Bangladeshi baby Kiron (R) rests beside his mother at a hospital in Jessore on August 26, 2008. A baby boy born with two heads in southwestern Bangladesh died after his parents decided to take him home because they could not afford adequate medical care, a doctor said August 28,2008. The boy, named Kiron, was born August 25, by Cesarean section and died at home late August 27, after developing a fever and breathing difficulties, paediatrician KS Alam told AFP. Kiron had attracted such attention that 150,000 people gathered at the clinic where he was cared for after his birth in Keshobpur, 135 kilometres (85 miles) from the capital Dhaka.
===========================================
Bayi berkepala dua meninggal dunia
DHAKA - Seorang bayi lelaki dilahirkan dengan dua kepala di barat daya Bangladesh meninggal dunia selepas ibu bapanya membawa anak mereka pulang kerana tidak mampu membiayai kos rawatan diperlukan kata seorang doktor semalam.
Doktor berkenaan, KS Alam memberitahu bayi bernama Kiron yang dilahirkan pada Isnin lepas menerusi kaedah pembedahan Cesaraean itu meninggal dunia di rumah lewat kelmarin selepas mengalami demam dan sesak nafas, Kiron menarik perhatian ramai apa-bila 150,000 orang:berkumpul di klinik tempat dia dirawat Selepas dilahirkan di Keshobpu?, 135 kilometer dari bandar raya Dhaka. Pihak polis dipanggil bagi mengawal orang ramai dan bayi itu dipindahkan ke sebuah hospital berdekatan di bandar Jessore.
Bagaimanapun, selepas itu ibu bapa Kiron enggan mendengar nasihat doktor dan membuat keputusan untuk membawa bayi mereka pulang, kata Alam.
"Kami mahu dia dirawat di sebuah hospital di Dhaka tetapi keluarga bayi itu amat miskin dan mereka tidak mampu untuk membawa Kiron kesana, oleh itu, mereka membawanya pulang ke rumah di mana dia meninggal dunia" katanya.
AFP
untuk--- rekod simpanan ( 25 ogos 2008)
No comments:
Post a Comment