VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Wednesday, December 8

Tujuh Sangkakala

Tujuh Sangkakala
Tujuh sangkakala Wahyu membawa kepada Mesias. Perang-perang zaman akhir adalah sebahagian dari urutan ini. Urutannya yang sebenar diperincikan dengan carta alir meterai-meterai dan sangkakala-sangkakala itu.

Tujuh Sangkakala
Struktur Meterai Ketujuh

Sebelum ini kita telahpun bincangkan konsep-konsep kesusahan besar dan tanda-tanda langit serta pemeteraian 144,000 itu. Kita kemudiannya pergi kepada konsep waktu sunyi senyap di syurga selama setengah jam. Waktu sunyi senyap ini adalah titik perubahan. Kita dimeteraikan. Kemudian sunyi senyap, yang memperkenalkan aktiviti-aktiviti atau proses-proses yang membawa kepada kedatangan Mesias. Setiap orang di atas bumi, melalui tanda-tanda di langit itu, tahu bahawa Mesias datang. Sebaik saja tanda-tanda langit itu berlaku orang ramai akan sedar akan kejadian langit itu. Raja-raja dan jeneral-jeneral ini kemudiannya semua berkata “sembunyikanlah dari kemurkaan Dia yang akan datang”. Mesias akan datang, namun dia belum sampai ke situ lagi. Ianya jelas dari tanda-tanda langit itu bahawa kebanyakan orang, termasuk para pemimpin planet ini, tahu bahawa Mesias akan datang. Mereka semua tahu bahawa ada sesuatu yang akan berlaku.

Kita akan perhatikan Matius 10 dan meneliti apa yang dikatakan Kristus.
Matius 10:16

"Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, Kita semua ada di situ seperti domba di tengah-tengah serigala. Kita tidak berada di situ dengan kuasa. Biasanya apabila seekor domba diletakkan dalam kumpulan serigala, ia menjadi makanan. Jadi kita tidak pergi ke situ dengan kuasa untuk membereskan orang-orang ini. Kita pergi dengan kuasa Roh Kudus.sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.

Ini bermakna bahawa kita harus menggunakan konsep-konsep ini dan kuasa Roh Kudus, supaya kita tidak membuat sebarang kesalahan. Bagaimanapun, kita berdiri untuk Tuhan dan kita tetap menjadi saksi walaupun kita tidak memiliki kekuatan fizikal seperti mana mereka memilikinya. Kuasa Roh Kudus dapat merobohkan segala kubu benteng. Ianya bukan kelemahan dari segi Roh Kudus apabila kita keluar ke tengah-tengah mereka. Bukan dengan keperkasaan ataupun kekuatan tetapi dengan RohKu firman Tuhan Semesta Alam (Zakharia 4:6)

Matius 10:17-24 Tetapi waspadalah terhadap semua orang; karena ada yang akan menyerahkan kamu kepada majelis agama dan mereka akan menyesah kamu di rumah ibadatnya.

18 Dan karena Aku, kamu akan digiring ke muka penguasa-penguasa dan raja-raja sebagai suatu kesaksian bagi mereka dan bagi orang-orang yang tidak mengenal Allah.

19 Apabila mereka menyerahkan kamu, janganlah kamu kuatir akan bagaimana dan akan apa yang harus kamu katakan, karena semuanya itu akan dikaruniakan kepadamu pada saat itu juga.
Seringkali kita harus berdoa untuk inspirasi agar Tuhan dan Roh Kudus akan memberikan kita hal-hal untuk dibicarakan. Tuhan memberi kita apa yang kita perlu. Biasanya, persiapan adalah perlu bagi sebarang pekerjaan yang baik.

Bagaimanapun, Tuhan memberi kita kata-kata untuk diucapkan ketika dalam keadaan tertekan dan pencubaan. Dia menyediakan apa yang kita perlu dan Dia juga melakukan hal-hal tertentu untuk memberi kita pengajaran.

anya menjadi jelas bahawa terdapat pengajaran dalam cara dengan mana kita diuruskan.

Sangat sedikit saja kebetulan dalam kehidupan kita. Kita tahu bahwa Tuhan sedang menguruskan hal kita kerana kita mengalami terlalu banyak kebetulan. Segalanya berjalan dengan lancar saja dan kita tahu bahawa itulah apa yang sedang berlaku. Seluruh konsep di mana Roh berbicara melalui kita berlaku sepanjang kesusahan ini hingga ke akhirnya.

Roh meyakinkan kita tentang apa kita harus katakan dan lakukan dalam keadaan-keadaan tertentu.


20 Karena bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Bapamu; Dia yang akan berkata-kata di dalam kamu.

21 Orang akan menyerahkan saudaranya untuk dibunuh, demikian juga seorang ayah akan anaknya. Dan anak-anak akan memberontak terhadap orang tuanya dan akan membunuh mereka. Ini telahpun terjadi kepada umat pilihan di planet ini sepanjang abad ini, dan ia memang berlaku di bawah sistem komunis, dan ia akan berterusan di seluruh dunia di bawah kuasa binatang itu (yang merupakan lanjutan dari sistem negara).


22 Dan kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku; tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat.

23 Apabila mereka menganiaya kamu dalam kota yang satu, larilah ke kota yang lain; karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sebelum kamu selesai mengunjungi kota-kota Israel, Anak Manusia sudah datang. Itu adalah ayat kunci Kitab. Kita akan sentiasa bergerak. Israel akan diserang dan Israel akan diserbu. Seluruh Israel akan masih ada, dan kita bukannya bercakap tentang orang Israel di Yerusalem dan Israel. Kita bercakap tentang bangsa-bangsa Israel. Mereka akan diserbu dan kita akan pergi dari kota ke kota. Itu tidak lama lagi. Seluruh proses perang ini bukanlah sesuatu yang biasa.

Ramai orang menjadikannya sesuatu yang mempesonakan, khasnya Hollywood, tapi percayalah bahawa ianya bukan sesuatu yang menyenangkan, dan mempertahankan nyawa orang adalah masalah terbesar yang kita hadapi. Sesudah waktu sunyi senyap ini, kita diberikan sangkakala ketujuh.

Wahyu 10:4-9 Dan sesudah ketujuh guruh itu selesai berbicara, aku mau menuliskannya, tetapi aku mendengar suatu suara dari sorga berkata: "Meteraikanlah apa yang dikatakan oleh ketujuh guruh itu dan janganlah engkau menuliskannya!"

5 Dan malaikat yang kulihat berdiri di atas laut dan di atas bumi, mengangkat tangan kanannya ke langit,

6 dan ia bersumpah demi Dia yang hidup sampai selama-lamanya, yang telah menciptakan langit dan segala isinya, dan bumi dan segala isinya, dan laut dan segala isinya, katanya: "Tidak akan ada penundaan lagi!

7 Tetapi pada waktu bunyi sangkakala dari malaikat yang ketujuh, yaitu apabila ia meniup sangkakalanya, maka akan genaplah keputusan rahasia Allah, seperti yang telah Ia beritakan kepada hamba-hamba-Nya, yaitu para nabi."

Rahsia Tuhan hanya digenapi, dilengkapi dan difahami dalam sangkakala ketujuh. Setelah pemeteraian 144,000 itu lengkap rahsia ini dinyatakan. Apabila ini berlaku dan Tuhan mencurahkan Roh KudusNya pada umat pilihan, kita menyatakan rahsia-rahsia Tuhan, dan kemudian mereka digenapi. Itulah apa yang sedang berlaku pada waktu ini; itulah sebabnya kenapa struktur itu harus dibuang dan dibereskan, kerana paradigma-paradigma Trinitarian dan moden adalah salah. Jabatan pelayanan yang tradisional tidak memahami rahsia-rahsia itu kerana mereka semua adalah pemimpin-pemimpin yang buta. Untuk membawa rahsia-rahsia Tuhan keluar kepada semua orang kita harus melepasi, atau membuka pemimpin-pemimpin yang buta itu. Kita sedang menyaksikan hal ini berlaku sekarang (lihat karya Mengukur Bait Suci (No. 137)).

Kita harus meneliti seluruh proses setiap sangkakala itu. Kita lalui satu urutan kejadian yang melumpuhkan sebahagian dari bumi. Apabila kita memerhatikan sangkakala-sangkakala itu mereka umumnya melibatkan tiga bahagian. Satu urutan ketiga diambil kerana penderhakaan melibatkan sepertiga dari Angkatan Syurgawi. Segalanya dilakukan untuk tujuan tertentu dan segalanya dilakukan dalam simbolisme rohani.
Wahyu 8:7-13

Lalu malaikat yang pertama meniup sangkakalanya dan terjadilah hujan es, dan api, bercampur darah; dan semuanya itu dilemparkan ke bumi; maka terbakarlah sepertiga dari bumi dan sepertiga dari pohon-pohon dan hanguslah seluruh rumput-rumputan hijau.

Apa yang kita saksikan adalah kemusnahan dari langit; ini mungkin dari batu meteor dan sebagainya, dan segala macam benda-benda lain, bencana-bencana fizikal yang membakar sepertiga dari planet ini, pohon dan semua rumput. Apa yang kita jangkakan kemudiannya, adalah kelaparan yang timbul dari kekeringan. Urutan ini kemudiannya berterusan.

8 Lalu malaikat yang kedua meniup sangkakalanya dan ada sesuatu seperti gunung besar, yang menyala-nyala oleh api, dilemparkan ke dalam laut. Dan sepertiga dari laut itu menjadi darah, 9 dan matilah sepertiga dari segala makhluk yang bernyawa di dalam laut dan binasalah sepertiga dari semua kapal.

Gunung yang jatuh ke dalam laut ini memberi beberapa kemungkinan dari segi sangkakala kedua ini. Kita mungkin berhadapan dengan setiap perkara ini dengan melakukan hal yang sama yang dilakukan Musa di Mesir. Musa telah membelasah dewa-dewa Mesir kembali kepada orang Mesir. Dengan cara yang sama kesemua perkara ini membelasah dewa-dewa planet ini kembali kepada orang-orang yang kita hadapi; struktur agama serta konsep-konsep dan nilai-nilai planet ini. Seluruh struktur pohon, rumput dan sangkakala pertama ini sebahagiannya akan membereskan pergerakan zaman baru (new age) dan keasyikan dengan animisme; konsep-konsep memuja pohon dan roh/semangat. Agama zaman baru ini sedang menjadi struktur monist, yang secara dasarnya adalah animist. Mereka percaya adanya roh/semangat dalam semua benda.

Ianya satu kecabulan untuk mengatakan Tuhan ada dalam semua benda. Tuhan bukanlah sebuah struktur monist. Tuhan bukan tetap ada. (Dia transenden dengan kebolehan untuk memasuki apa saja). Tuhan mencipta segala sesuatu namun Dia tidak wujud dalam segalanya, dari segi pengertian animisme. Proses itu berkembang. Kita akan melihat suatu pergerakan zaman baru yang akan muncul dengan konsep yang dipanggil teologi proses. Di sinilah mereka cuba menjadikan Tuhan tetap ada. Itu adalah sistem Babilon. Ia akan berkuasa sekali lagi dengan lebih kuat seperti agama Buddha. Ia sejajar dengan agama Buddha dan teologi-teologi pembebasan timur.

Konsep laut dipukul kemudiannya menyusuli gunung yang dilempar ke dalam laut. Animisme meluas ke dalam Shintoisme, yang berasal dari Jepun. Gunung mereka yang paling keramat adalah Fujiama (Fujiyama), sebuah gunung berapi. Aktiviti gempa bumi yang melempar sebuah gunung, di sini sebagai contoh Fujiama, ke dalam laut nampaknya adalah Tuhan yang membereskan konsep Shintoisme dan agama-agama timur yang lain.

Dengan memungut gunung berapi dan melemparnya ke dalam laut, dan memusnahkan pulau-pulau, kita mengalami pergerakan-pergerakan kerak bumi besar-besaran. Sebahagian dari pergerakan besar-besaran ini kini dicetus oleh orang Rusia, China dan Amerika yang menjalankan letupan nuklear bawah tanah secara sistematik dan menyebabkan ketidakstabilan kerak bumi. Semua gempa bumi yang kita alami sekarang ini adalah sebahagian dari mekanisme picu yang sengaja diletuskan di bawah tanah.

Pihak China telah mencetuskan yang paling akhir kerana mereka tidak berjaya dalam tawaran mereka bagi Sukan Olimpik. Letupan-letupan nuklear terbaru pada 1995 telah menimbulkan kehebohan atas Perancis, namun China hampir tidak disebut. Kenapa? Kerana tiada siapapun yang dapat mempengaruhi China. China adalah lebih berbahaya dari Perancis. Bagaimanapun, kedua-duanya akan menyertai dalam kekejaman perang-perang zaman akhir.
Orang ramai akan disesatkan dengan gaya fikiran yang terbuka kepada Iblis. Apa yang kita boleh buat hanyalah sedar apa yang berlaku. Orang-orang ini dipergunakan untuk menghancurkan planet ini.

Mekanisme-mekanisme picu yang digunakan menyebabkan kerak tidak stabil dan akan berlaku satu siri gempa bumi yang sangat signifikan. Gempa bumi besar yang berlaku dalam tanda-tanda langit akan menjadi gempa bumi terhebat yang pernah disaksikan dunia ini. Ini mencetuskan urutan-urutan berikutnya dalam nubuatan itu. Itu ada kaitannya dengan pergerakan dan pendestabilan gunung-gunung, tetapi juga plet-plet tektonik atas planet ini tidak akan dapat menahan jenis pendestabilan begitu, dan gelinciran San Andreas sudah sedia untuk pecah.

Terdapat gempa bumi di seluruh planet ini, namun yang terbesar yang akan kita saksikan akan berlaku dalam tanda langit ini dan akan memusnahkan bilangan benda hidup, manusia dan binatang yang besar sekali dan mendestabilkan laut-laut. Gempa bumi terakhir akan lebih hebat lagi.

Aktiviti gempa bumi itu juga akan membebaskan logam-logam berat ke dalam laut-laut dari lapisan mantel. Logam-logam berat itu akan tersebar ke dalam rantai makanan, ke dalam haiwan flagelat dino, dan ombak merah yang hebat akan berlaku. Masalah ombak merah yang hebat ini akan diburukkan lagi oleh hakikat bahawa terdapat jumlah-jumlah bahan buangan nuklear yang banyak sekali yang dibuang ke dalam laut-laut Artik dan Jepun dan di laut-laut timur laut oleh orang Rusia secara besar-besaran. Sisa nuklear yang dikeluarkan di situ adalah menakutkan. Banyak dari hemisfera utara akan mati.


Kita boleh berkata “adakah orang-orang ini gila, tidakkah mereka sedar apa yang mereka lakukan?” Ya mereka sedar apa yang mereka lakukan. Mereka tersangkut dalam paradigma-paradigma dan proses-proses fikiran, dan mereka tidak akan mengubah cara hidup mereka.
Amerika (dan dunia Barat umumnya) menggunakan jumlah-jumlah tenaga dunia yang sangat besar. Untuk kita membangunkan India kepada ukuran kehidupan Amerika, ia akan memakan 110% dari jumlah pengeluaran tenaga dunia. Jadi, jelas sekali, gaya hidup Amerika tidak dapat diteruskan. Mereka harus mengubah kelakuan mereka, namun mereka tidak akan bertaubat dan mereka tidak akan mengubah kelakuan mereka dan malah pemimpin-pemimpin agama mereka menggalak mereka dalam cara hidup begini.

Pada 1994, sebelum hari raya, warta Sydney Morning Herald berkata bahawa orang Rusia telah menyelubungi kapal selam Rusia yang telah tenggelam dalam super glue (perekat super). Perekat ini akan bertahan selama 500 tahun. Mereka mungkin boleh menahannya selama 500 tahun namun bagaimanapun, waktu pereputan separa (half life) plutonium adalah 25,000 tahun. Plutonium ini kini akan bocor ke dalam laut-laut utara pada tahun depan, atau selewat-lewatnya tahun berikutnya. Kini kita ada sisa plutonium dari kapal selam tenggelam yang masuk ke dalam laut pada tahun depan. Ini akan mencetuskan pemusnahan luas dalam semua lautan. Pentasnya telah tersedia.


Tiada siapapun yang membuat kapal selam nuklear dan membenamnya di dasar laut selain melalui ketamakan, kerakusan dan kejahatan mereka yang membina benda itu. Mereka memusnahkan alam sekitar mereka sendiri. Chernobyl dalam bahasa Rusia secara efektifnya bermakna Apsintus (Wormwood). Mereka membina reaktor-reaktor nuklear dari bahan-bahan bermutu rendah dan mereka tidak mengawalnya kerana tiada kawalan dan tiada orang untuk memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan kerana mereka adalah diktator. Mereka memiliki apsintus mereka sendiri. Bintang itu tidak perlu jatuh untuk mereka; ia sudahpun ada di situ. Ia telah diliputi dalam konkrit dan konkrit ini kian memecah. Jadi mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Konkrit ini kini radioaktif jadi mereka akan mengambil blok konkrit yang lebih besar untuk menyelubunginya.

Sampai mana kita berhenti?
Sistem ini tidak dapat disokong. Tempat-tempat itu tidak dapat diteruskan. Ia perlu diubah. Sepertiga dari semua air akan mati. Ia bukan hanya maut yang perlahan. Sepertiga dari kapal-kapal musnah kerana sesuatu yang lain yang terjadi. Terdapat tsunami-tsunami yang dikaitkan dengan kematian ini, dan gunung ini yang dilemparkan ke dalam laut – Krakatoa adalah sebuah pulau di Indonesia. Di pulau itu adalah sebuah gunung berapi dan ia telah meletup pada abad lalu. Ia meletup dengan kekuatan sejumlah senjata nuklear. Seluruh matahari dan bulan menjadi gelap. Jatuhan radioaktifnya meliputi bumi (habuk dan sebagainya) selama berbulan-bulan. Ia tersebar mengelilingi bumi. Letupan-letupannya didengari sejauh kota-kota utama Australia. Ianya sangat jauh dari Indonesia ke Australia untuk mendengar sebuah letupan. Apa yang akan terjadi adalah serupa.

Nubuatan-nubuatan Bukit Zaitun bercakap tentang laut yang gemuruh yang menakutkan orang ramai. Ombak tsunami bergerak menghampiri halaju bunyi, kira-kira 700 batu per jam. Ombak-ombak ini mencapai beratus-ratus kaki ketinggiannya. Dengan aktiviti gempa bumi yang besar ombak-ombak ini akan mencapai ketinggian hingga 1,000 kaki. Kita akan mendapat ombak-ombak setinggi 1,000 kaki yang bergerak selaju 700 batu per jam. Bayangkan betapa besarnya dan kuatnya benda ini yang akan bertindak terhadap negara-negara ini. Inilah bagaimana sepertiga dari kapal-kapal akan dimusnahkan.

Orang ramai akan benar-benar takut. Melainkan kita tahu ia akan terjadi dan apa yang di sebaliknya, kita juga akan takut. Ketakutan bukanlah masalah kita. Rasa takut bukan masalah kita kerana kita tahu apa yang akan terjadi.

10 Lalu malaikat yang ketiga meniup sangkakalanya dan jatuhlah dari langit sebuah bintang besar, menyala-nyala seperti obor, dan ia menimpa sepertiga dari sungai-sungai dan mata-mata air.

11 Nama bintang itu ialah Apsintus. Dan sepertiga dari semua air menjadi apsintus, dan banyak orang mati karena air itu, sebab sudah menjadi pahit.

Sama ada ia betul-betul bintang yang mencemari planet ini atau hanya jatuhan radioaktif nuklear adalah sukar diketahui. Ia menyebut bintang jadi kita akan menganggapnya sebagai bermakna begini. Yang pasti ia akan mencemari sepertiga dari semua air. Struktur planet ini kemudiannya mengurang dan menjadi tidak boleh didiami.
Proses-proses ini terjadi kerana manusia sedang membinasakan planet ini dengan sistematik. Ini akan dipercepatkan demi untuk membereskan mereka.

12 Lalu malaikat yang keempat meniup sangkakalanya dan terpukullah sepertiga dari matahari dan sepertiga dari bulan dan sepertiga dari bintang-bintang, sehingga sepertiga dari padanya menjadi gelap dan sepertiga dari siang hari tidak terang dan demikian juga malam hari.
Kini kita menyaksikan letupan-letupan yang menyebabkan kegelapan bumi secara umumnya. Mungkin akan ada faktor kedua yang tidak disebut di sini. Iaitu, aktiviti-aktiviti ini akan mempercepatkan proses-proses pemanasan atas planet ini. Paras-paras laut bumi akan meningkat dan pulau-pulau akan dibanjiri. Konsep pulau-pulau hilang lenyap melibatkan dua perkara –

1. masalah lapisan mantel bumi.
2. proses pemanasan bumi.

Mari kita perhatikan paras-paras yang terbabit dengan laut-laut. Lembah Antartika Barat mempunyai air dalam bentuk ais di bawah paras laut. Menurut para saintis, terdapat cukup ais untuk meninggikan paras laut kira-kira 15 kaki jika ais itu cair. Ini akan mempercepatkan proses itu. Sebaik saja tudung-tudung ais Antartika dan Greenland mencair dan semua laut bertambah suhunya, peninggian yang mungkin adalah 200 kaki dengan kemungkinan tambahan 100 kaki lagi. Orang-orang yang berada di bawah ketinggian ini berkemungkinan ditenggelami air. Apa yang terjadi kemudiannya adalah sepertiga dari sungai-sungai binasa apabila sungai-sungai ini dibanjiri. Lembah sungai Mississippi, barat laut Eropah, Thailand, seluruh kawasan tanah rendah China, seluruh kawasan makanan China akan hilang.

Kita kemudiannya mengenakan tekanan penuh pada planet ini untuk memelihara kehidupan. Kemudiannya perang-perang meluas menjadi perlu untuk memindah semula orang-orang ke kawasan makanan yang tinggal, kerana kawasan-kawasan utama akan hilang. Dengan itu kita akan lihat kenapa kita pergi kepada fasa seterusnya,

iaitu Wahyu 8:13.


Ini adalah permulaan celaka-celaka tersebut.
13 Lalu aku melihat: aku mendengar seekor burung nasar terbang di tengah langit dan berkata dengan suara nyaring: "Celaka, celaka, celakalah mereka yang diam di atas bumi oleh karena bunyi sangkakala ketiga malaikat lain, yang masih akan meniup sangkakalanya."

Terdapat tiga celaka. Kita akan kembali untuk urutan seterusnya. Kita telahpun bincangkan Waktu Kesusahan Yakub, dan Israel yang dibereskan. Kita telah ada kesusahan besar. Kita juga telah ada saksi-saksi zaman akhir. Pada takat ini kita pergi kepada Wahyu 11:1.
Terdapat dua proses.


Wahyu 11:1-8 Kemudian diberikanlah kepadaku sebatang buluh, seperti tongkat pengukur rupanya, dengan kata-kata yang berikut: "Bangunlah dan ukurlah Bait Suci Allah dan mezbah dan mereka yang beribadah di dalamnya.

2 Tetapi kecualikan pelataran Bait Suci yang di sebelah luar, janganlah engkau mengukurnya, karena ia telah diberikan kepada bangsa-bangsa lain dan mereka akan menginjak-injak Kota Suci empat puluh dua bulan lamanya."

3 Dan Aku akan memberi tugas kepada dua saksi-Ku, supaya mereka bernubuat sambil berkabung, seribu dua ratus enam puluh hari lamanya.
Bait diukur dari atas (lihat karya Mengukur Bait Suci (No. 137)). Ini sedang berlaku dan telahpun berlaku. Jabatan-jabatan pendeta diukur. Ini juga telah berlaku. Dalam tempoh 42 bulan, umat pilihan sebagai satu bangsa disucikan. Kini kita sedang melalui proses pengukuran umat pilihan. Proses ini akan mengambil masa. Umat pilihan diserahkan untuk menguruskan sesama sendiri dan itulah sebahagian caranya kita diukur.
Setelah bermulanya pengukuran itu, dua saksi itu berdiri di Yerusalem dengan memakai pakaian berkabung. Orang-orang ini akan berdiri selama tiga setengah tahun (lihat juga karya Saksi-saksi (No. 135)).

4 Mereka adalah kedua pohon zaitun dan kedua kaki dian yang berdiri di hadapan Tuhan semesta alam.

5 Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, keluarlah api dari mulut mereka menghanguskan semua musuh mereka. Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, maka orang itu harus mati secara itu.

6 Mereka mempunyai kuasa menutup langit, supaya jangan turun hujan selama mereka bernubuat; dan mereka mempunyai kuasa atas segala air untuk mengubahnya menjadi darah, dan untuk memukul bumi dengan segala jenis malapetaka, setiap kali mereka menghendakinya.

7 Dan apabila mereka telah menyelesaikan kesaksian mereka, maka binatang yang muncul dari jurang maut, akan memerangi mereka dan mengalahkan serta membunuh mereka.

8 Dan mayat mereka akan terletak di atas jalan raya kota besar, yang secara rohani disebut

Sodom dan Mesir, di mana juga Tuhan mereka disalibkan.

Kristus telah disalibkan atas Golgota di luar Yerusalem. Saksi-saksi ini memanggil Yerusalem sebagai Sodom dan Mesir kerana kemurtadan dalamnya. Konsepnya di sini adalah bahawa mereka akan berdiri untuk bertindak dengan kuasa Tuhan. Mereka akan berbicara dan orang ramai akan cuba membunuh mereka, namun orang-orang itu akan dibereskan dengan cara yang sama mereka bertindak terhadap saksi-saksi itu. Sesiapa yang cuba menembak mereka akan ditembak. Mereka dilindungi. Tiada siapapun yang dapat membunuh mereka selama tiga setengah tahun. Mereka kebal. Mereka dapat memanggil turun api dari langit dan memang akan berbuat demikian. Mereka akan menutup langit.

Tiada hujan akan turun atas planet ini selama tiga setengah tahun, melainkan mereka memerintahnya.

Pada takat ini mereka mengubah laut-laut kepada darah. Hal-hal ini adalah akibat langsung dari dua petugas Tuhan ini, yang mengembalikan semula kepada penduduk planet ini, seluruh proses berhala planet ini. Kita telahpun dimeterai pada waktu ini. Kita sedang keluar dari kesusahan besar. Jubah-jubah kita telah dijadikan putih dalam darah anak domba dan kita akan melihat ini terjadi. Sewaktu tempoh tiga setengah tahun ini kita akan menyaksikan apa yang terjadi. Kita akan melihat orang-orang ini dan kita melihat hal-hal ini dikenakan pada planet ini. Hanya satu saja yang diberikan kepada kita, dan itu adalah bahawa makan dan minum kita akan pasti. Kita akan makan dan kita akan minum air. Itu saja yang dapat kita pastikan.


Tuhan akan memberi kita manna untuk dimakan. Kita boleh bertanya “bagaimana kami akan mendapat roti kami?” Apabila kita kekurangan roti, ingatlah janji Tuhan. Roti dan air kita adalah pasti. Kita akan diberi makan sama seperti orang Israel telah diberi makan di padang gurun. Ia adalah persoalan iman. Kita harus sangat pasti tentang apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan kerana kita harus membawa umat kita dan diri kita melepasi masalah ini.
Berikutan dua saksi itu kita teruskan kepada sangkakala kelima.

Celaka Pertama
Wahyu 9:1-21 Lalu malaikat yang kelima meniup sangkakalanya, dan aku melihat sebuah bintang yang jatuh dari langit ke atas bumi, dan kepadanya diberikan anak kunci lobang jurang maut.

2 Maka dibukanyalah pintu lobang jurang maut itu, lalu naiklah asap dari lobang itu bagaikan asap tanur besar, dan matahari dan angkasa menjadi gelap oleh asap lobang itu.

3 Dan dari asap itu berkeluaranlah belalang-belalang ke atas bumi dan kepada mereka diberikan kuasa sama seperti kuasa kalajengking-kalajeng di bumi.

4 Dan kepada mereka dipesankan, supaya mereka jangan merusakkan rumput-rumput di bumi atau tumbuh-tumbuhan ataupun pohon-pohon, melainkan hanya manusia yang tidak memakai meterai Allah di dahinya.

5 Dan mereka diperkenankan bukan untuk membunuh manusia, melainkan hanya untuk menyiksa mereka lima bulan lamanya, dan siksaan itu seperti siksaan kalajengking, apabila ia menyengat manusia.

6 Dan pada masa itu orang-orang akan mencari maut, tetapi mereka tidak akan menemukannya, dan mereka akan ingin mati, tetapi maut lari dari mereka.
Ramai orang yang akan ingin mati sepanjang waktu ini, dan mereka tidak akan dapat mati. Lubang jurang maut yang berisi belalang itu juga berkaitan dengan empat malaikat jurang maut yang diikat di Efrat. Empat malaikat ini ada di situ untuk membunuh sepertiga dari umat manusia. Di sini kita berhadapan dengan peperangan, operasi-operasi udara dan senjata-senjata kimia. Mereka dibereskan di bawah arahan dari iblis setan.

7 Dan rupa belalang-belalang itu sama seperti kuda yang disiapkan untuk peperangan, dan di atas kepala mereka ada sesuatu yang menyerupai mahkota emas, dan muka mereka sama seperti muka manusia,

8 dan rambut mereka sama seperti rambut perempuan dan gigi mereka sama seperti gigi singa,


9 dan dada mereka sama seperti baju zirah, dan bunyi sayap mereka bagaikan bunyi kereta-kereta yang ditarik banyak kuda, yang sedang lari ke medan peperangan.

10 Dan ekor mereka sama seperti kalajengking dan ada sengatnya, dan di dalam ekor mereka itu terdapat kuasa mereka untuk menyakiti manusia, lima bulan lamanya.

11 Dan raja yang memerintah mereka ialah malaikat jurang maut; namanya dalam bahasa Ibrani ialah Abadon dan dalam bahasa Yunani ialah Apolion.

Apolion bermakna pemusnah.

Catatan kepada Annotated RSV mengatakan bahawa wabak belalang-belalang iblis itu yang menggabungkan kengerian roh-roh jahat dan penunggang kuda yang menyerang adalah (mereka katakan) mungkin orang Parthia. Mereka datang Iran. Mungkin mereka ada, namun secara keseluruhannya ini adalah andaian yang salah. Ia juga merujuk kepada satu bintang yang jatuh dari langit, seorang dari malaikat derhaka, mungkin Iblis sendiri, dan kemudian sambil merujuk kepada ayat 3 mereka mula bercakap tentang belalang dan sebagainya.

Orang-orang ini melihat bahawa terdapat hubungan antara malaikat derhaka dan perang Iblis. Angkatan keiblisan tidak akan menyerah kalah dengan begitu saja. Bumi akan diambil secara paksa. Apabila Kristus datang ke sini ianya dengan kuasa dengan bala tentera malaikat. Mereka tidak sekadar ‘berkata keluar, sudah sampai giliran saya’. Kita akan kemudiannya melihat Iblis dilempar ke bumi dan dikurung dalam jurang maut itu.

Cerita ini dibayangkan dalam cerita “Star Wars”. Return of the Jedi mempunyai Ewoks, dan Darth Vader diundurkan dan dimusnahkan oleh Luke Skywalker dan rakan-rakannya. Kita adalah ewoks itu. Cerita ini mengisahkan proses untuk menghentikan Yesus Kristus.


Dalam filem ini mereka adapun bahagian di mana Darth Vader bertaubat pada akhirnya. Rupanya telah rosak hingga tidak mirip manusia lagi. Jika kita membaca Yesaya 53 kita tahu siapakah Darth Vader. Mereka telah hanya menterbalikkan jalan ceritanya. Kini Yesus adalah orang jahat yang bekerja untuk penjahat terbesar. Seluruh perikatan pemberontak itu adalah pihak yang baik sebenarnya. Malah mereka dinamakan dengan nama-nama iblis, contohnya Obe-one-Kenobi. Obe adalah istilah Ibrani untuk arwah. Obe-1 adalah arwah yang pertama. Ia datang dari berkomat-kamit dalam botol. Ia juga digunakan untuk seorang ventriloquist. Ianya Obe yang berada dalam gua di Endor. Luke Skywalker merupakan suatu nama kedukunan (shaman, pawang).

Dia yang berjalan di langit berasal dari sistem shamanistik. Semua ini adalah untuk menanam dalam fikiran anak-anak kita, suatu kebalikan kebenaran itu. Inilah caranya mereka mempersiapkan planet ini untuk bergerak menentang Yesus Kristus apabila dia datang ke Yerusalem, kerana mereka melihat semua ini dan telah dibiasakan untuk menganggapnya sebagai musuh. Ianya propaganda yang hebat sekali. Tiada selain pekhabaran palsu dan nubuatan palsu telah dikeluarkan dan hingga kini kita tidak mendedahkan apa-apa.


Sesudah tempoh lima bulan ini celaka pertama akan berakhir. Ada dua lagi yang akan datang.

12 Celaka yang pertama sudah lewat. Sekarang akan menyusul dua celaka lagi.

13 Lalu malaikat yang keenam meniup sangkakalanya, dan aku mendengar suatu suara keluar dari keempat tanduk mezbah emas yang di hadapan Allah,

14 dan berkata kepada malaikat yang keenam yang memegang sangkakala itu: "Lepaskanlah keempat malaikat yang terikat dekat sungai besar Efrat itu."

15 Maka dilepaskanlah keempat malaikat yang telah disiapkan bagi jam dan hari, bulan dan tahun untuk membunuh sepertiga dari umat manusia.
16 Dan jumlah tentara itu ialah dua puluh ribu laksa pasukan berkuda; aku mendengar jumlah mereka.

17 Maka demikianlah aku melihat dalam penglihatan ini kuda-kuda dan orang-orang yang menungganginya; mereka memakai baju zirah, merah api dan biru dan kuning belerang warnanya; kepala kuda-kuda itu sama seperti kepala singa, dan dari mulutnya keluar api, dan asap dan belerang.

18 Oleh ketiga malapetaka ini dibunuh sepertiga dari umat manusia, yaitu oleh api, dan asap dan belerang, yang keluar dari mulutnya.

19 Sebab kuasa kuda-kuda itu terdapat di dalam mulutnya dan di dalam ekornya. Sebab ekornya sama seperti ular; mereka berkepala dan dengan kepala mereka itu mereka mendatangkan kerusakan.

Kereta-kereta kebal bergerak dalam barisan dengan meriam-meriamnya di belakang. Laras meriam mempunyai pemisah muncung padanya, yang akan kelihatan seperti seekor ular dengan kepala. Yohanes, yang melihat ini dalam penglihatannya, cuba menggambarkan helikopter dan kereta kebal pada abad pertama. Yohanes tidak pernah melihat senjata seumpama ini. Benda terbesar yang mungkin pernah dilihatnya adalah balista, iaitu tarbil (katapel) Rom. Bagi mereka, konsep-konsep menyeluruh ini sukar dipercayai atau luarbiasa.

Sangkakala Keenam
20 Tetapi manusia lain, yang tidak mati oleh malapetaka itu, tidak juga bertobat dari perbuatan tangan mereka: mereka tidak berhenti menyembah roh-roh jahat dan berhala-berhala dari emas dan perak, dari tembaga, batu dan kayu yang tidak dapat melihat atau mendengar atau berjalan,

21 dan mereka tidak bertobat dari pada pembunuhan, sihir, percabulan dan pencurian. Proses ini adalah untuk membawa mereka bertaubat.
Itulah yang dikatakan saksi-saksi itu: Bertaubat! Jika tidak kami akan memusnahkan kamu. Mereka tidak bertaubat; jadi mereka dilanda dengan satu sangkakala kemudian yang kedua dan seterusnya dan akhirnya planet ini mengerang dan mereka pergi berperang. Sepertiga dari dunia ini terbunuh dalam perang ini kerana mereka tidak bertaubat. Kita harus pastikan bahawa orang ramai tahu yang mereka boleh bertaubat. Kita harus memberitahu mereka kenapa mereka perlu bertaubat. Tidak akan ada sebarang rundingan dengan saksi-saksi itu. Ini tidak berlaku di luar kuasa Tuhan. Ini berlaku di bawah perintah dari Yesus Kristus melalui dua saksi itu. Kita akan mengawal proses ini. Kita tidak perlu takut apa-apa dari proses ini.


20 Tetapi manusia lain, yang tidak mati oleh malapetaka itu, tidak juga bertobat dari perbuatan tangan mereka: mereka tidak berhenti menyembah roh-roh jahat dan berhala-berhala dari emas dan perak, dari tembaga, batu dan kayu yang tidak dapat melihat atau mendengar atau berjalan,

21 dan mereka tidak bertobat dari pada pembunuhan, sihir, percabulan dan pencurian. Planet ini mengerang di bawah proses ini. Perang membunuh sepertiga dari umat manusia. Kita telah ada Perang Besar untuk Peradaban pada 1914-18 dan ia tidak membunuh sepertiga dari umat manusia. Itu adalah perang untuk menamatkan segala perang. Namun kita berperang lagi dalam waktu 25 tahun. Semua ini seperti tiada bila dibandingkan dengan perang-perang zaman akhir. Berikutan ini tujuh guruh berbunyi dan ini adalah satu proses nubuatan.
Wahyu 10:1-11


Dan aku melihat seorang malaikat lain yang kuat turun dari sorga, berselubungkan awan, dan pelangi ada di atas kepalanya dan mukanya sama seperti matahari, dan kakinya bagaikan tiang api.

2 Dalam tangannya ia memegang sebuah gulungan kitab kecil yang terbuka. Ia menginjakkan kaki kanannya di atas laut dan kaki kirinya di atas bumi,

3 dan ia berseru dengan suara nyaring sama seperti singa yang mengaum. Dan sesudah ia berseru, ketujuh guruh itu memperdengarkan suaranya.

4 Dan sesudah ketujuh guruh itu selesai berbicara, aku mau menuliskannya, tetapi aku mendengar suatu suara dari sorga berkata: "Meteraikanlah apa yang dikatakan oleh ketujuh guruh itu dan janganlah engkau menuliskannya!"

5 Dan malaikat yang kulihat berdiri di atas laut dan di atas bumi, mengangkat tangan kanannya ke langit,

6 dan ia bersumpah demi Dia yang hidup sampai selama-lamanya, yang telah menciptakan langit dan segala isinya, dan bumi dan segala isinya, dan laut dan segala isinya, katanya: "Tidak akan ada penundaan lagi!


7 Tetapi pada waktu bunyi sangkakala dari malaikat yang ketujuh, yaitu apabila ia meniup sangkakalanya, maka akan genaplah keputusan rahasia Allah, seperti yang telah Ia beritakan kepada hamba-hamba-Nya, yaitu para nabi."

Tujuh guruh ini mempunyai sebahagian dari satu pekhabaran, yang akan berlaku dalam waktu saksi-saksi itu, pada zaman akhir. Pada akhir waktu ini, rahsia Tuhan yang akhir akan dinyatakan. 1,260 hari itu akan berakhir dan segala kekeringan dan malapetaka akan berakhir untuk sementara.

8 Dan suara yang telah kudengar dari langit itu, berkata pula kepadaku, katanya: "Pergilah, ambillah gulungan kitab yang terbuka di tangan malaikat, yang berdiri di atas laut dan di atas bumi itu."


9 Lalu aku pergi kepada malaikat itu dan meminta kepadanya, supaya ia memberikan gulungan kitab itu kepadaku. Katanya kepadaku: "Ambillah dan makanlah dia; ia akan membuat perutmu terasa pahit, tetapi di dalam mulutmu ia akan terasa manis seperti madu."

10 Lalu aku mengambil kitab itu dari tangan malaikat itu, dan memakannya: di dalam mulutku ia terasa manis seperti madu, tetapi sesudah aku memakannya, perutku menjadi pahit rasanya.

11 Maka ia berkata kepadaku: "Engkau harus bernubuat lagi kepada banyak bangsa dan kaum dan bahasa dan raja."

Kemudian datangnya Celaka Ketiga
Wahyu 11:11-14 Tiga setengah hari kemudian masuklah roh kehidupan dari Allah ke dalam mereka, sehingga mereka bangkit dan semua orang yang melihat mereka menjadi sangat takut.

12 Dan orang-orang itu mendengar suatu suara yang nyaring dari sorga berkata kepada mereka: "Naiklah ke mari!" Lalu naiklah mereka ke langit, diselubungi awan, disaksikan oleh musuh-musuh mereka.

13 Pada saat itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan sepersepuluh bagian dari kota itu rubuh, dan tujuh ribu orang mati oleh gempa bumi itu dan orang-orang lain sangat ketakutan, lalu memuliakan Allah yang di sorga.

14 Celaka yang kedua sudah lewat: lihatlah, celaka yang ketiga segera menyusul.
Kedatangan Mesias Dengan kenaikan saksi-saksi itu kita tahu sudah tiba waktunya untuk celaka kedua. Perang sangkakala keenam berlaku dan kemudiannya ianya berakhir. Dua saksi itu menamatkannya pada hujung perang sangkakala keenam dan kemudian mereka dihantar ke syurga. Ini adalah penghujung sangkakala keenam dan celaka kedua. Di situlah garis pemisah yang jelas. Kehendak Tuhan telah selesai. Kesaksian tersebut telah selesai. Semua orang membenci mereka. Kita mengetahui ini kerana mereka semua saling mengirim hadiah apabila saksi-saksi itu mati. Tidak ada pertaubatan. Mereka kembali kepada gaya hidup yang diamalkan mereka sebelum saksi-saksi itu.

Wahyu bab 12 dan 13 mengisahkan Jemaat. Umat pilihan adalah penting kepada proses ini. Umat pilihan ditangani dalam bahagian ini dalam Alkitab. Seluruh proses tindakan terhadap bumi adalah bersyarat pada pemilihan dan pengurusan umat pilihan. Jadi umat pilihan diuruskan dahulu. Mereka dimeteraikan, dan Kesusahan Besar memeteraikan kumpulan besar orang banyak dan nasib kita ditetapkan. Kita dihakimi. Kemudian bumi dibereskan. Bumi tidak bertaubat. Urutan seterusnya pergi kepada Wahyu 11:15, iaitu kedatangan Mesias.

Kita perhatikan Yesus kembali ke Sion.
Dalam Wahyu 13 kita perhatikan binatang bertindak terhadap manusia. Wahyu 12 menyatakan tentang sistem Kristus. Wahyu 13 mengisahkan sistem binatang itu. Kedua-duanya sama waktu. Ia tidak berlaku selepas celaka kedua dan antara waktu kedatangan Mesias. Kedua-dua sistem ini beroperasi sama waktu sebelum dan pada waktu celaka-celaka itu.

Wahyu 14:1-20 Dan aku melihat: sesungguhnya, Anak Domba berdiri di bukit Sion dan bersama-sama dengan Dia seratus empat puluh empat ribu orang dan di dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya.


2 Dan aku mendengar suatu suara dari langit bagaikan desau air bah dan bagaikan deru guruh yang dahsyat. Dan suara yang kudengar itu seperti bunyi pemain-pemain kecapi yang memetik kecapinya.

3 Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru di hadapan takhta dan di depan keempat makhluk dan tua-tua itu, dan tidak seorangpun yang dapat mempelajari nyanyian itu selain dari pada seratus empat puluh empat ribu orang yang telah ditebus dari bumi itu.
4 Mereka adalah orang-orang yang tidak mencemarkan dirinya dengan perempuan-perempuan, karena mereka murni sama seperti perawan. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Anak Domba itu ke mana saja Ia pergi. Mereka ditebus dari antara manusia sebagai korban-korban sulung bagi Allah dan bagi Anak Domba itu.

5 Dan di dalam mulut mereka tidak terdapat dusta; mereka tidak bercela.
Konsep tidak tercemar dengan perempuan-perempuan bererti bahawa mereka adalah perawan-perawan rohani. Perempuan-perempuan adalah konsep jemaat-jemaat bumi. Ianya juga mungkin bahawa orang-orang ini adalah suku-suku itu. 144,000 itu dibawa keluar sepanjang satu tempoh tertentu. Pemilihan 144,000 itu adalah melalui proses jemaat-jemaat sepanjang dua milenia (dua ribu tahun) (lihat juga karya-karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru, dan Umat 144,000 (No. 120); Bulan-bulan Baru (No. 125); dan Bulan-bulan Baru Israel (No. 132). Satu bantahan mungkin dikemukakan bahawa kita berhadapan dengan dua lot 144,000. Hal ini akan dibincangkan di tempat lain.

Urutan 144,000 itu masih menyertai, atau dihubungkan dengan, kumpulan besar orang banyak itu. Tugas kita adalah untuk membantu seluruh bangsa dan planet ini. Kita tidak harus khuatir sama ada kita berada dalam satu kumpulan atau yang lain. Menamakan siapa bangsa-bangsa itu adalah bersikap spekulatif. Identiti bangsa-bangsa itu perlu dikembangkan lagi. Bagaimanapun, semua orang akan berada dalam Israel pada akhirnya. Setiap orang akan menjadi umat Israel rohani sepanjang Milenium, atau mereka akan mati.

Pada kedatangannya, Mesias membunuh Dia yang Ingkar seperti mana yang kita tahu dari Tesalonika. Seluruh planet ini akan ditempatkan di bawah Mesias bermula dari tindakan ini, mengikut urutan, bermula dari 144,000 kepada kumpulan besar orang banyak dan seterusnya ke dalam Milenium.
3 Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru di hadapan takhta dan di depan keempat makhluk dan tua-tua itu, dan tidak seorangpun yang dapat mempelajari nyanyian itu selain dari pada seratus empat puluh empat ribu orang yang telah ditebus dari bumi itu.

4 Mereka adalah orang-orang yang tidak mencemarkan dirinya dengan perempuan-perempuan, karena mereka murni sama seperti perawan. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Anak Domba itu ke mana saja Ia pergi. Mereka ditebus dari antara manusia sebagai korban-korban sulung bagi Allah dan bagi Anak Domba itu.

5 Dan di dalam mulut mereka tidak terdapat dusta; mereka tidak bercela.
Sehingga kita mengetahui nyanyian yang diberikan kepada 144,000 itu kita tidak akan tahu sama ada kita berada dalam 144,000 itu.

Tiada dusta ditemui dalam mulut mereka. Ini adalah kuncinya, kerana mereka tidak bercela. Konsepnya adalah cinta yang mendalam untuk Tuhan dan kebenaranNya dan kita harus berpegang sepenuhnya kepada kebenaran. Kadangkala kebenaran sangat sukar diterima. Kita berpegang pada kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kita. Ini adalah isu sebenarnya. Kita akan berada dalam 144,000 itu jika kita setia kepada, dan bersedia untuk mati demi kebenaran.

6 Dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum, 7 dan ia berseru dengan suara nyaring: "Takutlah akan Allah dan muliakanlah Dia, karena telah tiba saat penghakiman-Nya, dan sembahlah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi dan laut dan semua mata air."


8 Dan seorang malaikat lain, malaikat kedua, menyusul dia dan berkata: "Sudah rubuh, sudah rubuh Babel, kota besar itu, yang telah memabukkan segala bangsa dengan anggur hawa nafsu cabulnya."

9 Dan seorang malaikat lain, malaikat ketiga, menyusul mereka, dan berkata dengan suara nyaring: "Jikalau seorang menyembah binatang dan patungnya itu, dan menerima tanda pada dahinya atau pada tangannya,

10 maka ia akan minum dari anggur murka Allah, yang disediakan tanpa campuran dalam cawan murka-Nya; dan ia akan disiksa dengan api dan belerang di depan mata malaikat-malaikat kudus dan di depan mata Anak Domba.

11 Maka asap api yang menyiksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya, dan siang malam mereka tidak henti-hentinya disiksa, yaitu mereka yang menyembah binatang serta patungnya itu, dan barangsiapa yang telah menerima tanda namanya."


12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus.

13 Dan aku mendengar suara dari sorga berkata: Tuliskan: "Berbahagialah orang-orang mati yang mati dalam Tuhan, sejak sekarang ini." "Sungguh," kata Roh, "supaya mereka boleh beristirahat dari jerih lelah mereka, karena segala perbuatan mereka menyertai mereka."


14 Dan aku melihat: sesungguhnya, ada suatu awan putih, dan di atas awan itu duduk seorang seperti Anak Manusia dengan sebuah mahkota emas di atas kepala-Nya dan sebilah sabit tajam di tangan-Nya.

15 Maka keluarlah seorang malaikat lain dari Bait Suci; dan ia berseru dengan suara nyaring kepada Dia yang duduk di atas awan itu: "Ayunkanlah sabit-Mu itu dan tuailah, karena sudah tiba saatnya untuk menuai; sebab tuaian di bumi sudah masak."

16 Dan Ia, yang duduk di atas awan itu, mengayunkan sabit-Nya ke atas bumi, dan bumipun dituailah.

17 Dan seorang malaikat lain keluar dari Bait Suci yang di sorga; juga padanya ada sebilah sabit tajam.
18 Dan seorang malaikat lain datang dari mezbah; ia berkuasa atas api dan ia berseru dengan suara nyaring kepada malaikat yang memegang sabit tajam itu, katanya: "Ayunkanlah sabitmu yang tajam itu dan potonglah buah-buah pohon anggur di bumi, karena buahnya sudah masak."

19 Lalu malaikat itu mengayunkan sabitnya ke atas bumi, dan memotong buah pohon anggur di bumi dan melemparkannya ke dalam kilangan besar, yaitu murka Allah.


20 Dan buah-buah anggur itu dikilang di luar kota dan dari kilangan itu mengalir darah, tingginya sampai ke kekang kuda dan jauhnya dua ratus mil. (satu ribu enam ratus stadia (RSV))
Itu darah yang sangat banyak. 1,600 stadia adalah kira-kira 5 batu. Banyak sekali orang mati. Kita berhadapan dengan hakikat Kristus mengambil alih planet ini dan bagaimana dia kemudiannya memaksa orang-orang ini untuk bertaubat. Apabila Mesias kembali ke Sion kita ada bersama dengannya (lihat karya Sangkakala-sangkakala (No. 136) untuk maklumat lanjut tentang kedatangan Mesias). Hari Pendamaian berurusan dengan pendamaian planet ini; pemimpinan planet ini kepada pertaubatan dan penyediaannya untuk Milenium. Terdapat suatu urutan waktu yang lengkap antara kedatangan Kristus dan permulaan Milenium dan itu keluar dalam cawan-cawan kemurkaan Tuhan.


Wahyu 16:1-21 Dan aku mendengar suara yang nyaring dari dalam Bait Suci berkata kepada ketujuh malaikat itu: "Pergilah dan tumpahkanlah ketujuh cawan murka Allah itu ke atas bumi." 2 Maka pergilah malaikat yang pertama dan ia menumpahkan cawannya ke atas bumi; maka timbullah bisul yang jahat dan yang berbahaya pada semua orang yang memakai tanda dari binatang itu dan yang menyembah patungnya.

Orang-orang ini menganiaya umat pilihan. Mereka dihakimi oleh itu, namun ia hanya waktu yang pendek saja kerana Kristus akan membereskan sistem keberhalaan bumi ini. Dia akan merobohkannya. Ia bukan sekadar untuk menghukum orang-orang ini. Ianya untuk membawa orang ke takat di mana Tuhan dapat mengubah fikiran mereka untuk memasuki Milenium. Sesetengah orang pada titik waktu ini tidak dapat diuruskan dalam keadaan pada waktu itu. Teladan zaman akhir dipamerkan dalam kisah Sodom dan Gomora, di mana gaya fikiran mereka begitu teruk sekali sehingga Tuhan terpaksa membunuh mereka. Pemusnahan Sodom telah dilakukan oleh para malaikat di bawah perintah dari Kristus pada waktu itu, dan Lot telah dibawa keluar.


Sebabnya kenapa isteri Lot telah ditukar kepada tiang garam adalah kerana dia rindu untuk kembali dalam sistem dari mana Tuhan membawanya keluar. Ini dilakukan sebagai satu teladan untuk kita. Isteri Lot telah dibinasakan agar kita faham bahawa kita tidak boleh membawa apa-apa dari sistem ini ke dalam Milenium. Sebabnya adalah semua sub-sistem dan semua bahagian sub-sistem dari sistem di mana kita berada sekarang ini adalah jahat, dalam segala aspeknya.



Itulah sebabnya kenapa sistem milenium yang baru akan didirikan di bawah hukum Musa. Hukum Musa telah disampaikan kepada Musa dan kita bersama, oleh Kristus. Kita akan memastikan kejayaan sistem yang diberikan kepada Musa itu.

2 Maka pergilah malaikat yang pertama dan ia menumpahkan cawannya ke atas bumi; maka timbullah bisul yang jahat dan yang berbahaya pada semua orang yang memakai tanda dari binatang itu dan yang menyembah patungnya.

Bisul yang jahat dan berbahaya ini mempunyai konsep fizikal dan rohani. Jika kita memeluk sistem-sistem tidak beriman, kita mendapat satu siri masalah. Aspek fizikal mungkin berhubungan dengan pembacaan kod-kod implan dan masalah-masalah radiasi yang berkaitan dengan hakikat itu. Kod-kod implan mungkin pada tangan dan dahi untuk kawalan orang ramai dan sebagainya. Adanya sistem-sistem duniawi ini sudah cukup untuk menyebabkan bisul-bisul ini. Hal-hal ini bukanlah Tuhan yang mengenakan hukuman pada mereka, tetapi adalah masalah langsung yang melemahkan yang timbul dari perbuatan mereka. Segala yang kita lakukan ada akibatnya.

Dalam masa perang syarat-syarat keselamatan ditingkatkan dan dengan itu juga masalah-masalah seperti ini.

3 Dan malaikat yang kedua menumpahkan cawannya ke atas laut; maka airnya menjadi darah, seperti darah orang mati dan matilah segala yang bernyawa, yang hidup di dalam laut.

Setiap benda hidup mati. Mereka dipanggil untuk bertaubat di bawah saksi-saksi itu di mana sepertiga mati, namun dalam kes ini mereka membinasakan semua laut. Mereka memusnahkan segalanya.

4 Dan malaikat yang ketiga menumpahkan cawannya atas sungai-sungai dan mata-mata air, dan semuanya menjadi darah. 5 Dan aku mendengar malaikat yang berkuasa atas air itu berkata: "Adil Engkau, Engkau yang ada dan yang sudah ada, Engkau yang kudus, yang telah menjatuhkan hukuman ini. 6 Karena mereka telah menumpahkan darah orang-orang kudus dan para nabi, Engkau juga telah memberi mereka minum darah; hal itu wajar bagi mereka!"
Tidak akan ada air segar atas planet ini.

Di bawah meterai keempat satu perempat mati kerana kelaparan dan sampar. Di bawah perang sangkakala keenam sepertiga dari bumi dibunuh. Kini kita sampai ke takat di mana lebih dari setengah planet ini mati sebelum kita mulakan urutan ini. Dua bilion mati sebelum kita pergi kepada kemurkaan Tuhan. Kita sedang perhatikan kemusnahan bumi.

7 Dan aku mendengar mezbah itu berkata: "Ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa, benar dan adil segala penghakiman-Mu."

8 Dan malaikat yang keempat menumpahkan cawannya ke atas matahari, dan kepadanya diberi kuasa untuk menghanguskan manusia dengan api.

9 Dan manusia dihanguskan oleh panas api yang dahsyat, dan mereka menghujat nama Allah yang berkuasa atas malapetaka-malapetaka itu dan mereka tidak bertobat untuk memuliakan Dia.


Tuhan berkuasa atas malapetaka-malapetaka itu. Dia boleh menghentikannya bila-bila masa. Kenapakah kita telah membiarkan separuh dari planet ini mati? Apa yang kita perlu buat hanyalah bertaubat. Tiada yang berkata Saya bersalah, Tuhan tolong tunjukkan saya jalannya. Kita tidak perlu melihat separuh dari planet ini mati sebelum kita bertaubat. Kita dapat melihat Tuhan bertindak terhadap kita sekarang. Kenapa mereka tidak dapat melihatnya pada waktu itu? Selepas semua yang terjadi orang-orang ini masih menganggap mereka boleh berunding dengan Tuhan.

10 Dan malaikat yang kelima menumpahkan cawannya ke atas takhta binatang itu dan kerajaannya menjadi gelap, dan mereka menggigit lidah mereka karena kesakitan, 11 dan mereka menghujat Allah yang di sorga karena kesakitan dan karena bisul mereka, tetapi mereka tidak bertobat dari perbuatan-perbuatan mereka.
Kita berada di Yerusalem sebagai makhluk-makhluk rohani di bawah perlindungan Kristus, berhadapan dengan ini sementara ia sedang berlaku. Kita menguruskan planet ini bersama-sama dengan Kristus.

12 Dan malaikat yang keenam menumpahkan cawannya ke atas sungai yang besar, sungai Efrat, lalu keringlah airnya, supaya siaplah jalan bagi raja-raja yang datang dari sebelah timur. Planet ini sedang hancur. Raja-raja Timur adalah Anotoli Heliou, atau Raja-raja matahari terbit yang akan datang melepasi sungai Efrat. Tentera-tentera timur yang besar akan memasuki Israel ke arah Yerusalem.


13 Dan aku melihat dari mulut naga dan dari mulut binatang dan dari mulut nabi palsu itu keluar tiga roh najis yang menyerupai katak.

14 Itulah roh-roh setan yang mengadakan perbuatan-perbuatan ajaib, dan mereka pergi mendapatkan raja-raja di seluruh dunia, untuk mengumpulkan mereka guna peperangan pada hari besar, yaitu hari Allah Yang Mahakuasa.

15 "Lihatlah, Aku datang seperti pencuri. Berbahagialah dia, yang berjaga-jaga dan yang memperhatikan pakaiannya, supaya ia jangan berjalan dengan telanjang dan jangan kelihatan kemaluannya."

16 Lalu ia mengumpulkan mereka di tempat, yang dalam bahasa Ibrani disebut Harmagedon. Sangkakala malaikat keenam ini nampaknya menunjukkan bahawa kedatangan Mesias ada kaitannya dengan pengeringan sungai Efrat, dan bahawa Mesias tidak akan datang sehingga waktu ini. Kelihatannya Mesias datang ke Yerusalem kemudian bertindak terhadap planet ini. Rakyat umum pada waktu ini diberikan wahyu dan pemahaman yang lebih besar dan kemudian dibereskan ketika waktu malaikat keenam.


Sangkakala Ketujuh

17 Dan malaikat yang ketujuh menumpahkan cawannya ke angkasa. Dan dari dalam Bait Suci kedengaranlah suara yang nyaring dari takhta itu, katanya: "Sudah terlaksana." 18 Maka memancarlah kilat dan menderulah bunyi guruh, dan terjadilah gempa bumi yang dahsyat seperti belum pernah terjadi sejak manusia ada di atas bumi. Begitu hebatnya gempa bumi itu.

19 Lalu terbelahlah kota besar itu menjadi tiga bagian dan runtuhlah kota-kota bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Maka teringatlah Allah akan Babel yang besar itu untuk memberikan kepadanya cawan yang penuh dengan anggur kegeraman murka-Nya.

20 Dan semua pulau hilang lenyap, dan tidak ditemukan lagi gunung-gunung.
Gempa bumi lebih besar lagi dari gempa bumi dari tanda-tanda langit dalam meterai keenam. Masalahnya berganda sementara meterai-meterai itu berkembang. Meterai keenam memperingatkan bumi tentang kedatangan Mesias dan kemurkaan Tuhan, namun mereka tidak bertaubat. Tindakan akhir ini memusnahkan seluruh sistem agama palsu dan aktiviti-aktiviti Iblis atas planet ini.

Terdapat teori rekapitulasi yang dikemukakan oleh rahib-rahib Katolik zaman pertengahan (kononnya dari Ticonius, yang dikatakan adalah penganut Donatist, yang mempengaruhi Augustine). Teori ini menyatakan bahawa sangkakala-sangkakala dan cawan-cawan itu adalah pernyataan semula suatu kedudukan.

Ianya sangat tidak mungkin, walaupun adanya sedikit dasar kepada usul ini bahawa Kristus menyatakan pada kedua-dua meterai keenam dan sangkakala keenam “Lihatlah, Aku datang”. Ianya dimasukkan dalam tanda kurungan pada hujung Bab 15.

Konsepnya mungkin bahawa hal-hal ini dikembangkan dan ditetapkan dalam keadaan berterusan supaya sungai-sungai itu bertukar kepada darah, dan kemudian hanya bertambah buruk sementara ia berterusan sehinggalah akhirnya Kristus berurusan dengan seluruh planet ini. Ini rumit dan tidak akan dibincangkan sepenuhnya dalam karya ini. Terdapat bantahan-bantahan kepadanya. Apa yang mungkin adalah terdapat satu kedatangan dan kemudian orang-orang dibawa untuk berlawan menentangnya di Yerusalem, dan dengan itu menambahkan kesan-kesannya.

Urutan-urutan sangkakala dan meterai itu dari segi menukar semua sungai kepada darah telahpun berlangsung. Ombak-ombak merah dan sebagainya telahpun ada dalam semua laut. Ianya sudahpun bermula. Ia belum lagi membunuh sepertiga dari sungai-sungai dan sepertiga dari kehidupan ikan, namun ia telah bermula. Apa yang dinyatakan Alkitab adalah bahawa proses ini terus-menerus dan bahawa setiap sangkakala adalah hasil dari aktiviti sebelumnya.
Kemuncak akhirnya adalah bahawa Kristus bertindak terhadap semua orang. Selepas Kristus membawa planet ini melalui sangkakala-sangkakala dan cawan-cawan itu dia kemudiannya sedia untuk perang besar Allah Mahakuasa. Ini adalah perang Yehezkiel dalam meterai keenam. Kita tidak akan membincangkan nubuatan Yehezkiel di sini.
Wahyu 16:12-16 mengisahkan perang Harmagedon atau perang Yehezkiel. Juga terdapat rujukan silang kepada Lukas 19:27.

Lukas 19:27 Akan tetapi semua seteruku ini, yang tidak suka aku menjadi rajanya, bawalah mereka ke mari dan bunuhlah mereka di depan mataku."

Ini bukanlah ucapan sembarangan. Satu baris ini adalah seluruh pertempuran Harmagedon. Bangsa-bangsa dibawa dan dibunuh di hadapan Kristus dalam pertempuran ini.
17 Dan malaikat yang ketujuh menumpahkan cawannya ke angkasa. Dan dari dalam Bait Suci kedengaranlah suara yang nyaring dari takhta itu, katanya: "Sudah terlaksana." 18 Maka memancarlah kilat dan menderulah bunyi guruh, dan terjadilah gempa bumi yang dahsyat seperti belum pernah terjadi sejak manusia ada di atas bumi. Begitu hebatnya gempa bumi itu. 19 Lalu terbelahlah kota besar itu menjadi tiga bagian dan runtuhlah kota-kota bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Maka teringatlah Allah akan Babel yang besar itu untuk memberikan kepadanya cawan yang penuh dengan anggur kegeraman murka-Nya.

20 Dan semua pulau hilang lenyap, dan tidak ditemukan lagi gunung-gunung.


21 Dan hujan es besar, seberat seratus pon, jatuh dari langit menimpa manusia, dan manusia menghujat Allah karena malapetaka hujan es itu, sebab malapetaka itu sangat dahsyat. Struktur agama dunia ini kemudiannya dimusnahkan. Jemaat-jemaat Kristian aliran umum dimusnahkan oleh binatang itu. Itulah apa yang dikatakan Bab 17 dan 18. Ini adalah rumit dan akan dijelaskan pada satu tarikh kemudian.


LIHAT RAJAH


http://www.logon.org/indonesian/s/p141.html

http://www.logon.org/indonesian/s/p141.html
TAMBAHAN A: RANGKA WAKTU METERAI DAN SANGKAKALA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI