VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Saturday, October 11

Menjelang Babak Peralihan(2)

Bahagian 16
Menjelang Babak Peralihan(2)

Adalah suatu hal yang menarik sekali jika diperhatikan, betapa pusingan roda sejarah bangsa-bangsa dari umat manusia di dalam beberapa ratusan tahun ini. Di suatu zaman, orang-orang Arab adalah saudagar-saudagar yang cergas membeli barang-barang, rempah-rempah dari Gugusan Kepulauan Melayu',dan negeri-negeri timur yang lain.

Barang-barang itu diperdagangkan ke negeri-negeri di bumi barat. Kerana inilah menimbulkan hasrat orang-orang barat untuk mencari jalan ke bumi timur yang
kaya.

Portugis dari Eropah, adalah bangsa yang pertama :mendapat jalan ke timur. Mereka menjadi penjajah yang pertama. Kemudian diikuti oleh Sepanyol,

Perancis, Inggeris dan lain-lain. Mereka mulai kaya dan bertambah kuat. Akhirnya bangsa Arab menjadi lemah dan lumpuh. Bangsa-bangsa barat menemui perbendaharaan yang terpendam di perut padang pasir dan lain-lain tempat di negeri-negeri timur.

Mereka mengangkut kekayaan itu seperti minyak dan lain-lain bahan galian. Mereka bertambah kaya dan gagah.

Kerana inilah semuanya, menyebabkan bangsa Jerman yang tidak berpeluang mendapat kekayaan seperti itu telah terpaksa berperang lalu terjadilah perang bumi dunia pertama. Dan kerana itulah juga bangsa Jerrnan dan Jepun yang merasa terlalu sukar mendapat peluang hidup di dalam perdagangan antara bangsa terpaksa berperang lagi, lalu terjadilah perang bumi dunia yang kedua. Bangsa-bangsa Jerman (Jerman Barat sekarang) dan bangsa Jepun yang kalah perang dunia kerana mahukan kehidupan ekonomi yang lebih balk telah mendapatnya, setelah mereka kalah perang. Adapun kuasa-kuasa Eropah yang memang perang telah hilang jajahan-jajalian mereka kerana kemerdekaan dan porak peranda ekonomi mereka.

Sekaii berlaku banjir, sekali tepian berubah. Demikianlah pula, sekali berlaku perang sekali
kedudukan politik antara bangsa berubah. Bangsa-bangsa barat mahu tidak mahu terpaksa membebaskan daerah-daerah jajahan mereka di Asia dan di Afrika. Di antara'bangsa-bangsa barat itu Portugislah yang memulai menjajah di timur, dan nampaknya Portugis jualah yang terakhir-akan mernbebaskan daerah-daerah jajahan mereka.

Roda pusingan ini menjadikan bangsa-bangsa timur mendapat kemerdekaan politik dan terus herJuang bagi mendapat kekuasaan clan kebebasan dalam hal ihwal ekonomi. Bangsa-bangsa Arab, Iran dan Indonesia yanr, kaya dengan minyak mulai menguasai kekay aan perbendaharaan Allah yang diamanahkan di bumi mereka..Mereka sedang menentukan harga bahan-bahan ini. Mereka sedang menggunakan kekayaan mereka membangun dan memperkuatkan mereka. Negara-negara ini menjadi kaya dan di antara orang-orangnya juga ada yang menjadi kaya. Di antara mereka ada yang syukur dengan nikmat Allah, dan di antara mereka ada yang kufur oleh kerana adanya kekayaan itu.

Akibat dari pusingan ini tentulah menjadikan bangsa-bangsa kapitalis terlalu gelisah dalam menghadapi'zaman menurun yang akan menghancurkan mereka. Perang dan peperangan adalah pasti berulang-ulang datang,

Andaikata pemimpin yang bergelar 'Mahdi' clatang pada waktu yang dia ditetapkan oleh Allah mesti datang, orang-orang keturunan Islam yang berkuasa pasti diturunkan dari kekuasaan mereka, kerana 'Mahdi' akan menyatukan manusia kembali ke jalan Allah. Mereka dan konco-konconya mesti dijatuhkan. Maka di waktu itulah orang-orang keturunan Islam yang di dalam hati mereka mempercayai cara hidup Dajjal atau Yakjuj dan Makjuj akan merasa terpukul dan mereka akan menjadi munafik di dalam negara-negara Islam.

Hal ini adalah suatu perkara yang memang akan terjadi begitu. Sekalipun kedatangan 'Mahdi' ditunggu-tunggu, tetapi bila sampai waktunya, akan ada tentangan dari sebahagian manusia.

Demikian juga halnya dengan Nabi Isa, sekalipun orang-orang Nasrani menunggu-nunggu beliau, tetapi yang akan mengikutnya kelak setelah beliau turun hanyalah yang benar-benar ahli kitab. Ini semua adalah suatu kebiasaan dalam sejarah marmsia ini, kerana berbagai-bagai sebab yang tersendiri.


Sebab-sebabnya memang mudah sekali diduga, kerana kekuasaan dan kekayaan di negara-negara umat Islam sekarang, bukanlah berada di tangan manusia Islam yang menurut jejak langkah Rasulullah. Manusia yang berkuasa sekarang ialah manusia yang hati mereka ke aliran liberal kapitalis atau ke sosialis komunis. Perbedaan mereka ialah kerana mereka NASIONALIS.

Mereka ada lah nasionalis liberal kapitalis atau nasionalis sosialis komunis. Mereka adalah berkuasa membuat perubahan di negara-negara mereka, maka tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh mengubah perlembagaan dan undang-undang di negara-negara mereka. Mereka telah mengharamkan manusia dari membuat apa-apa yang mereka tidak suka, maka tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh mengharamkan arak, judi clan sebagainya yang Tuhan mereka tidak suka.

Mereka berkata tentang Islam dan mereka membantu hal-hal yang berbunyi Islam, jika di sana ada keuntungan politik mereka. Mereka mempunyai sebab-sebab mengapa mereka berbuat begitu.

Justeru kerana itulah dapat dilihat dan didengar dl mana-mana sahaja pejuang-pejuang Islam yang lemah iman dibeli oleh mereka, sementara itu pejuang-pejuang Islam yang tegas dengan cita-cita dan keyakinan perjuangan, mereka tindas, mereka gantung, atau mereka sumbat ke dalam penjara.

Contoh yang jelas ialah seperti yang berlaku teradap anggota-anggota Ikwanul muslimin di negara-negara Arab.

Adakah apabila seorang manusia bergelar'Mahdi' tiba, mereka ini akan menyerah kuasa mereka dengan kerelaan hati, supaya diatur kembali manusia semua menjadi tidak berkelas-kelas lagi~.

Supaya pembahagian rezeki diatur secara adil menurut pandangan politik dan ekonomi Islam, menurut dasar pokok pengajaran Islam, menurut 'akedah asli dari ajaran dan tauladan Nabi Muhammad (s)


Mereka tidak akan menyerah. Andaikata mereka sebenamya mahukan Islam, mereka tidak perlu menunggu 'Mahdi' datang. Quran adalah Mahdi, sunnah Rasulullah (s) adalah Mahdi, khalifah-khalifah yang empat adalah Mahdiyiin. Bagaimana pun sebahagian mereka mungkin akan berubah hati, jika Allah menghendaki. Allah maha pemurah dan maha penyayang,

Pejuang-pejuang Islam mesti berjuang hingga Allah memberi kemenangan kepada mereka, dengan tekad yang penuh. Islam pasti menang, kerana pertolongan Allah telah hampir datang kepada orang-orang yai;g beriman,

Kemenangan akan berulang kepada orang,orang yang beriman, Manusia akan berduyun-duyun memasuki agama Islam. Cerita bila datang pertolongan Allah dan kemenangan, sesudah pembukaan Mekah di zaman Nabi (s) akan berulang semula di bumi ini.

Ini adalah satu perubahan yang akan terjadi. Dan banyak lagi perubahan-perubahan yang berlaku. Bangsa-bangsa yang sedang menurun akan kucar kacir ekonomi mereka, dan akan memben peluang yang sebaik-baiknya sama I ada kepada perkembangan I slam yang tunduk menyerah diri kepada Allah. Atau memberi pelUang!kepada komunis yang tidak mahu mempercayai All ah dan akhirat, '

Dalam suasana kemuncak pergolakan di bumi Ini selepas seribu empat ratus tahun dari kelahiran Nabi Muhammad (s) dan hampir dua ribu tahun dari zaman kelahiran Nabi Isa (a,s.), beberapa tukang ramal meramalkan akan berlaku berbagai kejadian di dunia seperti gempa bumi, kemarau, kelaparan, banjir besar yang akan menyebabkan terjadi perubahan-perubahan'kepada ~bentuk geografis bumi ini.

Pada hemat saya, berdasar kepada kajian-kajian cuaca dan tanda-tanda kecairan air batu di khutub utara dan selatan, menjadikan tidak mustahil akan berlaku gempa bumi dan banjir besar di bumi dunia Ini. Sejarah bumi ini memang telah melalui zaman bencana-bencana'besar kerana kefasikan manusia, lalu diberi sebahagian pembalasan oleh Allah di bumi dunia ini. Dan kemudian diikuti dengan perubahan-perubahan besar dari berbagai-bagai segi. Kejadian-kejadian itulah yang menyebabkan telah tenggelam sebahagian bumi ke dalatn lautan. Kemudian berlaku perubahan kepada geografis bumi.
Yang tenggelam, hilang. Yang timbul ada yang menjadi pulau-pulau~ seperti kepulauan Melayu yang asalnya satu daratan sahaja.


Andai kata berlaku kehendak Allah hendak memenggelamkan dan merobah lagi geografi bumi ini, kerana kefasikan manusia sekarang maka dicairkan air batu di khutub utara dan selatan. Dari utara, air akan melanda timur RUsia, Korea dan Jepun semua akan tenggelam di bawah laut.

Kemudian melanda daerah tasik di Kanada, yang boleh merobah bentuknya dan merempuh Amerika.


Dari khutub setatan sudah tentu akan menyebabkan 'Australia dan New Zealand akan menerima akibat yang mungkin menghapuskan dad peta bumi.

Kejadian-kejadian yang merobahkan geografis~bumi pasti telah berlaku semasa banjir di zaman Nabi Nuh, dan juga di masa kelahiran Nabi Muhammad (s), di mana berbagai-bagai kejadian telah berlaku sebagai tanda perubahan zaman, Selain daripada beberapa kejadian lagi, seperti kelihatan bulan terbelah dua. Dan api sembahan majusi di Parsi (Iran) yang tidak pemah padam, tiba-tiba telah padam.

Adapun akan datang pemimpin besar itu telah kita sebutkan, dan kedatangan seperti yang telah diterangkan oleh gasulullah (s) itu adalah suatu hal yang nyata untuk mengembalikan manusia kepada jalan Allah dan memerangi mereka yang mempermain-mainkan Tuhan dan mereka yang ti dak percayakan Tuhan dan akhirat.

Jika akan berlaku malapetaka besar di bumi ini, itu ialah kerana Allah mahu memberi peringatan supaya manusia sedar kembali dari kesesatan mereka dan bersedia untuk menerima kebenaran.

Berbagai-bagai akan berlaku dan selepas itu akan diikuti pula dengan perubahan-perubahan yang besar di dalam kehidupan manusia di bumi ini.

Kita dapat menduga perubahan politik yang akan berlaku. Di seluruh benua Amerika dan Amerika Syarikat sendiri akan mengalami juga kejadiankejadian bencana alam, dan yang nyata Amerika semua akan tenggelam di bawah laut. Kemudian melanda daerah tasik di Kanada, yang boleh me-robah bentuknya dan merempuh Amerika. Darri khutub selatan sudah tentu akan menyebab-kan Australia dan New Zealand akan menerima akibat yang mungkin menghapuskan dari peta bumi.

Kejadian-kejadian yang merobahkan geografis' bumi pasti telah berlaku semasa banjir di zaman Nabi Nuh, dan juga di masa kelahiran Nabi Muham-mad (s), di mana berbagai-bagai kejadian telah berlaku sebagai tanda perubahan zaman, Selain dar+pada beberapa kejadian lagi, seperti kelihatan bulan terbelah dua. Dan api sembahan majusi di Parsi (Iran) yang tidak pernah padam, tiba-tiba telah padam.


Laku seperti yang dibayangkan oleh Rasulullah (s), yaitu di ketika tidak ada lagi seorangpun di bumi ini menyebut 'Allah'.

Sehingga ini, sungguhpun telah banyak manusia di dalam negara-negara di bumi dunia, balk yang mengaku komunis atau tidak mengaku komunis telah tidak percaya kepada Tuhan. Mereka menjadi free thinker. Tetapi masih banyak lagi yang percayakan Tuhan, sama ada Tuhan Allah atau yang mereka anggap ada tuhan-tuhan selain dari Allah, bahkan di dalam negara dan masyarakat komunis sendiri masih ada lagi manusia yang percayakan Tuhan.

Terlalu lama lagi masanya untuk komunis yang telah berkuasa dapat menghapuskan kepercayaan manusia kepada Tuhan. Sekalipun manusia di sana sekarang sebagai-'komunis, tetapi cli antara mereka ada yang menyembunyikan kepercayaan, kerana takut kepada kekuasaan yang memer, intahr~mereka.

Dari cerita-cerita pelarian komunis dari negara Rusia sendiri menyatakan bahwa ada komunis yang terperanjat atau merasa sedih hati, lalu terlompat keluar dari mulutnya 'Oh Tuhan' tanpa disedari.

Memang begitulah. Sungguhpun parti komunis telah memerintah negara, tetapi rakyatnya yang berasal dari mereka yang beragama dan percayakan Tuhan, tidaklah akan semudah itu melupakan kepercayaan kepada Tuhan. Yang demikian entah berapa jenerasi lagi, atau berapa ratus abad lagi barulah akan berlaku tidak ada manusia yang menyebut nama Tuhan.

Biar apapun, itu adalah terlalu jauh masanya. Marl kita kembali kepada persoalan perkembangan Yakjuj dan Makjuj yang telah bergaul dengan ma
nusi.a, yang satu sama lain tidak kenal mengenal.

Mereka yang dikatakan Yakjuj dan Makjuj telah mempengaruhi manusia bangsa:bangsa di bumi ini Sehingga iman dan hati manusia ditembusio kerana Itulah di mana-manapun ada free thinker, tetapi belum lagi mengakui komunis. Apa yang dikatakan oleh Zulqarnain, bahwa bila lamp~ janji Tuhanku, dinding ini akan dirobohkan.

Lalu bercampurgaullah mereka dengan manusia lain. Sekarang berlaku dengan jelas dan terang sekali. Keruntuhan ekonomi negara.negara dan bangsa-bangsa dan peperangan-peperangan yang bakal terjadi di bumi adalah menolong kaum inl menguasai keadaan dan merampas kuasa. Maka dengan inilah menjadikan kaum yang tidak percayakan Allah ini bertambah maju dan sombong.

Selain dari Rusia, China, Monggolia, banyak lagi negara-negara dan bangsa-bangsa akan bersama-lama mereka.. Malah orang-orang Eropahpun akan menyertai mereka. Inggeri.s dan juga Amerika (orang-orang~ Amerika juga berasal dari Eropah) tidak mustahil menjadi komunis atau bekerjasama dengan komunis Rusia. Winston Churchill pernah .mengatakan, adapun Cog dan Magog atau Yakjuj dan Makjuj itu, di satu pihak adalah Rusia, dan di satu plhak lagi ial~h orang-orang Eropah, termasuk Ingseris dan juga Amerika.


Demikian kesimpulan dari pengakuan Churchill dllri England dalam ucapannya di satu majlis jamuan di London pada9 haribulan November, 1951. Bangsa-bengsa Dajjal imperialis dan kapitalis) sekarang lni sedang menemui ajal mereka. Yang demikian bangsa manuSia itu akan menghampiri komunis jika mereka tidak menjadi muslimin dan bersatulah gerombolan Yakjuj dan makjuj bila tiba masanya.

Di dalam bahagian-bahagian yang lain ini akan dibicarakan lagi persoalan mereka dalam hubungan yang mengenai kemuncak dari perjuangan dan kesombongan mereka, Kemuncak dan kemajuan sains dari bangsa-bangsa Dajjal-dajjal (yang akhirnya akan menjadi satu jua, yaitu menjadi kumpulan Yakjuj dan Makjuj adalah pertarungan pengaruh.di bumi dan perlumbaan rnencoba merebut dan menguasai angkasa lepas.

China komunis akan bergerak dengan penuh azarn menjadi suatu kuasa besar yang benar-benar simbang dengan kuasa-kuasa yang lain. Perlumbaan ini sangat membimbangkan kuasa-kuasa barat, terutama Amerika Syarikat.

Pada hemat saya diplomasi Amerika akan mendorong Rusia berperang dengan China, dan Amerika akan membantu Rusia, sekalipun Rusia dan Amerika ,masih belum lagi sefaham dalam ideoloji. Ini akan didorong ,oleh perasaan sama-sama kulit putih dan sama-sama cemburukan bahaya dari bangsa kulit kuning. (Tetapi seperti telah saya sebutkan, China dan Rusia akan bersahabat kembali, dan Moskow tetap sebagai pusat �akjuj dan Makjuj di saat akhir sekali.)

Tentu dalam beberapa tahun akan datang China akan bertambah maju dan kuat, dan bertambah berbahaya kepada orang lain. Pertarungan di bumi dan di angkasa lepas, akan membawa', manusia bukan muslimin bertambah hampir dengan planet-planet lain cli sekeliling matahari. Mereka mungkin herperang bukan sahaja di bumi, di laut dan di udara, tetapi mungkin sampai berperang di angkasa lepas, dalam perlumbaan hendak menakluk p!anet=ptanet dl sekitar matahari (langit-langit yang rendah). Matlamat hendak mencapai planet-planet di $ekeliling matahari kita, yang dipercayai ada mahluk Allah mungkin seperti kita jua adalah suatu hal yang telah diterangkan oleh Rasulullah (s). Yaitu manusia dari keturunan bukan muslimin akan memanah ke langit dengan tujuan hendak memerangi penduduk tangit.

Sekarang dapat disaksikan betapa mereka yang bukan keturunan muslimin, yang bernama Rusia, Amerika dan nanti akan diikuti oleh China itu, telah dan sedang mencoba. Tetapi mereka belum berjaya lagi. Pada hemat saya mereka akan berjaya beberapa tahun lagi' menghubungi makhluk-makhluk di langit (planet-planet keluarga matahari), dan Ini akan menjadikan suatu tanda dari kebenaran AI-Quran tentang adannya makhluk di langit-langit.

Di dalam AI-Quran telah disebutkan berkenaan dengan kejadian manusia dari tanah, malaikat dari cahaya dan jin dad api. Ini berrnakna adanya makhluk-makhluk manusia, jin dan malaikat di dalam dunia dan alam ini.


AI-Quran juga menerangkan tentang adanya makhluk di langit-langit yang dalam penggunaan bahasanya, disamakan sahaja- dengan makhluk di bumi. Ayat-ayat Quran yang menyentuh tentang makhluk penduduk bumi dan penduduk langit-langit, Umumnya menggunakan perkataan Man dan Dabbat.

0ua perkataan ini lazimnya dimaknakan sebagai ~Slapa atau sesiapa' dan 'benda-benda yang melata,merayap'.

Adapun makhluk di bumi kita ini, apabila'di-katakan perkataan siapa atau sesiapa .atau mereka tentulah untuk manusia. Dan yang dikatakan perkataan melata, merayap atau merangkak tentulah untuk binatang-binatang halus, kecil dan besar.

Yang demikian jika Quran telah menyamakan perkataan Man dan~Dabbat keduanya ada di bumi dan di langit-langit (planet-planet lain),~ maka nyatalah ada makhluk-makhluk berupa manusia dan binatang-binatang di planet-planet lain yang berjuta-juta banyaknya di langit itu.

Di dalam perblcaraan ini kecualikan persoalan jin dan malaikat. Makhluk-makhluk ini juga
dijadikan Allah terlalu banyak, tetapi mereka tidak sama dengan kita asal kejadiannya. Yang demikian yang saya mahu bincangkan hanyalah tentang apa-apa yang;bersamaan dengan kita. Oleh kerana ayat-ayat Quran menyebut perkataan yang sama untuk kita yang ada di bumi seperti makhluk di langit jua, yaitu Man dan Dabbat.

Di sini disebutkan contoh dari AI-Quran, yaitu dalam surah An-Natal, 65: 'Katakanlah (hal Muhammad) sesiapa Manpun:yang di lang!t-langit dan yang di bumi tidak mengetahui perkara ghaib, melainkan Allah. Dan sesiapa Manpun tidak sedar bila (mereka-sesiapa Man) itu akan di bangkit.'

Ayat di aras terang menunjukkan~persamaan makhluk di bumi, yaitu kita manusia dengan mereka di langi.t (planet-planet lain). Kita di bumi tidak mengetahui perkara-perkara ghaib dan mereka di langit-langit juga tidak mengetahui, sama seperti kita. Kita di bumi akan mati dan tidak tahu bjia hari qiamat dan bari mahsyar, bari dibangkitkan kembali.

Dan mereka yang di langit-langitpun sama jua seperti kita di bumi ini 'tidak mengetahuinya. Satu ayat lagi berkenaan Man dalam surah An-Natal jua, ayat 87 bermaksud' 'Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejutlah (mereka Man
sesiapa) yang di langit-langit dan dl bumi. IKecuali (mereka Man sesiapa) yang dikehendaki Allah. Dan semuanya (mereka Man sesiapa) datang kepadaNya dengan merendah diri.' Ayat ini menyatakan berhubung dengan qiamat dunia ini. Adapun sangkakala itu bagaimana bendanya atau rupanya tidaklah diketahuiø sekalipun difahamkan ia adalah 'Saur', yaitu terompet atau serunai (masih saya fikirkan.) Mungkin bunyi letupan matahari yang mengejutkan makhluk di bumi dan di langit-langit. Kecuali yang dikehendaki Allah tidaklah akan terkejut. Dari sini dapat difahamkan qiamat akan berlaku pada salah satu keluarga matahari sahaja. Perkara qiamat nanti akan di-bicarakan dalam bahagian yang lain dalam buku ini.

Di dalam beberapa surah dari AI-Quran terdapat ayat-ayat yang menyebutkan Man di langit-langit dan di bumi. Saya sebutkan hanya dua daripadanya sebagai contoh yang menunjukkan ada persamaan di antara yang di bumi dan yang di langit, yaitu seperti kita boleh befcakap-cakap dan berakal fikiran.
=========================================


Karya pemikir Islam :
Al Fatihah buat Allahyarham AMALUDDIN DARUS
di Petik dari buku: MANUSIA DI LANGGIT DAN BUMI
Tahun: 1976 semuga fahalanya mengalir melimpahinya hasil memanfaatnya Ilmunya pada umat jagatraya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI