Tulisan ini adalah pengalaman sebenar beliau ketika berjumpa dengan seorang jin Muslim dari suku Konjur yang bernama Musthafa. beliau mohon maaf kepada pembaca bila di sini beliau tidak mendedahkan rahsia dan cara pertemuan kami, sebab ini merupakan rahsia dan amanah yang perlu beliau jaga. Bukankah ajaran Islam mernerintahkan supaya menjaga dan melindungi rahsia orang lain, apalagi bila pihak yang berkenaan meminta supaya rahsia dan aibnya ditutupi.
Jin muslim yang beliau maksudkan ini berumur 180 tahun, berasal dari Bombay, India. Sebelumnya dia adalah jin kafir. Kemudian Allah membuka hatinya sehingga dia masuk Islam. Dia menukar namanya menjadi Musthafa. Sungguh keislamannya merupakan satu kemenangan, sebab bersama-sama dia telah masuk Islam pula sepuluh ribu jin, yang merupakan pengawal-pengawal dan pengikut-pengikut setianya.
Musthafa adalah jin yang cukup berpengaruh di kalangan kaumnya. Dia merupakan pemimpin yang berwibawa dan disegani oleh lawan dan kawan. Berikut adalah sambungan percakapan beliau dengan jin Muslim tersebut.
Dawud: Apakah iblis merupakan nenek moyang jin, sebagaimana Adam a.s. adalah nenek moyang manusia?
Jin: Bukan, bukan. iblis adalah keturunan jin, tetapi bukan nenek moyang jin.
Dawud: Kalau begitu, siapa sebenarnya nenek moyang jin?
Jin: Sepanjang yang saya ketahui (Wallahu A’lam), namanya adalah Jaan (dengan “a” panjang).
Dawud: Lalu bagaimana tentang iblis (semoga Allah melaknatnya).
Jin: Dia adalah keturunan Jaan. Dia sangat cerdas, seperti Malaikat. Tetapi kemudian ia berperangai buruk dan sombong sebagaimana yang engkau telah ketahui menerusi firman Allah: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam! Maka sujudlah mereka, kecuali iblis. Dan ia adalah dari golongan jin, lalu is menderhakai perintah Tuhannya... “ (Al-Kahfi: 50).
IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN
Dawud: Ramai yang beranggapan bahawa iblis adalah nenek moyang jin?
Jin: Al-Qur’an sama sekali tidak mengatakan begitu. Demikian pula dalam hadis-hadis Nabi. Bagaimanapun, iblis adalah nenek moyang syaitan, bukan nenek moyang jin.
Dawud: Lalu, apa perbezaan antara jin dengan syaitan?
Jin: Syaitan adalah jin, tetapi tidak setiap jin itu syaitan. Sejarahnya begini. Iblis kahwin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu mereka dianugerahi keturunan. Keturunan yang berasal dari iblis inilah yang kemudian disebut syaitan. Mereka mempunyai rupa dan bentuk yang bermacam-macam. Ada sebahagian yang rupanya seperti anjing. Mereka juga mempunyai bandar-bandar dan kawasan-kawasan yang menjadi tempat tinggal mereka. Biasanya di padang-padang pasir, gunung-ganang, pulaupulau terpencil, hutan rimba dan di permukaan laut.*) Akan tetapi selepas aku masuk Islam, aku pun mengetahui bahawa semua yang tidak beragama Islam adalah syaitan, sama ada dia berasal dari bangsa jin mahupun manusia.
Dalam keadaan‘ Manusia baru menghuni sebahagian saja dari permukaan bumi, iaitu daratan. Sedangkan laut dan sarnudera merupakan bahagian terbesar dari planet bumi, dengan perbandingan 72% berupa laut manakala hanya 28% daratan. Malahan daratan yang seluas itu pun belum semuanya dihuni oleh manusia. Manusia baru mendiami satu perempat saja dari seluruh daratan. Sebahagian besar daratan masih kosong. Sementara itu, jin telah menghuni dan membangun sebahagian besar kotakota serta pusat-pusat pemerintahan mereka di alas air.
Ada juga kota-kota dan pusat pentadbiran mereka yang terletak di bahagian-bahagian tertentu di samudera yang dalam dan di sungaisungai. Selain itu, mereka juga menghuni padang-padang pasir, gunungganang, gua dan hutan.
Ramai juga jin yang tinggal di rumah-rumah manusia, di bumbung, di dalam bilik, di tandas dan longkang , begitu, iblis adalah pemimpin mereka, yang mengarahkan dan membinbing mereka untuk menyesatkan manusia. Malahan lebih dahsyat lagi, iblis seolah-olah Tuhan bagi kelompok jin yang kafir. Mereka semua bergabung di bawah panji-panji iblis. Tetapi mereka meyakini bahawa tindakan mereka hanyalah merupakan khayaIan yang akan mencelakakan mereka sendiri.
Dawud: Bagaimana boleh begitu?
Jin: Itu rahsia, aku tidak boleh menyampaikannya kepadamu sekarang. Mungkin - lain kali.
Dawud: Bagaimana mengenai bentuk masyarakat di kalangan jin?
Jin: Akan kusampaikan kepadamu sesuatu yang sangat penting. Iblis mempunyai kerajaan besar: ada ketua kerajaan, menteri-menteri dan pejabat yang besar. Iblis mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya yang terpenting.
Pertama, golongan “Tsabar.” Puak ini selalu mendatangi orang yang sedang dilanda kesusahan atau tertimpa musibah, sama ada kematian anak atau kerabat, kehilangan harta dan sebagainya. Kemudian mereka akan membisikkan ke telinganya supaya melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.
Kedua adalah “Dasim.” Golongan ini selalu berusaha dengan segala cara untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, menanamkan rasa kebencian dan permusuhan di kalangan suamiisteri, sehingga terjadi perceraian. Golongan ini sangat disayangi oleh iblis kerana kepatuhan dan kecekapannya menggoda manusia.
Ketiga adalah “AlA’war.” Golongan ini adalah pakar-pakar yang sangat ahli untuk menjerumuskan manusia ke lembah zina. Mereka menghiasi bahagian bawah dari tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, sehingga menimbulkan rangsangan setiap lelaki yang memandangnya.
Keempat adalah “Maswath.” Golongan ini gemar menciptakan berita-berita bohong, fitnah dan adu domba. Bahkan mereka kadangkala menyamar sebagai manusia, mengabarkan suatu berita fitnah yang akhirnya menimbulkan permusuhan bahkan peperangan.
Kelima adalah “Zalnabur.” Golongan ini sehari-hari tinggal di pasar-pasar. Mere kalah yang menimbulkan pergaduhan di antara sesama manusia. Mereka menyuruh supaya curang dalam timbangan dan menimbulkan ketidakstabilan harga barangan.
Dawud: Apakah kelimalima pembantu iblis itu masih hidup hingga sekarang?
Jin: Ya, ya, mereka masih hidup. Mereka memang diberi umur panjang. Sebahagian di antara kami ada yang berusia ratusan tahun, ada pula yang mencapai ribuan tahun.
Dawud: Ribuan tahun? Jin: Ya,ya. Di antara kami ada jin yang berumur tiga ribu tahun,, ada yang empat ribu tahun, lima ribu dan enam ribu tahun. Malahan ada yang usianya mencapai puluhan ribu tahun, walaupun jumlahnya terhad. Akan tetapi di kalangan syaitan, ada yang seperti iblis, hidup sejak zaman dulu, misalnya kelimalima pembantu iblis yang kuceritakan tadi. Hingga sekarang mereka masih hidup.
JIN DI RUMAH
Dawud: Apakah engkau boleh melihat jin yang tinggal di rumahku?
Jin: Ya, saya boleh melihatnya. Di antara mereka ada yang bernama Sa’id dan Marjan, iaitu dua anak jin perempuan daripada pasangan jin Zubaidah dan Muhammad.
Dawud: Apakah jin Muhammad dan keluarganya tidak terganggu dengan burung-burung yang tinggal di bumbung rumahku?
jin: Sepanjang hari mereka duduk di bumbung rumahmu tanpa terganggu sedikit pun. Ketika engkau menyiapkan makanan, mereka turun dan ikut makan bersama. Ketika engkau selesai makan dan mengangkat pinggan mangkuk, mereka mengucapkan “Hamdalah” dan naik lagi ke atas rumah sehinggalah tiba waktu makan malam. Bila mereka mahu tidur, mereka turun din tidur di mana saja: di kerusi, di permadani, di halamail rumah, di bilik dan di mana saja yang mereka kehendaki.
Dawud: Apakah mereka tidak pernah meninggalkan rumah untuk suatu keperluan atau suatu perjalanan jauh?
Jin: Ya, mereka datang dan pergi. Malahan, kadangkala mereka pergi untuk solat ke Masjidil Haram di Makkah atau Masjid Nabi di Madinah. Mereka pergi dan pulang dengan kelajuan bagaikan kilat.
JIN TIDUR DI BILIK KOSONG
Dawud: Apakah jin di dalam rumah tidak mengganggu?
Jin: Jin malahan memberikan keamanan kepada seisi rumah apabila penghuninya rajin melakukan amalamal ibadat, terutama di malam hari. Tetapi berhatihatilah, jangan sampai engkau membiarkan salah satu dari bilik di dalam rumahmu kosong dari sebarang aktiviti. Sebab bilik yang dibiarkan kosong terus menerus, maka syaitan akan tidur di bilik itu.
Dawud: Maksudmu, bilik tidur yang kosong adalah bilik tidur syaitan?
Jin: Ya, benar. Setiap bilik yang dikosongkan bererti menjadi tempat tidur syaitan. Malahan syaitan juga kerap tidur di dalam bilik yang ada penghuninya.
No comments:
Post a Comment