VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Sunday, June 7

5-BILA DAJJAL TELAH KELUAR

Andaikata anda telah membaca buku-buku saya seperti Di Balik Tabir dan Menjelang Isa Turun ke Bumi, maka mudahlah anda memahami tentang Dajjal dan Dajjal-dajjal.

Bahawa apa-apa yang telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. tentang Dajjal itu benar-benar telah menjadi kenyataan. Apabila dalam perkara Dajjal itu ternyata adalah benar terjadi seperti yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w., maka sesuatu yang bertalian dengannya mengenai Imam Mahdi dan turunnya Isa putra Maryam tentulah benar juga, justeru semua­nya telahpun disebut-sebut oleh Rasulullah s.a.w. yang mana satu dengan yang lain adalah berhubung rapat.









 













Yang demikian apabila Dajjal telah keluar selepas 29 Mei 1953 bersamaan dengan 20 Jamadil-awwal 1857 H. yaitu tarikh jatuhnya kota Konstantinopal ke tangan Muslimin, maka giliran kelahiran Imam Mahdi adalah menyusul kemudiannya.






Imam Mahdi yang dimaksudkan itu adalah lelaki yang tidak dapat dikalahkan. Malah dialah orang yang akan menawan Baitulmaqdis, dan dialah sebagai penyambut ketibaan Isa putra Maryam yang akan turun sebagai pembantunya untuk membunuh Dajjal dan Yahudi.

Dalam waktu Dajjal bermaharajalela, se­lepas zaman kejatuhan kota Istanbul (Rum Timur) ke tangan Sultan Muhammad Turki, di kalangan muslimin telah muncul lagi bebe­rapa pendapat tentang Mahdi di samping telah lahir beberapa lelaki yang mengaku diri se­bagai Imam Mahdi.

Biar apapun pendapat-pendapat dan biar siapapun yang telah mengaku diri sebagai Imam Mahdi di Maghribi., di Sudan, di India, di Iran, di Indonesia atau di manapun jua, saya tidak menerima mereka sebagai Imam Mahdi yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w., samada yang telah atau yang akan timbul, jus­teru kerana saya percaya bahwa yang dikata­kan Imam Mahdi itu jika dikaji dari sudut manapun jua, ianya tidak boleh tidak hanya akan lahir di Semenanjung Arab, dan di dalam daerah yang sekarang dikenali sebagai Saudi Arabia.

Di dalam buku Peristiwa di Masjidil­haram--Adakah Imam Mahdi Telah Muncul? saya telah menyebutkan kemungkinan ini, yang dapat difikirkan dengan teliti.

Sekarang saya mulai membawa anda mengi­kuti sebahagian daripada beberapa hadits Nabi Muhammad s.a.w. sebagai bahan untuk kita sama-sama mengkajinya, semoga kita akan mendapat jalan untuk mencari satu kesimpul­an mengenai Imam Mahdi yang oleh sebahagi­an orang di zaman kita tidak mempercayai­nya di samping ada orang-orang yang seperti saya tetap mempercayai berita kelahiran Imam Mahdi itu.

Bagaimanapun menerusi buku ini saya belum lagi akan mengupas per­soalan Imam Mahdi secara terperinci justeru kerana bila diulas akan menjadikan buku ini terlalu tebal.

Dari beberapa buku yang saya temui ada mencatatkan beberapa hadits yang dikatakan oleh penulisnya dipungut dari kitab Al ­Aga'idul Islamiyah. Saya belum membaca kitab yang tersebut, dan oleh kerana dari be­berapa buku yang saya temui telah menyalin­nya tanpa menyebut siapa penulisnya, kecua­Ii nama kitab itu, maka tidaklah saya ketahui siapakan penulis kitab Arab yang berjudul Al ­Aga'dulIslamiyah yang tersebut.

Sesungguhnya nama penulis itu saya tidak ketahui, namun beberapa hadits yang disebut di dalamnya, memang banyak terdapat di ber­bagai kitab atau buku yang lain, maka saya mengambilnya untuk pengetahuan kita ber­hubung dengan Imam Mahdi itu menurut susunan yang biasa diperkenalkan oleh kitab Al- Aga'idul Islamiyah:

1. Maksudnya: `Imam Mahdi itu akan ke­luar di akhir zaman. Adapun namanya...
Riwayat Abu Daud dan Tarmizi:

2. Maksudnya: `Imam Mahdi itu daripada ahli rumah Rasulullah s.a.w. daripada anaknya Fatimah'. Riwayat Abu Daud dan Hakim.

3.Maksudnya: `Imam Mahdi itu menye­rupai Rasulullah s.a.w. dalam perkara tingkah laku, tetapi tidak menyerupai­nya dalam perkara kejadian (bentuk tu­buh dan rupa paras). Diriwayatkan oleh Abu Daud dari perkataan Ali Radhial­lahu'anhu.

4. Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah'.
Maksudnya: `Imam Mahdi itu menye­rupai Rasulullah s.a.w. dalam perkara tingkah laku, tetapi tidak menyerupai­nya dalam perkara kejadian (bentuk tu­buh dan rupa paras). Diriwayatkan oleh Abu Daud dari perkataan Ali Radhial­lahu'anhu.

Maksudnya: 'Imam-Mahdi" itu dahinya lebar, hidungnya mancung. Dialah yang akan memenuhi seluruh Bumi dengan kejujuran dan keadilan, seperti se­belumnya dipenuhi oleh kezaliman dan kekejaman. Dan dialah yang akan menegakkan perundangan Islam dan menghidupkan kembali sesuatu yang telah ditinggalkan daripada sunnah Ra­sulullah s.a.w. Maka Islam pun menjadi tinggi dan kalimatnya berdaulat kem­bali, sehingga dapatlah diteguhkan ke­ kuasannya di Bumi.


Riwayat Abu Daud.
5. Maksudnya; "Dan di kurniakan kepadanya ( Imam Mahdi) keteguhan kekuasaan dan zaman pemerintahnya, amatlah mewah disebabkan berlaku keadilan, di mana pembahagian ekonomi berlaku disebarkan secara merata tanpa memperhitungkan berapa besar jumlahnya."

Riwayat oleh Muslim.
6. Maksudnya: `Dan pemerintahannya me­netap selama tujuh tahun'.

Riwayat Abu Daud.
7. Dan Dajjal pun datanglah (menyerang) setelah Imam Mahdi (menakluk Baitul Maqdis). Kemudian turunlah Isa, maka bercantumlah Isa dengan Imam Mahdi (memerangi dan) membunuhnya (Daj­jal). Kemudian Imam Mahdi meninggal dunia dan jenazahnya disembahyang­kan oleh Muslimin.

Demikian kesimpulan dari kitab Al-Aga'i­dul Ialamiyah berhubung dengan Imam Mah­di, di mana daripada tujuh keterangan itu dua daripadanya nyata bukanlah hadits Rasulullah s.a.w., yaitu yang ketiga dari ucapan Ali bin Abu Thalib dan yang ketujuh dari penulis ki­tab itu sendiri, kerana tidak disebutkan riwa­yatnya.

Keterangan yang tersebut di dalam kitab Al-Aga'idul Islamiyah itu, adalah sebagai pengenalan dan penjelasan terhadap orang yang dikatakan Imam Mahdi itu.

Saya kira tidak ada apa-apa yang perlu diulas mengenai­nya, kerana sudah jelas sekali maksudnya, ke­cuali yang keenam ada memperlihatkan se­dikit kesamaran oleh perkataan tujuh tahun. Justeru oleh kerana biasanya dapat juga per­kataan tujuh itu memberi pengertian kepada jumlah yang banyak.

Telah sekian lama kitab Al-`Aga'idul Isla­miyah itu lahir dan telah lama hal ini diajar­kan oleh guru-guru agama di sana sini, yang demikian tidaklah perlu saya menjadikannya sesuatu alasan untuk diulas di dalam tulisan saya pada peringkat ini, apabila ianya telah tersebar luas sejak beberapa lama dahulu.

Dajjal adalah sekumpulan orang Yahudi yang menguasai ekonomi, politik dan memu­tarkan orang-orang Kristian dan Muslimin, dan juga yang melahirkan fahaman komunis dan kerajaan Rusia yang selalu saya sebut sebagai Yakjuj.

Apabila anda telah membaca buku-buku saya yang terdahulu, akan jelaslah kepada anda betapa mainan Yahudi antara­bangsa sesuai seperti yang terkandung didalam buku The Protocol of the Elders Zion. Kelahiran Yakjuj di Rusia seperti yang di­sebut di dalam Bible-perjanjian lama, adalah dengan usaha orang-orang Yahudi antarabang­sa. Di dalam buku Di Balik Tabir saya te­rangkan mengenai ILLUMINATI, di mana Lenin dan Trotsky adalah juga anggota-ang­gota dari gerakan Dajjal itu.

Gerakan Yahudi itu telah memberi bantuan melalui orang­-orang mereka yang menguasai bank-bank di Amerika Syarikat untuk rancangan pemberon­takan di Rusia pada tahun 1917 sebesar US $45 juta menerusi cabang bank mereka di Sweden.



 


Dajjal telah lama keluar, dan Yahudi pun telah kembali berkerajaan di Palestin. Dajjal telah melahirkan Yakjuj dan daripadanya lahir pula Makjuj. Apabila Yakjuj dan Makjuj lahir dan keduanya berlumba-lumba turun dari tempat-tempat yang tinggi, maka Yahudi pun dapat memasuki kembali ke Baitul Maq­dis yang sebelumnya telah diharamkan mere­ka masuk kesana. Huraian lanjut telah ditulis di dalam buku Mahu ke mana Kita.

Persoalan Dajjal itu telah keluar, pada he­mat Saya telah berulangkali saya tulis dalam beberapa buku yang terdahulu Yang demikian telah lebih dari jelas kepada mereka yang mahu memikirkannya.

Sehubungan dengannya, ialah persoalan AI-Mahdi. Adakah ianya sudah lahir dan ada­kah ianya telah muncul?

Untuk mengkaji persoalan ini perlu sekali dikaji perkembangan politik di Asia Barat, di mana di sanalah sebenarnya punca dari segala­galanya di zaman ini, kerana manusia seluruh­nya maliu tidak mahu mesti memerhati ke sana disebabkan bekalan minyak yang men­jadi bahan yang sangat penting kepada ekono­mi, sebahagian besarnya adalah berada di sana.

Kuasa Dajjal dan kuasa-kuasa ciptaan Dajjal memandang dengan mata yang tajam ke sana. Dan mereka mahu supaya daerah simpanan minyak itu tetap berada di dalam kekuasaan mereka secara langsung atau ticlak secara lang­sung.

Bekalan minyak yang terbesar adalah ter­simpan di daerah Semenanjung Arab yang di­tunggangi oleh Dajjal-dajjal, di mana kaki Daj jal telah berpijak di sana kecuali Mekah dan Madinah sahaja yang tidak mereka masuki. Arab Saudi adalah satu kerajaan Arab yang dibangun oleh Ibnu Saud.


Cerita kebangkitan gerakan Wahabi dan Muhammad bin Saud dan anaknya Abdul Aziz ibnu Saud telah saya se­but di dalam buku Peristiwa di Masjidil­haram. Yang demikian tidak perlu diulangi lagi di sini.

Yang perlu kita teruskan ialah mengenai siapakah mereka dan adakah perkara ini tidak pernah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya, apabila kita memahami se­buah hadits Rasulullah sa.w. yang diriwayat­kan oleh Ibnu Abi Syaibah bersumber dari Abu Hurairah yang di antaranya disebut se­bagai sebahagian daripada tanda-tanda akan terjadinya SA'AH, dengan mudah sekali kita akan mengenali golongan yang dikatakan ke­rajaan Arab Saudi.

`Apabila orang-orang yang telanjang kaki­nya, telanjang tubuhnya dan pekerjaannya menggembala kambing, tiba-tiba menjadi ke­tua-ketua orang ramai, maka itu adalah se­bahagian daripada tandanya. Dan apabila para gembala kambing itu pun bermegah-megah dengan gedung-gedung besar dan bangunan ­bangunan bertingkat, maka itulah di antara tanda atau alamat.'

Demikian maksud dari apa yang pernah di­sebut oleh Rasulullah s.a.w. berhubung de­ngan tanda-tanda di akhir zaman yang akan menuju kehancuran SA'AH. Dari keterangan ini kita dapat membuat penilaian siapakah mereka itu. Demi Allah, kiranya tidaklah ke­rana seluruh kehidupanku mengharapkan ke­redhaan Allah semata-mata, tentulah kurang bijak bagi saya untuk menganalisa maksud hadits ini.

Tetapi sesuai dengan arahan Rasul­ullah s.a.w. "Katalah yang benar sekalipun pahit", maka perlu saya mengatakan sesuatu yang benar sekalipun tidak digemari oleh se­siapa yang tidak menggemarinya.

Anda bisa membaca sejarah yang men­ceritakan asal usul pemerintah di negara yang dinamakan Arab Saudi Dari sana anda menge­tahui riwayat kebangkitan gerakan Wahabi dan Muhammad bin Saud. Kemudian setelah beliau terusir, anaknya Abdul Aziz bin Saud atau lbnu Saud telah menyeludup ke Riyadh dan merampas kuasa lalu meneruskan penak­lukan ke seluruh Nejed dan Hijaz.

Mereka adalah berasal dari padang pasir dan mereka adalah penggembala kambing. Allah telah memenangkan mereka semasa mereka lemah dan miskin kerana mereka mendukung cita-cita yang mulia untuk membersihkan se­gala khurafat yang bakal membawa manusia menjadi `Syirik'.

Sayang sekali apabila kekuasaan diberi oleh Allah kepada mereka, lantas mereka menegak­kan satu pemerintahan keluarga dan bukan pemerintahan orang ramai. Pemerintahan ke­luarga bukanlah daripada ajaran Allah dan RasulNya. Pemerintahan secara ini telah ber­laku di zaman Umaiyah dan Abbasiyah yang telah ternyata membawa kepada kediktatoran dan berakhir dengan kepudaran cahaya agama Allah di Bumi ini.
PAUTAN lainnya:
The Protocol of the Elders Zion.
Muhammad bin Saud.
DINASTI SAUD : DARI MANAKAH ASALNYA MEREKA INI?DAN SIAPAKAH MOYANG KEPADA KELUARGA INI?

-------------------------------------------------------------------
Sedekahkan Al Fatihah buat ALLAHYARHAM...
USTAZ AMALUDDIN DARUS
di tulis pada tahun 1981.


1 comment:

  1. imam mahdi adalah orang melayu dan tinggal kat malaysia kalau tak percaya baca kat http://imam-mahdi.zxq.net atau http://mahdiketuamujadiddunia.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI