VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Tuesday, April 21

KERUNTUHAN ARAB DAN KEBANGKITAN ISLAM

1- RENUNGAN KE ZAMAN SILAM
'Kamu ini, hai (bangsa Arab) yang diajak supaya membelanjakan (mengorbankan harta dan juga diri kamu ) pada jalan Allah, tetapi diantara kamu ada yang bakhil.
Barangsiapa yang bakhil (maka kebakhilan itu hanya membahayakan) terhadap dirinya sendiri. Allah adalah kaya, sedang kamu adalah faqir.



Sekiranya kamu berpaling (maka Allah akan) menggantikan (kamu) dengan bangsa yang lain daripada kamu. Adapun bangsa itu tidaklah bersikap (berperangai) seperti kamu." Maksud AlQuran Surah 47 (Muhammad) : 38. Apabila mahu memperkatakan perkara kebangkitan Islam yang akan membawa kemenangan kepada manusia yang percayakan Allah dan hari akhirat di akhir zaman manusia keturunan Adam, maka memulai dengan sejarah ringkas kejatuhan muslimin dan sebab-sebabnya, justeru tentu sekali tidak pantas diperkatakan perkara kebangkitan kembali Islam dan penganutnya, jika di sana tidak ada kejadian kejatuhannya setelah ia dibangun dan dike dikembangkan.


Islam telah dibangun dan dikembangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama para sahabat Muhajir dan Anshar di mana mereka itulah sebagai teras kepada perjuangan menyiarkan risalah Islam dengan kata-kata dan tindakan-tindakan yang Setelah Rasullulah s.a.w. wafat, setelah Abu Bakar wafat clan sesudah Umar wafat, maka bermulalah fitnah yang diatur olch Abdullah bin Sabak, seorang pendeta Yahudi dari Yaman yang telah tnenjadi muslim dan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang paling warak dan tagwa Jarum fitnahnya mulai marak di zaman pemerintahan Utsman bin Affan, disebahkan sate kesilapan kecil yang rupanya seperti ketumpahan minyak yang memberi peluang kepada Abdullall bin Sabk di satu pihak dan Mu'awiyah di satu pihak lagi menyalakan apinya lalu bernyala dan membakar, membara dan meredap beberapa abad lamanya.


Kesilapan yang mulanya kecil sahaja itu, ialah terjadi sesudah sesuatu yang paling dibimbangkan dan diperingatkan oleh Umar bin Khattab, seolah olah sebagai wasiatnya, supaya sesuatu it itu tidak akan terjadi di dalam tubuh umat muslimin.


Sekalipun Umar telah berwasiat, namun dengan sangat malang kejadian yang sangat ditakuti oleh Umar itu telah terjadi jua.

Sebagai panduan untuk memahami kejadian yang merupakan kesilapan kecil pada mulanya, di mana katakan sebagai sangat malang itu, marilah kita mengikuti catatan sejarah mengenai pesanan atau wasiat Umar bin Khattab.



Sebelum beliau menghemhus nafas yang akhir. Umar, telah ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang abdi yang bukan muslim, sewaktu beliau sedang hendak memulakan sembahvang subuh. Umar rebah berlumuran darah dan beliau meminta Abdur Rahman bin `Auf menjadi imam sembanhyang. Apabila selesai sembahyang barulah Umar diusung keluar dari masjid menuju ke rumahnya.


Orang ramai ber pusu-pusu melihatnya, dan mereka meminta beliau menunjuk bakal gantinya sebagai Khalifah.

Dalam keadaan kecemasan itu, Umar berkata: Demi Allah, saya tidak memaksa kamu semua semasa hidupku, dan tidak memaksa kamu pada masa kematianku. Saya sendiri, kata Umar, telah ditunjuk oleh orang, menjadi Khalifah.



Adapun yang memilih dan menunjuk saya, dia (Abu Bakar) adalah orang yang mulia daripada saya. Jika saya telah ditinggalkan, maka yang meninggalkan saya adalah seorang yang lebih mulia daripada saya (yaitu Nabi s.a.w.). Berkata Umar lagi: Jika Abu Ubaid bin Jarrah masih hidup, saya pasti akan memilihnya, j justeru saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata, bahwa Abu Ubaid adalah wakil rakyat.


Atau sekiranya Salim, abdi kepada I-lazifah itu masih hidup lagi, saya tentu akan menunjuk dia untuk jabatan Khalifah, kerana saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menyebut bahwa Salim adalah seorang pencinta Allah yang paling baik. Kemudian Umar meminta supaya dikumpul beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang diketallui oleh orangramai, bahawa orang-orang itu adalah mempunyai keutamaan di sisi Nabi Muhammad s.a.w. Yang dimaksudkan oleh Umar ialah Ali bin Abu Thalib, Utsman bin Affan, Thalhah bin Ubaidullah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Wqas clan Abdur Rahman bin `Auf. Umar meminta supaya keenam-enam sahabat itu diterima sebagai calon Khalifah.


Sementara pemilihan itu dibuat, pimpinan sembahyang ditugaskan kepada seorang lelaki bekas ahdi bernama Shuhaib. Umar mengarahkan supaya semua ketua-ketua dari orang Anshar hendaklah dijemput.


Begitu juga Hasan bin Ali dan Abdullah bin Abhas, kerana mereka keluarga dekat Rasulullah S.A.W. Beliau juga menyatakan supaya anaknya Abdullah diundang sama untuk menyaksikan dan menyelesaikan perkara pemilihan Khalifah itu.


Tetapi mereka yang lain dari enam orang itu tidak diperbolehkan untuk menjadi calon, dan anaknya Abdullah hendaklah menjadi jurubicara atau sebagai pengerusi dalam perbincangan tersebut Dalam suasana sedih yang menyelubungi orangramai, ada di antara mereka menyatakan perasaan hati secara jujur: Ya Amirul Mukminin, anak amh (Abdullah) adalah sangat layak memegang jawatan ini. Tunjuklah dia sebagai pengganti anda kami bersedia menerimanya.


Kepada sarman ini, Umar menjawab: Tidak ada tujuan keturunan Al Khattab hendak mengambil jawatan Khalifah untuk mereka Abdullah ticlak akan ikut merebut jawatan ini.

Cukuplah seorang sahaja dari keluarga Khattab yang akan menghadapi Allah dengan tanggung jawabnya terhadap umat ini. Kemudahan, sambil memandang kepada anaknya, Abdullah, Umar berkata: Anakku Abdullah! Sekali kali jangan!



Sekali-kali jangan anda meletakkan keinginan hendak mengambil jawatan ini. Abdullah bin Umar menyambut permintaan ayahnya dengan berkata: Baiklah ayah. Abdullah sungguh patuh kepada ayahnya, kerana itu sampai di saat akhir beliau tidak ikut serta dan tidak berpihak ke mana-mana dalam perbalahan antara Ali dan Mu'awiyah.


Umar mungkin telah merasa salah satu daripada sahabat yang menjadi menantu Rasulullah s.a.w. mungkin terpilih, kerana itu Umar berpaling kepada Ali bin Abu Thalib dan berkata: Wahai Ali, sekiranya anda yang dipilih menjadi Khalifah maka takutlah kepada Allah, ya Ali! Jangan anda beri jalan kepada Bani Hasyim untuk menekan kepala manusia.


Kemudian beliau berpaling kepada Ustman bin Affan dan Berkata: Sekiranya andalah yang mereka pilih menjadi Khalifah, maka dengan memegang jawatan itu janganlah anda beri hati kepada suku anda Bani Umaiyah sehingga ditekannya kepala manusia. Umar bin Khattab adalah juga seorang dari keturunan Quraisy, seperti Ali dan Ustman juga.

Tetapi beliau bukanlah dari suku yang dikatakan Bani Hasyim seperti Ali dan tidak juga dari suku Bani Umaiyah seperti Utsman. Bagi orang-orang Arab, kesukuan adalah satu persoalann hesar. Inilah di antara kejahatan jahiliyah mereka sebelum Islam.

Tetapi Islam telah datang rnenghancurkannya. Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan: Bukanlah daripada saya mereka yang menyeru kepada `ashabiah' (kesukuan) atau Kebangsaan). Umar tentulah sangay mengetahui akan bahaya semangat jahiliyah itu dan beliau mempunyai pandangan yang sangat jauh dalam hal ini.

Kita sebagai orang yang telah mengikuti sejarah Arab akan dapat merasai kenapa Umar merasa bimbang dan kerana kebimbangannyalah maka secara langsung beliau memberi nasihat kepada All dan Utsman. Setelah Umar wafat, maka persoalan memilih seorang Khalifah daripada enam orang calon itu mulailah dirasai keberatannya.

Abdur Ralunan bin `Auf menyedari akan kesulitan yang bakal dihadapi disebabkan jumlah calon yang ramai itu. Beliau mengemukakan pertanyaan kiranya ada sesiapa yang rela menarik diri diri pencalonan, siapa yang menarik diri maka dialah orang yang boleh menunjuk calon Khalifah. Semuanya diam, menandakan masing-masing mahu kepada jabatan Khalifah itu.

Apabila semuanya diam, Abdur Rahman bin `Auf menyatakan beliau menarik diri, dan dialah yang akan memilih siapa di antara mereka itu sebagai Khalifah.

Tiga hari telah berlalu, Khalifah belum dapat dipilih lagi. Abdur Rahman bertanya kepada Ali siapakah yang layak untuk jabatan itu, Ali rnenunjuk Utsman. Ditanya pula kepada Utsman, katanya Ali yang pantas untuk itu. Persoalan yang rumit ini memanglah tersangat rumit kerana sebelumnya tidak ada cara memilih timbalan Khalifah telah dibuat.

Sekiranya Khalifah dan timbalannya telah dipilih bersama, maka tentulah tidak menjadi kesulitan lagi apabila berlaku kekosongan jawatan itu oleh apa-apa hal jua pun. Pada masa itu orang belum sampai kepada memikirkan soal betapa perlunya jawatan timbalan diadakan.

Dalam beberapa hari Abdur Rahman rnenghubungi orangramai untuk mengetahui pendapat umurn. Beliau dapati orang-orang dari Bani Hasyim semuanya mahu kepada Ali, sebaliknya orang-orang lain lebih cenderung kepada Utsman.

Alasan orangramai, sekiranya jabatan Khalifah diberi kepada Ali, mungkin akan menjadi warisan kepada suku Banff Hasyim Yang demikian pendapat umurn lebih cenderung diserahkan kepada Utsman yang diharap beliau akan mencontohi Umar dan Abu Bakar dalam perkara kekhalifahan.
Orang ramai bimbangkan Bani Hasyim akan menggunakan kedudukan Ali untuk kepentingan mereka, kerana memang sifat Bani Hasyim merasa merekalah semulia-mulia suku dari suku bangsa Quraisy, malah dari segala bangsa Arab.

Sifat dan perasaan ini adalah sifat bangsa Arab, maka kerana itulah Rasululah s.a.w. telahpun memajukan beberapa contoh untuk mematikannya.

Sayang sekali sampai sekarang perasaan berasaskan jahiliyah yang sepatutnya telah hapus, masih lagi hidup subur sekalipun tanpa kuasa. Orangramai tidak bimbang kepada Utsman, bukan sahaja kerana peribadinya yang lembut dan ternyata tagwanya seperti Ali dan lain-lain sahabat juga, tetapi mereka ketahui betapa Utsman telah herkorban untuk Islam, padahal beliau adalah dari suku Umaiyah, yaitu satu sukubangsa dari Quraisy yang cerdik dan paling hebat menentang Nabi clan Muslimin.

Mereka baru menerima Islam setelah Mekah ditawan oleh muslimin, maka suku Bani Umaiyah inipun terpaksa menerima Islam sesudah tidak ada pilihan lagi.

Abdullah bin Sabak yang telah lama mencari jalan untuk melaga-lagakan muslimin mendapat kesempatan yang baik untuk mengadu domba Muslimin dengan bersikap membela Ali, dan menunjukkan Ali sepatutnya menjadi khalifah dengan bermacammacam alasan selain daripada bisik-bisik tentang wasiat Rasulullah s.a.w. bahwa Ali adalah penggantirnya dan khalifahnya.
Sejarah menceritakan kepada kita, Ali telah menerima pemilihan Utsman sebagai khalifah, dan sentiasa bersikap sebagai penasihat kepada Utsman sebelum Utsman dikelilingi oleh keluarganya dari Bani Umaiyah.

Kesilapan Utsman secara sedar atau tidak sedar telah menyebabkan suku Bani Umaiyali menguasai Khalifah Utsman, di mana Abdullah bin Sabak dengan begitu licin telah memainkan peranannya, sehingga api fitnah pun bernyalalah yang menyebabkan timbul pemberontakan terhadap Utsman, sedang beliau yang tetap bersikap lembut dan tidak rela berlaku pertumpahan darah sesama Muslimin akhirnya terbunuh di tangan pemberontakan yang datang dari Mesir dan Iraq.

Di saat Madinah dikuasai oleh kira-kira 6,000 pemberontakan, ketua-ketua pemberontak itu melantik Ali bin Abi Thalib men jadi Khalifah mengganti Utsman, dan memaksa para sahabat mengakui kekhalifahan Ali dengan pedang.

Peristiwa pembunuhan Utsman telah dijadikan satu isu politik oleh Bani Umaiyah dan Mu'awiyah bin Abu Sofian yang berkedudukan sebagai Gabnor dari Syria (meliputi Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin sekarang) telah mengambil kesempatan menentang Ali atas alasan menuntut bela darah Utsman yang terbunuh oleh pemberontak.

RENUNGAN KE ZAMAN SILAM (2)

Suatu hal yang malang sekali, ialah Ali sebagai Khalifah tidak dapat mengadili perkara pembunuhan terhadap Utsman, justeru secara kebetulan beliau adalah Khalifah yang ditunjuk oleh pemberontak, malah merekalah yang sedang mengelilinginya pada masa itu. Abdullah bin Sabak tetap memperlihatkan dirinya sebagai pembela Ali.

Fitnah yang telah lama dirancangkan telahpun menjadi api dan menyalakan api peperangan yang mengorbankan terlalu ramai Muslimin.

Peperangan Ali dengan Mu'awiyah sekalipun kemenangan hampir akan dicapai oleh Ali, telah dihentikan kerana tipudaya pihak Mu'awiyalh yang menjulang Quran sambil menyeru kembali kepada Allah dan RasulNya.

Tertipunya Ali, membawa kepada beliau dianggap telah dipecat dari jabatannya. Akibat daripada sikap Ali yang terpaksa berhenti perang untuk berunding, sate golongan dari para penyokong Ali mengeluarkan din daripada barisan tentera Ali, clan mereka yang pada mula berjuang bersama-sama Ali menentang Mu'awiyah mengambil sikap menentang Ali dan Mu'awiyah. Golongan ini digelar sebagai `Kawarij' di dalam sejarah umat Islam.

Peristiwa kelahiran apa yang disebut golongan 'khawarij' adalah merupakan gerakan politik oposisi yang pertama di dalam sejarah umat Islam. Golongan yang mengeluarkan diri ini menganggap Ali, Mu'awiyali dan 'An,ru bin 'Ash adalall punca dari perpecahan dan peperangan sesama• Muslimin, kerana itu mereka berpen dapat, ketiga-tiga orang ini mestilah dihapuskan. Ali telah dapat mereka bunuh, tetapi orang-orang yang ditugaskan membunuh Mu'awiyah dan `Amru bin `Ash telah tidak berjaya melaksanakan tugas mereka.

Dengan terbunuhnya Ali, para penyokonghya yang digelar Syi'ah telah melantik Hasan bin Ali sebagai pengganti dengan gelaran Imam Hasan. Tetapi demi mengelakkan pertumpahan darah sesama Muslimin, Hasan bersetuju menyerahkan jabatan Khalifah atau dengan lain perkataan mengakui kekhalifahan Mu'awiyah.

Sebab-sebab lain yang mendorong Hasan membiarkan kekuasaan terlepas ke tangan Mu'awiyah ternyata di kalangan penyokong-penyokong Ali dan kemudian dikatakan penyokong-penyokong Hasan, di antara mereka itu ada yang lebih tertarik kepada janji-janji yang lebih menarik daripada Mu'awiyah. Penyokong-penyokong Ali atau yang dikatakan Syi'ah Ali pada masa itu malah penyokong-penyokong Mu'awiyah juga adalah terdiri dari berbagai-bagai golongan dan beranekaragam pula.

Mereka kebanyakannya adalah manusia yang baru menerima Islam. Setelah kemaraan Muslimin dari Hijaz yang dipelopori oleh para sahabat yang terdiri daripada Muhajirin dan Anshar.
Mu'awiyah yang pintar telah menggunakan harta benda membeli manusia yang kebendaan, dan di atas asas kebendaan inlahi Mu'awiyah telah dapat mengumpul kekuatan dan mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.

Sebenarnya pengambil alih kuasa memerintah oleh Mu'awiyah dan diwarisi kepada ketururrannya adalah satu pencabulan terhadap konsep republik yang menjadi asas dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. bahwa pemimpin itu hendaklah dipilih menurut aturan yang telah digariskan oleh beliau. Pada waktu pegeseran antara Mu'awiyali dengan Ali bin Abu Thalib, ternyata sekali Mu'awiyah tidaklah dimasuk kira sebagai orang-orang yang layak untuk jawatan Imam atau pemimpin Muslimin.

Apatah lagi di kalangan Muslimin pada waktu itu masih hanyak Muhajir dan Anshor yang masih hidup samada dari keturunan Arab atau bukan Arab, di mana di antara mereka sahajalah orang-orang yang layak dipilih untuk jawatan Imam Muslimin atau yang digelar sejak Umar bin Khattab sebagai Amirulmukininin. Rasulullah s.a.w. telah memberi garis-garis panduan dalam perkara memilih Imam atau pernimpin yaitu:

1. Adapun yang menjadi Imam pada satu kaum itu hendaklah yang lebih mengerti isi kitab Allah.
2. Kalau mereka bersamaan tentang itu maka hendaklah yang lebih mengerti tentang sunnah Rasulullah.
3. Kalau mereka bersamaan pula tentang itu hendaklah yang lebili dahulu hijrah
4. Kalau mereka bersamaan pula tentang hijrah maka hendaklah yang lebih tua umurnya. Demikianlah antara lain panduan yang ditunjuk oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk kebaikan umatnya supaya jangan terpedaya oleh iblis ..... terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Garis panduan di atas adalah bersumber dari hadits yang dicatat oleh Muslim.

Ternyata tindakan Mu'awiyah adalah salah dan penyokong-penyokongnya juga adalah pihak yang tidak benar. Ketidak benar inilah yang mernbawa kepada tentangan dem tentangan telah diperalatkan oleh Muslimin seliingga kepada pemberontakarr oleh Abdullali bin Zubir di Mekah.

Sayarng sekali, semua tentangan itu telah dapat ditumpaskan dengan cara yang kejam olehh pemerintah di Damsyik, yang mana kerana itu bersemaraklah gerakan bawah tanah yang disusun untuk menggulingkan kekuasaan Umaiyah.

Di dalam keadaan yang kucar kacir ini, di samping kesedaran MUslimin terhadap ticlak betulnya pemerintahan Umaiyah, golongan Yahudi dan yang bukan Yahudi, tetapi mempunyai niat yang buruk terhadap Islam telah menimbulkan berbagai-bagai ragam sehingga gerakan Syiah sebagai partai oposisi berpecah-pecah dan menjadi berbagai aliran yang membawa kepada berlaku campur aduk antara 'aqidah dan urusan politik.

Perpecahan yang hebat berlaku lagi setelah kejatuhan kekuasaan Umaiyah yang diganti oleh kekuasaan Bani Abbas di dalam sejarah dikenali sebagai daulah Abbsiyah. Golongan Syiah yang telah memberi sokongan kepada gerakan bawah tanah untuk menjatuhkan pemerintahan Umaiyah, rupanya terperangkap kepada tipudaya golongan keturunan Abbas yang mempergunakan mereka untuk cita-cita yang sama sahaja salahnya seperti golongan Umaiyah. Kezaliman berlaku dengan sewenangwenangnya.

Orang-orang Syi'ah baik Arab atau Parsi menentang dengan hati mereka melalui kegiatan bawah tanah yang beranekaragam.

Syi'ah di waktu itu bukanlah satu mazhab Fiqih, malah sebenarnya diceritakan oleh sejarah bahwa mereka itu yang dikatakan imam-imam mazhab oleh orang-orang dikemudian mereka, seperti Abu Hanifah, Malik, Shafie clan Aihmad bin Hambal, adalah di antara orang yang pernah menjadi korban dari kezaliman pemerintahan di zaman Umaiyah dan Abbasiyah.

Muhammad bin Idris yang lebih dikenali sebagai Imam Shafie pernah ditangkap dan dibelenggu dengan rantai dan dibawa dari Yaman ke Baghdad bersama orang-orang lain atas tuduhan bekerjasama dengan golongan Syi'ah di Yaman yang terkenal kegiatan-kegiatan mereka di lapangan politik bawah tanah dengan tujuan untuk menggulingkan pemerintahan Abbasiyah yang pada waktu itu dipimpin oleh Harun Ar Rasyid.

Demikian yang terjadi dari segi politik sehingga Allah mendatangkan bangsa Monggol dan Tartar mengajar pemerintahan ashabiah Arab langsung dihancur leburkan mereka. Muslimin tidak berdaya mengalahkan mereka lagi.

Tetapi Allah telah mengalahkan mereka dengan menjadikan mereka menerima Islam. Dengan keislaman mereka barulah daerah Islam yang telah ditawan oleh mereka kembali kepada kekuasaan Muslimin.

Golongan oposisi terhadap politik Umaiyah dan Abbasiyah yang dikenali sebagai Syi'ali bertambah lumpuh dan lemah dan tertambah jauh menyimpang dari kebenaran oleh sebah begitu lama ditekan dan ditindas sehingga terjadilah berbagai-bagai kepercayaan tahyul yang didorong oleh rasa putus asa hasil dari kezaliman pemerintahan orang-orang yang zalim.

Setelah tidak ada daya untuk melawan lagi maka timbullah ingatan kepada Imam Mahdi justeru kerana memang ada hadlts-hadits dari Nabi Muhammad s.a.w. mengenai kedatangan Mahdi dari keturunan Fatimah yang akan memerintah dengan adil setelah orang-orang mememerintah dengan slim.

Segala kegiatan ini sekalipun untuk melawan kezaliman sejak dari mula lagi didalangi oleh seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Sabak yang berpura-pura menjadi Syi'ah Ali Onaknanya menyokong Ali). Kegiatan Abdullah bin Sabak mengadu dombakan Muslimin telah lama berlaku, dan hash dari mainannyalah maka terjadi pertentangan terhadap khalifah Utsman bin Affan.

Orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab yang ada penyakit di dalam hati mereka, telah memasukkan jarum perpecahan politik di samping memesongkan keimanan orang-orang Islam, seperti Saul atau St. Paul telah memesongkan keimanan umat Nabi Isa dan memecahbelahkan mereka sehingga menjadi golongan Katolik.

Pemerintahan khalifah-khalifah dari keluarga Umaiyah dan Abbasiyah adalah di antara perkara-perkara yang terdapat MA'ARUF di dalamnya di samping terdapat MUNKAR bersama-sama dengannya. Begitu jualah dengan yang berlaku kemudian daripada itu bertambah-tambah jua MUNKAR di samping terdapat jua di antaranya yang MA'ARUF. yang mana kerananya muslimin yang mukmin di mana-mana sahaja tidak tertahan melihat perpecahan umat Islam baik dari segi perpaduan politiknya, maupun dari sudut perbedaan perundangannya.

Hal yang demikian berjalan terus hinggalah keluar DAJJAL dalam bentuk yang luas setelah Konstantinopal atau Istanbul jatuh ke tangan Muslimin Turki, maka pada umumnya beberapa ratus tahun kemudian Muslimin pun mulai dijajah oleh kuasa-kuasa yang dikuasai oleh Dajjal dari Barat.-


sedekahkan : Al-fhatihah buat Allahyarham AMALLUDDIN DARUS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI