VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Wednesday, December 29

Agama Awal Suku Aryan



Agama Awal Suku Aryan
http://www.logon.org/indonesian/s/b7_6.html

Menurut Stanley Wolpert:
Agama awal suku Aryan berpusat pada penyembahan sifat tuhan yang diberi persembahan korban yang mana dibuat dalam hal-hal tertentu bagi perkara-perkara yang baik dalam kehidupan dan untuk beristirehat selepas itu. Tidak ada dewa yang menguasai Panteon, yang melibatkan kira-kira tiga puluh tiga unsur ilahi yang dinamakan di dalam Rig Veda (A New History of India, Ed ke-2, Oxford university Press 1986 ms. 32).

Beberapa tuhan-tuhan yang utama adalah Indra, Varuna, Agni dan Soma. Wolpert mempertimbangkan bahawa Indra mungkin merupakan ketua besar yang pertama dalam penawanan suku Aryan. Indra adalah tuhan yang telah mengalahkan “iblis Vritra, di mana tubuhnya yang tidak mempunyai anggota badan menutupi semua ciptaan” (ibid. ms. 33).

Indra bersama dengan senjatanya yang “kuat dan mematikan” iaitu kilat halilintar, telah menembusi selubung gelap iblis dan melepaskan fajar. Justru, dia disamakan dengan Mithras (atau Apollo), dewa golongan Chaldean yang diperkenalkan dari padang rumput ke dalam India oleh suku Aryan. Ianya tidak boleh disangkal bahawa suku Aryan telah membawa pernyataan Buku Kejadian bersama dengan mereka sebab ia melibatkan kesukuan mereka dan menjadikan personaliti ini sebagai dewa di dalam bentuk penyembahan leluhur. Kita telah melihat di sini pandangan Wolpert mengenai Indra, membandingkan di India dengan persamaan di antara dewa-dewa dan pernyataan Buku Kejadian dalam leluhur mereka.

Sebagai contoh, Seri Nu adalah tuhan kekayaan dan wang, manakala Nu adalah perkataan nama dari Chaldean dan Aramaik timur atau nama Arab bagi Nuh. Shiva adalah bentuk Sheba bersaudara dengan Dedan dan anak lelaki Raamah, saudara Nimrod, Seba, Havilah, Sabtah, dan sabtecha, yang mana semuanya adalah anak-anak Cush dari anak-anak Ham (Kej 10:6-8).


Raksasa itu adalah orang besar dalam dongengan Hindu, yang bersamaan dengan golongan Nephilim dalam pernyataan buku Kejadian. Suku Aryan telah menceroboh dari Scythia dan kita tahu bahawa ini adalah wilayah yang diduduki oleh orang kuno Scotland pada masa yang sama ketika pencerobohan ini berlaku (petikan Elizabath Wayland Barber, The Mummies of Urumchi, Norton, NY & London 1999). Kita juga tahu bahawa Daud telah mengadakan ekspedisi ke Scythia dalam Mazmur. Brahman mungkin dikenal pasti dengan Abraham dan pasti secara linguistik.

Virtra juga adalah lambang kepada kuasa suku Aryan awal iaitu “waden” kepada “tuan dasa”. Jadi mungkin terdapat unsur sejarah dan juga maksud kosmogonik yang di sampaikan inti pati kemenangan suku Aryan (ibid.).

Sejurus kemenangan Indra telah diperolehi, bagaimana pun, Varuna, Raja kepada Universal Orde (pada mulanya disebut rita dan kemudian dharma) telah mengambil kedudukan pusat dalam kekuasaan Keagamaan suku Aryan (ibid.).

Sebagai hakim ilahi dia telah dipertalikan dengan tuhan matahari Surya dan bersama dengan satu daripada manifestasinya yang lebih rendah di dalam Rig Veda, Vishnu yang bersama dengan Mitra menginkarnasikan sistem Matahari. Vishnu dan Shiva berkongsi “kekuasaan monoteistik yang sebenarnya ke atas Hinduisme (ibid.). Agni iaitu tuhan api merupakan cermin kepada matahari dan adalah satu lagi aspek manifestasinya dan Soma tuhan Kekekalan, yakni roh yang memberikan ‘kebebasan’ dan menguatkan ‘roh’ memperpanjangkan hidup dilambangkan sebagai satu minuman. “Antara lambang-lambang kuasa semulajadi yang lebih rendah yang disembah oleh suku Aryan Vedic, adalah yang paling disenangi iaitu Ushas, digelar subuh, “rosy-fingered” (berjari merah) anak perempuan kepada langit.” (ibid. ms. 34).
Wolpert menyimpulkan bahawa “Kesederhanaan yang seolah-olah di lihat dalam sifat agama suku Aryan telah dikaburkan tidak lama kemudian oleh pencarian golongan Vedic bagi pemahaman terhadapa asal-usul Kosmik dan kendalian ke atas kuasa kosmik” (ibid.).

Fungsi alam semesta yang betul bergantung kepada kedua-dua tuhan-tuhan dan manusia yang melaksanakan tugas individu mereka yang sejajar dengan rita susunan yang benar. “Iblis atau pembohongan selalu mencuba untuk memusnahkan keseimbangan yang sempurna tersebut, memulakan air bah, membawa kekeringan serta kelaparan” (ibid.). Mereka tampak seperti gila atau binatang yang merbahaya, serangga-serangga dan wabak sampar. Tersepit di dalam pergumulan, satu keseimbangan yang renggang telah dikekalkan oleh upacara korban untuk mendesak dewata-dewata yang baik untuk mengalahkan iblis-iblis.

Kebenaran (rita) selalu boleh ditumbangkan oleh pembohongan (an-rita), sama seperti “yang benar” (sat) atau dunia yang wujud yang mungkin selalu disamarkan oleh khayalan atau “tidak benar” (asat ilusi, fantasy, dan ketakutan yang tidak wujud dan kengerian. Perkataan sat, yang mana membawa maksud asal “kewujudan” adalah disamakan dengan kebenaran kosmik dan prinsil etika yang mendasarinya iaitu kebenaran. Bagi golongan Vedic, alam semesta dibahagikan di antara permukaan bumi dan kubah langit di atasnya, bahagian alam yang menang, dan iblis kegelapan di bawah dunia ini, di mana ianya sesuatu yang tidak benar dan pembohongan akan menguasai semua (ibid. ms. 34-35).

Kosmologi ini secara jelas berasal-usulkan dari golongan Kasdim dan (seperti sistem animistik kasdim yang awal) telah berkembang lebih jauh lagi semasa penciptaan Rig Veda sehingga penciptaan beberapa dewata-dewata yang lebih tinggi, “yang mana semua memeluk kualiti-kualiti dan sifat tersendiri yang lebih hampir menyerupai tuhan-tuhan monoteistik daripada panteistik” (ibid). Prajapati (Tuhan kepada makhluk-makhluk) muncul lebih komprehensif daripada Indra seperti Visvarkamon “Pencipta kepada segala sesuatu” dan Bahmanaspati “Tuhan kepada ucapan kudus” yang mana memberi reflek kepada kuasa imam-imam Brahman yang kian meningkat. Mereka mendewakan percakapan itu sendiri sebagai Dewi Vac, satu bentuk perempuan, mungkin berasal dari aspek perempuan rahmat, tetapi tidak dikelirukan dengan konsep Perkataan Allah sebagai Mesiah di dalam tradisi alkitabiah.

“Prinsip evolusi penciptaan monistik, bagaimana pun, hanya muncul di bahagian akhir Rig Veda (Book X, hymn 129), apabila kita mendapati kataganti neutral dan angka numeral, Tad Ekam, “Yang Satu,” disebut sebagai sumber dari semua penciptaan mendahului perbedaan dari segala macam jenis dan semua kedewaan, kewujudan diri, penjanaan diri, unik.”Maka tidak ada dari salah satu ketidakwujudan (asat) dan kewujudan (sat). Tidak ada langit maupun kolong lelangit melebihinya. Apakah yang melipuit semuanya? Dimana? Apakah perlindungnnya? Adakah kedalaman air yang tidak dapat diukur?” * mulai oleh nyanyian Vedic yang cepat berkembang dan yang paling unggul ini. Ia diteruskan:
“maka tidak terdapat kematian mahupun kekekalan.


Tidak terdapat kilauan pada waktu siang mahupun malam.
Yang satu (Tad Ekam) bernafas (menjadi hidup), walaupun tidak di inspirasikan oleh nafas, namun oleh potensinya sendiri. Di sampingnya tidak ada yang wujud. Terdapat kegelapan yang disembunyikan oleh kegelapan pada mulanya. Ini semua adalah bah yang tidak dapat diterangi. Yang pertama (dengan kuasa evolusi) yang mana disembunyikan oleh kulit kerang, Yang Satu, telah lahir melalui kuasa kehangatannya (pengeraman yang creatif) sendiri.”

(* Dipetik dari W. Norman Brown, Man in the Universe (Berkeley and Los Angeles: University of California Press, 1966, ms. 29-30.))


Dari konsep kehangatan atau tapas ini, muncul konsep tapas yang digunakan di dalam kontemplasi. Keinginan karma, sumber kepada “Yang Satu” mengadukkan, sumber di belakang penciptaan sebagai bererti kasih. Golongan Aryan Yogi awal dari Mohenjo-daro telah menggabungkan semula sistem Dewi ibu, kembali ke dalam kesederhanaan animistik Shamanisme nomad golongan Aryan dan teologi awal golongan Kasdim telah muncul semula di dalam sistem monistik, walau pun begitu, ia berbeza dari Mithras Anahita barat atau sistem Paskah (Astarte) Dewi Ibu.

Perluasan golongan Aryan di bahagian timur telah membangkitkan epik Mahabharata, yang mana memberi reflek kepada peperangan yang tak kunjung akhir dan kengerian perang berbagai pihak. Ia mencatatkan peralihan dari nomadisme kependetaan kepada kerajaan-kerajaan wilayah dan perkembangan konsep diraja yang mana telah memberi reflek di dalam pergumulan, konsep-konsep baik dan jahat politeistik yang membingungkan, yang mana mengandungi elemen-elemen perkauman yang teguh. Zaman Vedic yang seterusnya memperlihatkan kombinasi sistem golongan Varna dan yang berasal “lahir” yang berhubungan dengan sistem jati. Gabungan unggul tiga bahagian Imam di divisi Indo-Eropah, para pahlawan dan orang biasa, langsung tidak memadai di dalam penawanan orang India dan golongan Aryan telah dipaksa untuk mengadaptasi (lihat Wolpert ms. 41 untuk ulasan).

Konflik ini dijadikan upacara di dalam Vedas dan telah dianggap membentuk peperangan-peperangan di antara tuhan-tuhan dan iblis-iblis. Kisah-kisah sejarah ini telah diabadikan di dalam Ramayana dan Mahabharata.
Keseluruhan Ramayana mungkin dibaca sebagai satu khiasan golongan Aryan dan konflik golongan Aryan awal memuncak di dalam “penawanan” golongan Aryan di sebelah selatan (ibid. ms. 40).


Sementara penawanan kaum Aryan bertambah, golongan orang yang berada di kasta yang kelima, yakni golongan buangan (panchamas) telah bertambah.
Sistem jati adalah dari kaum Aryan awal dan lebih kompleks untuk diuraikan.
Tradisi di India telah distabilkan ke dalam “Keunggulan” Aryan atau tradisi Sanskritik dan tradisi kaum Aryan awal yang “kecil”. Tradisi dan perundangan kaum Aryan telah melapisi tradisi pribumi yang lebih luas, yang mana telah menyerap serta menyatukan mereka dengan adat istiadat mereka. Rakyat golongan petani telah mengembangkan agama Animistik pribumi dengan adaptasi Shamamistik bersama dengan Mistisisme, dengan tidak mengambil kira Sankrit dn tradisi-tradisi yang lain.

Pemberontakan upanishad terhadap Brahmanisme yang muncul di daratan Timur Gangeric pada kurun yang kelapan BCE telah diketuai oleh Gurus yang berkuasa ke atas golongan Kastria dengan cela atau penuntut dalam seminar-seminar rimba. Pemberontakan terhadap kaum Ortodok telah menjadi pergumulan Kastria-Brahmin bagi keunggulan Varna. Pergumulan ini mengembangkan kaedah yang berbeza untuk mendapat pembebasan atau liberalasi (Moksha) yang mana selepas ini menjadi tujuan mutlak meditasi Verdic.

Konsep Atman telah berkembang dalam zaman ini, dari keasalan erti di dalam Rig Veda “Nafas” (sama erti dalam perkataan Ibrani Nephesh. Epik Gilgamesh berhubungan dengan konsep nafas dan manusia itu sebelumnya adalah tanah, tetapi memperkenalkan konsep roh Enkidu yang keluar dari dalam tanah) (lihat Wallis Budge ms. 86-97).
Atman berkembang dari “nafas” kepada konsep diri, kemudian kepada konsep jiwa dan kemudian kepada penjiwaan element yang menyeluruh. (Wolpert ms. 45).
Ianya dari Rig Veda bahawa konsep kekekalan adalah sebagai sifat lazim manusia purba (Air-air atau kekalutan) yakni, “ ‘di dalam sini adalah kekekalan, adalah balsem penyembuh (1:23. 19)’. Air-air itu layak sebagai cakerawala (V.2:11 Svarvatih)” (Jeanine Miller – The Vedas – Rider – 1974 ms. 34). Di antara Vedic penciptaan matahari oleh Indra dengan membunuh ular Vrta, dan yang kebelakangan, Arthaveda IV.10:5, matahari itu menjadi divakara “lahir dari laut, lahir dari vrta” supaya keasalan Vrta (IV:19:3)” tidak dianggap sebagai ular yang merbahaya tetapi sebagai kuasa asasi masa kekalutan yang dijelmakan. Bagi A.B. Keith ini adalah ... satu legenda kebelakangan Athervaveda yang tidak masuk akal (yang mana) menganggap matahari sebagai divakara yang lahir dari iblis Vrta, satu contoh yang baik dalam kesalahfahaman mengenai kerumitan dongengan-dongengan kuno ini.” (ibid. ms. 36). Penciptaan matahari menjadi terang dan terang menjadi matlamat kepada pencerahan.

Manusia boleh menjadi tuhan kerana sifat semulajadi pada makhluk manusia mula-mula yang kekal. Kekekalan dipercayai selalu wujud di dalam penciptaan.

Dalam peralihan zaman Vedas ini lah kedudukan falsafah telah di dirikan, yang membolehkan kemunculan Kepercayaan Buddha.

Bagi Kekristianan, tidak ada peralihan seperti itu secara Alkitabiah. Ianya secara khusus disangkal di dalam Kristian yang diselamatkan oleh pemilihan, penurutan dan Rahmat. Dengan sebab ini adaptasi sinkretik dalam sistem Indo-aryan secara falsafah tertarik kepadanya, dan ianya dari amalgam kultus Misteri di dalam sistem mithras, yang telah mencipta Kekristianan moden dengan doktrin jiwanya, yang mana berasal-usulkan Socratic (lihat John Burnet The Socratic Doctrine of the Soul in Proceedings of the British Academy 1915-1916, ms. 235 dan Early Greek Philosophy, edisi ke-4. Adam and Charles Black, cetakan 1958, ms. 84).
Ini adalah maksud ekspresi ular di dalam Kejadian 3:4-5 “Tetapi ular itu berkata kepada perempuan itu “kamu sekali-kali tidak akan mati”. Tetapi Allah mengetahui bahawa apabila kamu memakan buah ini, mata kamu akan terbuka, dan kamu akan menjadi seperti Allah, mengetahui perkara yang baik dan jahat.”

Ramayana
http://www.logon.org/indonesian/s/b7_6.html

Ramayana didakwah telah ditulis sebelum 500 BCE, bagaimana pun, “epik kernalnya sebenarnya seolah-olah mendahului Mahabhrata, kerana tidak ada rujukan yang dibuat mengenai pahlawan perang di dalam ramayana, walaupun cerita mengenai Rama dan Sita diketengahkan beberapa kali di dalam karya yang lebih panjang.” (Wolpert ms. 39).
Rujukan bagi Rama dan Sita, atau bagi Ramah dan Shiva secara umum tidak lah begitu mengejutkan, sebab orang India dikenali dengan nama-nama leluhur ini. Secara Alkitabiah, seperti yang kita dapati di atas, nama-nama ini dicatat sebagai anak-anak Cush, di mana anak-anak Ramah adalah Shiva dan Dedan (Kej 10:12 dan 1 Taw 1:9).

Di sana, keturunan Cush ini, mungkin merupakan suku kaum Indu yang berkulit gelap di Mohenjo-daro dan Harrapa. Yehezkiel merujuk bangsa ini di dalam 27:22, yang menunjukkan bahawa para pedagang kemudiannya mengendalikan perdagangan rempah yang beroperasi sebagai pedagang bersama dengan Tyre. Sekarang pengendalian rempah dan emas dari wilayah india telah diberi efek oleh orang-orang India, pertamanya di bawah struktur penganut animistik, yang mana menjadi sukar di bawah sistem-sistem kasta, tetapi perdagangan yang terjadi seterusnya sekali lagi dibantu oleh pelaut-pelaut penganut Buddha yang kurang cenderung di dalam pengkelasan kasta. Jangka masa Yehezkiel bagaimana pun adalah pra-penganut Buddha. Fakta yang utama rujukan ini adalah untuk membentuk secara mutlak, perhubungan yang tetap di antara Timur Tengah dan India telah didakwah bahawa kosmologi serta konsep yang ada mengenai perkara baik dan jahat, seperti yang difahami oleh orang Asia barat, telah pun difahami oleh orang-orang ini tanpa bantahan. Percubaan yang seterusnya untuk menyetempatkan perwujudan Ramah dan Shiva ini, seperti asal-usul suku Aryan dari Mahabhrata dan Ramayana adalah, terlalu kaku di dalam aplikasinya dan mengabaikan efek sinkretik ke atas masyarakat-masyarakat di sepanjang abad.


YOGA, PANTEISME DAN MONOTEISME
http://www.logon.org/indonesian/s/b7_6.html

Sinkretik Panteisme orang India
Upanishad terawal telah menyatakan jenis kepercayaan Panteistik Brahmanisme, sebelum ianya dikembangkan ke dalam Vedanta Sankara yang disistemkan.
Pada kurun yang ke-4 BCE bentuk kebaktian yang dipanggil Bhakti sebagai edorasi dalam pengertian kasih yang ditujukan kepada Allah telah muncul, pertamanya di dalam karya-karya penganut Buddha. (George A Grierson, Article "Bhakti-Marga" - E.R.E. Vol. 2, ms. 539).

Kesetiaan iman membabitkan bukan sahaja Allah perseorangan, tetapi juga Satu Allah dan ianya justru tidak dapat disangkal lagi bahawa konsep-konsep penganut Buddha harus mengembangkannya di India. Pada dasarnya sikap monoteistik di dalam pendirian keagamaan, ia mendapat ungkapan di dalam tahap awal, tetapi mendapati tidak ada kemajuan di antara penganut politeistik yang ramai. Brahman dari India Utara sendiri, hanya mengalami dasar fahaman Panteisme dan ia jatuh kepada suku Ksatriya di wilayah asing, yang tidak menyangkal pengikutsertaan keagamaan, untuk mengembangkan sistem monoteist. Hak keagamaan telah dimonopolikan oleh para Brahman di wilayah tengah di mana suku Aryan mengembangkan Sankrit dan di mana nyanyian Vedic telah dikumpulkan dan disusun.


Ianya dari para pemikir asing yang menimbulkan falsafah atheistik lama – iaitu Sankhya yang mana secara kategori menyangkal kewujudan Allah tertinggi dan tidak menyangkut pautkan dirinya dengan etika (ibid. ms. 541). Di sini Sakya – Simha atau Buddha dan Mahavira menubuhkan kepercayaan Buddha dan agama Jain (E.R.E. ibid. ms. 540).
Bagi tambahan dalam perkara ini, Janaka, Raja yang tersohor di Mithila, telah dihubungkan kaitkan dengan keasal-usulan agama Bhagavata, ditangani di sini di bawah seksyen mengenai “Monoteisme orang India”

Monoteisme orang India
Perkembangan fahaman monoteisme adalah berasal-usulkan dari bentuk penyembahan matahari.

Yang mana merupakan warisan yang lazim dari kedua-dua cabang orang Aryan – suku orang Iran dan India.
George Grierson menyatakan ungkapan yang boleh mendemonstrasikan bahawa:
Semua lagenda yang mengenai asal-usul agama Bhagavata adalah dihubung kaitkan dengan matahari.


Dan akhirnya:
Dalam tahap-tahap yang seterusnya di dalam agama Bhagavata, adorasi ini dikenali sebagai Visnu, dewata yang, di dalam kesasteraan kuno India, telah disembah sebagai tuhan matahari (ibid).


Sama ada ianya berkembang dari penyembahan matahari atau tidak, penubuhnya ialah Krisna Vasudeva dari suku asing Yadava, yang telah diberikan kehormatan ilahi pada kurun yang ke-4 BCE. Dalam bentuk aslinya, agama ini bersifat monoteistik bersama dengan makhluk tertinggi yang berkekalan, yang penuh dengan rahmat. Keselamatan terdiri daripada kehidupan yang bahagia terus-menerus dekat dengan dia. Di atas Grierson mengikuti Profesor Bhandarkar dan Garbe.

India selalu cenderung untuk menggabungkan agama-agama dan falsafah dan sepanjang masa agama Bhagavata telah diberi landaskan falsafah, dan sistem-sistem asing adalah Sanhkya dan cabangnya, iaitu Yoga. Dua sistem ini mempengaruhi bukan sahaja Bhagavata tetapi juga fahaman Buddhisme dan Jainisme, (bertentangan dengan pendirian Deussen bahawa Sankhya adalah perkembangan Vedantisme).

Grierson percaya bahawa jambatan di antara Ateis tanpa-etika Sankhya dan yang beretika kuat iaitu monoteis agama Bhagavata, adalah dihasilkan oleh faksafah Yoga. Dia percaya bahawa:
Kepercayaan di dalam kuasa yang diperolehi oleh praktik Yoga; atau konsentrasi, sejenis fahaman Shamanisme, telah wujud di India sejak berkurun-kurun, dan ini telah menjadi satu cabang falsafah apabila kuasa yang diperolehi adalah diperuntukkan untuk memanfaatkan bagi memperolehi pengetahuan yang diminta oleh Sankhya. Pengajaran Yoga termasuk kesusilaan, dan kecenderungan etika Bhagavatisme telah membawa kepada kehilangan fahaman ini sendiri dengan perkembangan Sankhya dan bukannya dengan sistem induk. (Grierson E.R.E. ibid. ms. 541).



Grierson membuat satu fakta yang sah di sini apabila dia menyatakan:
Sistem falsafah, kerana ia berbeza dari keagamaan, adalah semata-mata untuk pembelajaran sahaja, dan para doktor sistem Yoga sedia menerima satu perikatan bersama dengan agama seperti Bhagavata, yang mana membawa iman kepercayaan yang termasyur di pihak mereka. Mereka membayar harga untuknya. Mereka menambahkan tuhan kepada sistem Sankhya dan Yoga menjadi Teistik.

Allah yang mereka terima telah ditambahkan tanpa memberi efek kepada sistem secara asal, bagaimana pun, falsafah mereka disumbangkan kepada Bhagavata bersama dengan beberapa syarat-syarat teknikal, tidak terkecuali syarat dalam Yoga sendiri. Bersama dengan mereka Yoga secara beransur-ansur mengubah maksudnya dari “konsentrasi fikiran” kepada kebaktian kepada tuhan, justru mendekati maksud Bhakti, tetapi tidak memasukkan idea kasih, yang mana merupakan bahagian yang perlu dalam kepentingan maksud perkataan itu.


Semasa perkembangan ini, yang Disanjungi Bhagavata juga mengadaptasikan Sankhya – Yoga gelaran bagi Allah; Purusa atau “Male” yang mana adalah Sankhya gelaran bagi jiwa manusia dan sistem Yoga percaya keadaan bentuk ini, sebagai jiwa yang khusus yang memiliki pengetahuan yang tertinggi serta kuasa. Penambahan kepada gelaran Narayana dari Nara, Male Utama dan seperti di atas, Vasudeva, kemudian berkembang ke dalam tahap yang kedua dalam agama tersebut selepas kurun yang ke-4 BCE bersama dengan penyerapan ke dalam fahaman Brahmanisme. (ibid. ms. 541).

Penyebab serta merta dalam penyatuan ini adalah kerana kebangkitan fahaman Buddhisme di wilayah asing, seperti prof Garbe cadangkan bahawa kehidupan yang dihasilkan dan kematian pergumulan dengan kuasa buddhisme telah diubah oleh adaptasi sifat persamaan di antara kedua-dua Brahman dan Bhagavata sebab ianya tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan buddhisme.

Grierson mencatatkan bahawa Brahman mempunyai sekurang-kurangnya bayangan Panteos dan walaupun boleh memenangi Bhagavata ke pihaknya, mereka menyukai Yoga, yang harus membayar harga untuk perikatan persekutuan. Harga ini, pertamanya, “identifikasi kepada yang Disanjungi bersama dengan Vedic kuno tuhan matahari, Visnu (Vishnu), masih merupakan objek penyembahan yang termasyur di antara golongan politeistik kelas bawahan di wilayah tengah; dan keduanya, pengakuan keagamaan ortodoks dalam monoteisme Ksatriya.” (ibid).

Lagenda dalam sifat peranan Ksatriya dan Brahman yang boleh berubah-ubah telah berkembang, walaupun sama seperti janaka, Bhagavata, menjadi Brahman. Grierson mencatat bahawa satu perkembangan utama dalam perikatan ini ialah bahawa inkarnasi Visnu di Wilayah tengah sebagai Parasu-Rama, golongan Brahman secara lahir yang mana telah mengalami inkarnasi semata-mata untuk pemusnahan Ksatriya, harus diakui oleh golongan Brahman, di dalam konsekwensi perikatan tersebut, yang telah dikalahkan oleh inkarnasi Rama Chandra yakni inkarnasi pertama Ksatriya. Fakta yang tidak disenangi ini dicerca di setiap tempat, tetapi walau bagaimanapun, ianya diakui dengan sepenuhnya di dalam Ramayana, catatan resmi Brahman 1 1xxv, ff. (ibid.).


Campuran sinkretik ini telah selesai dilaksanakan di atas dasar yang terus-menerus di mana sahaja fahaman Brahmanisme berhubungan dengan agama lain. Ianya berlaku di seluruh Asia dan Asia Tenggara, dan ianya merupakan jenis sinkretisme yang senang diadaptasikan. Dewata-dewata setempat atau penduduk asli telah diketahui serupa dengan Siva, atau beberapa anggota Bramanical Panteisme yang lain dan perbezaan kasta akan diberikan selepas mualaf.

Selalunya mereka dinyatakan sebagai Rajput, atau dalam perkataan lain, dari kelas golongan Ksatriya. Adat istiadat penduduk asli dan kepercayaan pada mulanya ditinggalkan tanpa disentuh dan dalam beberapa generasi tidak ada lagi penyokong berkobar-kobar yang menuntut keimamatan Brahmanical yang boleh didapati selain dari mereka yang masih dalam keganasan yang mendalam. Dalam banyak cara yang sama Bhagavatas menjadi mazhab Brahmanized yang menentang golongan Brahman (Grierson ibid).

Bahagian awal Bhagavad Gita mencatatkan akomodasi dan penyesuaian awal dan seperti yang dicatatkan berulang kali selepas kejatuhan Bhagavata di bawah kekuasaan golongan Brahman. Catatan awal mengenai ini ditemui dalam bahagian Bhagavad Gita yang seterusnya dan termasuk dalam kurun kedua awal era semasa.

Di utara India di mana Wilayah Tengah Brahmanisme yang terkuat, Bhagavatas turut mengakui kebenaran Brahmanisme dan mengesahkan Yang Disanjung bersama Pantheos, walaupun Grierson berpegang bahawa mereka tidak pernah menjadikan Pantheisme sebagai bahagian yang penting dalam agama.


Di kalangan Bhagavatisme, Yang Disanjungi menjadi lebih terpencil dalam pengabungan dengan Brahmanisme dan penghapusan daripada penyanjung adalah mempercepatkan mazhab Alakhnamis dan usaha untuk ‘melihat mereka yang tidak boleh dilihat’.
Kegagalan untuk menyediakan objek individu yang disanjung di bahagian sinkretik Bhagavatisme yang terakhir, membawa kepada teori inkarnasi yang mana, wujud dalam pelbagai bentuk dan upacara untuk tujuan berbeza, menjadi objek bhakti dan bukannya daripada Yang Disanjungi sendiri.

Idea Inkarnasi ketuhanan adalah yang tertua di India, berasal daripada lagenda kesusteraan Vedik yang terawal. Pelbagai tuhan, Brahma, Visnu atau Indra, pada asalnya diinkarnasi bagi menyelamatakan tuhan atau penguasa dunia. Bagaimanapun, oleh perpaduan Bhagavatisme dengan Brahmanisme, inkarnasi telah dipusatkan kepada tuhan Matahari, Visnu.


Sistem ini kemudiannya menyeduk konsep pahlawan, awalnya bersifat separa ilahi dan kemudian sifat manusiawi, sebagai inkarnasi atau keturunan (avatara) telah berkembang, justru termasuk Rama-Chandra, Krisna dan juga Buddha. Brahman ortodox mengambarkan sepuluh contoh inkarnasi. Dua darinya, Ksatria Rama-Chandra dan Kastria Krsna adalah penambahan terakhir:
Hampir pasti ditambah dalam senarai penurutan Bhagavata yang mudah dipengaruhi, sama seperti nama Buddha yang mungkin ditambah bagi mengeluarkan fahaman Buddha yang lemah dalam bidang Brahmanikal.

Contohnya adalah Krsnu, Vasudeva, telahpun disebut, dan juga menantu Janaka, Rama Chandra, ‘keagungan Bangsa Solar’(Grierson ibid. m.s 542). Inkarnasi ini telah menjadi objek utama dalam kebaktian.

Ini berkembang ke dalam konsep kuasa tenaga dalam sakti, semangat hidup sebagai satu sifat ilahi yang mempunyai keperibadian yang berasingan. Konsep ini bersesuaian dengan sistem Triniti atau tritunggal Indo-Aryan Barat dan kedua-dua konsep mungkin berasal dari sumber yang sama.

Penyembahan Sakti sebagai satu kuasa tenaga, telah menjadi unsur yang utama pemujaan Shiva, tetapi ianya juga di dapati di antara penganut Bhagavata. Oleh kerana Visnu dikenali sebagai yang Disanjungi, pasangannya, Laksmi, telah dikenali sebagai kuasa tenaga yang Disanjungi. Dia adalah satu bersama dengan dia namun dia berbeza dengan dia, “tidak membaurkan orang itu mahu pun membahagikan unsur”.

Ayat ini secara sengaja membisu mengenai dia. “Dia sudah melakukan semua yang dia harus lakukan”, namun dia juga tampak “sebagai agen yang aktif yang menyebarkan dengan luas iman yang benar yang dia telah belajar dari Yang Disanjungi.” Grierson berupaya menyatakan bahawa “dewata monoteistik Bhagavata telah menjadi Oknum Triniti dalam Kesatuan, yang terdiri daripada yang tertinggi, inkarnasinya dan kuasa tenaganya.

Kemiripan kepada doktrin Triniti Kristian telah ditandai, lebih lagi apabila kita mengingati bahawa di antara penganut Kristian Siria, Roh Suci telah dinyatakan sebagai seorang perempuan dan telah dikenali sebagai Mariam yang perawan.” (ibid). Grierson percaya bahawa ianya agak berkemungkinan, bahawa doktrin trinitarian Bhagavata telah berkembang di bawah pengaruh Kristian yang awal.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI