VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Friday, December 18

6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT (3)

Kemajuan matabenda dan kemajuan-kema­juan di bidang lain dalam kehidupan di dunia ini, sama ada bagi manusia di planet-planet lain yang lebih maju dari manusia di planet Bumi dari keturunan Adam yang menyangka telah begitu maju, pada hakikatnya adalah ujian terhadap manusia sahaja.

Allah menerangkan apa yang sebenarnya pada ayat 36 untuk menambah keyakinan dan kesabaran orang-orang yang beriman:

"Sesungguhnya kehidupan dunia (keluarga matahari kita) hanyalah permainan dan senda gurau sahaja. Sebenarnya kalau kamu beriman dan takut (dan berbakti, bertagwa kepada Allah) akan diberi ganjaran kepada kamu, dan Dia (Allah) tidak akan meminta (atau mem­ persoalkan) harta benda kamu."

Demikian maksud ayat 36, justeru kerana Allah mengetahui tabiat manusia anak Adam di Bumi ini kebanyakannya bersifat tamak dan kedekut dalam berbelanja pada jalan di luar kepentingan diri mereka. Sebagai me­nambah penjelasan dalam perkara ini, Allah menambah pada ayat 37 yang bermaksud: Sekiranya Dia (Allah) meminta harta benda kepada kamu, dan mendesak kamu (agar su­paya kamu berkorban di jalan kehidupan agama Allah yang tentu akan membawa ke­baikan kepada kamu) sudah tenth kamu akan memperlihatkan kebakhilan kamu, dan (ke­bakhilan) itu melahirkan (rahsia) kebencian kamu (yang memang merupakan keburukan yang tersembunyi).

Sebagai peringatan akhir kepada orang-­orang Arab khususnya, Allah menegaskan menerusi ayat 38 yang maksudnya saya per­incikan di bawah ini untuk kemudahan anda memikirkannya:

1. Kamu ini, hai (orang-orang Arab) yang diajak,

2. Supaya kamu membelanjakan (harta kekayaan yang dianugerahkan dari punca minyak dan juga diri kamu sendiri

3. Pada jalan Allah (yaitu menegakkan yang benar menurut ajaran Allah)

4. Tetapi di antara kamu ada orang-orang yang bakhil

5. Barang siapa yang bakhil (untuk jalan Allah, tetapi boros untuk jalan syaitan) maka kebakhilan itu hanya (memhayakan) diri mereka sendiri

6. (Sebenarnya) Allah adalah kaya, sedang kamu adalah fakir (yaitu makhluk yang berkehendak kepada Allah)

7. Sekiranya kamu berpaling (yaitu ber­putar ke belakang atau murtad) akan diganti (atau ditukarkan oleh Allah un­tuk mengambil peranan menghayati Is­lam) dengan satu kaum (bangsa) yang lain daripada kamu (bangsa Arab).

8. Adapun kaum (bangsa) itu tidak (ber­sikap) seperti kamu (orang-orang Arab). Demikian secara perincian saya tulis ber­kenaan dengan keterangan Allah yang dengan tegas menyebut bahawa disebabkan kedurha­kaan orang-orang Arab bermula dari kejahilan, kebakhilan dan kesombongan mereka, maka peranan yang kepada mereka diseru dan di­ajak supaya mereka laksanakan itu akan di­serah kepada bangsa lain yang tidak berpe­rangai dan tidak bersikap seperti mereka. Ketahuilah, Qur-an adalah membekalkan kita setiap persoalan besar yang bakal terjadi, maka kerana itu tepat sekali pemberitahuan Allah seperti yang terdapat di dalam surah Al-Anbia, bahawa di dalam Qur-an itu ada ter­simpan berbagai bekalan untuk penyampaian ke jalan Allah bagi siapa yang mahu memper­ hambakan diri mereka kepada Allah.

Siapakah bangsa yang lain dari Arab yang sikap mereka tidak seperti Arab, di mana me­reka itu nanti akan memainkan peranan yang telah tidak diindahkan lagi oleh pemimpin­pemimpin dari bangsa Arab?

Setiap pembaca akan bertanya dan memang setiap orang ingin mengetahui apakah dia yang dimaksudkan oleh keterangan Allah me­nerusi ayat 38 dari surah Muhammad itu. Hal ini sebenarnya telahpun ditanya oleh para sa­habat seperti yang diceritakan oleh Abu Hu­rairah kerana mereka yang hidup di zaman ayat yang tersebut diturunkan adalah juga sangat hairan dan masing-masing ingin menge­tahui apakah maksudnya.

Beberapa pencatat hadits seperti Muslim, Ibnu Hatim dan Ibnu Jarir telah mencatatkan satu keterangan dari Abu Hurairah: "Daripada Abu Hurairah radhiallahu'anhu, katanya: Rasulullah s.a.w. telah membaca ayat ini - WA IN TATAWALLAU YASTAB­DIL QAUMAN GHAIRAKUM TSUMMA LA TAKUNU AMTSALAKUM -para sahabat ber­tanya:

Ya Rasulullah siapakah mereka itu yang apabila kita berpaling, Allah akan meng­gantikan kita dengan mereka, dan mereka itu tidak bersikap seperti kita? Abu Hurairah menyambung: Maka Nabi menepuk bahu Sal­man Farsi radhiallahu'anhu dan berkata: Orang ini, dan bangsanya! Sekiranya agama ini berada ditsuraiya (bintang) akan dapat dicapai oleh pahlawan-pahlawan dari Farsi."

Dan pada maksud hadits di atas adalah ter­lalu jelas dan nyata bahawa Allah dan Rasul­Nya telah memberitahu kepada manusia yaitu perjuangan Islam akan bertukar pimpinannya dari bangsa Arab kepada bangsa Farsi.


Ada­pun bangsa Farsi yang disebut oleh Rasul­ullah s.a.w. lebih seribu tahun dahulu adalah bangsa Iran yang dikenali pada masa kita ini. Al-Qur-an telah diturunkan semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w. Ianya disuruh baca dan difikirkan seluruh isi kandungannya.

Di dalamnya telah diberitahu oleh Allah ber­bagai-bagai perkara sebagai HUDA atau PE­TUNJUK atau PANDUAN kepada manusia di Bumi. Di dalam buku saya Satu Cabaran telah saya jadikan satu rumusan sesuai dengan apa yang diterangkan oleh Allah menerusi surah An-Nahl, yaitu Qur-an merupakan:

1.untuk menerangkan segala sesuatu yang dikelirukan oleh manusia tentang kitab­kitab Allah sebelum Al-Qur-an,

2.untuk menjadi petunjuk dan menjadi rahmat kepada manusia yang beriman, yaitu yang percaya kepada semua rukun iman,

3.untuk memberi khabar gembira menge­nai apa yang akan berlaku di planet Bumi dan di dunia (keluarga matahari) dan jugs di akhirat kelak.

Demikian tiga garis dari perutusan Allah menerusi Quran. la sudah tentu berguna dan bermanfaat kepada manusia selama manusia beriman. Apabila manusia berpaling dan mengambilnya sebagai sesuatu permainan atau sesuatu yang dibaca tanpa memikirkan setiap yang tersurat dan yang tersirat di dalamnya, maka tidaklah mereka mendapat petunjuk apa-apa daripadanya. Sesungguhnya Allah adalah benar, dan RasulNya juga adalah benar.

Bahwa Allah telah mengirim petunjukNya kepada manusia Bumi, dan RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. telahpun menyampaikan kepada manusia. Adapun anda sekiranya anda di dalam golong­an orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, maka kewajiban anda ialah menyampaikan pula kepada manusia yang belum sampai kepadanya berita yang terpen­dam di dalam kitab Qur-an sejak berabad-abad lamanya.

Bahawa apabila di sini saya menye­butkan Arab kerana memang ayat-ayat dari surah Muhammad itu dituju secara khusus kepada Arab, tidaklah bermakna kemurkaan Allah tidak berlaku kepada bangsa-bangsa lain yang juga munkar dan fasiq. Perbicaraan yang saya sebut di dalam buku Menjelang Isa Turun ke Bumi adalah jelas untuk difikirkan mengenai semuanya.

---------------------------------------------

6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT (1)
----------------------------------------------------------
Sedekahkan Al Fatihah... buat ALLAHYARHAM...
USTAZ AMALUDDIN DARUS



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI