VIDEO PILIHAN...

Tentang Iskandar Zulkarnain dan kemunculan Yakjud dan Makjud..

Ustaz Zainul Asri Ramli Kuliah Kitab Bahrul Mazi(Hadis 29) Ustaz Muhammad Alexander bertajuk Yakjuj & Makjuj

Sunday, April 22

MENGGENAL ALLAH MELALUI AGAMA

MENGGENAL ALLAH MELALUI AGAMA

Soal:- Apakah maksud Agama?.

Agama merupakan suatu nasihat. Nasihat kepada kebaikkan, kepada kesejahteraan, kepada keamanan dan kepada jalan yang benar, dalam mengenal Allah Taala (makrifat).
Maksud Hadis:­`Agama itu nasihat ".

2) Soal:- Apakah saranan Jibrail tentang agama?. Rasulullah didatangi oleh seseorang, mengajar Baginda tentang Islam, tentang Iman dan tentang Ihsan. Selepas orang itu berlalu pergi, Baginda bersabda kepada para sahabatnya; "Bawalah orang itu kembali" : Para sahabat menjawab bahawa orang berkenaan sudah tidak lagi kelihatan. Kemudian Rasulullah pun bersabda: tahukah kamu siapa yang datang tadi. Para sahabat menjawab, sesungguhnya Allah dan rasul sahaja yang tahu. "ltu adalah Jibrail datang kepada manusia bagi mengaiar Agama " mereka"

Yang dibawa Jibrail itu, bukan sahaja Islam, iman dan ihsan, yang dibawa oleh Jibrail itu adalah agama. Agama mengandungi ketiga-tiga unsur, iaitu Islam, iman dan ihsan, unsur-unsur seumpama inilah yang tidak ada pada agama-agama lain.

Agama lain tidak merangkumi Islam, Iman dan ihsan
Bila diri zahir dan diri batin telah fana' (binasa), yang mengambil tempat dan yang mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh sifat fana' itu, adalah sifat baqa'. Manakala setelah sifat baqa' mengambil tempat, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh sifat fana' itu, akan diganti dengan sifat baqa'. Setelah sifat baqa' mengambil tempat, ianya akan diisi dengan sifat ingat kepada Allah (zikir).

Bilamana kita sudah masuk ke dalam syurga zikir (ingat kepada Allah), bermakna kita telah masuk ke alam mengenal diri (mengenal roh). Bilamana kita telah masuk ke alam mengenal diri (roh), bermakna kita telah menjadi manusia yang patuh kepada kehendak dan ketetapan Allah. Apa yang berlaku, telah berlaku dan yang bakal berlaku itu, akan diterima sebagai ketentuan Allah. Tentunya diterima tanpa ,ada rasa keterpaksaan dan ketidakrelaan, semuanya diakur, patuh, taat dan diterima dengan hati yang berlapang dada, sabar, tawakkal dan ikhlas. Inilah buah hasil dari pokok mengenal roh.

Tugas atau mandat kita sebagai hamba yang bersifat manusia yang mengenal diri rohani itu, adalah kepatuhan kepada ketetapan dari yang Maha Pencipta. Manakala tugas atau mandat selaku hamba yang bersifat iblis yang tidak mengenal diri rohani itu, adalah ingkar kepada segala ketetapan Allah.

Sifat angkuh dan sifat lupa asal usul diri itu, adalah warisan dari sifat iblis. Bilamana kita tidak mengenal diri rohani (roh), disitulah ianya akan di isi oleh iblis. Nantinya, iblislah yang menepati, mendiami dan yang memerintah kerajaan diri kita Bilamana kita sedar yang diri sebenar kita itu, adalah rohani (roh), maka marilah kita sama-sama fana dan baga' (berkekalan) diri kita selamanya dalam wajah Allah (syurga dunia dan akhirat), jangan lagi sesekali berpatah balik. Inilah sebenarnya yang dikatakan ikhlas yang sebenamya.

Erti ikhlas yang sebenar itu, adalah apabila seseorang itu mengenal diri. Apabila kita mengenal diri, menjadikan diri kita telah berserah dan terserah kepada Allah, samada baik mahu pun buruk, samada sihat mahu pun sakit dan samada nikmat atau pun bala. Dia tidak kisah dan tidak peduh lagi kepada apa pun yang ditetapkan, diturunkan dan ditentukan oleh Allah Taala ke atas dirinya. Yang mereka tahu dan yang mereka ada, adalah sifat berterima kasih dan bersyukur, itulah ikhlas.
Sifat ikhlas itu, akan menyusul dan datangnya selepas mengenal diri (roh). Mereka yang ikhlas itu adalah mereka yang berada didalam negeri atau wilayah ketiadaan diri zahir, Kefana' an, keghaiban, kehancuran, kehilangan, kebaga' an, karam atau mereka yang fana'kan diri itu, akan berada di dalam wilayah kepatuhan serta berada dalam negeri kesempumaan sejagat.

Bagi mereka yang berada didalam negeri atau wilayah ikhlas, tidak akan lagi dapat dimasuki, diganggu, digoda, dipesong atau disesatkan oleh mana-mana iblis, sekali pun iblis itu berpangkat jeneral.

His itu bersifat keberadaan diri atau ada sifat keakuan, manakala mereka yang bersifat ikhlas (mengenal roh) itu, adalah mereka yang bersifat ketiadaan diri (tidak ada din). Bilamana sudah tidak ada sifat keberadaan din, maka tidak ada lagi sifat keakuan. Bilamana sifat keakuan atau sifat keberadan diri sudah tidak ada, mana lagi adanya iblis!. Bilamana keberadaan diri telah tiada, dimana lagi datangnya godaan iblis pada diri. Yang dikatakan iblis itu, adalah apabila adanya sifat aku atau yang masih adanya sifat keakuan (masih ada diri). Bagi mereka yang tiada sifat keakuan dan tidak ada sifat diri, apa lagi yang membolehkan godaan iblis!.


Diri yang sudah hilang, sudah mati dan diri yang sudah binasa, apa lagi yang boleh iblis goda!. Apa lagi yang tinggal! Dan apa lagi yang tersisa!, yang membolehkan diri kita digoda oleh iblis itu, adalah bagi mereka yang masih ada sifat diri atau masih ada sifat keakuan. Setelah tidak ada sifat iblis, maka akan menyusullah sifat ingat kepada Allah. Bilamana sifat ingat telah mengambil tempat, maka fana', baqa', lebur dan, binasalah sifat diri.

Bilamana sifat ingat telah meleburkan sifat iblis, maka itulah yang dikatakan tahap "ikhlas". Mana mungkin orang yang ikhlas, dapat digoda iblis. Bagi mereka-mereka yang bersifat ikhlas, bermakna sifat dirinya sudah mati, binasa dan hilang. Bilamana diri sudah hilang ghaib dalam wajah Allah, apa lagi yang boleh iblis goda!.

Apabila kita sudah berada didalam syurga (alam mengenal diri), tidak boleh lagi ada didalam diri kita sifat sombong, takbur, angkuh atau bongkak. Kita tidak boleh sombong kepada sesama makhluk, apa lagi kepada Allah Taala. Hidup kita ini hanya menumpang harta Allah, dengan itu kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah seumpama lembaga (patung), jika tidak didukungi,ditunjangi, dipayungi dan tidak didirikan oleh nyawa (roh), siapalah kita!.

Untuk melihat roh yang bersemayam di dalam diri kita, kita hendaldah membinasa, melebur, melenyap dan mengembalikan terlebih dahulu sifat diri zahir ini kepada Allah, barulah di situ akan kelihatan dan akan terpandang tuan yang empunya badan, iaitu roh.

Bagi yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi di sebalik jasad, maka akan jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis. Iblis diketika itu, tidak nampak bahawa berdirinya Adam itu, adalah di atas dasar berdirinya roh. Yang menguatkan pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh. Diketika itu, iblis tidak dapat membaca hikmat atau rahsia Allah disebalik kejadian Adam.

Yang menyebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan oleh Allah dari syurga itu, adalah di atas dasar sifat lupa iblis untuk melihat sifat rohani Adam. Bahawasanya yang mendiri dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenamya adalah roh.

Apabila kita meneliti, mengamati dan menghayati kisah Nabi Adam, ianya akan membuatkan kita mengenal kepada diri kita sendiri. Siapa din Adam?. Diri Adam yang sebenar dan yang hakiki itu, bukan jasad, bukan tubuh dan bukan diri zahir, diri Nabi Adam yang sebenar dan yang hakiki itu, adalah roh. Seandainya diri Adam yang sebenar-benar hakiki itu, adalah roh, maka diri kita yang sebenar dan yang hakiki juga adalah roh, Sebagaimana roh Adam, sebegitulah juga roh (diri) kita. Din kita yang sebenar itu, adalah roh.

Melalui kisah Adam dan kisah iblis, maka dengan sendirinya akan membawa kita kepada ilmu mengenal siapa diri kita yang sebenar. Sifat diri zahir, jasad atau tubuh badan Adam, tidak memiliki kuasa atau kelebihan apa-apa, ianya tidak ubah seumpama lembaga atau patung yang kaku. Berdirinya sifat patung, adalah di atas dasar ditempa, direka, dicipta dan dibuat melalui tangan makhluk. laitu malaikat Jibrail. Manakala berdiri tegaknya roh itu adalah dari zat Allah sendiri. Sebenar-benar yang menguat dan yang mendirikan Nabi Adam dan yang mendiri dan menguatkan diri kita itu, adalah dikeranakan roh Allah.

Firman:­"Mereka telah ditetapkan Allah keimanan dalam hatinya, dan dikuatkanya mereka dengan roh dari Nya "Al-Mujadilah : 22

Jika tidak kerana roh dari zat Allah, Adam itu bukan siapa­siapa dan bukan apa-apa. Keingkaran iblis terhadap penntah Tuhannya itu, yang menetapkan iblis itu supaya menjadi tidak sujud kepada Adam itu, telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Sejak azali lagi Allah telah menetapkan ketetapanNya di dalam kitab Luh Hul Mahfuz, supaya di ketika dan disaat itu iblis tidak akan sujud kepada Adam. Penstiwa ketidak patuhan iblis itupun juga, ada mengandungi rahsia Allah di sebaliknya.

Di sebalik peristiwa iblis tidak mahu sujud itu, ada tersirat rahsia besar di dalamnya. Bagi sesiapa yang bermata basirah dan yang dapat melihat rahsia Allah di sebalik cerita tersebut, dengan secara langsung dan dengan secara terus, mereka akan dapat mengenal diri (roh) dan mengenal Allah melaluinya. Dari kisah ketidak patuhan iblis itu, bukan sahaja setakat kita mengenal diri, malahan akan membawa kita kepada ilmu mengenal Allah Taala dengan terang dan jelas. Untuk mendapat rahsia di sebalik perumpamaan cerita tersebut, lihatlah dan pandanglah kiasan di sebaliknya, jangan sahaja pandang pada huruf yang direka tetapi pandanglah yang disebalik huruf yang tertera.

Sebab apa Allah jadikan dan Allah tetapkan supaya iblis tidak sujud kepada Adam!, di antara sebabnya Allah jadikan iblis supaya tidak patuh, adalah supaya dari kisah itu, kits dapat mengambil faham kaedah dan cara mengenal diri (roh) dan mengenal Allah melaluinya. Allah bukan saja-saja jadikan cerita sedemikina rupa j ika tidak ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Manakala hikmah di sebalik cerita iblis dan Adam itu, adalah bagi memberi faham siapa itu roh. Bilamana kita faham dan mengerti siapa sebenarnya roh, bererti kita sudah kenal din', bilamana kita kenal diri (roh), kenallah kita akan Allah Taala.

Itulah diantara rahsia atau kiasan yang Allah jadikan di sebalik cerita itu. Kiasan atau rahsia Allah itu, akan hanya dapat dimengerti dan hanya akan dapat ditangkap oleh mereka­-mereka yang berhati basirah. Bagi yang berhati basirah, mereka akan dapat melihat hakikat sebenar di sebalik cerita itu. Yang segala kiasan itu adalah bagi merujuk kepada ilmu mengenal roh, mengenal diri dan mengenal Allah Taala. Di ketika kita menghayati cerita itu, rujuk dan takritkannya kepada diri kita sendiri atau bawa kisah kiasan cerita itu kepada diri kita sendiri, barulah ianya dapat dimengertikan maksud yang tersirat disebalik yang tersurat itu.


oleh: Mohd Yusuff Chik Wook
penyunting: Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

----------------------------------------------------

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Pages

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ............................ Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ...................................... Orang tua yang tidak mempunyai ibadah, ibarat orang yang tidak ada kekayaan dunia dan akhirat ..................... ..................... Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........ Allah taala memberi modal tubuh (dua) roh dan badan pandai-pandailah untuk menjadikan untung........

Taubat... itu mengumbah nafsu ( mencuci nafsu )

bazar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

'Magog' atau 'Makjujj "Khawarij" 000 injured 000 people . killed 250 2009 2010 2012. 40 hari Rasulullah s 40kms north of Khartoum 6-QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT A massive 8.9 a.w wafat Adolf Hitler.. meninggalkan baki African Union peacekeeper Agama Awal Suku Aryan agen-agen Yahudi AHLI NUJUM ahli-ahli nujum air taubat Akan Di Sambut Akhirnya Kutemukan Kebenaran Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku Al Arqam AL Fatihah buat AMALUDDIN DARUS Al-Mahdi Al-Quds all glaciers Allah ada dua jalan. Allah dalam Al-Quran AMALLUDDIN DARUS AMALUDDIN DARUS Amaluddin Darus.Qiamat Amerika menyerang China An Israeli naval patrol killed at least Antarctica is warming Apa itu Islam? Apakah Allah dapat dikenal Arab yang asli Asal-usul Keagamaan Orang India Assad regime was Astronomers using NASA asy-syam attacked Awal Tahun ayat kursi Ayatullah Khomeini Babak Peralihan Bacaan Doa Akhir bangsa Arab Bangsa-bangsa Arab Bani Hasyim Bashar Assad membakar Beirut Not Enough Death to Go Round 1983 BERSABDA Berwudhu BILA DAJJAL TELAH KELUAR bintang ber­ekor blast in Syria's BLOG cerca Islam Bomb Attacks BOMOH Burma's Rakhine State Cairo's central Cho-i-Rong district of Thailand's Christians kill Muslims converge on the holy cities converted to islam .. Daata Darbar Shrine PAKISTAN Dabbat yang ghaib di bumi dajjal Dajjal bermaharajalela.Amaluddin Daru Dajjal telah lama keluar dalam tiga katagori DENDAM YAHUDI Derro ditemui hidup di bawah bumi Di Amerika Pada 9 Sept Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah DIBALIK PERANG diganggu digoda dipesong Discovery Channel - Revealed The Hajj diving gear Doa yang disuruh oleh Embah Agung untuk cucu-cicit Dongguan Great Mosque.Xining Dua Dunia Dua Dunia Gedong Songo dua kiblat earthquake Earthquake ...More than 50 egypt history egypt history Mummies Egyptian and Palestinian flags Egyptian anti-government Egyptian army soldiers Egyptians to participate emas hitam.AMALUDDIN DARUS embah agung ENAM PERKARA WANITA engkau kahwini Fatimah az-Zahra February 1 Filipino firaun fled from southern Somalia following the 7.6 magnitude food and water Free Syrian Army Galactic Super-Volcano Erupts Gambaran Neraka Dunia Gaza bound aid flotilla Genghis Khan Genghis Khan 2 gerakan Wahabi Gog and Magog Gog atau Yakjuj Gog dengan Magog golongan Sulaimaniyah Golongan Syi'ah Gunmen stormed in killing Haiti Earthquake: Chronicles of Inferno Haitian earthquake Hamas militants Hampir Akhir Zaman Hari Bakar Quran heard in the Libyan Heavy explosions helicopters massacred holy fasting .Muslim Eid al-Fitr holy fasting .Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta holy month of Ramadan holy month of Ramadan. Lahore Horn of Africa Hundreds of thousands gather for the Friday noon prayer at Mecca's Grand Mosque IBLIS ADALAH NENEK MOYANG SYAITAN IBLIS BELUM BER­SARA.musuh itu adalah memberi erti racun yang bisa. Ibni Taimiyah Ilmu mengenal ILMU TAUHID Imam Mahdi Imam Mahdi as IMAN Semut in Jammu Indonesia Indramayu MAKAM SELAWE INFO RENCANA SENSASI Inside Story - Peace for Darfur investigasi gus im Isa Al Masih Isa Turun ke Bumi Islamic calendar Israel Storming of Gaza aid convoy to Gaza Israeli forces Isu kalimah Allah January February 10 Jarum fitnahnya JATIM Jewish settlers of setting fire to the mosque jihadciptaan Dajjal. JIN dan ALAM GAIB JIN DI RUMAH JIN TIDUR DI BILIK KOSONG KAFIR Kaisaniyah Zaidiyah dan Imamiyah kamu adalah fakir KAMU PASTI MATI Kamu PASTI mati Kamu PASTI mati (3) Sakit keras Karya NAHMAR JAMIL Kathmandu Kaum keluarga Saudi KeArah Kebangkitan kebangkitan kembali Islam KEBERKATAN iLMU Kebrina Kinkade kegilaan manusia kehancuran Arab Kehidupan dan kematian. kejatuhan muslimin Kematian Kematian membongkar wajah sebenar dunia Kemuncak Akhir Zaman Kerajaan Tuhan [174] Kertas Wang Amerika KERUNTUHAN ARAB Keruntuhan ekonomi KETERUBATAN YAHUDI keturunan Adam Keturunan Ham Keturunan Ham Kush KHAHTHAN killing Muslims Kisah BILAL BIN RABAH konco-konconya kuburku kuman-kuman KUNCI dunia Lahore largest demonstration Lobsang Rampa Madinah magnitude earthquake makhluk MAN malaikat dan jin MALANG Man dan Dabbat Manusia di Langit MANUSIA DI LANGIT dan MANUSIA DI BUMI manusia MAN Mars dan Jupiter Maryland MASJID MISTERI DI TUREN Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque Mecca and Medina melaknat Yahudi Melihat hitungan hari puasa dari ALMANAK...jawa asli membongkar wajah sebenar dunia.jatuh sakit memesongkan manusia MEMPERBAIKI KEADAAN DUNIA Mengapa Yahudi Bijak me­ngelabui umat MENGGENAL ALLAH menggerunkan menjajah negara-negara Menjelang Babak Peralihan Menjelang wafatnya Mesir dan Hittite sering muncul berperang Millions of people MIMPI RASULLULLAH Misraim MISTERI SETAN 18 - DIBALIK PERANG Mistisisme Mogadishu's Mole People Mongol dan Tartar More than three million Muslims mosque Mount Merapi volcano..25 on October 27 Mt. Ararat Mummies Muslim Muslim Mamilla cemetery in downtown Jerusalem Muslim Rohingya Muslim Suriah National Geographic Nepalese Muslim Ramadan niat penjajahan November 20 occupied West Bank Orang Mole over Pakistan's cultural Pakistans army headquarters in Rawalpindi Palestinian killed Palestinian militants Pandanglah sifat Allah PEKERJAAN ISA pembawa panji hitam. PEMBERSIHAN RUMAH SYAITAN Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d peneroka China dan Turki Quaker pengikut Dajjal Perbezaan Semut Dengan Manusia perbuatan syirik Peristiwa Di Masjidil PERKAHWINAN IBLIS perut bumi perut padang pasir pic POKOK politik dan ulamak porak peranda ekonomi PROPAGANDA Protesters remained Put dan Kanaan Qadiriya Badiriya Sufi .mosque in the village of Umm Dawban Qiamat QUAKE HITS INDONESIA quake rocked QUR-AN MENYIMPAN MAKLUMAT Raiwind on the outskirts Rakaman Dalam BaitUllah. dalam kaabah Ramadan at Istiqlal mosque in Jakarta Ramadan fast Ramadan in Jeddah Ramadan in Manila RASULULLAH SAW Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam Ratu Dunia read the Koran RENUNGAN KE ZAMAN SILAM retreating ripping RUMAH MAKHLUK HALUS DURJANA SEPERTI IBLIS Rusia 'Gog' Sabai'yali sakaratul maut. Salahuddin Al­Ayubi Sayidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi Scared Sacred (2004) Scientists warn that glaciers in the Andes second largest city of Aleppo Sejarah Ngeri Penindasansyiria Semenanjung Arab Serahkan diri kepada tuan yang empunya diri. shocking image Silver Spring Sixty-third anniversary SOLATNYA Somali women Somalia government southern Indonesia Sumatra island survivors fought Syed Hussein Shahab Syed Jamaluddin AI-Afghan Syed Jamaluddin Al-Afghani Syi'ah imam dua belas Syi'ah Indonesia..Husein Shahab SYRIA; Freedom vs Dictatorship Syrian government troops using tanks Tablighi Ijtema Tahrir Square Tahrir Square 8:30am Taliban Terrorists Tanda Kemunculan Tausiah Ayah teng­gelam bumi Thariqat Embah Agung The 7.0-magnitude The Aramco Exploration the holy fasting month of Ramadan Thousands of people tiga Kutbah tipu muslihat trazedi FIRAUN trisula Tsunami hits Japan after 8.9 Tujuh Sangkakala tukang nujum TUKANG RAMAL Turki kecil tv france24 Umaiyah dan Abbasiyali umat Islam Rohingya USTAZ USTAZ AMALUDDIN DARUS USTAZ Asri Ibrahim. Rabbani meninggal dunia. Ustaz Fathul Bari Masuk Masjid SYIAH Buat Apa Ustaz Haji Shaari Mohd Yusuf UTUSAN SYAITAN WAFAT wilayah ikhlas worldwide Yahudi Yahudi dunia Yahudi menaklukkan Yak­juj (RUSia) zaman Abdul Muthalib zaman ini ZAMAN KEMUNCULAN MAHDI