seluruh pelosok bumi, dengan berbagai-bagai cara, berjalan kaki, menunggang kendaraan dan ada yang masuk ke dalam perut burung (kapal terbang) semuanya berkumpul di sana dan akan mati di sana sebagai hukuman Tuhan kepada mereka, Perkara yang mengenai di atas pernah diceritakan sendiri oleh seorang rahib Yahudi kepada seorang sahabat saya yang sering bergaul dengannya semasa sahabat itu tinggal di Irak.

Sementara lahir perpaduan umat Islam, Israel mungkin akan terus 'menceroboh dan meluaskan
daerah kekuasaannya. Dalam perang pencerobohan Israel tahun 1967, mereka berjaya meranapkan angkatan udara Mesir, merampas kawasan-kawasan baru milik Mesir, Syria dan Jordan. Dengan pen cerobohanitu, lmerekadapatmerampasBaitulmaqdis dari Arab, lalu berkatalah Moshe Dayan menteri pertahanan Israel yang bermata satu, 'Kami telah
menunggu selama dua ribu tahun untuk kembali ke Jerusalem.'

Yahudi mungkin, berjaya lagi hingga mencapai batas sempadan yang menjadi impian mereka, yaitu Sungai Nil di Mesir dan Sungai Furat di Irak. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oieh

Arab tidak hams memalukan umat Islam. Karena' Arab yang kalah ialah Arab Nasionalis dan Arab Sosialis.

Umat Islam akan bangun, Baitulmaqdis akan kembali ke tangan umat Islam, seperti dahulu telah pernah terjadi dalam perang salib, uamt Islam terusir dari Baitulmaqdis selama 200 tahun. Tetapi umat islam akhirnya merampas kembali sesudah itu melalui pimpinan Salahudin Ayubi, manusia keturunan bangsa Kurdi.
Persoalan umat Islam ialah pertamanya di dalam lingkungan umat Islam sendiri. Sesudah itu dengan kaum munafik seperti yang ada di zaman Rasulullah di Madinah. Peperangan umat Islam dengan musuh-musuh Allah akan ditentukan kemenangannya oleh Allah sendiri.

Umat Islam telah bangun dari tidurnya yang lama. Waktu kebangunan ini ialah di saat bumi sedang terbahagi dua bersama--sama manusia penghuninya.

Yaitu tidak ubah seperti di zaman Nabi Muhammad (s) dahulu jua. Da_hulu sewaktu Nabi' lahir dan berjuang, bangsa Arab berpecah-pecah, terbahagi antara dua kuasa besar, misalnya Bani Khahtan di utara Semenanjung Arab di da!am empire-blok Parsi dan Bani Ghasan di dalam empire-blok Rum.

Manusia di bumi sekalipun dari satu bangsa masing-masing berpecah dan terbahagi. Manusia China berpecah, manusia Korea berpecah, manusia Jepun berpecah, manusia Vietnam berpecah, manusia Malaysia berpecah, manusia Indonesia berpecah manusia India berpecah, manusia Arab berpecah, manusia Jerman berpecah, ada yang hatinya bersama-sama Dajlal dan ada yang bersama Yakjuj dan Makjuj.

Sungguhpun keadaan di bumi dan perkembangan politik antara manusia begitu hebat umat Islam janganlah takut dan lemah, janganlah hairan atau kagum. Mungkin sebahagian manusia tertarik dengan komunis kerana kejayaan mereka di berbagai-bagai bidang sains dan teknoloji, seolah-olah mereka telah mengalahkan Amerika cli dalam perang dingin sekarang ini.

Umat Islam hendaklah mengetahui bahwa keadaan kegentingan di bumi dan suasana seperti
sekarang ini telah pernah berlaku di zaman lebih seribu tahun yang lalu. Waktu itu Nabi baru berada di Madinah. Jumlah orang-orang Islam belum seberapa, masih lemah dan dimusuhi oleh bangsa sendiri. Waktu itu yang besar dan yang gagah hanya dua, yaitu Rum dan Parsi. Rum percayakan Tuhan, Ahli kitab, dan Parsi musyrikl penyembah apl.

Tentera Parsi dapat mengalahkan Rum di utara Semenanjung Arab hingga ke Jerusalem dan Mesir.

Orang-orang musyrikin di Madinah bergembira, dan mereka mempermainkan orang-orang Islam kerana kekalahan orang yang percayakan kitab. Maka sangatlah berdukacita orang-orang yang beriman, Demikianlah trajedi politik antara bangsa, lebih seribu tahun dahulu. Manusia kagum sekali, gempar dan kehairanan, kerana manusia yang menyembah apl memang dan yang percayakan Tuhan tewas.

Memang begitulah, karena fikiran dan pengetahuan manusia terbatas. Mereka ketahui apa yang
mereka lihat dan dengar, dan mereka tidak mengetahui apa-apa yang mereka belum dengar atau melihat. AI-Quran menerangkan mengenai percaturan politik antara bangsa ketika itu:
'Telah dikalahkan bangsa Rum, di dekat bumi Arab, tetapi mereka itu sesudah kalah akan mengalahkan, di dalam beberapa tahun lagi. Semua urusan bagi Allah. Baik sebelum atau yang sesudahnya, dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa yang dikehendakiNya, karena Allah gagah dan penyayang. Itulah perjanjian Allah, All'ah tidaklah menyalahi janji, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'-A-Rum, 2-6.

Penjelasan mengenai perkembangan politik antara bangsa itu telah diabadikan oleh Allah di
dalam Quran untuk menjadi petunjuk bagi manusia yang percaya, dahulu dan sekarang. Apa yang di-tegaskan Allah itu semuanya benar. Rum telah mengalahkan dan mengusir Parsi dari Jerusalem, ia itu dua belas tahun kemudian. Sementara itu hendaklah difaham bahwa AI-Quran adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan untuk manusia, pengertiannya tidaklah untuk satu masa atau satu zaman semata-mata.

Beberapa tahun  setelah itu, umat Islam yang tidak dianggap apa-apa dalam medan politik
dan ketenteraan antara bangsa waktu itu telah menggempur dan memusnahkan kedua-dua kuasa besar bumi yang menyangka merekalah yang besar dan gagah perkasa di bumi ini.

Allah telah menjadikan manusia Adam tanpa beribu dan berbapa. Allah telah menjadikan Isa
beribukan Maryam tanpa berbapa. Allah yang menghidupkan dan yang mematikan dan Allah yang akan menghidupkan kembali yang mati. Allah menguasai apa-apa yang di langit dan yang di bumi. Semua ker.ajaan dan kekuasaan pada Allah. Allah memberi kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah mencabut kembali apabila dikehendaki olehNya.

DemikianlahAIlah melakukan kepada umatlslam. Mereka telah diberi kekuasaan, dan kekuasaan itu dicabut kembali apabila mereka cuai dalam mengendalikan amanah yang diberi kepada mereka. Tetapi Allah berdaya dan berkuasa untuk mengembalikan kekuasaan itu kembali kepada umat Islam.

Bani Umayah telah tercabut kekuasaan mereka di bumi Arab, oleh Gerakan Pemberontak Bendera Hitam dari Kharasan. Bani 'Abasiah menguasai umat Islam di Asia. Mereka membiarkan Bani Umayah tinggal di Andalus atau Sepanyol dan terus berkuasa tanpa diganggu.


Bagaimanapun akhirnya Bani Umayah dan uma t Islam terusir jua dari sana. Kehilangan, daerah Islam di Eropah itu telah diratapi oleh kaum musli- rain sepanjang masa, sungguhpun beberapa Puluh tahun sebelum itu umat islam dari kerajaan Turki berjaya menawan kepala negara Rum timurdi Eropah, yaitu yang sekarang dikenal sebagai Istambul.

Kehilangan adalah kehilangan. Kehilangan Sepanyol atau Andalus adalah disebabkan kelemahan dari dalam tubuh negara umat Islam itu hasil dari kelemahan umat Islam berpegang dengan panduan Quran. Musuh yang dulunya tidak berdaya dan tak sanggup mengangkat muka akhirnya dapat mengesan permulaan kelemahan umat Islam, dan mereka menunggu beratus-ratus tahun sebelum bertindak menyerang dan mengusir umat Islam terjun ke laut dan berenang kembali ke Afrika.

Allah menganjurkan kepada manusia supaya menjadi pelancong. Berjalan mengembara di bumi  Allah dan memerhatikan kesan-kesan peninggalan manusia dahulukala. Apa yang mereka tinggalkan merupakan peninggalan sejarah mereka yang menandakan mereka telah porak peranda dan hancur binasa.

Bangsa-bangsa manusia yang telah mencapai kemajuan di bidang sains dan teknoloji sedang menghadapi keruntuhan budi dan susila. Mereka sedang menuju kepada kehancuran. Tetapi bangsa-bangsa komunis yang terkawal dengan kawalan masyarakat sosialis komunis kelihatan lebih dapat bertahan lama dari bangsa-bangsa liberalis dan kapitalis.

Keutuhan dan keulitan kaum komunis adalah meropakan ancaman kepada kebebasan manusia dan kepercayaan kepada Tuhan. Tetapi mereka merupakan tenaga segar yang, sentiasa mencari peluang yang terbuka untuk diresapi dalam usaha penaklukan mereka di bumi ini.'

Demi untuk keselamatan manusia, Islam sahajalah yang dapat menyelesaikan dan memecahkan persoalan manusia di dalam bumi dunia yang hakikatnya balk kapitalis atau komunis adalah sama-sama tidak mengindahkan dan tidak mempedulikan Tuhan lagi.

Umat Islam yang dapat mengekalkan iman mereka, perlu menguasai ilmu pengetahuan kembali, yaitu sesuatu yang dulunya telah pernah mereka kuasai. 

Ilmu pengetahuan itu perlu dipunyai oleh umat Islam, kerana ilmu adalah seperti lautan yang tidak akan kekeringan beberapapun ditimba atau dipompa- ilmu adalah alat yang akan membawa umat Islam ke zaman yang membolehkan mereka kembali memain-
kan peranan mereka di dalam dunia ini.

Nota
Al-Fatihah buat Junjungan kita Nabi Muhamad (s.w) sahabat-sahabat baginda , wali-wali Allah para Mujahid, dan seterunya kepada ampunya aktikal ini. AMALUDDIN DARUS


2 comments:

  1. Kalaulah Nabi Muhammad SAW mendirikian Negara Islam Di Madinah
    1. Mana AD ART-nya
    2. Mana UUD Negara Islam itu ??
    3. Mana (hari ini) bekas batas Territorial Negara Islam waktu itu.
    4. Nusantara (Indonesia-hari ini)itu bukan Negara Islam kenapa ber Islam ??, kan islam ada Negara-nya sendiri
    5. Siapa waktu itu Ketua (Legislatif), (Eksekutif), atau (Yudikatif), bukankan hukumnya dari Allah bukan buatan manusia ?? seperti negara ??
    6. Jadi Islam itu adalah sebuah Negara atau Agama (keyakinan kepada) Allah
    7. Islam itu Rahmatan lil alamin.
    8. Negara itu ada batas negaranya (Territorial)
    9. Politik itu (negara)dari Plato
    10.Islam itu (Rahmatan lil Alamin) dari Allah

    ReplyDelete
  2. Kalaulah Nabi Muhammad SAW mendirikian Negara Islam Di Madinah
    1. Mana AD ART-nya
    2. Mana UUD Negara Islam itu ??
    3. Mana (hari ini) bekas batas Territorial Negara Islam waktu itu.
    4. Nusantara (Indonesia-hari ini)itu bukan Negara Islam kenapa ber Islam ??, kan islam ada Negara-nya sendiri
    5. Siapa waktu itu Ketua (Legislatif), (Eksekutif), atau (Yudikatif), bukankan hukumnya dari Allah bukan buatan manusia ?? seperti negara ??
    6. Jadi Islam itu adalah sebuah Negara atau Agama (keyakinan kepada) Allah
    7. Islam itu Rahmatan lil alamin.
    8. Negara itu ada batas negaranya (Territorial)
    9. Politik itu (negara)dari Plato
    10.Islam itu (Rahmatan lil Alamin) dari Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI