VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Monday, September 21

5-BILA DAJJAL TELAH KELUAR (3)

Di dalam sebuah buku berjudul Rahsia Kemenangan Islam yang ditulis dalam tahun 1962, saya telah menyentuh persoalan ini. Buku tersebut telah diterbitkan di dalam tulis­an jawi. Pada hemat saya ada baiknya kita se­dut sebahagian daripada kandungannya yang berhubung dengan pandangan saya mengenai kebangkitan Islam semula sebagai satu umat yang satu:
Umat Islam adalah umat yang satu, sekali­pun berbagai-bagai bangsa mereka itu, namun mereka tetap juga umat yang satu.

Allah telah menjadikan manusia berbangsa­bangsa, tetapi semuanya berasal dari bapa yang satu, dan tidak ada yang lebih mulia di sisi Allah melainkan orang-orang yang taq­wa. Yang demikian sebarang kesatuan atau persatuan atau persekutuan di antara bangsa­bangsa dan negara-negara umat Islam di masa hadapan tidak bererti bangsa Arab mendudukkan bangsa Pakistan. Bangsa Pakistan mem­perhambakan bangsa Melayu atau Indonesia, atau bangsa Indonesia menjajah bangsa Arab dan lain-lain di Afrika.

Tidaklah yang demikian itu dikehendaki. Tetapi berkenalan dan berkasih sayang, sakit paha kanan dirasai dipaha kiri. Bengkok yang satu yang lain memperbaiki. Lemah yang satu yang lain menguatkan. Inilah intisari per­paduan umat Islam yang dikehendaki.

Dunia komunis telah bersatu. Orang-orang Eropah telah mulai berusaha menyatukan diri. Sesombong-sombong bangsa Inggeris, oleh sebab kekuatan dan kekuasaannya, oleh sebab luas tanah jajahannya yang memberi punca kekayaan kepada mereka, oleh sebab bijak clan jauh pandangan politik mereka, tetapi se­telah kehilangan Amerika, maka Inggeris pun mulalah memberi kemerdekaan kepada jajah­an jajahannya yang dianggap tidak dapat di­kawal lagi dalam bentuk komanwelnya. Da­lam mana niat penjajahan secara baru terus tersembunyi untuk keagungan Inggeris raya, clan dengan itu segala kepentingan ekonomi­nya jua turut terjamin.

Demikian bijak dan luas pandangan ahli­ahli politik Inggeris, namun akhirnya Inggeris, oleh keadaan yang di sekeliling mahu tidak mahu telah bersedia menyatukan diri di dalam usaha pasaran bersama negara-negara Eropah. Dan mungkin akan bersedia menyatukan ke­tenteraan dan pertahanan negara-negara Ero­pah lebih dari apa yang dinamakan pakatan­pakatan pada masa ini. Dan mungkin akan terjadi perpaduan atau percantuman negara­negara Eropah yang bererti sebuah negara per­sekutuan negeri-negeri Eropah akan wujud dan satu rupabangsa akan lahir yang barang­kali akan dinamakan bangsa Eropah.

Mereka akan bersama-sama rela meleburkan diri menjadi kaum British, kaum Perancis, kaum Jerman, kaum itu dan ini, sebab proses dunia menghendaki begitu. Siapa yang tidak sanggup menggabungkan diri menjadi besar dan gagah akan hancur dan ditelan gelombang yang menjulang datang.

Justeru kerana itu, umat Islam pun demi­kian pula. Mereka hendaknya bersatu sebagai umat yang satu, bersatu di dalam keyakinan, bersatu di dalam hukum dan perlaksanaan, bersatu di dalam menghadapi semua kemung­kinan dan segala keadaan.

Sejak saya (penulis) berusia 12 tahun telah terfikir oleh saya soal perpaduan umat Islam, dan timbullah di dalam pemikiran saya, apa­lah salahnya jika kota Madinah sekali lagi menjadi ibukota Persekutuan Negara-Negara Islam.

Apalah salahnya jika kota-kota Mekah dan Madinah keduanya menjadi kota-kota dan daerah kepunyaan bersama umat Islam. Apa­lah salahnya kiranya umat Islam segera men­dekat diri antara mereka supaya dapat diwu­judkan perpaduan untuk menuju keagungan umat Islam sebagai sebuah tubuh dari tubuh­tubuh politik yang akan mengendalikan hal ehwal mereka bersama di dalam perkara ke­satuan hukum-hukum, gabungan ekonomi dan ketenteraan, di mana akhirnya dapat di wujudkan sebuah Persekutuan Negara-Negara Islam dengan sebuah kerajaan pusat yang kuat.

Di dalam dunia seperti sekarang, dan per­kembangan fikiran manusia demikian maju, bukan sahaja gerakan menubuhkan sebuah kerajaan yang besar dari satu golongan yang tertentu dapat dilaksanakan, bahkan telah lahir fikiran bagi mengwujudkan sebuah kera­jaan dunia antarabangsa ini.

Saya tidaklah hendak mengulas soal sebuah kerajaan dunia itu. Bagi saya hanya memikir­kan pertamanya sebuah pusat kesatuan politik dan ekonomi umat Islam hendaknya akan lahir secepat mungkin bagi menyelamatkan dunia dari kebinasaan oleh kegilaan manusia yang membelakangkan dan menentang Tuhan.

Sedikit kesulitan di dalam masa ini bagi mengwujudkan perpaduan dan kesatuan umat Islam ialah kerana kuasa-kuasa pemerintahan negara-negara yang ramai umat Islam sebenar­nya berada di tangan orang-orang yang tidak rela tunduk menyerah diri kepada Allah. Mereka bukan orang-orang yang dikatakan WAHUM RAKI'UN. Mereka lebih mencintai dunia dari akhirat. Mereka bersenang hati ekonomi negara berada di tangan orang lain dan kekuasaan politik mereka dengan tidak secara langsung dicampuri oleh orang lain.

Akan tetapi bagaimana sekalipun, mahu atau tidak mahu akhirnya mereka akan ter­paksa menuju ke sana. Ini akan terjadi. Sebab, andaikata umat Islam tidak mahu menuju ke sana, namun orang-orang lain telah dan sedang menyetukan diri belaka. Maka umat Islam akan terancam selama-lamanya.
Demikian sedutan dari apa yang telah saya tulis dalam tahun 1962 dahulu. Memanglah ada kesukaran dalam melaksanakan teori di atas, terutama oleh adanya kegiatan Yahudi dan kuasa-kuasa besar bukan Islam yang tidak ingin melihat teori ini menjadi kenyataan. Apa yang saya tulis adalah merupakan satu saranan yang hanya dapat dilaksanakan mene­rusi usaha-usaha yang gigih oleh siapa yang mencintai Islam dan keagungannya.

Ini ada­lah urusan politik kerana itu usaha-usaha ke arah itu perlu dijalankan di peringkat kera­jaan-kerajaan atau pemerintah yang menguasai urusan politik dalam dan luar negeri. Sung­guhpun saya seorang ahli politik dan semasa itu berkedudukan sebagai seorang senator, namun saya adalah dari barisan pembangkang, yaitu tidak termasuk dalam golongan yang memerintah.

Walau bagaimanapun apa yang telah di­tetapkan oleh Allah tetap akan berlaku. Per­tarungan besar akan terjadi di Asia Barat. Hal ini disedari oleh semua orang yang mengikuti Bible dan Qur-an. Buku saya lmpian Yahudi Menjelang Ajalnya sebagai jawaban kepada tulisan Keith W. Stump yang menulis dari sudut ramalan Bible, adalah satu penjelasan berhubung dengan kebangkitan yang telah­pun bermula. Yang demikian bersabarlah dan percayalah bahwa apabila Dajjal telah keluar, maka giliran Mahdi pun tibalah pula.

===================================


5-BILA DAJJAL TELAH KELUAR (3)

Sedekahkan Al Fatihah... buat ALLAHYARHAM...
USTAZ AMALUDDIN DARUS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI